Apa guna 1Malaysia sedangkan BN menuju kehancuran

Monday, March 22, 2010
Mohd Sabri Said  

KEPALA BATAS, 21 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempersoalkan apa gunanya slogan 1Malaysia yang diperkenalkan kerajaan sedangkan parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) sedang menuju kehancuran.

Menurutnya lagi, MCA yang akan memilih kepimpinan baru pada 28 Mac ini hampir terbenam ekoran sikap kepimpinannya sendiri yang rakus serta ego.

"Kalau mahu membina Malaysia ke arah yang lebih cemerlang, kita harus ada kekuatan dalaman terutama parti yang menjadi teras BN. MCA, Gerakan, MIC dan Umno telah hilang kewibawaan selepas Pilihan Raya Umum ke-12 lalu kerana rakyat tidak lagi menaruh harapan terhadap parti itu," tegasnya ketika perjumpaan dengan masyarakat Cina di Dewan Terbuka Hock Teik, Jalan Satu di sini, petang semalam.

Baginya, BN umpama sebuah kapal yang hampir karam di lautan yang bergelora.

Selangor Anjur Bengkel Untuk Ibubapa Anak- anak Istimewa


Bengkel ibu bapa anak- anak istimewa anjuran bersama Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Petaling Jaya semalam berlangsung dalam suasana muhibbah.

Dirasmikan oleh ADUN Taman Medan, Haniza Talha yang juga merupakan pengerusi Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Taman Kanagarupan, bengkel tersebut dihadiri kira-kira 70 orang ibu bapa anak-anak istimewa.

Menurut Haniza, bengkel ibu bapa anak- anak istimewa ini diadakan untuk memberikan sedikit taklimat kepada ibu bapa yang memiliki anak istimewa agar menghargai anugerah yang diberikan dan menjaganya dengan penuh kasih sayang.  

92 peratus rakyat Malaysia percaya media baru

Sebanyak 92 peratus rakyat Malaysia mengikuti media baru seperti laman sosial Facebook dan Twitter, kata pensyarah kanan Universiti Malaya Prof Dr Abu Hassan Hasbullah.

Katanya, jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat dan Eropah, Malaysia mempunyai lebih ramai pengikut setia media baru yang lebih percayakan laporannya berbanding dengan media arus perdana.

Menggalakkan penyertaan golongan muda dalam jaringan sosial, Abu Hassan mengajak lebih banyak penyertaan golongan tersebut di internet.

Ku Li: Perdana Menteri Jelas Tersimpang

Sunday, March 21, 2010
Petikan TVSelangor
Demi laba politik, kerajaan Datuk Seri Najib Razak menyimpang dari matlamat membantu negeri-negeri miskin di pantai timur melalui hasil khazanah petroleum seperti yang dirancang oleh bapanya Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak.

Hakikat ini didedahkan dalam Forum Royalti Minyak Hak Perlembagaan? hari ini oleh Pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah yang  membentangkan bagaimana Tun Abdul Razak mahu Petronas dituibuhkan demi  membangunkan Pantai Timur.

"Tun Razak berkata, walau apapun, kita perlu wang minyak itu untuk Pantai Timur. Jadi saya pun cuba lakukan apa yang dianggap mustahil dan saya siapkan draf (undang-undang Petronas) dan menhantarnya ke Jabatan Perdana Menteri untuk dinilai," katanya.

Musa: Ada campurtangan 'orang ketiga' dalam PDRM

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kebelakangan ini "semacam ada tekanan kepada pasukan polis, sama ada dari pihak politik atau orang-orang tertentu".

Menurutnya, mereka cuba memberi tekanan, mungkin kerana kurang selesa dengan tindakan yang beliau arahkan.

"Jadi, ada juga arahan yang diberikan terus kepada pegawai-pegawai bawahan saya tanpa pengetahuan pengurusan atasan," kata Musa dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia hari ini.

