Halau APCO jika serius bantah Israel

Wednesday, June 2, 2010
Nazri Abdullah   
PUTRAJAYA: Pemuda Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera menghalau APCO Worldwide dari negara ini sekiranya serius membantah tindakan tentera rejim zionis menyerang konvoi bantuan kemanusiaan Gaza, Isnin lalu.
Di dalam memorandum yang diserahkan kepada Perdana Menteri di Jabatan Perdana Menteri, di sini kira-kira jam 11.40 pagi tadi, mereka juga berharap kerajaan tidak hipokrit berhubung perkara itu.
Pemuda Pakatan juga melahirkan rasa kesal dengan sikap Perdana Menteri yang lambat menyatakan bantahan, perlahan dan tidak tegas kerajaan dalam memberikan respons terhadap serangan ganas tentera laut rejim haram Israel ke atas konvoi kemanusiaan Gaza itu.
Mereka juga mendesak kerajaan memutuskan hubungan perdagangan dan saham dengan semua syarikat yang mempunyai hubungan dengan zionis Israel.
Selain itu, mereka mencadangkan Najib mengadakan sidang Parlimen khas pada pagi Khamis dan Jumaat ini sebagai menyatakan bantahan berhubung serangan tersebut.
Mereka juga mempelawa Najib turut serta pada demonstarsi besar-besaran pada 4 Jun ini di hadapan Kedutaan Amerika selepas solat Jumaat.
Hadir pada penyerahan memorandum itu ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad.

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]