40 pasukan sertai kejohanan Futsal Piala Ketua Pemuda

Thursday, December 24, 2009
KUALA LUMPUR, 24 Dis : Kejohanan Futsal Piala Ketua Pemuda PAS peringkat Kebangsaan yang di adakan baru-baru ini mendapat sambutan luar biasa dari masyarakat belia seluruh negara sekaligus membuktikan sukan mampu menarik golongan anak muda.

Kejohanan anjuran Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS), Dewan Pemuda PAS Pusat itu berlangsung meriah di Subang Grand Sports Planet, Subang Jaya, Selangor dan diuruskan sepenuhnya oleh tuan rumah, DACS negeri Selangor.

Sebelum sampai ke peringkat akhir ini, DACS setiap negeri telah memilih empat pasukan terbaik untuk mewakili negeri melalui perlawanan yang diadakan di peringkat negeri masing-masing.

Hasilnya, hampir 40 pasukan mewakili Pahang, Perak, Kedah, Terengganu dan Wilayah Persekutuan meyertai perlawanan tersebut bagi merebut piala pusingan Ketua Pemuda PAS Pusat.


Pasukan Wilayah FC A yang mewakili Wilayah Persekutuan muncul sebagai johan perlawanan sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM1200, piala pusingan beserta piala iringan.

Naib juara pula diraih pasukan Wilayah FC B, juga dari Wilayah Persekutuan dengan menerima wang tunai sebanyak RM700 beserta piala iringan.

Manakala tempat ketiga masing-masing jatuh kepada pasukan Perak dan Pahang dengan wang tunai sebanyak RM300 dan piala iringan.

Hadiah disampaikan oleh Ketua DPPP, Ustaz Nasrudin Hassan .

Sementara itu, Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad dalam uapan perasmiannya merakamkan ucapan tahniah kepada DACS Selangor yang berjaya mengadakan perlawanan tersebut dan berharap ianya akan menjadi program tahunan DACS.

Apa yang menarik, program sehari itu bukan sekadar acara sukan namun turut menitik beratkan syiar Islam yang uba ditonjolkan DPPP.

Pihak penganjur telah menyediakan ruang solat di tengah-tengah gelanggang futsal untuk memudahkan semua pemain, petugas dan pangadil mendirikan solat secara berjemaah.

Azan Zohor berkumandang di gelanggang futsal apabila seorang petugas, wakil DACS Pandan, Khusyairi  telah melaungkan azan.

Inisiatif ini seharusnya menjadi contoh kepada seluruh generasi muda agar tidak mengabaikan solat walaupun dalam program sukan.

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]