| Dzulfikar Mashoor |
KUALA LUMPUR, 7 April: 'Umno APCO' yang disebutkan seumpama nada lagu nyanyian aktor filem Hindustan, Shahrukh Khan, membawa Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.Ia dilihat seolah-olah Umno trauma dengan gelaran 'Umno Apco, Apco Umno' yang dipopularkan Mahfuzr di Dewan Rakyat sejak semalam lagi. Hari ini, ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said membuat usul menggunakan Aturan Mesyuarat 36(12) mengheret Mahfuz ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Pertikaman lidah di Dewan Rakyat dilihat mulai panas apabila Timbalan Speaker, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyebelahi Ismail dengan tidak terlebih dahulu memberikan justifikasi yang matang pada usul tersebut. Akibatnya, rata-rata Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bangkit memprotes Dr. Wan Junaidi dengan melaungkan 'Umno Apco, Apco Umno' secara terbuka. |
'Umno APCO' heret Mahfuz ke JK Hak dan Kebebasan Parlimen
Thursday, April 8, 2010Portal KDN sahkan APCO terlibat
| Dzulfikar Mashoor |
![]() KUALA LUMPUR, 6 April: Lawatan firma perundingan antarabangsa APCO Worldwide (APCO) ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 28 Oktober tahun lalu, seperti yang dilaporkan oleh laman iKDN, portal rasmi kementerian (gambar atas) tersebut seolah-olah memberi satu jawapan berhubung sejauhmana firma yang dikatakan pro Zionis-Israel itu berperanan dalam urusan keselamatan dalam negara. |
Pendedahan APCO melampaui Polemik 1-Malaysia
Tuesday, April 6, 2010| Dr. Dzulkifli |
| Secara peribadi saya melihat isu APCO mestinya ditangani melampaui dan melepasi polemik samada APCO pencipta 1-Malaysia atau pun tidak. Lebih penting dari polemik itu, ialah hakikat bahawa APCO kini secara jelasnya punya kaitan dengan regim Zionis-Israel yang bertanggungjawab melakukan pelbagai kezaliman dan pembunuhan secara ‘genocide’ terhadap Ummat Palestine. Dewan Rakyat, secara ‘bipartisan’ atau sebulat suara melibatkan pihak Kerajaan BN dan Pembangkang Paktan Rakyat, sedikit waktu mengambil pendirian bagi menyatakan penentangan Malaysia terhadap regim Zionis-Israel khususnya dalam siri-siri serangan kejam dan pembunuhan terhadap umat Palestin di Semenanjung Gaza. Justeru, ketika Ketua Pembangkang YB Permatang Pauh secara jelas membuktikan keterlibatan pelbagai peribadi ‘high profile’ yang terlibat dalam APCO Worldwide, samada yang berpengkalan di Tel Aviv mahupun di Malaysia dan juga penglibatan syarikat ’sister company’nya Asero dalam hal urusan perisikan dan keselamatan, maka jelas bagi kita bahawa APCO, bukanlah sekadar firma perunding perhubungan awam yang bersifat internasonal sahaja. |
Anwar: Perisik Israel wujud dalam PDRM
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar hari ini mendedahkan kewujudan perisik Israel dalam pasukan Polis Diraja Diraja Malaysia (PDRM).
![]() |
Bercakap ketika membahaskan bajet tambahan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat hari ini, Datuk Seri Anwar turut mengemukakan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya itu.
Beliau yang juga MP Permatang Pauh menamakan sebuah syarikat yang terbabit dan dikatakan berpengkalan di Israel.
Katanya lagi ini membuktikan maklumat negara telahpun dijual kepada ejen asing.
Katanya lagi ini juga menunjukkan sikap kerajaan yang bermuka-muka.
Dekati masyarakat melalui kebajikan - Idris
Monday, April 5, 2010
Hashim Abdullah
KUALA LIPIS, 5 April: Pimpinan PAS disemua peringkat diarahkan meningkatkan usaha memperkasa parti dengan mendekati semua pihak terutama dalam program kebajikan kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad.
Ustaz Idris berkata demikian dalam ucapan perasmiannya di Mesyuarat Agung PAS Kawasan Lipis, kali ke 42, di Hotel Centerpoint, dekat sini, semalam
KUALA LIPIS, 5 April: Pimpinan PAS disemua peringkat diarahkan meningkatkan usaha memperkasa parti dengan mendekati semua pihak terutama dalam program kebajikan kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad.
