RM4 juta Bantu Pelajar Sekolah Tamil

Wednesday, March 10, 2010
KLANG, 9 Mac: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menyediakan RM4 juta bagi membantu anak-anak yang belajar di sekolah-sekolah Tamil seluruh negeri, kata Pengerusi Tetap Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatian negeri, Dr Xavier Jayakumar.


Katanya, semenjak dua tahun Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negeri, kerajaan begitu komited dan sangat mengambil berat untuk menyediakan keperluan prasekolah bagi kemudahan dan keselesaan anak-anak dalam menimba ilmu pengetahuan terutamanya di kalangan masyarakat India.

Menurutnya, dari rekod dan statistik yang diperolehi dari Tamil Foundation dan NGO pendidikan yang lain jelas menunjukkan bahawa anak-anak kalangan masyarakat India jauh ketinggalan dalam mendapatkan pendidikan awal di peringkat prasekolah sebelum mereka memasuki alam persekolahan.

Pakatan Urus Selangor Cara Terbaik

SHAH ALAM, 9 Mac: Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat berjaya mengurus sumber kewangan negeri dengan berkesan malah menggunakan hasil itu pula untuk kesejahteraan rakyatnya.

Banyak kejayaan dicapai termasuk peningkatan jumlah pelaburan masuk sepanjang 2009 kepada RM6.76 bilion dan mengutip RM50 juta daripada hutang Talam Corporation sebanyak RM392 juta.

Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim malam tadi ketika menyampaikan syarahan perdana sempena perayaan dua tahun kerajaan baharu Pakatan Rakyat memerintah negeri itu.  

Turut berucap dalam majlis yang adiadakan di Stadium Malawati dekat sini adalah Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr Hasan Mohd Ali, Exco Teresa Kok, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Dun Selangor, Azmin Ali dan bekas timbalan menteri,  Datuk Kalakau Untul yang menyertai PKR, baru-baru ini.

Nik Aziz: PKR Baru Belajar Merangkak

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata masalah yang membelenggui PKR boleh diibaratkan sebagai bayi yang belajar merangkak.

"PAS seperti itu juga, sebelum ini. Sebelum kadi kuat, ada juga ahli yang meninggalkannya,” kata beliau selepas menyampaikan derma kepada mangsa kebakaran di Kampung Wakaf Lanas, Pasir Puteh.

Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS berkata ahli yang melompat ke parti lain adalah perkara biasa, yang lazimnya berlaku ke atas parti baru seperti PKR.

"Sebelum parti menjadi kuat, kita terpaksa menerima perkara seperti itu (melompat ke parti lain),” katanya kepada Bernama.

Peguam minta Majistret tangkap saksi kerana berbohong

Tuesday, March 9, 2010
PULAU PINANG, 8 Mac: Perbicaraan kes Haji Mohamad Sabu dan sembilan yang lain di Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinang hari ini bertukar menjadi panas apabila peguambela KEPADA Mohamad Sabu meminta Tuan Majistret menangkap saksi pendakwa iaitu jurugambar polis.

Saksi pendakwa tersebut iaitu Korporal Khairi yang menjadi saksi pendakwa yang pertama memberikan keterangan bahawa pada hari kejadian (9/12/2007) beliau telah mengambil gambar di tempat kejadian iaitu di Tol Bukit Tambun dan beliau telah mengambil 32 keping gambar kesemuanya.

SELENA TAY: Hentikan GST Sebelum Terlambat

Pada sesi Parlimen tahun ini yang akan bermula pada 15 Mac 2010 yang akan datang, Akta GST (GST Bill) akan dibentangkan untuk perbahasan di Parlimen.

Kerajaan BN berhasrat untuk melaksanakan sistem taksiran cukai GST (Goods and Services Tax) semata-mata untuk menambah karung kocek sendiri.  Niat untuk memperbaiki taraf hidup rakyat hasil dari pungutan cukai ini memang tiada.

Pakar ekonomi dari DAP, Tony Pua berkata bahawa cukai ini akan menjadikan rakyat yang miskin lebih miskin lagi sebab mereka ini yang dahulunya tidak perlu membayar cukai kini akan kena cukai pula.

