Lompat melompat di musim pilihanraya : PR yang untung
Friday, April 23, 2010
Umum mengetahui beberapa kerat pemimpin dan ahli PKR keluar parti dan menyertai UMNO semenjak dua menjak ini. Senario ini jika dilihat melalui kacamata Utusan, maka Pakatan Rakyat sedang menghadapi masalah. Sebenarnya tanggapan itu merupakan tanggapan untuk Pilihanraya sahaja. Jika dilihat, setiap yang melompat itu atas dasar apa? Jika lompatnya itu seperti Zaid yang keluar UMNO dan menyertai PKR sedangkan beliau masih seorang menteri penuh yang mendapat ganjaran dan imbuhan yang bukan sedikit sebagai seorang menteri, maka bolehlah dimengertikan ada sesuatu kepincangan dari parti yang telah beliau tinggalkan. Jika lompatnya itu kerana tidak mendapat pangkat dan kemewahan "projek" atau jawatan "CEO" maka parti yang ditinggalkan tidaklah bermasalah tetapi parti yang bakal ditungganginya itu bakal berdepan dengan masalah.
Maka proses pembersihan dalam Pakatan rakyat sedang bermula. Pendokong kebenaran dan keadilan sejagat terutama PAS yang membawa model keadilan Islam perlu lebih gigih untuk membantu proses pembersihan ini sehingga suatu masa kelak Pakatan Rakyat ditunjangi oleh pemimpin yang benar-benar wibawanya. Ikhlas dalam perjuangannya. Hidup dan matinya untuk menegakkan kebenaran dan keadilan Islam di muka bumi milik Allah ini. Kita meyakini suatu masa nanti acara lompat-melompat ini bakal melanda dunia UMNO pula kerana sekali melompat mereka rasa seronok dengan lompatannya. Tak percaya ? Tanya Presiden PERKASA.....
Maka proses pembersihan dalam Pakatan rakyat sedang bermula. Pendokong kebenaran dan keadilan sejagat terutama PAS yang membawa model keadilan Islam perlu lebih gigih untuk membantu proses pembersihan ini sehingga suatu masa kelak Pakatan Rakyat ditunjangi oleh pemimpin yang benar-benar wibawanya. Ikhlas dalam perjuangannya. Hidup dan matinya untuk menegakkan kebenaran dan keadilan Islam di muka bumi milik Allah ini. Kita meyakini suatu masa nanti acara lompat-melompat ini bakal melanda dunia UMNO pula kerana sekali melompat mereka rasa seronok dengan lompatannya. Tak percaya ? Tanya Presiden PERKASA.....
7,000 petugas PAS berkempen bantu Zaid
PAS telah menambah kekuatan jentera mereka kepada 7,000 orang untuk meningkatkan kempen membantu calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim yang tinggal tiga hari lagi.
Jumlah itu bertambah 5,000 orang berbanding dengan 2,000 petugas pada awal kempen dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.
Pengarah Operasi pilihan raya kecil PAS, Jamaludin Alias (foto) berkata, petugas itu kini ditempatkan di kesemua 47 unit peti undi di seluruh Hulu Selangor.
Menurut Jamaludin berkata, pihaknya menggiatkan pendekatan 'hati ke hati' dalam kempen yang cuma berbaki tiga hari.
Katanya, kaedah kunjungan rumah ke rumah itu lebih berkesan kali ini, berbanding dalam sewaktu pilihan raya umum.
Dalam kunjungan tersebut, tegasnya, jentera parti ditugaskan untuk menjelaskan kepentingan menghantar Zaid ke Dewan Rakyat.
Jumlah itu bertambah 5,000 orang berbanding dengan 2,000 petugas pada awal kempen dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.
![]() |
Menurut Jamaludin berkata, pihaknya menggiatkan pendekatan 'hati ke hati' dalam kempen yang cuma berbaki tiga hari.
Katanya, kaedah kunjungan rumah ke rumah itu lebih berkesan kali ini, berbanding dalam sewaktu pilihan raya umum.
