Galas: Bandar Gua Musang mula sibuk

Tuesday, October 26, 2010
Menjelang hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas , bandar Gua Musang mulai sesak. Biarpun hujan lebat mula turun siang tadi, kenderaan dari luar tidak putus-putus membanjiri pekan Gua Musang, sejak petang tadi.
Kenderaan dijangka bertambah menjelang pagi esok.
Bukan sahaja penyokong dari luar, malah penyokong tempatan dari seluruh Kelantan juga mula berkampung di sini sejak beberapa hari lalu.
"Petang ni baru jam ni, pagi tadi, tengahari tadi OK lagi.
"Beraya la orang Gua Musang sekali ni," kata Azman Said, seorang penduduk tempatan di sini.
Sementara itu, penyokong PAS dan Pakatan Rakyat diminta berkumpul di perkarangan Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra seawal jam 7 pagi esok bagi memudahkan urusan mengiringi calon PAS ke pusat penamaan.
Pimpinan utama Pakatan Rakyat termasuk calon, Dr Zulkefli Mohamad dijangka tiba jam 8.00 pagi.
Sebelum bergerak ke pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan jajahan Gua Musang, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka mengimamkan solat hajat di masjid berkenaan.
Perarakan mengiringi calon dijangka bermula jam 8.30 pagi sejurus selesai solat hajat.
Dalam pada itu, PAS malam ini mengadakan beberapa program menjelang esok.
Di peti undi Pulai, Tuan Guru Nik Aziz menghadiri  satu majlis makan malam bersama masyarakat Cina.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub pula dijadual menyampaikan ceramah di Pasti Terasil.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad pula berceramah di Kampung Baru Gua Musang bersama Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa.
Manakala di Pusat Sivik pula berlangsung forum Bertani Satu Ibadah anjuran kerajaan negeri.
Sementara itu, Timbalan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Noordin Che Ngah mengingatkan penyokong parti bertanding supaya mematuhi laluan yang ditetapkan bagi penyokong parti masing-masing.
Penyokong calon BN akan berkumpul di bilik gerakan parti di Bukit Cekati kira-kira 180 meter dari Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, tempat penyokong calon Pakatan Rakyat berkumpul.

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]