Pakar ekonomi dari PAS, Dr. Dzulkefly Ahmad pula berkata cukai GST ini adalah sistem cukai yang regresif yang hanya akan menyusahkan dan merugikan golongan yang miskin.

Pastikan Pakatan Pertahankan Selangor - Dr Mariah

RAWANG, 8 Mac: Para ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat diberikan amaran jika mereka gagal mempertahankan Selangor dalam pilihan raya umum akan datang ini, mereka tidak akan berjaya mendapatkan negeri ini sekurang-kurangnya 50 tahun lagi.

Untuk itu, menjadi tanggungjawab para ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat bagi memastikan Pakatan kekal mentadbir Selangor selepas pilihan raya umum ke 13 nanti.

Amaran ini diberikan oleh AJK PAS Pusat yang juga anggota Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud ketika merasmikan mesyuarat agung PAS Cawangan Bandar Tasik Puteri Sabtu lepas.

Kini, semua cawangan PAS di seluruh negara sedang sibuk bermesyuarat agung. Muktamar Tahunan PAS dijangka akan diadakan pertengahan tahun ini.

Prestasi Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Sepanjang 2 Tahun

Pakatan Rakyat secara tuntas memperlihatkan kerjasama dan muafakat utuh demi memasti serta menjamin kemaslahatan rakyat. Pakatan Rakyat akan sentiasa menjunjung prinsip-prinsip Perlembagaan yang menjamin hak orang Melayu, agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Pakatan Rakyat akan terus memastikan dasar-dasar yang dilaksanakan didasari prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban. Berdepan dengan masalah perkauman yang meruncing, rakyat di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat menunjukkan perpaduan kaum yang semakin jitu dan utuh. Negeri-negeri Pakatan menunjukkan prestasi ekonomi yang memberansangkan jika dibandingkan dengan negeri yang ditadbir umno-barisan nasional.

Selangor

Negeri Selangor mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM6.76 billion pada tahun 2009 dan mencipta sebanyak 20 753 peluang pekerjaan. Dari jumlah pelaburan tersebut, RM 2.752 billion(40.8%) merupakan pelaburan tempatan. Manakala Projek Industri yang diluluskan di Selangor berjumlah 278, ianya merupakan yang tertingi dicatatkan di Negara ini.

Liwat II: VCD Fatwa Yusuf Al-Qaradhawi Diedar

Abdul Rahim Sabri
Satu cakera padat (CD) yang berupa rakaman sidang video ulama tersohor Prof Dr Yusuf al-Qaradawi berhubung fatwa terhadap pertuduhan liwat yang dihadapi oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diedarkan kepada orang ramai malam tadi.

Dalam rakaman sidang video itu antara lain mengandungi mengenai fatwa ulama dunia Islam itu terhadap pertuduhan liwat yang dihadapi oleh Anwar yang juga ketua pembangkang.

Sidang video itu telah dirakamkan pada 14 Februari selama 33 minit itu di kediaman Dr Yusuf di Doha, Qatar termasuk terjemahan percakapan beliau yang dilakukan oleh ahli jawatankuasa PAS Pusat, Abdul Ghani Shamsuddin.

Cakera padat yang bertajuk "Fatwa Mutakhir Dr Yusuf al-Qaradawi berhubung konspirasi II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim" telah diterbitkan oleh Women's Institute of Research Development dan Advancement (WIRDA) diedarkan secara percuma.

PAS: Benarkan MP paling tadah tanding semula

Sunday, March 7, 2010
Akta Pilihan Raya yang membataskan wakil rakyat yang meletakkan jawatan daripada bertanding semula, perlu dipinda bagi membuktikan calon tersebut mempunyai pengaruh di kawasan yang ditandinginya, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Ini kerana katanya, akta tersebut tidak membenarkan ahli parlimen atau adun yang mengosongkan kerusi mereka untuk bertanding semula selama lima tahun.

"Secara peribadinya, calon yang bertanding dalam sesuatu parti, (kemudian) keluar parti, secara moralnya, dia perlu meletakkan jawatan (sebagai wakil rakyat).

