
Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.
Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.

Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).
Kriteria berkenaan adalah:
- Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu;
- Menarik 2,500 penonton bagi setiap acara; dan
- Telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa.

Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan
Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.

"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.
Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan
Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.

3 Komen:
tahniah diucapan kepada ulamak muda umno tu
dia telah berjaya memberi nasihat pada pm kita
nantikan lah bala dari ALLAH
BINI HINA NABI LAKI BUAT TEMPAT MAKSIAT
KAN DAH BETUL TU! TU LE NAMANYA DAH JODOH
KEMANA LAGI TUMPAHNYA KUAH KALAU TAK KE NASI
Nama je negara Islam, tapi prinsip kepimpinan Islam entah kemana? Cukup-cukuplah, banyak cara lain untuk merangsang ekonomi negara. Takkan semua nak ikut negara kafir juga? Mari kita semua ikut cara Rasulullah kerana kita umatnya dimuliakan kerana agama Islam yang dibawanya,bukan dengan cara mengikut orang-orang kafir. Jika tidak, kehinaan meliputi kita semua, orang Islam sendiri bukan orang kafir...
Post a Comment