Pemuda PAS desak batal konsert Adam Lambert

Wednesday, October 13, 2010
KUALA LUMPUR, 13 Okt: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mengulangi desakan agar kerajaan membatalkan konsert Adam Lambert yang akan berlangsung di Bukit Jalil, malam esok.
Ketuanya, Nasrudin Hassan (gambar) menegaskan pihaknya bukanlah anti hiburan dan penganjuran konsert para artis tetapi biarlah hiburan itu tidak bertentangan dengan syariat Islam dan juga norma-norma mulia orang Timur.
“Bagi pihak DPPP dan seluruh umat Islam yang prihatin, insya Allah DPPP akan cuba sedaya mungkin untuk mendesak dan memujuk kerajaan agar membatalkan konsert liar ini dan merencana kegiatan untuk mendidik masyarakat khasnya anak-anak muda,” ujarnya.

Ini, katanya agar mereka tidak terpengaruh dengan budaya kuning yang cuba diterap masuk ke dalam negara ini secara halus bagi merosakkan akhlak dan jati diri generasi muda hari ini.
Katanya, anak-anak muda tidak perlu gusar untuk berhibur tanpa Adam Lambert yang terkenal dengan perlakuan 'gay' ke negara ini.
Ini, tambahnya kerana mereka mempunyai banyak pilihan dan alternatif untuk berhibur termasuklah konsert Maher Zain di Shah Alam yang boleh dimanfaatkan untuk berhibur dalam batas yang tidak keterlaluan.

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]