Ustaz Idris berkata demikian dalam ucapan perasmiannya di Mesyuarat Agung PAS Kawasan Lipis, kali ke 42, di Hotel Centerpoint, dekat sini, semalam
Pendedahan Untuk Rakyat, Anwar Rela Terima Hukuman
HULU SELANGOR 5 APR: Datuk Seri Anwar Ibrahim rela digantung dari menghadiri sidang Parlimen berhubung pendedahan yang mengaitkan kerajaan Umno-Barisan Nasional dengan Apco Worldwide yang didalangi Yahudi berfahaman Zionis.
Ahli Parlimen Umno-BN dijangka mengemukakan usul untuk menghadapkan Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bagi menggantung Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu untuk tempoh yang tidak diketahui.
Anwar membuat kenyataan berani itu semasa berucap depan kira-kira 3,000 pengundi Hulu Selangor pada Majlis Penerangan Kerajaan Negeri Selangor di Kampung Desa Maju, Sungai Tengi.
BN digesa jangan peralat kebajikan kanak-kanak
Seorang ahli parlimen PKR hari ini menyeru kerajaan BN agar tidak memperalatkan kebajikan kanak-kanak untuk kepentingan parti.
Sebaliknya, Nurul Izzah Anwar, ia hendaklah melaksanakan tanggungjawab sosial kerajaan tanpa mengira politik kepartian serta kepentingan peribadi.
Ahli parlimen Lembah Pantai itu menggesa demikian ketika mengulas laporan media bahawa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut bercadang untuk mewujudkan Pusat Permata Negara di Hulu Selangor jika BN memenangi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.
Ahli parlimen Lembah Pantai itu menggesa demikian ketika mengulas laporan media bahawa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut bercadang untuk mewujudkan Pusat Permata Negara di Hulu Selangor jika BN memenangi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.
Kerajaan belum sedia serah pemilihan AJK masjid kepada ahli kariah
Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 5 April: Kerajaan belum bersedia menyerahkan pemilihan Ahli Jawatankuasa Masjid kepada ahli kariah biarpun didakwa timbul perpecahan terhadap lantikan kerajaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom memberitahu demikian dalam jawapannya terhadap soalan dibangkitkan Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap).
Nasir dalam soalannya mendakwa pelantikan jawatankuasa masjid yang dibuat kerajaan dan bukan berdasarkan pilihan ahli kariah merupakan salah satu punca berlakunya perpecahan di kalangan ahli masjid.
KUALA LUMPUR, 5 April: Kerajaan belum bersedia menyerahkan pemilihan Ahli Jawatankuasa Masjid kepada ahli kariah biarpun didakwa timbul perpecahan terhadap lantikan kerajaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom memberitahu demikian dalam jawapannya terhadap soalan dibangkitkan Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap).
Nasir dalam soalannya mendakwa pelantikan jawatankuasa masjid yang dibuat kerajaan dan bukan berdasarkan pilihan ahli kariah merupakan salah satu punca berlakunya perpecahan di kalangan ahli masjid.
Pengambilalihan Bantu Paras Harga Air Lebih Rendah
KUALA LUMPUR: Pengambilalihan industri pembekalan air yang dirancang kerajaan Selangor dan menghampiri kenyataan, bakal menjadikan harga air jauh lebih rendah berbanding sekarang.
Ia berikutan harga air dapat dikawal kerajaan negari berbanding syarikat swasta yang mendahulukan keuntungan tanpa mengutamakan kebajikan rakyat.
Proses pengambilalihan industri air di Selangor kian menghampiri realiti berikutan rundingan penentuan harga bakal diputuskan pada 6 April ini.
Rundingan dengan kerajaan Persekutuan telah berlangsung sekian lama.
Sekolah baru: Kera di hutan disusukan...
![]() |
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad.
Menurut beliau, dalam kesibukan BN cuba menjadi juara memperjuangkan masalah rakyat di Hulu Selangor, Muhyiddin telah dimalukan dengan pendedahan laporan dari Bernama.
Laporan itu memaparkan kisah empat guru di sekolah rendah Long Latin, Ulu Baram, Sarawak, termasuk sepasang guru suami isteri yang terpaksa tidur dalam sebuah bilik sempit yang daif sejak tiga tahun lalu.
Sokong GST untuk naik gaji?
KUALA LUMPUR, 5 April: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat terdesak apabila mengakui asas perolehan negara pada masa ini tidak kukuh dan tidak mampu membayar gaji penjawat awam.