Dalam kunjungan tersebut, tegasnya, jentera parti ditugaskan untuk menjelaskan kepentingan menghantar Zaid ke Dewan Rakyat.
Campurtangan politik: Penerbit ntv7 letak jawatan
Penerbit kanan ntv7 Joshua Wong mendakwa terdapat campur tangan melampau daripada pihak kerajaan dan juga penapisan yang keterlaluan.
Wong (kiri), yang menerbitkan rancangan popular bahasa Mandarin 'Editor's Time', berkata 'larangan yang tidak munasabah' dikenakan ke atas rancangannya yang sering-kali membincangkan isu sosio politik di negara ini.
“Pihak pengurusan tertinggi ntv7 bersikap tidak munasabah. Kebebasan disekat dan mereka yang engkar akan dihukum sehingga menjejaskan sikap profesionalisme kakitangan,” katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, hari ini.
Wong berkata masalah bermula daripada aduan SMS yang dihantar oleh seorang pengadu ke Jabatan Perdana Menteri kepada ketuanya selepas episod pertama ranvcngan itu ke udara.
Episod itu adalah forum membabitkan pemimpin BN dan Pakatan Rakyat dengan dua penganalisis politik berhubung pencapaian kedua-dua gabungan itu sejak pilihan raya umum 2008.
![]() |
“Pihak pengurusan tertinggi ntv7 bersikap tidak munasabah. Kebebasan disekat dan mereka yang engkar akan dihukum sehingga menjejaskan sikap profesionalisme kakitangan,” katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, hari ini.
Wong berkata masalah bermula daripada aduan SMS yang dihantar oleh seorang pengadu ke Jabatan Perdana Menteri kepada ketuanya selepas episod pertama ranvcngan itu ke udara.
Episod itu adalah forum membabitkan pemimpin BN dan Pakatan Rakyat dengan dua penganalisis politik berhubung pencapaian kedua-dua gabungan itu sejak pilihan raya umum 2008.
Keluar AMK kerana tidak dapat jawatan
| M Faqih |
| KOTA BHARU, 22 April: Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir difahamkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Ahmad kecewa selepas hasratnya untuk dilantik sebagai Penyelia Dun Kuala Balah tidak tercapai menyebabkan dia kecewa. “Saya sebenarnya sudah dengar cerita itu sebelum ini. Wan Khairul mengugut mahu keluar parti kalau tidak mendapat jawatan yang diimpikan. “Bagi saya setiap pejuang perlu berjiwa besar dan tidak boleh mudah merajuk kalau tidak dapat apa yang diimpikan,” katanya. |
PAS: Mengapa baru mahu dipindahkan?
Thursday, April 22, 2010''Ini berikutan dakwaan pengarah PKR, Fuziah Salleh yang juga ahli parlimen Kuantan bahawa satu perlima atau 13,488 pengundi telah dipindahkan ke pusat pengundian lain,'' kata ketuanya, Nasrudin Hassan.
''Begitu juga dengan bilangan Daerah Mengundi yang dikatakan meningkat daripada 45 pada pilihanraya umum lalu kepada 47 Daerah Mengundi,'' tegasnya dalam satu kenyataan.
