5 bookie dengan pertaruhan RM6j ditahan : Tiada alasan kelulusan judi bola

Monday, June 21, 2010
Polis menahan lima lelaki kerana dipercayai menjalankan perjudian bola sepak Piala Dunia 2010, di Johor dengan membabitkan pertaruhan RM6 juta.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata kesemua mereka ditahan secara berasingan mulai Selasa hingga Jumaat lepas, di kediaman persendirian di Taman Delima di Kluang, Taman Megah Ria di Masai dan Taman Gaya di Ulu Tiram.

"Penahanan ke atas kesemua lelaki berumur lingkungan 30-an hingga 45 tahun itu adalah berdasarkan maklumat orang awam," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini.

Mohd Mokhtar berkata polis merampas pelbagai peralatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan terbabit termasuk lima komputer riba, modem, mesin faksimili, telefon bimbit serta beberapa buku catitan pertaruhan.

Beliau berkata kesemua mereka kini direman untuk disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953, yang boleh dikenakan hukuman maksimum penjara lima tahun dan denda RM200,000, jika sabit kesalahan.

Dalam kes lain, Mohd Mokhtar berkata pihaknya berjaya menumpaskan kegiatan samun dan pecah rumah oleh rakyat asing selepas menahan enam lelaki dan dua wanita Indonesia dekat Tangkak, Ledang, pada Jumaat dan awal Sabtu lepas.

"Enam lelaki itu ditahan di ladang ternakan ayam di Jalan Belading kira-kira pukul 11.30 malam, pada Jumaat manakala dua wanita itu pula ditahan di Taman Tangkak Jaya, kira-kira dua jam kemudian," katanya.

Beliau berkata polis merampas barang dan peralatan samun dari mereka termasuk 12 telefom bimbit, dua parang panjang, satu pisau rambo, kamera digital, pemain cakera padat, satu televisyen, komputer riba, barangan kemas, satu sarung muka dan satu sarung kepala.

Kesemua lelaki dan wanita berumur 17 hingga 36 tahun itu katanya, dipercayai terlibat dalam beberapa kes pecah rumah di sekitar Ledang, Muar, Segamat, Batu Pahat dan Melaka.

- Bernama


Syabas diucapkan kepada pihak Polis terutama pasukan D7 Bukit Aman yang begitu cekap menghidu setiap pertaruahan yang berlaku. Paling tidak tindakan cekap polis ini membuktikan kepada PM dan konco-konconya, bahawa masalah pertaruhan haram dapat dihapuskan sekiranya kerajaan bersungguh mahu menghapuskannya bukan dengan menambahkan kerumitan menjadikan pertaruhan itu sebagai halal berlesen...

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]