Mengapa Industri Nafsu Ingin Diperluas?

Friday, October 29, 2010
Perasaan merasa tidak puas hati dan kecewa dengan laporan akhbar . Terfikir, betapa menyelewengnya keputusan untuk menjadikannya tanahair kita sebagai pusat hiburan antarabangsa. Bilakah agaknya ingin kita mencontohi Brunei Darus Salam.? 


Berdasarkan dokumen laporan 'Program Transformasi Ekonomi : Halatuju Untuk Malaysia' ini. Sila buka bab 10, pada halaman 359-363. Laporan akhbar Malaysiakini terbukti benar. 


Diwaktu kita bersyukur dengan tindakan bijak kerajaan menubuhkan TV Al-Hijrah, tiba-tiba usaha baik itu bakal dimalapkan oleh langkah sebegini.

Nabi menyebut :

حُفَّت الجنة ُبالمكاره و النارُ بالشهوات

"Lorong ke syurga itu perlu melalui duri-duri (melawan nafsu), dan lorong ke Neraka itu dengan mengikuti hawa nafsu". (Riwayat Abu Daud & Ahmad, Albani : Sohih )

Umno Yang Menyebabkan Melayu Dihina

Parti Islam SeMalaysia PAS, cuba memberi jawapan kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Naib Presiden Umno, yang sedang mencari sebab kenapa hak orang Melayu yang sering dipertikaikan di bumi sendiri. Beliau cuba membentuk pemikiran orang Melayu khususnya, berada di dalam suasana yang terancam, dengan ini orang melayu akan menyalahkan Pas dan Pakatan Rakyat.
Ini adalah teknik lama Umno untuk memulihkan tenaga Umno yang semakin lemah. Strategi ini adalah seperti pepatah Arab “Dia pukul orang dia mengadu bahawa orang lain pukul dia, dia memaki orang, dia mengadu orang lain memaki dia”. Hakikatnya Umnolah yang menyebabkan Melayu hilang jati diri dan lemah kuasa politik. Akibat politik dendam dan hasad yang berlubuk di dalam hati pemimpin Umno, yang mengutamakan Umno putera, menyebabkan Melayu merempat diri sendiri.
Modal lapuk mereka ialah bagaimana Melayu Pulau Pinang yang terkorban kerana Pakatan rakyat memerintah. Mereka cuba menjadi orang yang buta sejarah dan memutar belikkan fakta sejarah. Pada hal Umno dengan Gerakan yang memerintah Pulau Pinang hampir 51 tahun. Umnolah yang bertanggungjawab menyebabkan Melayu merempat di Pulau Pinang.

Zahid cuba hendak menyalahkan bahawa Melayu yang sering bertolak ansur, sehingga akhirnya ditolak secara beransur-ansur. Hakikat yang berlaku, orang Melayu tidak bertolak ansur, sebaliknya pemimpin Umno yang terlalu bertolak ansur, menyebabkan Melayu terpinggir di negeri sendiri. Selama 53 tahun Umno memerintah, mereka gagal untuk mengangkat martabat orang Melayu di negara ini. Bayak dasar-dasar yang dibuat cantik, tetapi oleh kerana pelaksanaannya yang diberikan kepada pemimpin ynag mengkhianat amanah ini maka akhirnya semuanya gagal. Pemimpin Umno kena merasa malu kepada pemimpin parti lain di negara ini yang gagal mengangkat mertabat bangsa sendiri. Manakah pergi nillai saham khas bumiputera RM54 bilion?. RM52 bilion sudah lesap, hanya tinggal RM2 billion. Kemanakah pergi tanah rezab Melayu 3 juta hektar yang ditinggal oleh penjajah pada tahun 1957. Pada tahun 1995 tanah rezab Melayu hanya 1.7 juta hektar. Rumusannya Umno tidak layak untuk menjaga hak orang melayu, ibarat seperti menyuruh serigala menjaga kambing. Sudah sampailah masanya Umno berundur dan orang Melayu pula marilah menyertai PAS sebagai ganti kepada Umno.


Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Politik Baru UMNO : Kerana sokong PR, subsidi baja getah ditarik

Umno kini benar-benar terdesak dalam misi merampas Kelantan apabila kemarahan mereka dilepaskan kepada masyarakat Cina di Kampung Pulai gara-gara mendirikan pos PAS dan Pakatan Rakyat.

Ramai pekebun masyarakat Tionghua di Kampung Pulai kini dinafi mendapatkan baja subsidi setelah mereka mempamerkan sokongan terbuka kepada calon PAS.

Seorang pekebun yang namanya enggan dikenali berkata, selepas mereka mendirikan pos Pakatan Rakyat di kampung tersebut, senarai namanya dibuang daripada mendapat bantuan subsidi baja getah.  

AL-IBAHIYYAH: Melengkapkan Syarat Sebuah Kemusnahan

-Foto ihsan Malaysiakini.Com “If there is one lesson which history has taught us, it is the fundamental importance of will power, as much for nations as for individuals, and in every circumstance of life, great or small. Greek civilization ended in failure, not because of the lack of intelligence, but because of the lack of [...]
-Foto ihsan Malaysiakini.Com
“If there is one lesson which history has taught us, it is the fundamental importance of will power, as much for nations as for individuals, and in every circumstance of life, great or small. Greek civilization ended in failure, not because of the lack of intelligence, but because of the lack of character, of morality!” - George Sarton, petikan buku Introduction to the History of Science.
Bukan agama tidak memberitahu.
Bukan sejarah tidak membentang realiti.
Hanya diri yang angkuh menolak bukti.
Benarlah HEDONISM itu didefinisikan sebagai berpaksi kepada PSYCHOLOGICAL EGOISM.
Saya hampir-hampir tidak mampu membicarakan hal ini dari sudut Islam kerana tidak yakin apakah ada secebis Islam telah dirujuk dalam penghasilan polisi sebegini. Halal dan Haram sudah tidak kelihatan, istilah berkat dan laknat, jauh sekali.
Segalanya tulen bersifat pleasure minus pain.

Ke mana perginya pelbagai slogan, gagasan dan rancangan berkaitan Islam semenjak era Penerapan Nilai-nilai Islam ke zaman Islam Hadhari?
Modal insan?

Kuli hanya "alat" UMNO untuk dapatkan undi....

Nampaknya BN tidak menghormati malah menghina peranan Ku Li sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil bagi DUN Galas apabila menjanjikan beberapa prjek ‘mee segera’ seperti pemberian rumah PPR kepada masyarakat Gua Musang, menjadikan Gua Musang sebagai ‘Kampung Wifi’ serta bantu kepada Orang Asli melalui JHEOA.

Bagi yang mengenali aspirasi Tengku Razaleigh yang selama ini kurang gemar dengan taktik rasuah, gula-gula dan janji-janji yang diamalkan oleh jentera BN sebelum ini pastinya ini merupakan syarat untuknya bersetuju menerima jawatan tersebut. Namun, ibarat semut dan gula begitulah BN dan rasuah yang tidak dapat dipisahkan lagi.

 gambar masa majlis rasuah PPR .. tiada kelihatan Ku Li ... yang ade Tok Pa... walaupun poster ade gambar Ku Li....

Tak percaya kerajaan, PM pun boleh menipu

Wednesday, October 27, 2010
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut mendakwa Bajet 2011 yang dibentang Perdana Menteri tidak seimbang.

Berucap membahaskan bajet di Dewan Rakyat beliau berkata, bajet tersebut hanya memfokuskan pembangunan di Lembah Klang dan mengenepikan pembangunan di negeri-negeri lain.

Beliau memberi contoh peruntukan pembangunan sebanyak RM6 bilion kepada Kuala Lumpur ekoran jangkaan peningkatan 6 juta penduduk menjelang 2015.

