![]() |
Penipuan Ling liong sik : Bodoh Sangatkah Jemaah Menteri Waktu itu?
Friday, July 30, 2010
Bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek ”Mega Distribution Hub” di Pelabuhan Klang.
Ling, 67, juga adalah bekas presiden MCA.
Beliau tiba di mahkamah pada jam 4.45 petang dengan ditemani isterinya, Toh Puan Ena Ling serta dua anak lelakinya.
Ling kemudian mengambil tempatnya di kandang tertuduh.
Beliau adalah presiden MCA yang kedua dihadapkan ke mahkamah selepas Tan Koon Swan.
Ling didakwa menipu kerajaan sekitar 25 September 2002 dan 6 November 2002 dengan memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Kelang.
Dia juga didakwa dengan curang menyembunyikan fakta berhubung penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah seluas 43,538,200 kaki persegi yang dicadangkannya.
PROGRAM PUTERI UMNO DI UITM SHAH ALAM
Bangi - 29 JULAI Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) mendesak pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyiasat keterlibatan pihak pentadbiran Universiti Tenologi MARA (UITM) dalam program Bengkel & Majlis Pelancaran Skuad Vogue (Voluntary Group For Everyone) Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang akan dilangsungkan di Dewan Seminar / Bilik Kuliah dan Tapak Padang Kawad UITM Shah Alam pada 1 Ogos 2010(Ahad) ini.
GAMIS sangat kecewa dengan tindakan tidak profesional pihak UMNO dan pentadbiran UITM yang telah mencemarkan institusi pengajian tinggi tersebut. Tindakan tersebut seolah-olah membuktikan kebenaran tohmahan pelbagai pihak bahawa UITM sememangnya menjadi benteng UMNO selama ini.
Pilihan raya, anda silap sikit Muhyiddin
Thursday, July 29, 2010
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohamad Yassin berkata bahawa negeri-negeri yang bukan ditadbir oleh Barisan Nasional tidak boleh mengadakan pilihan raya secara berasingan dengan pilihan raya peringkat persekutuan.
Beliau dilaporkan sebagai berkata hanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhak menentu atau menetapkan soal berkaitan tarikh pilihan raya.
Jika diteliti secara kasar, betul tetapi jika dihalusi kita akan dapati bahawa Muhyiddin, seorang tokoh politik yang berpengalaman dan kini memegang jawatan kedua tertinggi dalam pentadbiran kerajaan persekutuan, silap sedikit.
SPR tidak boleh mengurus sesuatu pilihan raya sekiranya Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat tidak dibubarkan terlebih dahulu.