"Untuk membuktikan bahawa dia mempunyai sokongan daripada rakyat, dia perlu mempunyai peluang untuk bertanding semula, kalau ada pengaruh.

Pemulihan Ekonomi, Retorik Politik

Saturday, March 6, 2010
Yusmawati Mhd Yusof

Pakar ekomoni, Charles Santiago mempersoal kesahihan kenyataan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kononnya Malaysia telah pulih dari kemelesetan ekonomi.

Kedua-kedua individu itu patut memberikan angka sebenar dan tidak berselindung di sebalik kekaburan fakta yang mengelirukan rakyat. Hakikatnya, Malaysia bukan lagi negara pilihan pelabur.

Semalam Najib dan Zeti  dalam sidang media berasingan menyatakan, kononnya Malaysia telah pulih daripada kemelesetan global berikutan prestasi suku keempat 2009  lebih baik daripada jangkaan.

Mereka dilihat cuba memberi gambaran positif mengenai situasi ekonomi negara yang bertujuan meraih sokongan rakyat yang sekian lama terbeban dengan pelbagai kenaikan  harga barangan.

Umno/BN Jangan Sibuk Persoal Ketua Pembangkang - Mustafa

Hazayani Zakaria  

KUALA LUMPUR, 6 Mac: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Umno/Barisan Nasional tidak perlu sibuk mempersoalkan kedudukan kerusi ahli parlimen Pakatan Rakyat ( PR) di Dewan Rakyat dan sokongan mereka terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana, katanya, yang berhak menentukan siapa yang akan menjadi ketua pembangkang ialah seluruh Ahli Parlimen PR sendiri, bukan kerajaan ataupun Speaker.

"Dalam standing order parlimen itu sendiri, yang akan  menentukan siapa ketua pembangkang ialah seluruh Ahli Parlimen (MP) pembangkang, bukan kerajaan, bukan Speaker.Kalau berlaku pengundian misalnya, jika majoriti MP PR mengundi seseorang itu, dia akan dipilih walaupun partinya hanya diwakili oleh dia seorang," jelasnya dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Lut, dekat sini pagi tadi.

SPR Mula Kerja Awal Persempadanan Semula


KUALA LUMPUR, 6 MAC - Ketika Barisan Nasional (BN) sibuk membeli ahli parlimen Pakatan Rakyat bagi memperoleh 2/3 majoriti parlimen, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula sudah memulakan kerja awal sebagai persediaan membuat persempadanan semula.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar berkata, pejabat-pejabat pilihan raya negeri sudah mula mengumpul data yang boleh membantu urusan kajian semula sempadan piliha raya.

“Kerja awal ini berkaitan dengan aspek pertumbuhan pembangunan, kemajuan infrastruktur, peningkatkan penduduk dan pergerakan penduduk dan sebagainya... yang akan membantu SPR dalam menentukan sama ada perlu dijalankan kajian ataupun sebaliknya,” katanya kepada Malaysian Insider.

Kerajaan Negeri Anjur Karnival Sungai Klang 13-14 Mac

SHAH ALAM 6 MAC: Kerajaan Negeri akan menganjurkan Karnival Sungai Klang 2010 selama dua hari pada 13 dan 14 Mac ini (Sabtu dan Ahad) bertempat di Taman Pengkalan Batu, Klang.

Karnival ini adalah antara beberapa acara yang dianjurkan kerajaan negeri bersempena sambutan Ulang Tahun Kedua Pakatan Rakyat di Selangor. Sultan Selangor, Tuanku Sultan Sarafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli untuk berangkat bagi melepaskan peserta Larian Bandar Diraja yang dijangka disertai kira-kira 5,000 peserta.

Selain Larian Bandar Diraja, Karnival Sungai Klang 2010 ini juga akan dimeriahkan dengan pelbagai acara lain seperti pertandingan kayak, pertandingan memancing, ‘River Hunt’, pertandingan melukis, ‘flying fox’ dan ‘shopping game’, persembahan kombo pihak berkuasa tempatan dan hiburan artis tempatan.