Sedangkan, katanya jumlah itu adalah bersamaan peruntukan pembangunan untuk 40 tahun negeri-negeri lain.

"Rakyat semua negeri bayar cukai, sepatutnya tumpuan sama diberikan.

"Saya kira kerajaan perlu mencari formula baru dalam pemberian peruntukan ini," katanya yang memberi contoh Kanada yang menggunakan formula berasaskan sumber yang terdapat di negeri.

Dr Asri: 'Hantu' mana curi wang zakat kita?

Ekoran laporan audit berhubung perbelanjaan dan pelupusan eset Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Isnin lalu didakwa 'mengesahkan' wujudnya perkara yang tidak kena dalam pengurusan harta dan kewangan badan-badan agama di negara.

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin (kiri) berkata, laporan Jabatan Audit Negara - antaranya menyatakan hasrat MAIWP melupuskan 70 penghawa dingin yang masih baik - memerlukan penjelasan dan jawapan sejauh mana ketepatannya.

"Ya, itu telah mengundang rasa tidak puas sesetengah pihak. Namun, kita terpaksa nyatakan.

"Apa tidaknya, berbilion wang zakat dan selainnya diperuntukkan untuk umat Islam, tetapi keadaan yang kita lihat terus menyayat hati, sehingga ada keluarga yang terpaksa hidup di bawah jambatan di KL seperti yang dilaporkan media baru-baru ini.

Hub hiburan: NGO Islam ucap 'tahniah', tunggu p'raya

Seperti dijangkakan, tindakan kerajaan melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mahu menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan malam mula mendapat tentangan kumpulan NGO Islam.

Bagi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), tindakan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu 'disambut' mereka secara amat sinis.

"Tahniah kerana (kerajaan) berjaya menghancurkan rakyatnya," kata Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Ma'amor Osman (kiri) sambil menyifatkannya sebagai pengkhianatan kepada pentadbiran perdana menteri sebelum ini, khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan kelmarin, pentadbiran Najib mahu menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan malam bagi memacu industri pelancongan.

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan "mempakejkan" semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Malaysia 'tersangkut' di tangga 56 indeks rasuah

Malaysia masih kekal di tangga ke-56 pada Indeks Persepsi Rasuah yang dijalankan oleh Transparency International (TI) tetapi mata yang dikutipnya terus merosot daripada 4.5 kepada 4.4.

Markah itu membuktikan bahawa negara telah gagal mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang meletakkan sasaran mereka daripada 4.5 kepada 4.9 daripada markah maksimum -10 mata.

Tempat teratas dikongsi oleh tiga negara - Singapura, New Zealand dan Denmark daripada 178 negara yang dikaji.

Menurut TI Malaysia, meskipun laporan yang dikeluarkan petang tadi, menunjukkan negara menuju ke arah yang betul, namun masalah timbul ketika pelaksanaannya.

Presidennya, Paul Low berkata kejatuhan dalam markah itu “secara statistik tidak signifikan”.
Beliau berkata kegagalan menangani rasuah akan mengagalkan usaha kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai negara berpendapatan tinggi memandangkan pertalian terus antara rasuah dan pendapatan per kapita.

Di samping itu, katanya lagi, usaha yang dibuat oleh kerajaan melalui GTP belum lagi menghasilkan sebbarang kejayaan kerana faedah daripada usaha yang dilakkukan akan mengambil masa sebelum kesannya dapat dirasai oleh rakyat di negara ini.

