Konsert: Peserta XPDC dakwah lepasi halangan FRU

Friday, October 15, 2010
KUALA LUMPUR, 15 Okt: Peserta XPDC dakwah membantah konsert artis Gay, Adam Lambert, malam tadi berjaya melepasi halangan pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) untuk berkumpul di hadapan perkarangan Stadium Putra Bukit Jalil.
Peserta berkumpul beramai-ramai sambil melaungkan "Tolak Adam Lambert" dan "tolak homoseksual" di samping mengedarkan risalah kesedaran yang mendedahkan kehidupan gay Adam Lambert.
Wakil mahasiswa, yang dihantar meninjau di dalam stadium melaporkan bahawa suasana sangat teruk sehingga ada yang pengsan kerana sesak nafas.
Peminat-peminat juga berkelakuan sangat teruk umpama diserang histeria.

Pakaian juga terlalu menjolok mata terutamanya penari-penari.
Nasrudin Hasan yang mengetuai peserta pada malam tadi berkata, konsert itu sangat bertentangan dengan nilai-nilai hidup Melayu dan Islam kerana umum mengetahui budaya gay yang dibawa oleh Adam Lambert.
"Selain mempromosi muzik, beliau turut mempromosi budaya gay, budaya yang bertentangan dengan gaya hidup oleh fitrah manusia.
"Kita tak mahu negara menghadapi kehancuran disebabkan konsert pada malam ini," kata ketua DPPP itu.
Menurut beliau, DPPP tidak menolak hiburan tetapi biarlah hiburan itu membina dan tidak melalaikan.
Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar yang turut hadir mengecam kerajaan kerana memberi kebenaran konsert Adam Lambert diadakan di negara ini.
"Di parlimen kerajaan berbahas dan bercakap soal keruntuhan moral (tetapi) pada masa yang sama  memberi kebenaran kepada punca keruntuhan moral.
"Pemimpin negara mesti bertanggungjawab jika konsert malam ini mengahasilkan artis yang seperti ini (Adam Lambert)," tambahnya.
Peserta XPDC turut memijak dan mengoyak poster artis American Idol itu sebagai simbolik bantahan penganjuran konsert berkenaan.
Peserta mula beredar kira-kira jam 10.30 malam.  
Sebelum itu, lebih 200 anggota Pemuda PAS dan mahasiswa menyertai ekspedisi dakwah membantah konsert penyanyi homoseksual Amerika itu.
Nasrudin Hassan mengetuai solat hajat selepas solat Maghrib.
Beliau turut memberikan kata-kata semangat kepada para peserta yang menyertai ekspedisi tersebut sebelum bergerak ke stadium kira-kira jam 7.30 malam.

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]