Keputusan Undi Pos Melampau

Tuesday, May 18, 2010
Oleh: suhaizan

Mari kita semak keputusan ini PRK Sibu 2010  bagi melihat kewajaran undi pos
Undi Awam :
DAP : 18,775 (50%)
BN : 16,124 (42.5%)
Mejoriti : 2,651
Undi Pos :
BN : 2, 323 (82.17%)
DAP :7 0 (2.47%)

Mejoriti : 2,253 (33 kali ganda)


Cuba kita bandingkan undi awam dengan undi pos. BN hanya mendapat 42.5% sokongan rakyat tetapi mereka mendapat sokongan 82.17% undi pos. Maksudnya rakyat menolak BN hanya tentera, polis dan petugas SPR sahaja sokong BN secara melampau. Sokongan undi pos kepada BN adalah 33 kali ganda daripada undi yang diperolehi PR.



PR- DAP pula diterima rakyat dengan sokongan 50% tetapi hanya dapat sokongan tentera, polis, petugas SPR sebanyak 2.47%

Angka di atas terlalu malampau. Persoalannya kenapa melampau ? Rakyat Malaysia lebih maklum kenapa undi pos melampau.

Saya masih ingat semasa PRK Bagan Pinang PR-PAS mendapat 0 bagi 3 karung (14,15,16) yang datang daripada MINDF. Sedangkan mereka kebanyakkannya adalah anggota tentera yang sedang dalam proses bersara. Hampir mustahil seorang pun daripada 887 orang anggota tentera tidak menyokong PR-PAS.

Kalau Dato Seri Najib Tun Razak mahu tentera dan polis bersama denyut nadi rakyat maka bebaskan mereka daripada sangkar besi yang mengelilingi mereka sekarang. Apa guna tentera & polis bersama BN tapi rakyat menolakknya. Sedangkan gaji polis dan tentera dibayar oleh rakyat. Mereka harus bersama rakyat. Bebaskan mereka sekarang. Berikan kepada mereka hak kebebasan sebagai rakyat Malaysia. Jangan sampai rakyat menolak polis dan tentera kerana seolah-olah mereka menjadi salah satu komponen BN. Bebaskan mereka.

Kepada saya ada sesuatu yang tidak kena dengan undi asli daripada anggota tentera yang menyebabkan keputusan undi pos jadi melampau.



http://kentong-suhaizan.blogspot.com/2010/05/keputusan-undi-pos-melampau.html

0 Komen:

Post a Comment

ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]