Bersatu leburkan perkauman sempit
Saturday, December 19, 2009
Sumber : www.harakahdaily.net
SHAH ALAM, 19 Dis: Ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat sepakat untuk meleburkan semangat perkauman sempit untuk mencapai tujuan yang lebih besar iaitu mencapai tujuan bersama untuk seluruh masyarakat Malaysia.
Kesepakatan ini diikrarkan oleh pemimpin utama ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat ketika memberikan ucapan utama mereka di Konvensyen Sulung Pakatan Rakyat pagi ini.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mewakili parti masing-masing dalam menyampaikan kesepakatan itu.
Ketiga-tiga mereka memberikan ucapan utama di permulaan konvensyen pertama PR yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Slam (MBSA) pagi ini.
Lebih 1,500 pemimpin dan perwakilan memenuhi auditorium
itu untuk menyertai konvensyen yang bertema 'Memimpin Perubahan Menjana Kemenangan' itu.
Di atas pentas utama, selain ketiga-tiganya, duduk di sana adalah Datuk Seri Dr Wan Azizah, Nasharudin Mat Isa dan Karpal Singh di samping Datuk Seri Khalid Ibrahim, MB Selangor sebagai tuan rumah.
"Kita akan mengamalkan prinsip hubungan 'karamah insaniah' melawan perkauman sempit yang diperjuangkan oleh Umno," kata Anwar.
"Kita mesti melihat kita semua dalam konteks ibu, ayah, anak, adik, abang, kakak dan sebagainya bukannya dari warna kulit dan kaum serta agama masing-masing," kata Lim Guan Eng.
Abdul Hadi pula dalam ucapannya meminta semua pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat mendahulukan yang disepakati di kalangan mereka dan menangguhkan dulu perbezaan sehingga mereka mencapai kata sepakat.
Tindakan ini perlu untuk memboleh Pakatan bergerak ke depan tanpa dilagakan oleh musuh-musuh mereka.

Melalui
INFO DPPSA
|
pada
1:16 PM
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
▼
2009
(30)
-
▼
December
(30)
- XPDC DAKWAH 2010
- SU Akhbar Nik Aziz minta Berita Harian mohon maaf
- X-Fail: Persoalan yang belum terjawab
- Teoh Beng Hock Sah Dibunuh - Autopsi Kedua
- Nik Aziz nafi Husam letak jawatan dan dua pegawain...
- Tun Mahathir persoal keputusan ganti jet MiG-29
- Aduan Polis Terhadap Usaha Sabotaj PAS & PR
- Royalti: Nik Aziz setuju langkah MB Terengganu
- Mudahnya Bahan Berita Media Malaysia
- Demontrasi – PAS Kasihan Melihat Lakonan Terburuk ...
- Salahuddin: Pendesak PAS keluar Pakatan, bukan ahli
- PAS akan siasat dalang disebalik demonstrasi
- Kartika Saridewi terharu temui Nik Aziz
- SIAPA MEREKA? MAHU MENIMBULKAN FITNAH KEATAS PAS?
- 40 pasukan sertai kejohanan Futsal Piala Ketua Pemuda
- Mengawal Keselamatan Negara Bukan Seperti Kawal Gu...
- Lepas jawatan untuk jaga nama baik parti- Dr Rosli
- Ketua penerangan Pemuda PAS Kelantan letak jawatan
- Pendaftaran Pakatan Rakyat di tangan ROS - Preside...
- Hilang enjin RM50 juta, macam hilang kotak mancis!...
- MB T'ganu, ADUN Umno sindir sesama sendiri
- Bekas polis: Pemimpin PAS selamatkan saya di Memali
- Negara Dalam Keadaan Berbahaya. Sistem Pertahanan ...
- Satu Lagi Projek BN : Enjin F-5E TUDM dijual pada ...
- Nik Aziz: ‘Saya rasa berada di dunia baru’
- ISU ROYALTI- UMNO AMAL POLITIK FEUDALISME
- 4,000 hadiri ceramah Dr Yusuf al-Qaradhawi
- Blog Sebagai Arena Dakwah dan Bukan Medan Memfitnah
- Blog tidak akan mati - Abu Hassan
- Bersatu leburkan perkauman sempit
-
▼
December
(30)
ADUAN MASALAH
HANTAR ARTIKEL
DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM
Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
0 Komen:
Post a Comment