Gasolin: Kerajaan Najib pro-Israel
| Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 22 April: Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar (gambar) menyifatkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai pro-Israel berdasarkan tindakan mereka menghentikan bekalan gasolin petroleum bertapis ke Iran. Kamarudin berkata, tindakan Malaysia itu seolah-olah menyokong Israel yang telah lama memusuhi Iran."Ini membayangkan pentadbiran negara hari ini seolah-olah sudah duduk dalam blok negara-negara yang menyokong Israel kerana Israel sebenarnya memusuhi Iran, dan hanya Iran sahaja yang menjadi ancaman kepada Israel," katanya. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu juga berkata, tindakan itu sekaligus membuktikan bahawa perjanjian kontrak Malaysia dengan APCO Worldwide berjaya menjadikan pentadbiran Malaysia turut serta dalam perang tekanan sekutu Israel ke atas Iran. "Kita kecewa dengan tindakan ini kerana seolah-olah mahu membawa negara ini kepada menyokong negara yang kejam (Israel) yang diketahui akan kerakusan mereka membunuh rakyat Palestin," katanya. Ujar Kamarudin, akibat rasa terancam dengan pembangunan tenaga nuklear Iran, Israel menggunakan Amerika Syarikat untuk mengumpulkan kekuatan mencari sokongan menekan Iran. "Akhirnya hari ini dengan kerjasama yang kononnya erat bersama Amerika, dan hasil lobi yang dibuat APCO, Malaysia berada bersama-sama negara yang menyokong Israel. "Ini satu yang memalukan kepada kita sedangkan kita sebagai sebuah negara Islam dan menyertai OIC," ujarnya. |
Mahkamah bebas pelajar pondok pakai serban
| Muhammad Yusri Amin |
| TUMPAT, 22 April: Mahkamah Majistret di sini pagi ini membebaskan kelima-lima pelajar Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Yusufiah Pondok Banggol Naim, Pasir Mas yang dituduh menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar semasa ditahan polis pada 27 April 2008 lalu. Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat semasa membuat keputusan itu mendapati pihak pembelaan berjaya membuktikan bahawa wujudnya satu keraguan yang munsabah. Peguambela Amir Syafiq Venkadesh Narayanan ketika bercakap kepada media di luar mahkamah berkata kelima-lima ‘orang kena saman’ (OKS) itu telah dilepaskan dan dibebaskan.“Majistret memutuskan pihak pembelaan berjaya membuktikan bahawa wujudnya satu keraguan yang munasabah. So, saya fikir ini menjadi satu prosiding,” katanya. Lima pelajar OKS dari ‘Pondok Gelang Mas’ yang dibebaskan itu ialah Adli Ab Halim, 23, Afizul Mohamed, 23, Ahmad Hafidz Saari, 24, Che Mohd Noor Che Soh, 28, dan Mohd Azam Mohd Arifin, 24. |
Untung jika pilih Zaid - Husam
| Dzulfikar Mashhor |
HULU SELANGOR, 22 April : Rakyat di Hulu Selangor beruntung jika calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim menjadi ahli parlimen mereka, kata Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa (gambar). Husam sewaktu berceramah di Batang Kali malam tadi berkata, dengan adanya seorang wakil rakyat dari pakatan akan mendorong tiga lagi Adun BN di Hulu Selangor bersaing menunjukkan khidmat mereka."Sekiranya ketiga-tiga Adun dari BN dan Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat, kita akan melihat persaingan yang akhirnya menguntungkan rakyat. "Kalau nakkan satu saluran supaya wakil rakyat kita boleh berhubung dengan pengundi di Hulu Selangor, kita memerlukan seorang wakil rakyat yang terbaik," katanya. Tambahnya lagi, Zaid jauh lebih berpengalaman dari calon BN, Kamalanathan untuk membela rakyat Hulu Selangor. Zaid, katanya mampu membawa isu-isu kritikal rakyat ke parlimen kerana pernah menjawat jawatan menteri kabinet sebelum ini. Beliau memberi contoh isu ISA yang menyebabkan Zaid meletakkan jawatan menteri kerana mempertahan perinsipnya iaitu menentang ISA. "Kamalanathan adalah wakil rakyat BN dan mustahil untuk seorang wakil rakyat BN untuk mempertikai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kepincangan pengurusan ekonomi negara, angkara Umno," katanya. Zaid menurut Husam mempunyai kebolehupayaan dan profesionalisme selain tahap pendidikan dan pengalaman sebagai pengamal undang-undang. |
Perasmi Kilang Arak Di Malaysia
Wednesday, April 21, 2010
Gambar menceritakan segalanya.... Sampai sekarang kepimpinan UMNO mewarisi kepimpinan silam... UMNO TAK MAMPU BERUBAH !!!