Galas: PDRM bersikap mesra rakyat

Proses penamaan calon PRK Galas dan perarakan penyokong Pakatan Rakyat dan BN berjalan dengan baik dan tiada sebarang insiden antara kedua-dua penyokong parti.
Justeru, Ketua Polis Kelantan, Datuk Rahim Hanafi ketika ditemui media di tempat penamaan calon hari ini berharap kedua-dua parti berkempen secara berhemah dan tidak menimbulkan isu-isu sensitif seperti perkauman dan agama.
“Saya berpendapat ini adalah satu proses penamaan calon yang paling baik dan harmoni dan diharapkan dapat diteruskan oleh kedua-dua parti yang bertanding,” ujar beliau.
PDRM juga telah mewujudkan empat kumpulan dalam proses pemantauan proses pengundian kali ini, iaitu Zon A, B, C dan D.
“Sepanjang tempoh berkempen ini, PDRM akan menggunakan konsep mesra rakyat serta pencegahan jenayah, PDRM juga akan memastikan sepanjang tempoh berkempen ini,  ketenteraman akan dapat dinikmati semua yang berada di Dun Galas ini,” katanya lagi.
Rahim juga berkata kerjasama kedua-dua parti agar mematuhi arahan pihak berkuasa dari masa kesemasa amat diperlukan dan dengan bilangan anggota polis yang bertugas amat kurang jika dibandingkan dengan PRK yang lain menggambarkan PDRM mengambil sikap mesra rakyat dan ketenteraman awam masih terkawal.

ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina

Tuesday, October 26, 2010
Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

NONEIni akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.

Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.

Gambar sekitar Hari Penamaan Calon N.45 Galas..

Gambar sekitar Hari Penamaan Calon P.185 Batu Sapi, klik di SINI...







HUTANG NEGARA , MAKIN PARAH DAN MEMBARAH

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang hari ini mendedahkan bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun.

Hutang itu mencakupi 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK), kali pertama keadaan itu berlaku dalam sejarah negara, kata beliau dalam laporan tahunan terbaru yang di bentangkan di Parlimen hari ini.

Hutang RM362.39 bilion ringgit yang disebut dalam laporan audit itu juga jauh lebih tinggi daripada RM233.92 billion yang disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen Jun lalu.

Kehilangan Ku Li dan Shabery jadi tanda tanya

GUA MUSANG, 26 Okt: Semasa Parti Melayu Semangat 46 masih kukuh, Datuk Ahmad Shabery Cheek adalah Ketua Penerangan parti yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah itu. Kemana Ku Li pergi, di situlah akan ada Shabery. Kehilangan mereka berdua dari pusat penamaan calon Galas hari ini menjadi tanda tanya.

Mereka berdua hilang dari kawasan itu kira-kira jam 10 pagi.

Nama Ku Li kini timbul kembali dalam arus perdana politik negara apabila beliau dilantik sebagai pengarah pilihan raya ini oleh BN manakala anak buah beliau sebelum ini, Shabery adalah Menteri Belia dan Sukan.

Battle Of The Band : Jom Gegarkan

Gerai sila hubungi : 0192223191 (Radzi)

3 penjuru di Batu Sapi, satu lawan satu di Galas

9 - 10am - Calon kemukakan borang masing-masing
10 - 11am - Tempoh bantah (jika ada)
11am - 12 tengahari - Pegawai Pilihan Raya menentukan bantahan

LAPORAN LANGSUNG Proses penamaan bermula jam 9 pagi bagi pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi di Sabah dan DUN Galas di Kelantan.
8.00am - Di Batu Sapi, lalulintas sesak di sekitar dewan masyarakat Sandakan, yang menjadi pusat penamaan calon kerana sebelah laluan jalan ditutup.

Penyokong BN yang membawa bendera berhimpun di depan dewan. Tempat penyokong BN berhimpun ialah di Padang Besar Sandakan, kira-kira 500 meter dari pusat penamaan calon.

Di Galas, lalulintas lancar. Cuaca juga baik. Ratusan penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di depan Masjid Tengku Faiz Petra, yang terletak tidak jauh dari pusat penamaan calon.

