PDRM : MENDEKATI ATAU MENGASARI REMAJA ??

Monday, May 3, 2010
Program sembang santai bersama Generasi Idaman Selangor malam minggu lepas ternyata membuka dimensi baru dalam hubungan pendakwah dengan generasi muda. Mungkin sebelum ini kita mengambil pendekatan mencerca dan menghina golongan belia kerana sering terjebak dengan program-program yang melalaikan dan merosakkan mereka. Namun hakikatnya, jarang kita mengambil pendekatan untuk bersama mereka dan merasai denyut nadi perjalanan hidup mereka sebagai remaja zaman ini. Lantaran dari kes tersebut maka Dewan Pemuda PAS mencadangkan agar program-program mendekati remaja berbentuk santai diperbanyakkan dan ditumpukan ditempat yang sudah menjadi "port" mereka pada malam minggu. Dewan Pemuda PAS telah mengorak langkah dengan mengadakan beberapa program kecil yang ternyata mendapat sambutan hangat.


Pada malam minggu lepas, kerajaan negeri dibawah Exconya Dr Halimah mula menjalankan program yang seiring dengan apa dihasratkan.Kami merakamkan tahniah dan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana prihatin dengan permasalahan remaja seperti mana kami di Dewan Pemuda PAS sentiasa fikirkan. Program yang dinamakan Sembang Santai Bersama Generasi Idaman Selangor menampilkan beberapa artis dan penceramah terkemuka sebagai pengisi rohani dan jiwa pengunjung yang hadir. Bahkan apa yang membanggakan hadirin yang hadir terdiri daripada ibu bapa yang sanggup menemani anak remaja mereka di malam minggu. Satu suasana yang cukup sihat bagi kami. Ibu bapa dapat melihat sendiri suasana tempat anak-anak mereka berada. Bahkan ada ibu bapa yang merasakan usaha terpuji yang dilakukan oleh kerajaan negeri ini perlu dikembang biakkan ke seluruh negeri Selangor.

Acara dimulakan dengan persembahan nyanyian oleh Renggo bekas vokalis kumpulan Arrow. Diikuti dengan Forum yang diselangi persembahan nyanyian dan bacaan sajak gandingan orang lama dan baru. Semuanya bermesej positif tentang ketuhanan dan kemanusiaan. Antara panel yang banyak memberi panduan kepada remaja pada malam tersebut terdiri daripada aktivis masyarakat disamping motivator remaja, Ustaz Riduan Mat Nor, Penceramah yang menjadi kesukaan remaja dengan penyampain ilmiah secara bersahaja, Ustaz Nazmi Karim dan Komposer lagu terkenal Dak Mie. Kesemua panel memberikan panduan berguna untuk remaja menjadi insan yang ada manfaat kepada agama dan negara. Disamping persembahan nyanyian oleh Dak Mie sendiri dengan iringan gitar oleh gitaris terkemuka serta bacaan sajak oleh Tn Razali Endon dan Ibu Lin. Yang menariknya program itu berjaya menampilkan Pak Hasyim mengiringi bacaan Sajak Ibu Lin dengan memainkan seruling tua 50 tahun benar-benar memukau remaja yang hadir pada malam tersebut.

Program berjaya ditamatkan pada jam 12.00 tengah malam dengan rata-rata pengunjung berpuas hati dengan konsep yang pertama kali diperkenalkan itu dan insyaAllah bakal dianjurkan lagi pada 29 Mei ini di Dataran Kemerdekaan pula.