Sultan, menteri besar dan rakyat jelata...
Betapa hebat kepimpinan kelantan, dari pemangku Sultan , menteri besar dan rakyat jelata mereka tidak mengenakan pakaian kebesaran bila bersama... Mereka berpaut atas dasar Makhluk Allah semua serupa...Takbir....
Tanpa gasoline Iran akan lumpuh - Benjamin Netanyahu
| Harakahdaily |
| KUALA LUMPUR, 20 April 20: Selepas beberapa hari Malaysia mengumumkan langkahnya menghentikan eksport gasoline - petroleum bertapis - kepada Iran, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu hari ini mendesak dunia agar menghentikan eksport gasoline ke Iran untuk menghentikan negara itu dari meneruskan projek nuklearnya. Gesaan itu dibuat Netanyahu melalui rancangan “Good Morning America” (Selamat Pagi Amerika) di saluran tv ABC yang dipancar di Amerika. "Jika anda menghentikan Iran dari mengimport petroleum bertapis (refined petroleum) - nama fency untuk gasoline - regim ini akan lumpuh kerana Iran tidak mempunyai kepakaran penapisan," kata Netanyahu dalam rancangan itu sebagaimana yang dipetik oleh agensi berita hari ini. Amerika sedang menjalankan kempen besar-besaran untuk menekan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) agar mengenakan sekatan ke atas Iran yang disifatkan oleh negara barat sebagai sedang membina senjata nukleur. Bagaimanapun Iran mendakwa, apa yang dibuat oleh negara itu adalah menggunakan tenaga nukleur untuk menghasilkan tenaga elektrik untuk kegunaan awam di negara itu. ![]() Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan tindakan menghentikan eksport gasoline ke Iran selepas tiga hari berjumpa dengan Presiden Amerika, Barack Obama baru-baru ini. "Sekatan tambahan tidak boleh dielakkan di masa terdekat kecuali satu tindakan yang betul diambil oleh Iran," kata Najib kepada wartawan di Washington, lapor agensi berita antarabangsa. "Ia terletak kepada Iran sekarang untuk bertindak bagi mengelakkan lebih sekatan dikenakan," tambahnya. Bagaimanapun, laporan itu dinafikan oleh Najib. Penafian itu dibuat kepada wartawan Malaysia yang menyertai lawatan beliau ke Amerika itu. Najib menyatakan bahawa laporan media asing yang memetik beliau sebagai berkata Malaysia sudah menghentikan bekalan gasoline ke Iran, sebagai tidak tepat. "Ia tidak betul dan keputusan itu bukan diambil bersendirian oleh Petronas. Ia membabitkan jualan setempat dan ia tidak lagi diperlukan, oleh itu mereka tidak lagi melakukannya (menjual)," katanya kepada wartawan Malaysia pada Jumaat. Najib berkata ia merupakan transaksi komersil semata-mata dan jika ada permintaan untuk jualan setempat, terpulang kepada pihak-pihak terbabit memutuskannya. Namun begitu, agensi berita antarabangsa itu mempertahankan laporannya. |
Siasah kita di Hulu Selangor
Tuesday, April 20, 2010| http://episodeperjuangan.blogspot.com |
1. Semua anggota pemuda PAS [ahli dan pimpinan] telah dikerah turun bertugas dan berjuang di P.094 Hulu Selangor bagi memenangkan calon Pakatan Rakyat [Zaid Ibrahim] mewakili Parti Keadilan Rakyat.![]() 2. Atas semangat dan akhlak kita bertahaaluf siasi [kerjasama politik], biarpun ia bukan calon dari parti kita sewajarnya kita bekerja dan membantu laksana ia dari parti kita sendiri. Justeru sekali-kali kita tidak boleh memberi ruang kepada Barisan Nasional mendekati jumlah 2/3 majoriti penguasaan mereka di parlimen. 3. Ia tidak hanya berpaksi kepada kepentingan politik lantaran politik hanya alat. Apa yang paling penting ialah perjuangan kita untuk menghalang UMNO dan BN berkuasa dan memperkukuhkan kuasa mereka di Parlimen. 4. Andai diberi peluang UMNO dan BN memperkukuhkan kuasa mereka di Parlimen kelak, ianya akan menjadikan mereka lebih angkuh dan sombong. Ia juga kelihatan seperti kita terus membenarkan segala penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan 1001 mungkar Barisan Nasional yang sekian lama telah didedah serta dibongkar. |
Hulu S'gor: BN lwn PKR, 2 calon Bebas tarik diri
| |
Siang tadi, V S Chandran mengumumkan diri, diikuti oleh seorang lagi calon Bebas, Johan Mohd Diah.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengesahkan Johan Mohd Diah telah menarik diri.
