Presiden PAS ke mahkamah beri sokongan moral untuk Anwar

Tuesday, May 11, 2010
Oleh Harakahdaily 
KUALA LUMPUR, 11 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberikan sokongan moral kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dibicarakan atas tuduhan liwat.

Beliau dilihat tiba di mahkamah pada jam 9 pagi bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan. Namun mereka tidak berada lama di mahkamah kerana ia ditangguhkan sejurus selepas itu.
Turut mengiringi Anwar adalah isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ibrahim


Ustaz Hadi kemudiannya menaiki kenderaan dan menuju rumah Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman di rumahnya dekat Ampang. Lutfi baru selesai menjalani pembedahan pintasan jantung minggu lalu dan kini sedang bercuti rehat. Anwar, 63, didakwa meliwat Mohd Saiful, 25, di sebuah pangsapuri di Bukit Damansara di Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008. Jika sabit kesalahan, Anwar boleh dihukum 20 tahun penjara.
Ketika mengulas lawatannya hari ini, Abdul Hadi berkata berharap perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berjalan tanpa gangguan politik.

"Di dalam Islam ada pemisahan, di mana politik tidak boleh ganggu sistem kehakiman dan perjalannya.

"Kerana kes ini sedang berjalan, kita lihat apa keputusannya nanti.

"Tetapi saya suka mengingatkan supaya proses keadilan khususnya kepada orang Islam dilaksanakan dengan sikap takwa, iaitu takut kepada Allah dan bukan takut kepada manusia," katanya kepada Harakahdaily.


Sementara itu, perbicaraan pagi ini melibatkan penghujahan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh.

Karpal pagi ini mendakwa Mohd Saiful Bukhari Azlan berbohong mengenai kenyataannya bahawa dia diliwat tanpa kerelaannya.

Karpal juga berkata cara rekaan kes ini cacat kerana menurut beliau, Anwar sepatutnya didakwa mengikut seksyen 377c iaitu mengadakan hubungan seks luar tabii secara paksa ke atas Saiful bukannya seksyen 337b iaitu melakukan  hubungan seks luar tabii secara rela.
Ini berikutan dari keterangan Saiful dalam perbicaraan ini, dia dipaksa melakukan hubungan seks luar tabii itu.
Karpal berhujah oleh kerana Saiful mendakwa hubungan seks yang dilakukan itu adalah tanpa kerelaannya, manakala Anwar pula didakwa menurut Seksyen 377b atas kesalahan mengadakan hubungan di luar tabii, maka berlaku percanggahan antara dakwaan
dan kenyataan Saiful.

"Memang pasti ada kesilapan berhubung dakwaan, dan perlu untuk melihat semula kenyataan yang dirakamkan.

"Di Malaysia, kita ketahui hubungan seks antara lelaki dengan lelaki walaupun dengan kerelaan adalah satu kesalahan. Bagaiamanapun, saksi telah berulangkali berkata dan menegaskan bahawa perhubungan seks itu tanpa kerelaaanya,” kata Karpal.

Katanya lagi, penyiasatan sepatutnya dijalankan mengikut seksyen 377c.

Karpal kemudiannya berkata Saiful menipu dan cuba mencabar keboleh-percayaan atau kewibawaannya sebagai saksi.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah berkata ini kali pertama perkara seumpama itu timbul - tertuduh didakwa dengan hubungan seks (liwat) secara rela sedangkan bukti yang dikemukakan menunjukkan ia dilakukan tanpa rela.

Beliau kemudiannya menangguhkan perbicaraan sehingga esok dan akan memutuskan sama ada membenarkan pemohonan peguam bela untuk mendapatkan kenyataan beramaran Saiful. Mahkamah ditangguhkan jam 9 pagi esok.
Semalam, Karpal telah mengemukakan laporan pemeriksaan yang dibuat oleh Dr Mohd Osman dari Pusarawi dan laporan sekumpulan doktor Hospital Kuala Luimpur. Kedua-dua laporan itu menunjukkan tidak ada sebarang kemasukan objek baru ke dalam anus Saiful.
"Pemeriksaan dubur di bahagian luar tidak menunjukkan sebarang kecederaan baru," tulis laporan doktor dari HKL itu yang dibacakan Karpal kepada Siful.

0 Komen:

Post a Comment

ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]