Perarakan ke pusat penamaan calon akan bermula selepas solat hajat.
9.02am: Pusat penamaan calon di Batu Sapi dibuka dengan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya bersedia menerima kertas pencalonan daripada mereka yang berhasrat bertanding.
9.05am: Di Galas, calon BN Abdul Aziz Yusof tiba di pusat penamaan calon dengan diiringi Setiausaha Agung BN Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor, Naib Presiden MCA Datuk Dr Ng Yen Yen dan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Galas: Bandar Gua Musang mula sibuk

Menjelang hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas , bandar Gua Musang mulai sesak. Biarpun hujan lebat mula turun siang tadi, kenderaan dari luar tidak putus-putus membanjiri pekan Gua Musang, sejak petang tadi.
Kenderaan dijangka bertambah menjelang pagi esok.
Bukan sahaja penyokong dari luar, malah penyokong tempatan dari seluruh Kelantan juga mula berkampung di sini sejak beberapa hari lalu.
"Petang ni baru jam ni, pagi tadi, tengahari tadi OK lagi.
"Beraya la orang Gua Musang sekali ni," kata Azman Said, seorang penduduk tempatan di sini.
Sementara itu, penyokong PAS dan Pakatan Rakyat diminta berkumpul di perkarangan Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra seawal jam 7 pagi esok bagi memudahkan urusan mengiringi calon PAS ke pusat penamaan.
Pimpinan utama Pakatan Rakyat termasuk calon, Dr Zulkefli Mohamad dijangka tiba jam 8.00 pagi.
Sebelum bergerak ke pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan jajahan Gua Musang, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka mengimamkan solat hajat di masjid berkenaan.
Perarakan mengiringi calon dijangka bermula jam 8.30 pagi sejurus selesai solat hajat.
Dalam pada itu, PAS malam ini mengadakan beberapa program menjelang esok.
Di peti undi Pulai, Tuan Guru Nik Aziz menghadiri  satu majlis makan malam bersama masyarakat Cina.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub pula dijadual menyampaikan ceramah di Pasti Terasil.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad pula berceramah di Kampung Baru Gua Musang bersama Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa.
Manakala di Pusat Sivik pula berlangsung forum Bertani Satu Ibadah anjuran kerajaan negeri.
Sementara itu, Timbalan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Noordin Che Ngah mengingatkan penyokong parti bertanding supaya mematuhi laluan yang ditetapkan bagi penyokong parti masing-masing.
Penyokong calon BN akan berkumpul di bilik gerakan parti di Bukit Cekati kira-kira 180 meter dari Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, tempat penyokong calon Pakatan Rakyat berkumpul.

Borang bertimbun, PTPTN hadapi defisit RM46bilion

Monday, October 25, 2010
Hampir 82 peratus permohonan yang diterima oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tahun 2008 dan 2009 masih belum diproses.

Menurut Lapran Ketua Audit Negara, 61 peratus daripada 103,525 borang yang diterima pada 2008 dan semua 124,070 borang yang diterima pada 2009 masih belum diproses.

Pasukan audit juga mendapati borang yang tidak lengkap disusun dalam keadaan yang tidak teratur di pejabat Unit Perjanjian di ibu pejabat PTPTN.

Malah, laporan itu juga menyiarkan gambar bagi membuktikan dokumen berkenaan hanya ditutup dengan kanvas dengan penerangan ngambarnya menjelaskan ia bertujuan melindung dokumen itu daripada siling yang bocor.

Ansari Calon KEADILAN Di Batu Sapi

IMG_3330  Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Ketua Cabang Tuaran, Anari Abdullah sebagai calon Pakatan Rakyat bagi mewakili kerusi parlimen P185 Batu Sapi dalam pilihan raya kecil 4 November depan.

Ansari, 54, merupakan Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat dan juga bekas Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah.
Beliau adalah seorang peguam dan juga bekas majistret yang berpengalaman selama 31 tahun dalam bidang undang-undang.
Anwar membuat pengumuman tersebut  Di Dewan Hakka di sini petang tadi di hadapan lebih 3,000 penyokong Pakatan Rakyat.