Berikutan itu, calon BN, P Kamalanathan akan berdepan dengan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim Ahad ini.
Fitnah, akhbar Selangor Kita berdepan saman
| Hazayani Zakaria |
| KUALA LUMPUR, 19 April: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan akhbar Selangor Kita kerana menyiarkan kenyataan palsu daripada Mufti Perak bertajuk 'Khalid Samad tidak beriman'. Bercakap pada sidang media di lobi Parlimen hari ini, Khalid memberitahu, Datuk Seri Harussani telah memberikan respon berhubung perkara itu kepadanya dengan menafikan mengeluarkan kenyataan seperti yang disiarkan akhbar berkenaan. "Harussani sudah respon, dia kata bahawa dia tidak mengeluarkan kenyataan ini. "Dia tidak tahu dan tidak pernah dengar pun suratkhabar Selangor Kita, dia tidak pernah sebut nama saya dan komennya mengenai isu kalimah Alah semuanya secara umum," katanya. |
Halili buktikan pemilihan Zaid tepat
Monday, April 19, 2010| Dzulfikar Mashoor |
| KUALA LUMPUR, 19 April: Tindakan Datuk Dr. Halili Rahmat keluar PKR dan menyertai Umno dianggap sebagai suatu rahmat daripada Allah kepada Pakatan Rakyat. Menurut Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, sikap yang ditunjukkan Halili katanya membuktikan Pakatan Rakyat tepat membuat keputusan untuk tidak memilihnya sebagai calon bagi PRK Hulu Selangor. Nama Halili sebelum ini antara tersenarai sebagai calon Pakatan Rakyat bagi PRK Hulu Selangor. "Memang namanya (Dr. Halili) antara yang dicalonkan, mujur kita tak pilih beliau, kalau kita (pimpinan Pkatan Rakyat) pilih sudah tentu merugikan rakyat kelak." "Alhamdulillah, dengan keputusan Dr. Halili keluar (parti) seolah-olah suatu rahmat daripada Allah, (maka) saya cuma nak ucap terima kasih." ujar beliau ketika dihubungi Harakahdaily. Keputusan Halili itu juga katanya memberi isyarat yang jelas bahawa keputusan Pakatan Rakyat memilih Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon di Hulu Selangor merupakan keputusan yang terbaik. |
Sembang Santai Bersama YB Parlimen Shah Alam
Keletihan mengendalikan program seharian suntuk ternyata tidak menghalang Dewan Pemuda PAS untuk mengatur satu lagi program sembang santai bersama YB Khalid Samad di Seksyen 18 Shah Alam. Program bual bicara sambil bersantai itu merupakan kali kedua dinajrukan oleh DPPSA. Sebelum ini ia diadakan di Padang Jawa dengan menampilkan beberapa orang ustaz dengan gaya tersendiri.
Program kali ini lebih menjurus kepada perbincangan secara sihat antara masyarakat Shah Alam dengan Ahli Parlimen Shah Alam. Alhamdulillah sambutan yang diterima amat menggalakkan dan berbagai persoalan dan isu semasa berjaya dijawab oleh YB dengan penerangan yang teliti dan jelas.
