Karpal juga menyampaikan ucapan penutup.
Menurut Nik Aziz, sebelum ini PAS pernah bersama BN tetapi kemudian dikhianati oleh Umno.
Dalam ucapan ringkasnya Nik Aziz menambah beliau merasa jijik dengan Umno apatah lagi selepas Perak yang sebelum ini di bawah Pakatan Rakyat diambil kembali oleh BN.
Bagaimanapun, beliau berkata mudah-mudahan tidak ada karenah yang bakal dihadapi PAS semasa bersama Pakatan Rakyat.
Nik Aziz merupakan antara pemimpin kanan menentang sebarang kerjasama antara PAS dan Umno-BN untuk mewujudkan kerajaan perpaduan.
Beliau membangkitkan bantahannya itu di muktamar PAS dan juga baru-baru ini dengan menggesa agar diadakan muktamar agung khas bagi memilih semula barisan kepimpinan.
Pakatan Rakyat, ikatan DAP-PAS-PKR mengadakan konvensyen sulung di sini semalam dan meluluskan dasar yang berteraskan empat pegangan utama.
Empat pegangan teras itu ialah Demokrasi Telus dan Tulen, Memacu Pertumbuhan Ekonomi Makmur, Lestari dan Adil, Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan dan Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara.
PR dikatakan merangka dasar ini untuk menghayati dan melaksanakan agenda politik baru dengan menggembleng rakyat pelbagai kaum menjelang pilihan raya umum akan datang.
Teras Demokrasi Telus dan Tulen memfokus pada soal negara perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, pemisahan kuasa dan sistem pilihan raya yang bersih, bebas dan adil manakala teras Memacu Pertumbuhan Ekonomi Makmur, Lestari dan Adil, Keadilan Sosial akan memberi tumpuan kepada aspek pertumbuhan lestari dan pembangunan hijau, ekonomi demokratik dan telus, ekonomi kemahiran tinggi, dasar afirmatif berdasarkan keperluan, tenaga kerja, jaringan perlindungan sosial, perumahan, prasarana dan kemudahan awam dan alam sekitar.
Dalam pada itu, teras Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan pula menyentuh aspek perpaduan, agama, pendidikan, wanita, belia, keselamatan, kesihatan dan kebudayaan. Teras keempat Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara akan menyentuh sistem persekutuan, Sabah dan Sarawak dan dasar luar negara.
Ia diluluskan oleh 1,500 perwakilan dengan mengangkat tangan.
Dasar tersebut kemudian ditandatangani oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat PKR, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) dan Lim Kit Siang (Pengerusi DAP).
0 Komen:
Post a Comment