Selepas para penceramah dan artis yang dijemput turun dan bermesra dengan remaja yang hadir pada malam tersebut, berlaku satu insiden yang amat mendukacitakan. Serangan pihak polis benar-benar mengejutkan semua hadirin pengunjung dataran pada malam tersebut. Polis memasang perangkap untuk memerangkap para hadirin dengan mengadakan sekatan di semua jalan keluar dataran dan menyerang dari jalan masuk. Saksi awal, En Adha (urusetia program) menyatakan, polis datang dan terus menendang-nendang hadirin yang ada di dataran Shah alam tanpa sebarang amaran awal sehingga mencetuskan keadaan panik. Ramai remaja yang baru selesai menonton program sedang berada di astaka Dataran dengan motosikal di letakkan dihadapan astaka. Namun disebabkan cara serangan polis yang menyerang seolah-olah mahu menangkap mereka menyebabkan suasana menjadi panik dan mereka terus menghidupkan motosikal dan bergegas beredar dari tempat kejadian. Ada beberapa motosikal yan baru memasuki dataran nyaris ditendang oleh pihak Polis.

Insiden berterusan sehingga menyebabkan seorang remaja yang cuba bergerak dengan motosikalnya ke arah Quality Inn berlanggar secara sisi dengan sebuah kereta yang melalui kawasan tersebut. Pada waktu kejadian urusetia program dan beberapa ahli Dewan Pemuda PAS Shah Alam yang bersama-sama dalam program masih berlegar-legar ditempat program untuk berkemas-kemas pulang. Motosikal yang terjatuh ini berjaya bangun kembali dan bergerak masuk ke arah Quality Inn, malangnya baru beberapa meter bergerak motornya ditendang oleh polis sehingga berlanggar dengan sebuah van yang sedang parking di situ. Lebih malang lagi seorang anggota polis yang dikenali sebagai Izwan datang dan terus menendang penunggang motosikal yang telah sedia cedera akibat terkena cermin van tersebut. Penunggang yang dikenali sebagai Mohd Nazmi Annuar Mohd Adil, 20, merupakan seorang pelajar Pusat Teknoloji dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) di Shah Alam. Tragedi biadap itu menyebabkan para hadirin mula naik angin dengan sikap biadap polis dan mula menyerbu pihak polis. Apabila diaju dengan pelbagai persoalan demi persoalan oleh hadirin pihak Polis ternyata gagal memberikan alasan bagi tindakan biadap mereka itu. Saudara Nazmi telah pun jatuh dan tercedera mengapa perlu dipijak lagi??? 

Beberapa pemuda PAS Shah Alam yang menyedari peristiwa tersebut bertindak mengawal pengunjung, kerana rata-rata pengunjung sudah hilang sabar dengan sikap biadap polis tersebut. Kesemua pengunjung yang hadir menyalahkan sikap biadap polis tersebut. Setelah pengunjung mengasak dengan beberapa persoalan yang tidak terjawab oleh pihak polis, akhirnya pihak polis membatalkan "Operasi Gila" tersebut dan menyatakan agar melupakan saja peristiwa malang pada malam tersebut. Ternyata orang ramai cukup kecewa dengan kebiadapan polis. Ada hadirin yang menyatakan, sebelum ini mereka mempercayai apa-apa kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Polis, namun selepas kes ini berlaku didepan mata mereka mula sangsi tentang cara Polis bertindak dalam menangani masalah sosial.

Jesteru, Dewan Pemuda PAS Shah Alam mengajak PDRM agar menggunakan pendekatan yang kami gunakan dalam mendekati remaja. Sekatan Jalanraya boleh terus diadakan bahkan kami alu-alukan tetapi bukan dengan kaedah memasang jerat seperti kes malam minggu lepas. Pendekatan itu lebih membahayakan nyawa remaja. Itulah persoalannya, adakah cara kami yang lembut ini bersalah atau pendekatan meragut nyawa piah Polis itu yang Salah???  Semua dapat tafsir secara rasional.






1 Komen:

Anonymous said...

tgk polis tu punya jeling mcm samseng kampung dusun jer. Uniform yg dia pakai, rakyat yg bayar tauuuu. Apa dh tak de keja ker kacau program orang. Banyak lg kes2 jenayah, yg pi kacau program PR pe hal.Harap mp2 PR bawak perkara camni ke parlimen. X pasal2 mencemar imej polis yg ikhlas bekerja utk rakyat

Post a Comment

ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]