Nazir Bela Najib tentang FDI?
| Dr. Dzulkifli Ahmad |
| Saya ditanya oleh pihak media mengapalah FDI begitu penting sangat untuk Malaysia dalam situasi kini, sejurus selepas penglibatan saya dalam Forum Ekonomi Negeri Selangor sempena Majlis Dialog Bejt 2011. Saya cuba rumuskan di sini jawapan tersebut untuk pengetahuan umum. Benar, mengikut Laporan Pelaburan Dunia (WIR, 2009), yang diterbitkan baru baru ini oleh Perdagangan dan Pelaburan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCTAD) telah menegsahkana bahawa pelaburan asing langsung (FDI) Malaysia merosot 81 peratus kepada US$1.38 bilion (RM4.43 bilion) pada 2009 daripada US$7.32 bilion (RM23.47 bilion) pada 2008. |
Tolak isu perpaduan, fokus 'sistem dua parti'
Thursday, July 22, 2010| Dzulfikar Mashoor |
KUALA LUMPUR, 22 Julai: PAS sewajarnya fokus pada usaha mewujudkan sistem dua parti, bukannya ghairah menyambut rancangan 'kerjasama Umno-PAS' yang dipopularkan semula oleh beberapa pemimpin Umno, kata penganalisis politik, Prof Dr. Abdul Aziz Bari (gambar). Ini kerana, katanya Umno yang dianggap mengidapi virus berbahaya bakal memusnahkan kekuatan yang sedia ada pada PAS sekarang."PAS perlu fokus dalam mewujudkan sebuah sistem dua parti yang akan membantu memperkasa rakyat di negara, PAS akan dikutuk oleh rakyat jika termakan dengan gula-gula Umno. "PAS akan dijangkiti Aids yang Umno hidapi sekarang," ujarnya sebagaimana dipetik dari email beliau kepada Harakahdaily. Beliau yang juga pakar perlembangan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, rancangan tersebut yang kononnya untuk perpaduan Melayu itu wajar dipertikai. "Persetan perpaduan Melayu kerana dalam Umno sendiri berpecah, elok Umno masuk PAS atau PKR," tegasnya. Difahamkan, rancangan Umno tersebut mungkin setelah melihat minat masyarakat Melayu umumnya masih bersama Barisan Nasional, sedangkan masyarakat bukan Melayu lebih berminat pada PAS dan Pakatan Rakyat, sebagaimana pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) dua tahun lalu. |
Mana pergi subsidi kami
Tuesday, July 20, 2010| Dr Asri Zainal Abidin |
![]() kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju.. kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara.. kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja.. kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta.. kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta.. jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu.. tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari? apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah..? papa semakin parah..? wang semakin lelah..? jika semalam berlauk, hari cuma berkuah.. kerana kerajaan kita sedang susah..? maka subsidi kita terpaksa diserah.. jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh.. apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah..? makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang.. jika mereka bertanya siapa yang bawa lari kepada siapa patut kami tuding jari? janganlah nanti mereka membenci pertiwi.. akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini.. atau kami jadi insan curang.. kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang? tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang.. dengar sini wahai yang tidak memijak bumi! pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami.. pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati.. kami yang semput bagai melukut di kota kedekut kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja pernahkah kau merasa? rumah bocor yang lanjut usia.. baju dan kasut anak yang koyak tinggal dalam rumah yang berasak-asak siang kami sebak, malam kami sesak.. sedangkan kalian manusia angkasa.. istana permata dibina, kereta berjuta dirasa.. elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga.. hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara.. tapi kami masih di sini..di teratak ini.. dengan lauk semalam.. dengan hidangan yang tidak bertalam.. dengan rumah yang suram.. dengan wang yang hampir padam.. tiada istana lawa..tiada kereta berharga.. tiada layanan diraja..tiada baju bergaya tiada kediaman menteri..tiada hidangan v.i.p.. tiada persen di sana-sini..tiada bahagian anak dan bini.. tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara.. aduhai celaka bahasa yang kalian guna.. kalian yang belasah, kami yang bersalah.. kalian buat untung, hutang kami tanggung.. kalian mewah melimpah, kami susah parah kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang.. kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa.. kalian makan isi, kami dijadikan abdi.. lantas, kalian rampas lagi subsidi.. ke mana wang itu pergi nanti? jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami.. jika tidak pun buat gula konon merbahaya mengapa tidak beras diturun harga? jika tidak untuk minyak kereta.. mengapa tambang tidak potong sahaja.. tapi entah berapa kali janji.. konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti.. hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi.. kami terus termanggu di sini.. kalian juga yang nikmati.. kami hanya menggigit jari.. kembalikanlah kepada kami harta negara.. jangan hanya kalian sahaja yang merasa.. dr maza July 2010 |
Bekas duta: Anwar akan terus dihumban ke penjara?
![]() |
"Ketika melawat Malaysia bulan lau, adalah jelas bukan sahaja bagi Anwar tetapi juga pemerhati lain bahawa mereka menjangkakan keputusan bersalah pada Ogos nanti,” tulis Malott.
"Persoalannya sama ada dia akan bebas dengan ikat jamin semasa rayuannya atau terus dihumban ke penjara.”
Menurut Malott pengalamannya berkhidmat di Kuala Lumpur antara 1995 hingga 1998 menyakinkannya bahawa perbicaraan liwat kedua membabitkan bekas timbalan perdana menteri itu adalah bermotifkan politik.
Isu Pasir: 'Jangan tunduk pada pembangkang'
Badan bertindak pengusaha dan pembeli pasir Selangor hari ini mendesak kerajaan negeri itu supaya tidak tunduk kepada desakan pembangkang supaya Kumpulan Semesta Sdn Bhd dibubarkan.
Pengeru
sinya, Raja Kamarudin Raja Ab Wahid berkata, tindakan tersebut akan menyebabkan lesen mereka yang dilesenkan KSSB akan terbatal.
"Maknanya kami akan tanggung kerugian besar. Adakah Umno akan bayar kerugian ini," katanya ketika menyerahkan satu memorandum kepada exco sumber alam Yaakob Sapari.
Raja Kamaruddin bersama hampir 50 orang penyokong menyerahkan memorandum tersebut kepada Yaakob di lobi bangunan SUK, Shah Alam hari ini.
"Apa yang menakutkan lagi, pembangkang mendesak permit pasir Selangor tidak dikeluarkan lagi untuk tanah kerajaan," katanya lagi.
Beliau berkata, desakan itu dibuat bagi mendapatkan permit melombong pasir di tanah persendirian.
"Kebanyakan tanah persendirian di Selangor telah disapu bersih oleh kroni pemimpin kerajaan BN Umno.
"Yang tinggal kepada kerajaan Pakatan adalah lubang-lubang yang telah dikorek zaman BN Umno memerintah," katanya lagi.Raja Kamaruddin yang membacakan memorandum tersebut juga berkata, kerajaan negeri sepatutnya membetulkan kesalahan atau kelemahan KSSB dan tidak membubarkan syarikat tersebut seperti dituntut pembangkang.
"Kita tidak yakin tugas KSSB diserahkan kepada pejabat tanah, kecuali KSSB diberi kuasa menangkap (pencuri pasir).