Sedangkan pada akhir tahun lepas kerajaan bangga mengumumkan bahawa ekonomi berkembang dengan baik iaitu 4.5 peratus dan tahun ini dijangka melebihi 5.5 peratus.
Sedangkan pada akhir tahun lepas kerajaan bangga mengumumkan bahawa ekonomi berkembang dengan baik iaitu 4.5 peratus dan tahun ini dijangka melebihi 5.5 peratus.
BATALKAN KONTRAK APCO UNTUK BUKTIKAN DAKWAAN ANWAR TIDAK BENAR
Umum mengetahui pendedahan yang telah dibuat oleh Ketua Pembangkang mengenai penglibatan sebuah syarikat asing yang disyaki terlibat langsung dengan Israel dalam merangka 1 Malaysia dengan melibatkan kos yang besar untuk mempromosikannya. Pendedahan yang telah dibuat ini mendapat reaksi mengejutkan apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Ahli Parlimen kerana dianggap telah menuduh tanpa bukti.
Apco: PAS gesa Majlis Raja-Raja campurtangan
PAS hari ini menyerahkan memorandum kepada Majlis Raja-Raja supaya campurtangan untuk membatalkan kontrak antara kerajaan Malaysia dan firma perunding Apco Worldwide.
Timbalan presidennya, Nasharuddin Mat Isa menyerahkan memorandum tersebut yang ditandatangani oleh presiden dan kesemua ahli parlimen PAS di pejabat penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di ibunegara hari ini.
“Patik ahli-ahli parlimen PAS sangat berharap agar ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku membatalkan kontrak perundingan Apco dengan kerajaan Malaysia bagi menjamin keselamatan negara dan rakyat; serta menghindarkan persepsi buruk terhadap Malaysia oleh masyarakat dunia, terutamanya oleh negara-negara umat Islam,” memorandum lima halaman itu dipetik.
Turut dilampirkan salinan dokumen perjanjian kerajaan dan Apco serta teks ucapan penuh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di parlimen yang mengaitkan frma perunding itu dengan Israel pada 30 Mac.
Timbalan presidennya, Nasharuddin Mat Isa menyerahkan memorandum tersebut yang ditandatangani oleh presiden dan kesemua ahli parlimen PAS di pejabat penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di ibunegara hari ini.“Patik ahli-ahli parlimen PAS sangat berharap agar ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku membatalkan kontrak perundingan Apco dengan kerajaan Malaysia bagi menjamin keselamatan negara dan rakyat; serta menghindarkan persepsi buruk terhadap Malaysia oleh masyarakat dunia, terutamanya oleh negara-negara umat Islam,” memorandum lima halaman itu dipetik.
Turut dilampirkan salinan dokumen perjanjian kerajaan dan Apco serta teks ucapan penuh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di parlimen yang mengaitkan frma perunding itu dengan Israel pada 30 Mac.
PM 1Malaysia Tidak Wajar Sokong Perkasa
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, berkata sokongan yang ditunjukkan Perdana Menteri Najib Abdul Razak kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) bercanggah dengan konsep 1Malaysia yang disuarakan.
Beliau menjelaskan pemerintah yang mewar-warkan kesatuan semua kaum dan agama tidak seharusnya merestui retorik perkauman melampau yang dibawa oleh Perkasa, atau mana-mana pihak sekalipun.
Beliau menjelaskan pemerintah yang mewar-warkan kesatuan semua kaum dan agama tidak seharusnya merestui retorik perkauman melampau yang dibawa oleh Perkasa, atau mana-mana pihak sekalipun.
Cuba beli undi: MB S'gor bidas BN
Abdul Khalid, yang juga ketua PKR selangor mencabar BN untuk terus menaburkan lebih banyak janji kepada pengundi di Hulu Selangor menjelang hari pengundian 25 April ini.
"Kita alu-alukan RM2 juta yang mereka akan curahkan di kampung-kampung di Hulu Selangor. Lagipun duit itu adalah hak kita sebagai pembayar cukai. Saya juga cabar mereka untuk membina universiti di sini.
Tamrin DPPSA menjanjikan kelainan
Tamrin Umum Dewan Pemuda PAS Shah Alam yang bakal berlangsung 10 & 11 April ini bakal menjanjikan kelainan kepada para peserta. Program yang pada asalnya dirangka untuk menekankan aspek persahabatan dan ukhuwwah islamiyyah ini bakal menampilkan aktiviti-aktiviti yang bersifat santai dan fizikal. Penyertaan peserta lebih tertumpu kepada bagaimana menggarap hubungan akrab sesama anggota pemuda PAS Shah Alam.