Ulama muda Umno patut nasihat, bukan kipas

"Ulama muda Umno sepatutnya menasihati pemerintah dan pembesar, bukan mengipasnya dalam perkara yang beliau sendiri tahu ia salah," kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan ketika memberi respons kepada kenyataan Fathul Bari yang berucap dalam perhimpunan Agung Umno di PWTC, hari ini. Nasrudin berkata, semua orang yang menyaksikan bentuk persembahan Festival Busana Muslim (Islamic Fashion Festival) itu melihat pertunjukan tersebut bercanggah dengan Islam.
"Apa yang kita bantah ialah pertunjukkan fesyen  yang kita saksikan melalui satu siaran yang disiarkan oleh CNN dan juga melalui laman web IFF sendiri," katanya ketika dihubungi tadi.
Beliau memberitahu bahawa Pemuda PAS dan NGO Islam bukanlah bertindak melulu tetapi Datin Seri Rosmah Mansor sebagai penaung yang hadir dalam majlis tersebut mesti bertanggungjawab, memohon maaf, bertaubat dan tidak mengulangi kesilapan tersebut.
"Sering kali orang pertikai kenapa bantah mungkar itu, kenapa tidak tanya dulu penganjur dan penaungnya?
“Kalau saya tanya kembali masa putuskan (untuk) menganjurkannya mengapa tidak tanya ulama dahulu?

Fitnah: Dr Zulkefli akan ambil tindakan undang-undang

Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil N.45 Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas, Dr Zulkefli Mohamad berkata, isu beliau ditangkap khalwat yang  dibangkitkan Umno-Online adalah dilakukan dengan sengaja bagi memfitnahnya.
Sehubungan dengan itu, beliau bersama peguamnya, akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya fitnah itu tidak ditarik balik.
“Tindakan pertama ialah meminta supaya didropkan fitnah itu daripada web Umno-Online, dan sekiranya tidak dipatuhi maka tindakan selanjutnya akan menyusul.

Ciuman Kasturi Buat Nik Aziz: Sempena Genap 20 Tahun Mentadbir Kelantan

Saturday, October 23, 2010
Sumber : MSO

MEREKA atau individu yang merasakan saya sebagai seorang peminat kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mungkin tidak percaya kalau saya sudah tidak bertemu muka dan bersalaman dengan beliau hampir tiga tahun.

Apa lagi orang masih melihat konteks batin dan naluri kemanusiaan saya dengan beliau cukup kuat. Ia tercermin di mana-mana saja akan hal ini. Kandatipun saya sesekali mengkritik beliau, tetapi kritikan itu akan lebih mengemenkan lagi tali konteks batin saya dengan beliau. Orang tahu dan beliau sendiri tahu bahawa kritikan saya tidak lebih daripada sang ibu kerbau yang menanduk anaknya kerana ingin memberi peringatan. Sesungguhnya tandukan itu tidak akan merodak ke hulu hati si anak yang mulia.

Antara saya dengan beliau ada perjanjian dan ba'iah yang tidak mungkin difahami oleh sesiapa. Hanya kami saja yang sedia maklum. Apakah lafaz dan ikrar hanya terbungkus dalam hati kami yang disaksikan malaikat di kiri dan di kanan. Ianya sangat peribadi untuk diangkatkan di sini. Justeru atas kekemasan tali perhubungan itu saya tidak pernah merasakan yang Tok Guru terkedu hati atau marahkan saya, kalau saya jadi sebaliknya. Tidak..

Rasanya ketika Tok Guruku itu sedang berbulan madu dengan sambutan sempena genap 20 tahun pentadbirannya selaku MB Kelantan dewasa ini tidak elok kalau saya mencungkilkan sebab musabab kenapa saya tidak bertemu muka dengannya. Biarlah ia menjadi sebahagian sejarah antara kami - terutamanya saya. Mungkin dilain lembaran dan keadaan akan diceritakan kenapa saya merajuk sendiri tanpa diketahui pun oleh Tok Guru.