Patutlah Mahathir Asyik Mempertahankan Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengiktiraf Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai wawasan negara dan komited untuk mencapai wawasan itu.
"Saya ingin menegaskan di sini bahawa, walaupun Wawasan 2020 telah diilhamkan oleh Tun Mahathir, tapi kita sudah menerimanya sebagai wawasan negara dan sesiapapun selepasnya (Tun Mahathir) adalah komited untuk mencapai Wawasan 2020," katanya ketika menjawab soalan Senator Muhamad Yusof Husin pada persidangan Dewan Negara hari ini.
Wawasan 2020 telah diilhamkan oleh bekas perdana menteri keempat itu ketika membentangkan Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6) pada tahun 1991 dalam usaha negara ke arah mencapai status negara maju.
Kuliah Haraki Di Dewan Bestari
Pada malam ini bakal diadakan satu kuliah haraki yang sebagai menggantikan Akademi Tarbiyyah. Tajuk yang dipilih adalah " Peranan dan Cabaran Anggota gerakan Islam" yang bakal dikupas oleh Al Fadhil Ustaz Azman Shaphawi, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat. Program dijangka bermula seawal 9.15 malam. Diharap kepada semua pemuda PAS Shah Alam dapat hadir pada malam ini untuk sama-sama mengambil manfaat diatas kunjungan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat ke Shah Alam pada malam ini.Program juga terbuka kepada semua warga Shah Alam.
Kenyataan Noh Omar salah dari segi fakta

Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dengan tegas menyangkal kenyataan tidak bertanggungjawab oleh Timbalan Ketua Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berhubung pilih kasih, amalan mencurigakan dan diskaun terpilih yang diberikan kepada syarikat tertentu.
Pengerusi Abdul Shukor Nagor berkata kenyataan Noh Omar salah dari segi fakta, bahkan menunjukkan menteri berkenaan tidak memahami amalan perdagangan biasa yang turut terpakai untuk industri pelombongan pasir.
"Berhubung isu polisi harga KSSB, kadar diskaun ditawarkan kepada semua pelanggan yang membeli secara pukal. Pemberian diskaun bagi pembelian dalam jumlah banyak (volume discount) ini merupakan amalan perniagaan biasa untuk menaikkan jualan bagi syarikat," katanya.
Penyelarasan Semula Subsidi: Sebuah Puisi ...
1. Kalau harga petrol naik 5 sen satu liter ertinya RM2.00 bagi setiap 40 liter . Saya sebut demikian sebab mana ada kereta yang bubuh minyak satu liter sahaja. Begitu juga dengan gas , naik harga 10 sen satu kilo , maka satu tong naik RM 1.40 . Justeru , tidak pula pernah saya dengar ada orang beli gas hanya satu kilogram .2. Gula juga mengalami kenaikan harga mendadak pada kadar 25 sen satu kilo menjadikan harganya kini RM 1.75 sekilo .
3. Syahdunya kali ini kerajaan cukup bijak menyembunyikan "agenda" apabila mewajarkan kenaikan harga barang ini dengan menggunakan istilah penyelarasan semula subsidi demi kepentingan ekonomi negara , sebagai sebuah puisi yang mampu mengulit rakyat .
4. Saya melihat pelarasan subsidi ini tidak adil kepada rakyat terutama rakyat yang berpendapatan rendah dan tidak tetap . Mereka terpaksa menanggung beban kenaikan harga barang keperluan ini berbanding mereka yang berpendapatan tinggi dan mereka yang mendapat pembiayaan kerajaan .
Kempen bantah kenaikan harga barang 28 Julai
| Mohd Shubihi Muhamad Zain |
| KUALA LUMPUR, 18 Julai: Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) menetapkan 28 Julai ini sebagai tarikh pelancaran kempen bantahan terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga beberapa barangan asasi beberapa hari lalu. Jurucakap Protes, Dr Mohd Hatta Ramli memberitahu media selepas mempengerusikan mesyuarat gabungan itu di Pejabat Agung PAS, dekat sini, tengah hari tadi. Menurutnya, pelancaran tersebut akan berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur dan pada hari itu akan diputuskan tarikh demontrasi besar-besaran membantah tindakan kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas. "Mesyuarat tengah hari tadi turut membincangkan cadangan untuk mengadakan demontrasi tetapi tarikhnya akan ditentukan dalam mesyuarat semasa pelancaran kempen bantahan tersebut. "Selain itu, kita juga akan menyusun aktiviti-aktiviti lain iaitu penyediaan risalah dan maklumat berkaitan dan juga menyusun tarikh 'road show' ke seluruh negara," katanya. Beliau yang juga Bendahari PAS Pusat berkata, cadangan untuk berdemontrasi dilihat sebagai kaedah bantahan yang paling berkesan dan efektif. "Demontrasi membantah PPSMI, GST dan yang terbaru kelulusan lesen judi, berjaya memberikan tekanan kepada kerajaan untuk menangguhkan dan ada yang terpaksa dibatalkan keputusan yang telah dibuat," katanya. Ditanya sama ada demonstrasi itu akan dibuat menjelang bulan Ramadhan, beliau berkata, Protes lebih gemar untuk mengumumkan pada hari pelancaran kempen tersebut (28 Julai). "Kalau boleh kita nak buat segera, dan kita tidak boleh berlengah-lengah sangat," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai. |
Najib Masuk Bakul Angkat Diri Sendiri
Saturday, July 17, 2010
Pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, semua media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan 'barang naik' dalam laporan mereka.
Ketika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan "barang naik" itu perlu dielakkan.
Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”.
Taklimat berkenaan dikendalikan oleh penasihat media perdana menteri dan editor berkenaan memberitahu Malaysiakini ia dijalankan dalam suasana yang mesra.
"Mereka secara hormat memohon kita supaya bekerjasama tetapi permintaan seperti itu sukar jika tidak dilayan,” kata seorang daripada editor itu.

KETIKA RAKYAT DISUSAHKAN, MEREKA MERANCANG UNTUK MEMBAZIR
Friday, July 16, 2010 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) ketika memilih pakaian rasmi sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Kemerdekaan ke-53 tahun ini yang diperkenalkan buat kali kedua oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim (tiga, kanan) di sini pada Jumaat. Pakaian itu adalah hasil rekaan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. - foto BERNAMA 

Subsidi Rakyat "Berkira", Bayar APCO "Berapa saja"
Kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula adalah tidak bertanggungjawab kerana tidak ada tindakan proaktif untuk menyediakan mekanisme bantuan kepada golongan yang paling terkesan dengan kenaikan ini, sebelum pengumuman dibuat, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Di mana letaknya maruah seorang perdana menteri yang mengambil wang rakyat atas nama penstrukturan subsidi dan digunakan untuk membayar perunding asing seperti APCO sehingga mencecah RM77 juta setahun semata-mata untuk menaikkan imej beliau.
"Sedangkan bayaran kepada APCO itu hampir sama jumlahnya dengan anggaran penjimatan subsidi gula sebanyak RM126 juta (seperti diumumkan PEMANDU)," kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pendirian Pas Jelas Mengenai "Perpaduan"
PAS sekali lagi mengulangi kesetiaannya kepada Pakatan Rakyat dengan menolak perbincangan dengan parti lawannya Umno.
Bagaimanapun, perbincangan antara "G to G" (kerajaan dengan kerajaan) masih boleh diteruskan bagi kepentingan masyarakat dan umat Islam keseluruhannya.
"Kalau G to G, tidak menjadi masalah kerana kita (Malaysia) mengamalkan konsep federalisme," kata setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali.
"Pendekatan politik politik tetap bersama dengan Pakatan. Kamu boleh buat andaian (pendirian kami)"

