MP Pakatan: Lebih wajar Dr Asri kekal bebas

Tuesday, June 22, 2010
Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilihat lebih sesuai tidak menyertai mana-mana parti politik dan kekal bebas seperti sekarang.

Ahli parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali berpendapat, lebih wajar bagi pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu tidak menyertai Umno bagi "mengembangkan ilmu agamanya".

"Jika beliau sertai parti politik, beliau tidak boleh menjadi pensyarah. Banyak ilmu beliau perlu dikembangkan kepada anak-anak muda.

"(Selain itu) beliau juga tidak akan ada kebebasan untuk bersuara kepada semua pihak. Jadi lebih baik dia tidak menyertai parti politik," katanya semasa dihubungi Malaysiakini semalam.

Selain itu, Dr Lo' Lo' juga berkata, sukar baginya untuk mempercayai jika Dr Mohd Asri akan menyertai Umno.

"Bagaimana seorang yang menentang Umno tiba-tiba akan menyokong Umno.

"Banyak dasar-dasar Umno yang beliau kritik. Jadi amat sukar untuk mempercayai beliau akan masuk Umno," katanya yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS.

Mengulas ura-ura penyertaan 100 lagi ulama ke dalam Umno Jumaat ini, Dr Lo' Lo' berkata perkara itu tidak logik kerana banyak ulama popular seperti Datuk Dr Harun Din dan Taib Azamuddin memilih bersama pembangkang.

'Kami percaya dia akan masuk Pakatan'
Sementara itu, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin pula berkata, beliau juga tidak percaya Dr Mohd Asri akan menyertai Umno kerana "beliau sendiri amat menentang prinsip yang dipegang Umno"

Bagaimanapun Zuraida menambah, pihaknya akan bersikap terbuka dan tidak akan mendesak Dr Mohd Asri untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, jelasnya, terserahlah kepada kebijaksaaan Dr Mohd Asri untuk menentukan masa depannya melalui sesuatu parti politik.

"Kami percaya, jika beliau (Dr Mohd Asri) nak masuk dalam dunia politik, beliau akan masuk Pakatan," katanya yang juga ahli parlimen Ampang.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula ketika dihubungi menyerahkan perkara tersebut kepada Dr Mohd Asri sendiri untuk menentukannya.

Khalid berkata, beliau inginkan pengesahan terlebih dahulu sebelum beliau membuat apa-apa kenyataan berhubung perkara ini kerana tidak pasti dengan kesahihan ura-ura itu.

"Bagi saya, Dr Mohd Asri tidak berminat hendak sertai politik. Kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.

"Atau perkara yang diwar-warkan ini adalah untuk memulihkan imej Umno," katanya.

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]