Pembangunan di pesisir Sungai Klang menjadi fokus utama kepada kerajaan negeri dan usaha ini menjadi agenda penting dalam Pakej Rangsangan Ekonomi yang sedang berjalan dan bakal memberi manfaat kepada seluruh rakyat Selangor.

Zaid: Najib 'kemaruk' majoriti dua pertiga

Friday, March 5, 2010
Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk menghentikan perbuatan 'merampas' ahli parlimen Pakatan Rakyat, khususnya dari PKR demi menghormati proses demokrasi.
"Mengapa beliau begitu kemaruk dengan majoriti dua pertiga di Parlimen? Buat masa ini, Barisan Nasional mempunyai bilangan kerusi yang mencukupi bagi meluluskan sebarang undang-undang,” kata Zaid (kiri) pada sidang akhbar yang diaturkan secara tergesa-gesa.

"Pada pendapat anda, adakah England kukuh kerana mereka mempunyai dua pertiga (majoriti)? Tak! England tidak pernah ada majoriti dua pertiga.”

Sejak beberapa minggu kebelakangan lalu, PKR digoncangkan dengan tiga ahli parlimennya berpaling tadah sehingga menimbulkan krisis kepimpinan parti, terutama terhadap ketua numumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
'Contohi jejak Pak Lah'

MUFTI PENAJA ASAL KERAJAAN PERPADUAN

Oleh : Penulis Tamu Infodppsa

Berita ini dipetik dari Utusan Meloya online :

BANGI 4 Mac - Setelah berdiam diri hampir dua tahun selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini meluahkan apa yang terbuku di hati.
Beliau menceritakan keangkuhan Pas Perak yang menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu, walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan juga dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi parti itu.
"Apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara Pas dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang terus berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (UMNO) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP).
"Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat Pas menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.
"Sultan secara dasarnya berkenan dengan cadangan ini, tetapi dia (Ahmad) masih berkeras menolaknya. Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir, beliau (Ahmad) kata dia menggunakan kaedah fikah dalam perkara itu.
"Kemudian saya kata mana boleh kaedah fikah digunakan apabila ia bertentangan dengan nas al-Quran, ia tidak boleh dipakai," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Za'ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini yang dipengerusikan Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Islam UKM, Prof. Dr. Idris Zakaria.
Panelis lain yang turut menyertai program itu ialah Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ruhanie Ahmad dan Pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Prof. Madya Datuk Abdul Halim Sidek
Mengimbas kembali perkara itu, Harussani berkata, cadangan itu bermula selepas pilihan raya umum apabila DAP dan BN masing-masing mendapat 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermaksud Pas akan menjadi penentu kepada kerajaan yang akan dibentuk.
Katanya, beliau dilantik sebagai orang tengah dan persoalan yang timbul ialah daripada 28 wakil rakyat BN hanya seorang Cina.
"Kenapa Pas tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.
"Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.
"Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju," katanya.
Jelas Harussani, semasa sampai di Ipoh beliau yang optimis dengan cadangan itu yang turut disokong kepimpinan tertinggi Pas telah menghubungi Ahmad, tetapi malangnya jawapan yang diterima amat mendukacitakan.
Beliau mendakwa, Pas Perak sebenarnya telah diperalatkan oleh DAP bagi memenuhi kepentingan tuntutan politik mereka.
"Contohnya semasa orang Melayu berbaring di atas jalan raya bagi menghalang laluan kereta Sultan Perak pada masa itu, langsung tiada orang DAP turut serta dan apabila saya tanya, mereka (orang Cina) berkata itu kerja Melayu, kami banyak lagi kerja lain nak dibuat," katanya.

