Kehilangan Ku Li dan Shabery jadi tanda tanya

Tuesday, October 26, 2010
GUA MUSANG, 26 Okt: Semasa Parti Melayu Semangat 46 masih kukuh, Datuk Ahmad Shabery Cheek adalah Ketua Penerangan parti yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah itu. Kemana Ku Li pergi, di situlah akan ada Shabery. Kehilangan mereka berdua dari pusat penamaan calon Galas hari ini menjadi tanda tanya.

Mereka berdua hilang dari kawasan itu kira-kira jam 10 pagi.

Nama Ku Li kini timbul kembali dalam arus perdana politik negara apabila beliau dilantik sebagai pengarah pilihan raya ini oleh BN manakala anak buah beliau sebelum ini, Shabery adalah Menteri Belia dan Sukan.


Bagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, beliau mengharap ianya satu signal positif dan akan memberi kelebihan kepada calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad.

Bagi 'cover line' (memelihara nama baik), timbalan Ku Li, Datuk Mustapha Mohamed memberitahu wartawan, Ku Li tidak di kawasan penamaan calon kerana dia lebih selesa dengan rakyat.

“Ku Li ada, beliau bersama rakyat di luar.

“Beliau tidak mahu naik, bagi beliau yang lebih penting adalah pengundi. Jadi beliau mahu bersama pengundi,” kata timbalan pengarah pilihan raya BN untuk Galas itu  kepada media.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin juga terpaksa membela Ku Li.

Khairy berkata, Ku Li ada bersamanya di luar ketika calon dan pemimpin memasuki pusat penamaan calon tapi sudah pulang.

“Beliau ada bersama saya pagi tadi, tapi sekarang sudah balik,” katanya kepada wartawan.

Dalam pilihan raya kecil DUN Galas, calon PAS iaitu pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad akan menentang calon BN, iaitu Setiausaha Umno Gua Musang Abdul Aziz Yusoff. Calon BN lebih dikenali dengan nama Aziz Limau di Gus Musang.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima daripada PAS, yang meninggal dunia akibat kanser usus 27 September lalu.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil itu iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang.

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]