Menurut AJK program, saudara Rosli Awang, tamrin kali ini bakal menampilkan program-program seperti Jungle Tracking, Games, Aktiviti perang Ukhuwwah, Barbekeu, praktikal sembelih ayam dan pengisian ringkas. Aktiviti tamrin bakal bermula dengan mengadakan konvoi bermula dari Shah Alam ke Janda Baik pada 10 April jam 8.00 pagi.
Mengulas lanjut, pengarah program saudara khusairie menambah dekad ini pentarbiyyahan mengalami cabaran yang agak besar jesteru pemuda mengambil sikap untuk memulakan tarbiyyah secara semulajadi dan bukan bersifat mendesak. Jesteru melalui program seperti ini dapat melatih jiwa kita bahawa pentingnya ukhuwwah Islamiyyah dalam melaksanakan kerja-kerja untuk Islam.
Program ini terbuka buat semua pemuda Shah Alam yang berminat. Sila hubungi saudara Rosli untuk maklumat lanjut dan pendaftaran di talian 013-6290957.
Menurut AJK program, saudara Rosli Awang, tamrin kali ini bakal menampilkan program-program seperti Jungle Tracking, Games, Aktiviti perang Ukhuwwah, Barbekeu, praktikal sembelih ayam dan pengisian ringkas. Aktiviti tamrin bakal bermula dengan mengadakan konvoi bermula dari Shah Alam ke Janda Baik pada 10 April jam 8.00 pagi.
Mengulas lanjut, pengarah program saudara khusairie menambah dekad ini pentarbiyyahan mengalami cabaran yang agak besar jesteru pemuda mengambil sikap untuk memulakan tarbiyyah secara semulajadi dan bukan bersifat mendesak. Jesteru melalui program seperti ini dapat melatih jiwa kita bahawa pentingnya ukhuwwah Islamiyyah dalam melaksanakan kerja-kerja untuk Islam.
Program ini terbuka buat semua pemuda Shah Alam yang berminat. Sila hubungi saudara Rosli untuk maklumat lanjut dan pendaftaran di talian 013-6290957.
MEB: PAS bantah hapus kuota Bumiputera, bukan Bumiputera
Friday, April 2, 2010| Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 2 April: PAS menolak sebarang usaha untuk menafikan kuota Bumiputera dan bukan Bumiputera yang jelas menghina kedaulatan negara dan seluruh warga negara ini. Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad terkejut dengan pendedahan Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Tan Sri Amirsham A Aziz yang mengakui bahawa Model Ekonomi Baru (MEB) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelmarin akan menghapuskan kuota pemilikan termasuk Bumiputera.Tambahnya, tahun lepas Perdana Menteri mengumumkan Dasar Liberalisasi Ekonomi negara di mana kerajaan menurunkan pegangan ekuiti Bumiputera daripada 30 peratus kepada 12.5 peratus dan menurunkan ekuiti bukan Bumiputera daripada 25 peratus kepada 12.5 peratus. Seterusnya, kata beliau pegangan ekuiti asing telah ditingkatkan daripada 49 peratus kepada 70 peratus, serta pemansuhan FIC dan Penubuhan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) manakala nilai hartanah yang boleh dibeli oleh warga asing pula ditingkatkan daripada RM250,000 kepada RM500,000. “Dengan pendedahan Pengerusi MPEN itu, bermakna kuota 12.5 peratus Bumiputera dan bukan Bumiputera akan terhapus sama sekali. Secara ekonominya, saham-saham syarikat di Malaysia sudah boleh dimiliki oleh pelabur asing 100 peratus,” ujarnya. |
Invois palsu: Pembantu exco S'gor dibebaskan
Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini membebaskan pegawai khas kepada exco Selango, Ronnie Liu - Wong Chuan How (bawah, berbaju putih) daripada dakwaan pecah amanah berhubung pembelian bendera kecil.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa Wong, 50, mengemukakan invois palsu bernilai RM2,500 kepada Majlis Perbandaran Sepang mengenai pembelian bendera mini sedangkan bekalan itu tidak dibuat.
![]() |
Dalam penghakimannya, Hakim Azhaniz Teh Azman Teh berkata pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie dan mengarahkan Wong dibebaskan.
Beliau juga mengarahkan wang jaminan RM5,000 dipulangkan kembali kepada tertuduh.