Rupa-rupanya selama ini yang menghuru-harakan PAS adalah angkara Mufti Perak ini. Tuan-tuan boleh saksikan bagaimana pimpinan PAS difitnah dengan hebat sedangkan semuanya telah melalui proses yang sungguh telus. Ust Ahmad Awang selaku orang yang faham tentang politik Perak juga telah melaksanakan tugas terbaiknya. TG Hadi awang dengan penuh bijaksana menyerahkan tugas memutuskan ini kepada Ust Ahmad Awang kerana beliau mempunyai keyakinan penuh kepada pimpinan yang bertanggungjawab dan tidak menggunakan veto dalam membuat keputusan. Setelah sekian lama, akhirnya rahsia ini terbongkar dari mulut pembuat onar sendiri, dan betapa hebatya pimpinan PAS menanggung segala fitnah demi tidak mahu mengaibkan orang agama seperti mufti Perak ini.

Pengarah Radio IKIM Didesak 'Letak Jawatan' Kerana Panggil Presiden PAS Muzakarah

Herman Shamsuddin   
Seorang teman meyampaikan kepada saya bahawa perletakan jawatan Pengarah Radio IKIM, Ir Ahmad Jais Alias berkuatkuasa 1 Mac lalu bukanlah perletakan jawatan yang sukarela. Bernama pada 19 Januari telah menyiarkan berita bahawa beliau akan meletakan jawatan setelah berkhidmat selama setahun dua bulan bermula pada 1 Januari 2009. 

Memang pelik kenapa beliau letakan jawatan secara tiba-tiba walhal baru berkhidmat setahun jagung.
Beliau dikatakan telah diberikan tekanan oleh pihak atasan bagi meletakan jawatan berikutan  tindakannya menjemput Presiden PAS bagi menyertai Muzakarah Pakar anjuran IKIM pada 21 Januari lepas. Muzakarah itu diadakan bagi membincangkan isu nama Allah dan Tun Abdullah turut hadir bersama bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin.

Hantar Jemputan Debat Ke PWTC

Thursday, March 4, 2010

Yusmawati Mohd Yusof

KUALA LUMPUR, 4 MAC - Kecewa dengan tindakan Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Zahalan mengoyakkan surat jemputan Debat Perdana Rakyat 2010 anjuran Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat negeri itu, mereka tanpa gentar menghantarnya semula ke Ibu Pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Diketuai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrul Hisham Shahrin, mereka  menyerahkan surat jemputan tersebut di kaunter ibu pejabat parti pemerintah itu.

Tindakan itu bertujuaan  memanjangkan cabaran debat yang dianjurkan seketrariat berkenaan kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin; Ketua Penerangan Pemuda Umno, Reezal Merican Naina Merican dan Presiden parti itu, Najib Razak.

Wakil Rakyat Muda Pakatan Yakin Ia Semakin Kuat!

 Salhan K Ahmad

Wakil rakyat muda Pakatan Rakyat percaya gabungan parti berkenaan kini bertambah kuat apabila elemen-elemen yang tidak diperlukan dalam parti itu kini telah menyingkirkan diri mereka.

Mereka juga akur dengan tugas berat yang kini dipikul dalam mentadbir negeri-negeri yang dikuasai Pakatan - Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan - serta cabaran untuk mengekalkan sokongan di negeri-negeri berkenaan.

Pandangan ini disuarakan dalam satu forum Wacana Generasi Perubahan dengan tajuk Dasar Bersama Pakatan dan masa depan politik Malaysia di Petaling Jaya malam tadi.

Bagaimanapun, pemimpin-pemimpin muda ini turut mengakui terdapat isu-isu yang mampu menggugat pakatan tersebut, seperti isu penggunaan kalimah Allah yang didakwa telah dimanipulasikan oleh Umno.

‘Lompat katak’ kerana masalah peribadi, kewangan

KUALA LUMPUR, 4 Mac: Ahli-ahli Parlimen (AP) yang melompat katak daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) akhir-akhir ini, seperti Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang berbuat serupa terdahulu menghadapi masalah peribadi serta kewangan dan ada yang mula disiasat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mohsin hadapi solat hajat 7 hari 7 malam

Ahli parlimen PKR, Mohsin Fadzli Samsuri diberi tempoh tujuh hari supaya mengosongkan kerusi Bagan Serai ataupun menghadapi tindakan dikenakan solat hajat supaya dihukum oleh Allah.

Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang (kiri) berkata pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Mohsin diberikan hukuman setimpal kerana mengkhianati perjuangan.