Program kali ini lebih menjurus kepada perbincangan secara sihat antara masyarakat Shah Alam dengan Ahli Parlimen Shah Alam. Alhamdulillah sambutan yang diterima amat menggalakkan dan berbagai persoalan dan isu semasa berjaya dijawab oleh YB dengan penerangan yang teliti dan jelas.
Malam Seni Dataran Shah Alam Mendapat Sambutan Hangat
Buat julung kalinya Dewan Pemuda PAS Shah Alam mengajurkan Malam Kesenian Di Dataran Shah Alam dibawah seliaan DACS Shah Alam. Program yang menghimpunkan kumpulan akustatik untuk menyampaikan lagu-lagu kemanusiaan dan ketuhanan ternyata diterima secara baik oleh remaja yang datang di dataran Shah Alam pada malam tersebut. Bahkan ada pengunjung berkeluarga terhibur dengan konsep yang diperkenalkan tersebut. Santai dan selesa. Disamping Dewan Pemuda PAS turut mengedarkan risalah-risalah untuk bacaan para hadirin disamping tazkirah ringkas oleh Ustaz Nazmi Karim dan YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam. Ustaz Nazmi yang mengingatkan remaja agar sentiasa menjaga akhlak dan tingkah laku mereka demi kebaikan masa depan ternyata menghiburkan penonton dengan nyanyian yang begitu mengancam.
Taklimat Perlembagaan PAS : Menjelas kekeliruan
Program taklimat Perlembagaan PAS nyata telah banyak membantu menjelaskan kekeliruan yang timbul selama ini. Pimpinan pemuda PAS Shah Alam yang hadir melahirkan rasa puas hati dengan penjelasan yang diberikan dan mula dapat melihat ruang kelemahan yang perlu diperbaiki. Kekeliruan terhadap perlembagaan merupakan satu malapetaka besar bagi gerakan Islam PAS kerana dibimbangi ia bakal menjurus membawa kepada pemahaman sendiri dalam menafsirkan perlembagaan dan akhirnya membawa kepada perpecahan dalam tindakan. Alhamdulillah majlis taklimat yang telah berlangsung memberi banyak input berguna kepada para pemuda PAS Shah Alam.
Taklimat telah disampaikan oleh Sdr Mohd Fadhli Ghani ( Setiausaha Pindaan Perlembagaan PAS Pusat ).
Taklimat telah disampaikan oleh Sdr Mohd Fadhli Ghani ( Setiausaha Pindaan Perlembagaan PAS Pusat ).
Gamis seru mahasiswa turun di Hulu Selangor
Sunday, April 18, 2010
KUALA LUMPUR, 18 April: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) selaku badan yang menaungi keseluruhan mahasiswa Islam, menyeru mereka di seluruh negara agar bersama-sama dengan rakyat dan negara turun beramai-ramai di dalam pilihan raya kecil P.094 Hulu Selangor.
Presidennya, Mohd Idris Mohd Yusoff berkata, mahasiswa juga berhak menjadi salah satu agen penentu di dalam pilihan raya kecil tersebut, kerana calon yang akan dipilih rakyat juga bertanggungjawab terhadap isu-isu mahasiswa.
Presidennya, Mohd Idris Mohd Yusoff berkata, mahasiswa juga berhak menjadi salah satu agen penentu di dalam pilihan raya kecil tersebut, kerana calon yang akan dipilih rakyat juga bertanggungjawab terhadap isu-isu mahasiswa.
Kapal selam Malaysia 'muncul' di Hulu S'gor
Isu pembelian kapal selam yang dilihat 'suam-suam kuku' sejak akhir-akhir ini, muncul semula pada kempen pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.
Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikannya sebagai modal ceramahnya di Pekan Kerling, malam semalam.
"Bukan saya yang buat laporan itu....jawab Najib jawab," katanya di hadapan kira-kira 500 hadirin.