5 naik serentak, rakyat tanggung beban
| Dr Azman Ibrahim |
| Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini (15 Julai). Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini. Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram. Perdana Menteri ketika mengumumkan kenaikan memberikan alasan. |
Bermula Sebuah Kenaikan
Kenaikan harga atas semangat menghapuskan subsidi sedang mula dilaksanakan di Malaysia. Tidaklah menjadi kesalahan besar jika lebihan tanggungan subsidi bakal meranapkan ekonomi negara,jesteru kenaikan harga terpaksa dilakukan. Cuma rakyat perlu berwaspada kepada trend kenaikan ini. Samaada trend ini berlaku demi menjaga kedudukan ekonomi negara atau demi menjaga kroni-kroni yang dibimbangi tidak mungkin lagi mampu dibiayai oleh pemimpin kerajaan. Maknanya bukan kaedah pelaksanaan yang dipertikai tetapi agenda orang yang melaksanakan perlu sentiasa diambil kira.
Semalam telah diumumkan kenaikan 5 barangan yang merupakan kegunaan harian penduduk Malaysia. Jangkaannya RON 95 tidak naik kerana ia milik orang susah namun ia tetap dinaikkan sedang RON 97 tidak diketahui dengan jelas jumlah kenaikannya (mungkin lebih tinggi la agaknya). Gula dinaikkan setelah isu "kehilangannya" dari pasaran menghantui penduduk Malaysia dan peristiwa gerabak membawa gula terbalik di Johor ketika sedang bergerak ke singapura menjadi tanda tanya tidak berjawab. Ada yang mula bercakap di kala rakyat sendiri susah nak dapatkan gula, bertan-tan dijual ke negara asing. Apa nak dikata, semenjak Najib jumpa Amerika ni segala kemahuan Singapura dituruti dengan mudah.Terkena sihir Obamakah PM kita ni? Sedang Singapura sekutu rapat Amerika di Asia.Gas memasak pun naik harga lagi. Kehidupan bandar semakin mengancam dengan kenaikan kos yang bakal mendadak sedikit masa nanti. Keadaan yang ada pada hari ini sudah melahirkan generasi yang parah sosio budaya kehidupannya dek kerana ibu bapa yang siang malam terpaksa membanting tulang mencaari duit sehingga tidak mempunyai masa untuk anak-anak sendiri. tidak hairan suautu masa nanti akan ada mulut-mulut nakal pemimpin yang "Islam" mencadangkan agar keluarga mesti dihadkan anak kepada 2 orang sahaja demi mengelakkan masalah sosial. Sedangkan latar kehidupan yang sejahtera tidak dibina oleh pemerintah sekarang.
Jesteru kita meminta agar rakyat bangkit sebelum terlewat, menolak segala kemusnahan yang sedang dicipta oleh BN ini demi sebuah kehidupan yang lebih sejahtera. Anak-anak dan generasi seterusnya amat mengharapkan pengorbanan dan perjuangan kita.