“Kita beri tempoh tujuh hari supaya beliau letak jawatan. Jika tidak kita akan anjurkan solat hajat tujuh hari tujuh malam supaya Allah menghukumnya kerana khianat pada perjuangan.

“Bentuk hukuman tersebut, biarlah Allah sahaja yang menentukannya,” kata Ahmad yang juga pesuruhjaya PAS negeri Perak pada pilihan raya umum sebelum ini.

Bekas naib presiden PAS itu mengulas tindakan Mohsin yang keluar PKR dan menjadi wakil bebas dengan alasan tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu kalimah Allah.

Cerita Petra Mengenai Isu Lompat Parti Pasal Duit......

Wednesday, March 3, 2010
Oleh Zulkifli Sulong

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Blogger kontroversi, Raja Petra Kamarudin mendakwa, Umno sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk membeli wakil rakyat Pakatan bagi membolehkan mereka kembali dengan kuasa dua pertiga.

Kuasa dua pertiga ini diperlukan untuk meluluskan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang bakal digunakan untuk menumpaskan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Persempadanan semula kawasan pilihan raya ini pula dibuat dengan cara gerrymandering.

MB Lancar Kempen Perlembagaanku Fasa Ketiga

Tuesday, March 2, 2010
Suraya Sanusi

SHAH ALAM 1 MAC: Kempen Perlembagaanku yang masuk fasa ketiga hari ini dilancarkan Menteri Besar
Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi mendedahkan lebih banyak hak seseorang rakyat yang termaktub dalam Perlembagaan.

Ia juga menerangkan batasan kuasa kerajaan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, selain proses perjalanan institusi kehakiman dan pelbagai agensi kerajaan.

Kempen itu dimulakan oleh Jawatankuasa Undang-undang Perlembagaan Majlis Peguam dilancarkan pada 13 November  tahun lalu dalam beberapa fasa selama dua tahun.

Fasa pertama dilancarkan pada 13 November tahun lepas, fasa kedua pada 15 Januari lalu dan fasa ketiga dilancarkan pada hari ini.

Pada sidang media, Tan Sri Abdul Khalid yakin kempen itu dapat meningkatkan kesedaran pengetahuan dan pemahaman masyarakat tentang Perlembagaan Negara.

"Ini adalah perkhidmatan sosial yang penting kerana mengingatkan rakyat bahawa demokrasi di Malaysia berjalan dan diharapkan dengan lebih mantap lagi," katanya.

Kes Syafia Humairah: Tamparan Hebat Kepada Kerajaan

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Kesal dan dukacita dengan insiden melibatkan Syafia Humairah Sahari, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, PAS menganggap ianya satu tamparan hebat kepada kerajaan, rakyat dan keseluruhan sistem masyarakat di negara ini.

Sehubungan itu, katanya PAS mahu pihak polis melakukan siasatan segera berhubung kes kematian seorang kanak-kanak berusia tiga tahun,Syafia Humairah Sahari sehingga membawa kepada kematiannya, Khamis lalu.
 
"PAS yakin, majoriti rakyat di negara ini berasa marah dan mahu pembunuhnya dihukum mati. Dalam Islam, hukuman bagi kes sebegini adalah dipancung di khalayak ramai sebagai pengajaran kepada rakyat keseluruhannya. PAS berharap agar pihak polis mempercepatkan siasatan kes ini," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

PAS turut menyeru kerajaan agar menyemak semula modul sistem masyarakat dan keluarga yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat agar selari dengan kehendak Allah.

Usaha murni membina masyarakat, tegas Idris, bukan hanya bergantung kepada satu kementerian itu sahaja, tetapi ianya melibatkan semua organisasi Kerajaan yang secara langsung turut memberikan input kepada pembinaan sistem masyarakat di negara ini.

Menurut beliau juga, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan harus membantu dalam memberikan input-input positif dalam masyarakat, bukan hanya program hiburan kepada masyarakat.

"Kajian terhadap kehidupan dan cara fikir rakyat perlu dibuat secara kerap dan tidak hanya bergantung pada kempen-kempen budi bahasa yang menghabiskan duit rakyat dengan pelancaran program dan konsert," katanya.