Pembelian kapal selam itu timbul semula apabila terdapat pekembangan terbaru di Perancis di mana beberapa peguam di negara itu ingin penyiasatan dibuat semula.
Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikannya sebagai modal ceramahnya di Pekan Kerling, malam semalam.
"Bukan saya yang buat laporan itu....jawab Najib jawab," katanya di hadapan kira-kira 500 hadirin.
Pembelian kapal selam itu timbul semula apabila terdapat pekembangan terbaru di Perancis di mana beberapa peguam di negara itu ingin penyiasatan dibuat semula.
Hulu Selangor Diabai Kerajaan Umno BN, Perlu Ahli Parlimen Berani Bersuara
HULU SELANGOR 18 APR: Pengundi Parlimen kawasan ini memerlukan ahli parlimen yang berani dan lantang bersuara di Dewan Rakyat bagi menjaga kepentingan mereka, kata Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.
Katanya, mereka tidak memerlukan ahli parlimen yang hanya menikus, mengiya dan mengangguk setiap kali kerajaan membuat keputusan tidak munasabah yang melibatkan kepentingan rakyat.
Dalam konteks ini, Tian Chua menyifatkan Datuk Zaid Ibrahim adalah pilihan yang tepat dan jitu kerana terbukti, bekas menteri undang-undang itu sanggup berkorban demi membela rakyat.
Katanya, mereka tidak memerlukan ahli parlimen yang hanya menikus, mengiya dan mengangguk setiap kali kerajaan membuat keputusan tidak munasabah yang melibatkan kepentingan rakyat.
Dalam konteks ini, Tian Chua menyifatkan Datuk Zaid Ibrahim adalah pilihan yang tepat dan jitu kerana terbukti, bekas menteri undang-undang itu sanggup berkorban demi membela rakyat.
Tolak politik ganas BN
HULU SELANGOR, 18 April: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor amat kecewa dengan budaya keganasan politik oleh penyokong Barisan Nasional (BN) pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, semalam.
Justeru, ketua penerangannya, Mohd Ezli Mashut menggesa agar pengundi di Hulu Selangor menolak corak keganasan politik BN yang semakin tertekan akibat perpecahan dalaman sesama sendiri yang amat dahsyat.
Justeru, ketua penerangannya, Mohd Ezli Mashut menggesa agar pengundi di Hulu Selangor menolak corak keganasan politik BN yang semakin tertekan akibat perpecahan dalaman sesama sendiri yang amat dahsyat.
PKR dakwa SPR seperti parti komponen BN
Pengarah pilihan raya PKR bagi kerusi Hulu Selangor, Fuziah Salleh mendakwa pihaknya mendapati 13,488 pengundi atau kira-kira satu per lima daripada jumlah pengundi telah dipindahkan ke pusat pengundian yang lain daripada pusat yang mereka mengundi pada pilihan raya 2008.
"Ini strategi SPR untuk menggulingkan Pakatan,” katanya pada sidang media hari ini.
Fuziah juga mendakwa pengundi berkenaan tidak dimaklumkan berhubung pertukaran tempat mengundi yang baru.
Subscribe to:
Posts (Atom)
ADUAN MASALAH
HANTAR ARTIKEL
DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM
Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.





Kamarudin berkata, tindakan Malaysia itu seolah-olah menyokong Israel yang telah lama memusuhi Iran.
Peguambela Amir Syafiq Venkadesh Narayanan ketika bercakap kepada media di luar mahkamah berkata kelima-lima ‘orang kena saman’ (OKS) itu telah dilepaskan dan dibebaskan.
Husam sewaktu berceramah di Batang Kali malam tadi berkata, dengan adanya seorang wakil rakyat dari pakatan akan mendorong tiga lagi Adun BN di Hulu Selangor bersaing menunjukkan khidmat mereka.
















HTTP adalah singkatan dari HyperText Transport Protocol, iaitu salah satu protokol yang mengandungi bahasa yang difahami antara webserver dan klien (web browser di pc).