Isu Pasir Selangor dan Akhbar Parti : Pendekatan Lembut Yang Berkesan
MSO
KEDUA-DUA langkah yang diambil oleh kerajaan Selangor dan Pakatan Rakyat mengenai masalah pencurian pasir dan pemberhentian penerbitan akhbar suara ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat, Suara Keadilan, Harakah dan Roket adalah bijak dan satu penyelesiaan yang baik.
Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim dengan rendah hati memohon bantuan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin untuk menangkap pencuri pasir yang berleluasa di Selangor. Dipercayai Khalid terbuka pintu puadnya untuk berbuat demikian ekoran kenyataan dan kritikan sinis Muhyiddin berhubung masalah pencurian pasir di Selangor.
Muhyiddin menyindir Khalid dan Anwar Ibrahim dengan mengatakan berleluasanya pencurian pasir di Selangor menunjukkan kelemahan kedua mereka itu dan membuktikan Kahlid dan Anwar tidak layak menjadi pemimpin. "Kalau urus pasir pun tak boleh macam mana nak urus negeri," begitulah kira-kita sinis Muhyiddin.
Tindakan Khalid itu juga dikira tepat untuk memerangkap daya kepimpinan Muhyiddin. Ia juga menguji sejauh mana keikhlasan Muhyiddin untuk menghapus penjenayah pasir. Seperti mana kata Khalid sekiranya Muhyiddin tidak menangkap pencuri pasir Timbalan Perdana Menteri itu dianggap bersubahat dengan penjenayah pasir.
KEDUA-DUA langkah yang diambil oleh kerajaan Selangor dan Pakatan Rakyat mengenai masalah pencurian pasir dan pemberhentian penerbitan akhbar suara ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat, Suara Keadilan, Harakah dan Roket adalah bijak dan satu penyelesiaan yang baik.
Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim dengan rendah hati memohon bantuan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin untuk menangkap pencuri pasir yang berleluasa di Selangor. Dipercayai Khalid terbuka pintu puadnya untuk berbuat demikian ekoran kenyataan dan kritikan sinis Muhyiddin berhubung masalah pencurian pasir di Selangor.
Muhyiddin menyindir Khalid dan Anwar Ibrahim dengan mengatakan berleluasanya pencurian pasir di Selangor menunjukkan kelemahan kedua mereka itu dan membuktikan Kahlid dan Anwar tidak layak menjadi pemimpin. "Kalau urus pasir pun tak boleh macam mana nak urus negeri," begitulah kira-kita sinis Muhyiddin.Tindakan Khalid itu juga dikira tepat untuk memerangkap daya kepimpinan Muhyiddin. Ia juga menguji sejauh mana keikhlasan Muhyiddin untuk menghapus penjenayah pasir. Seperti mana kata Khalid sekiranya Muhyiddin tidak menangkap pencuri pasir Timbalan Perdana Menteri itu dianggap bersubahat dengan penjenayah pasir.
TOLL COLLECTION ON KEMUNING-SHAH ALAM HIGHWAY TO START SATURDAY
KUALA LUMPUR, July 15 (Bernama) -- Motorists using the Kemuning-Shah Alam Highway (LKSA) will start paying toll effective 12.01 on July 17 after enjoying toll-free rides since May 18, said the Malaysia Highway Authority (LLM).
LLM in a statement today said LKSA would operate as an open toll concept with two toll plazas situated in Seri Muda and Alam Impian.
The 14.7 km long highway provides a high-speed link connecting major highways in the Klang Valley.
LKSA begins at the existing KESAS Kota Kemuning Interchange and traverse northeast over Jalan Bukit Kemuning, Jalan Mantap, Sg Klang, Bulatan Jubli Perak, Persiaran Sultan and Bulatan Selangor towards Federal Highway.
According to LLM, public transport providers like buses and taxis would be given up to 50 per cent discounts for using the LKSA.
Vehicles with 2 axles and 3 or 4 wheels excluding taxis will pay RM1.20 at Sri Muda and RM0.60 at Alam Impian and vehicles with 2 axles and 5 or 6 wheels except buses pay RM2.40 at Sri Muda and RM1.20 at Alam Impian.
As for vehicles with 3 or more axles, RM3.60 will be charged at Sri Muda and RM1.80 at Alam Impian.
-- BERNAMA

Usul lantik ADUN BN ketuai PAC S'gor dilulus
Thursday, July 15, 2010
Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan usul untuk melantik wakil rakyat pembangkang dari BN sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) negeri, telah diluluskan.
Ia diluluskan walaupun ibantah oleh wakil rakyat BN sewaktu usul itu dibahaskan dan kemudiannya mereka mengundi menolaknya.
Berikutan itu, Shamsudin Mohd Lias (BN-Sungai Burong) dilantik sebagai pengerusi baru PAC Selangor yang dianggap sebagai satu sejarah.
Adalah satu bagi di negara-negara maju yang mengamal demokrasi untuk melantik wakil rakyat pembangkang mengetuai jawatankuasa yang serupa dengannya, tetapi Parlimen yang dikuasai BN, sehingga ini, enggan berbuat demikian.

Subscribe to:
Posts (Atom)
ADUAN MASALAH
HANTAR ARTIKEL
DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM
Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.

Ini kerana, katanya Umno yang dianggap mengidapi virus berbahaya bakal memusnahkan kekuatan yang sedia ada pada PAS sekarang.

HTTP adalah singkatan dari HyperText Transport Protocol, iaitu salah satu protokol yang mengandungi bahasa yang difahami antara webserver dan klien (web browser di pc).