Beliau juga mengarahkan wang jaminan RM5,000 dipulangkan kembali kepada tertuduh.
Seramai tujuh saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 11 (c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 14 hari dan sehingga 20 tahun serta denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pilihan raya kecil Hulu S'gor - 25 April ini
Suruhanjaya Pilihan Raya sebentar tadi mengumumkan pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ditetapkan pada Ahad, 25 April.
Menurut pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, penamaan calon pula ditetapkan pada Sabtu, 17 April.
![]() |
Beliau membuat pengumuman itu selepas mengadakan mesyuarat selama dua jam di pejabatnya di Putrajaya.
Katanya, SPR menerima pemakluman kekosongan kerusi Hulu Selangor pada 29 Mac oleh speaker Dewan Rakyat.
Writ pilihan raya akan dikeluarkan hari ini - 2 April dan notisnya pula akan dikeluarkan tiga hari selepas itu.
SPR juga mengumumkan pelatinkan pegawai daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahalan sebagai pegawai pengurus pilihan raya dan tujuh orang pembantunya.
One Israel-1M'sia: BN heret Anwar ke JK khas
![]() |
Menurut Nazri kerajaan telah mendengar penjelasan Anwar Selasa lalu dan memndapati hujah-hujahnya tidak mempunyai asas untuk menyokong dakwaannya.
"Anwar langsung tidak tunjukkan bukti untuk sokong dakwaan 1Malaysia diambil daripada 1Israel.
"Apa yang dijelaskan itu tidak beri bukti nyata, hanya kaitkan secara 'circumstantial' perkara lain, seolah-olah Apco diguna oleh operator-operator itu bukan bukti kukuh untuk kaitkan One Israel.
"Apco juga telah keluarkan kenyataan, disebarkan melalui akhbar, penafian terhadap dakwaan Anwar
Din Beramboi Meninggal Dunia
KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio popular Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 12.35 malam tadi di Hospital Selayang.
USM cipta kaedah kesan daging babi
![]() |
Ketua Penyelidik USM, Prof Azhar Mat Easa, berkata proses ujian itu amat mudah dan boleh dilakukan di rumah jika mempunyai peralatannya.
"Seseorang hanya perlu secebis daging dan mencampurkannya dengan gula berkenaan dan campuran ini kemudian dipanaskan dalam suhu tertentu untuk menukarkan warnanya," katanya pada sidang media di USM hari ini, yang turut dihadiri penyelidik bersama, Tan Thuan Chew dan Dr Abbas F M Alkarkhi.
Najib perlu jawab siapa APCO, buat apa serang saya - Anwar
| Hazayani Zakaria |
| KUALA LUMPUR, 1 April: "Najib perlu jawab siapakah APCO? Apa kaitan APCO dengan Israel? Apakah itu sudah dijawab atau belum? Buat apa nak serang saya lagi, saya dah diserang banyak," kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui di parlimen lewat petang ini. Sehubungan itu, beliau mempertikai tindakan kerajaan BN yang mahu mengheretnya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen ekoran mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel. Baginya, isu sebenar adalah tertumpu kepada kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak menjawab pendedahan yang dibuatnya. |
Beri Laluan Kepada Ahmad Ismail, Umno Masih Tebal Perkauman
PULAU PINANG 29 MAC: Peletakan jawatan 36 Exco Umno Bukit Bendera semata-mata untuk memberi laluan kepada Datuk Ahmad Ismail kembali menerajui bahagian berkenaan, menunjukkan Umno masih tebal dan sinonim dengan perkauman ekstrem.
Malah, ia juga menggambarkan Umno Pulau Pinang ketandusan pemimpin hingga terpaksa mengutip kembali pemimpin yang tindak tanduknya jelas bertentangan dengan semangat Satu Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)
ADUAN MASALAH
HANTAR ARTIKEL
DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM
Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.


KUALA LUMPUR, 7 April: 'Umno APCO' yang disebutkan seumpama nada lagu nyanyian aktor filem Hindustan, Shahrukh Khan, membawa Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.





















Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad terkejut dengan pendedahan Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Tan Sri Amirsham A Aziz yang mengakui bahawa Model Ekonomi Baru (MEB) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelmarin akan menghapuskan kuota pemilikan termasuk Bumiputera.



HTTP adalah singkatan dari HyperText Transport Protocol, iaitu salah satu protokol yang mengandungi bahasa yang difahami antara webserver dan klien (web browser di pc).