Kes Syafia ini juga ujarnya, menuntut rakyat untuk  kembali kepada cara hidup Islam dan menjadikan keluarga sebagai nadi kekuatan bagi setiap anggotanya.

"Institusi keluarga yang hancur seperti yang dilalui oleh Syafia adalah contoh realiti yang berlaku dalam masyarakat. PAS yakin bahawa ramai lagi anak-anak malang yang hidup dalam suasana seperti Syafia dan perlukan perhatian masyarakat," katanya lagi.

Justeru, PAS berharap agar rakyat dan Kerajaan keluruhannya bekerjasama bagi memulihkan sistem masyarakat yang kian terdedah kepada keganasan ini.

"Tidak guna jika negara ini maju dan menjadi 'global player' tetapi dalam masa yang sama kita hilang identiti sosial untuk diwariskan pada generasi akan datang. PAS yakin, hanya Islam yang mampu berikan kesejahteraan dan perlindungan bagi setiap insan,” katanya.

Syafia, dari Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dilaporkan meninggal dunia Khamis lalu apabila seorang lelaki yang menjadi kenalan ibunya mendakwa kanak-kanak itu terjatuh dari motosikal dan meninggal dunia.

Lelaki itu membawa kanak-kanak tersebut ke Hospital Kuala Kubu Baharu tetapi pihak hospital yang mengesyaki sesuatu yang tidak kena telah membuat laporan polis dan suspek kemudiannya ditahan pada jam 3 pagi selepas berjaya dijejaki polis.

Isu Royalti Wujudkan Petanda ke Zaman Jahil

Li Fook Gao 

Isu royalti minyak Kelantan telah menyebabkan tertimbulnya empat petanda khusus yang memberikan isyarat kepada kita bahawa zaman jahil telahpun berkunjung datang tanpa diundang ke negara kita di abad internet ini.

1. Petanda pertama: Orang yang tak tahu mengaku tahu.


Perihal royalti minyak, orang yang tak tahu pergi membeli satu iklan penuh tiga akhbar Melayu utama negara kita cuba untuk 'menerangkan' istilah royalti minyak dan mengapa sesetengah negeri tidak layak untuk menerima royalti minyak. Apabila hujah-hujah menyeleweng mereka dipatahkan oleh bekas Pengerusi Petronas (orang yang menandatangani perjanjian Petronas), tahap kesetiaannya terhadap parti pula diserang.

Itu masalahnya apabila orang yang tak tahu mengaku tahu....

2. Petanda kedua: Orang yang tahu tidak diberi amanah.
3. Petanda ketiga: Orang yang jujur tidak dipercayai.


Ahli politik manakah dari Barisan Nasional lebih layak daripada Tengku Razaleigh Hamzah selaku bekas Pengerusi Petronas sendiri untuk memberi pandangan dan keputusan dalam isu kelayakan negeri Kelantan menerima royalti daripada hasil minyaknya?

Rakyat Selangor Boleh Sewa Rumah PPR Tanpa Deposit

Monday, March 1, 2010
SHAH ALAM, 1 Mac: Rakyat negeri Selangor yang berpendapatan rendah bakal menikmati kemudahan menyewa rumah di Projek Perumahan Rakyat atau PPR di negeri itu tanpa perlu membayar deposit.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan, Iskandar Abdul Samad dalam satu kenyataan memberitahu mesyuarat exco kerajaan negeri pada 24 Februari lalu telah memutuskan skim itu dan beberapa keringanan lain juga diberikan kepada penyewa.

"Sebelum ini deposit sehingga RM1050 perlu dibayar kepada mereka yang hendak menyewa rumah PPR. "Deposit ini akan dikurangkan dan boleh dibayar secara ansuran," katanya.

Menurut beliau lagi, buat permulaannya skim baru itu adalah terbuka kepada mereka yang hendak menyewa di PPR Taman Putra Permai, Lembah Subang dan berkuatkuasa serta merta.

"Skim ini adalah terbuka kepada mereka yang berpendapatan rendah.

ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]