Hilang enjin RM50 juta, macam hilang kotak mancis! - Ustaz Idris

Tuesday, December 22, 2009
KUALA LUMPUR, 22 Dis - PAS merakamkan rasa kesal dan bimbang terhadap tahap keselamatan negara kita atas kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E bernilai kira-kira RM50 juta milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), ujar Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Ustaz Idris ketika mengulas perkara tersebut turut menimbulkan pelbagai persoalan terutamanya mengenai tahap keselamatan negara.

"Beberapa persoalan yang boleh ditimbulkan kepada kerajaan dan Kementerian Pertahanan. Kenapa sekarang baru kerajaan sedar tentang kehilangan enjin tersebut, sedangkkan ia sudah berlaku sejak tahun 2007,

"Apakah tahap keselamatan negara kita begitu lemah. Enjin kapal terbang bukan boleh diletak di dalam kotak mancis, macam mana enjin sebesar itu boleh dicuri dengan begitu mudah?" soal beliau dalam satu kenyataannya hari ini.


Selain itu katanya, PAS yakin jenayah ini pastinya melibatkan orang yang berkuasa, dan siasatan segera dan teliti perlu diambil perhatian pihak yang bertanggungjawab.

"Kita tidak mahu yang ditahan hanya ikan bilis, sedangkan ikan jerung masih bermaharajalela. Jenayah ini amat memalukan negara kita di mata dunia, terutama di kalangan pelabur asing," tegas beliau.

Menurut beliau lagi, peristiwa inilah jawapan kenapa indeks rasuah negara meningkat saban tahun, contohnya pada tahun 2008 Malaysia menduduki nombor 47 manakala tahun 2009 meningkat pada nombor 56.


"Sebab itu PAS dan Pakatan Rakyat serius dalam menentang rasuah di negara ini kerana kita tahu bahana kepada negara dan rakyat,


"Keselamatan negara akan tergugat apabila gejala rasuah tidak dihapuskan dan ia merupakan ibu segala kejahatan dalam sebuah negara," jelas beliau.

Sementara itu, dalam laporan yang terbaru Berita harian hari ini, bukan satu rupanya dua enjin pesawat tempur F-5E TUDM. Ia dilaporkan hilang dalam masa 5 bulan sahaja.

Kronologi di bawah seperti yang dilaporkan :

Kronologi kehilangan enjin pesawat tempur F-5E TUDM
• 26Jun 2007 – enjin pertama dihantar keluar
• 1November 2007 – enjin kedua dihantar keluar
• Mei 2008 – enjin disedari hilang
• 4 Ogos 2008 – laporan polis dibuat
• 13 Mei 2009 – kertas siasatan dihantar kepada Peguam Negara
• 25 Jun 2009 – kertas siasatan dipulangkan dengan arahan untuk lengkapkan siasatan 
• 18 November 2009 – kertas siasatan dihantar semula.

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]