Rosmah Mansur Harus Respon !! Fakta IFF Yang Perlu Anda Ketahui !

Berita Oleh: edyesdotcom

"Berani buat, berani tanggung !


Terus terang saya katakan, saya bukanlah seorang cediakawan agama yang pandai mentafsir hukum. Tetapi sekurang-kurangnya saya masih berada dalam keadaan yang sedar lagi waras untuk menimbang tara batas-batas agama terutamanya dalam konteks halal dan haram, aurat dan bukan aurat serta mahram dan bukan mahram. Saya juga dapat membezakan sedikit sebanyak tulisan-tulisan khat samada ianya tertulis kalimah Allah dan Muhammad berbanding lukisan bertemakan arca. 

Jadi ingin saya kongis sedikit luahan rasa yang membuak-buak penasaran setiap kali Islam itu dihina. Ia kerap berlaku secara global terutamanya selepas berlaku serangan 11 September di New York hampir sepuluh tahun yang lalu.

Selama ini acap kali kita mengutuk dan mengecam sekerasnya pelukis-pelukis eropah yang tergamak mencemar kesucian agama Islam dengan melakar wajah Junjungan Besar nabi kita Muhammad S.A.W. Kita berarak dan berdemonstrasi di hadapan kedutaan, kita juga melancarkan pelbagai boikot terhadap negara yang terbabit. Itulah antara tanggungjawab kita sebagai umat islam - mempertahankan kesucian agama Allah !

Hari ini kita sekali lagi diuji, dan ujian ini datangnya tidak jauh dari kalangan kita. Bentuk fizikal ujian ini adalah isu berbangkit mengenai tatacara pemakaian islam yang diraikan dalam sebuah majlis yang diberi nama 'Islamic Fashion Festival'. Banyak isu di dalam isu, antara yang menjadi persoalan ialah ucapan isteri kepada Perdana Menteri Malaysia yang mengaku sebagai 'wanita pertama', ucapan yang cukup membuatkan setiap umat Islam di negara ini rasa terhina. Pembaca boleh rujuk ucapan penuh Rosmah Mansur di bawah selepas artikel ulasan ini.

Penyokong Facebook anti-menara melepasi 100,000

Sebuah laman Facebook untuk membantah rancangan pembinaan menara 'Warisan Merdeka' setinggi 100 tingkat di ibunegara, mendapat sokongan lebih 100,000 peminat dalam masa tidak sampai seminggu.

Laman '1M Malaysia Reject 100-story Mega Tower' yang diwujudkan Sabtu lalu - sehari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan projek bernilai RM5 bilion itu dalam ucapan bajet 2011 - telah mengumpulkan 101,327 penyokong sehingga jam 9.50 malam ini.

Ia mensasarkan satu juta penyokong dalam beberapa minggu akan dataang.

Mohon maaf dan lantik penasihat syariah, kata Asri

Mereka yang terlibat dengan penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu perlu membuat permohonan maaf kepada umat Islam kerana tindakan mereka itu adalah satu penghinaan kepada Islam, kata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

“Sama sekali ia tidak Islamik. Penganjur amat salah jika menyangka Islamic design dan Islamic fashion hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan yang berunsur Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum-hakam syarak,” katanya dalam satu kenyataan.

Meskipun tidak menamakan sesiapa, namun kenyataan Dr Asri itu merujuk kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, parti politik dan juga orang perseorangan yang membidas tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor selaku penaung yang Festival Busana Muslim itu.

“IFF boleh memberikan gambaran salah yang serius mengenai pakaian dalam Islam. Ia juga melambang kecelaruan fikiran mereka yang terlibat.

“Islam tidak menghalang fesyen untuk wanita, tetapi mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri. Penganjuran fesyen pakaian itu tidak salah, tetapi konsep dan pengisiannya IFF itu salah disebabkan tidak memahami prinsip dan etika dalam hal ini,” katanya.

ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]