"Bagi saya, ini merupakan satu trend yang salah kerana dalam pasukan polis, terdapat perintah dan kawalan.

"Yang hanya boleh memberi arahan adalah KPN kalau ikut undang-undang," katanya sambil menegaskan bahawa Seksyen 4 Akta Polis 1957 mengatakan bahawa semua arahan dan kawalan PDRM adalah di bawah KPN.

"Maka kalau ada mereka yang cuba campurtangan, ini boleh merosakkan polis. Kerana pada masa itu, anggota akan merasa serba salah kerana terdapat autoriti lain yang memberi arahan kepada mereka," tegasnya.

Jom Heboh di Kelantan ada kelainan

KOTA BHARU, 19 Mac: Apabila disebut program Jom Heboh tentunya kita terbayang aksi artis lelaki dan perempuan terlonjat-lonjat di atas pentas.
Namun, lain pula dengan Jom Heboh yang akan diadakan di sini pada 26 dan 27 Mac ini, tiada artis wanita ditampilkan pada konsert yang akan diadakan.
Sebaliknya konsert itu pada malam 27 Mac hanya menampilkan artis lelaki termasuk Jay Jay, Jamal Abdillah, Kumpulan Raihan dan Megat Nordin.
Selain itu, difahamkan tiada siaran langsung dibuat bagi konsert berkenaan seperti dilakukan TV3 di negeri-negeri lain sebelum ini.
Kelainan juga dapat disaksikan apabila tempat duduk di antara lelaki dan wanita diasingkan pada persembahan konsert terbabit.

Pendedahan Zahrain bala buat Umno

Mandoor  

Dalam Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim 'enak' menghentam parti yang banyak berbakti kepadanya. Pimpinan UMNO mula bercakaran sesama sendiri.

Lapan Ahli Parlimen yang didedahkan namanya oleh Zahrain mula kebinggungan dimedia. Bukan sahaja Tunku Razali Hamzah, Timbalan Speakar, Datuk Dr. Fuad Zarkasi dan lainnya sahaja, Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin juga 'diserkop' oleh Zahrain.

SPRM: Pegawai awam makin berani lapor rasuah

Skala gaji yang rendah dan kos sara hidup yang tinggi bukanlah merupakan faktor utama berlakunya rasuah di kalangan kakitangan kumpulan sokongan perkhidmatan awam, menurut kajian yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebaliknya kajian itu mendapati amalan rasuah lebih berpunca akibat kelemahan dalam diri individu sendiri seperti sikap tamak, ingin cepat kaya, berbelanja melebihi pendapatan dan mengamalkan gaya hidup mewah.

Selain itu, kelemahan dalaman sesebuah organisasi akibat kepimpinan yang lemah, sistem dan prosedur yang tidak telus, kerenah birokrasi serta kuasa budi bicara yang luas menyebabkan ruang dan peluang rasuah semakin terbuka.

Kurang Penggantungan Kenderaan Persendirian Elak Kesesakan


SUBANG 18 MAC: Kerajaan Selangor mencadangkan kerajaan Persekutuan supaya segera menubuhkan Majlis Pengangkutan Awam bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Lembah Klang.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim sudah menyampaikan cadangan itu dalam pertemuannya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk  Idris Jala serta Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat, baru-baru ini.

“Kita telah menghantar memorandum kepada Kerajaan Pusat untuk mengadakan apa yang dipanggil Majlis Pengangkutan Awam. Kita akan berbincang bagaimana untuk menyelesaikan masalah kenderaan dan pengangkutan di Lembah Kelang," katanya.

Orang Muda Geng Kita

1. Tahniah saya ucapkan kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang dan seluruh warganya di atas kejayaan menganjurkan Karnival Orang Muda Geng Kita peringkat Negeri Pahang .

2. Meskipun hujan lebat tanpa henti sejak semalam masih berlarutan dan mengiringi majlis perasmian Karnival Orang Muda Geng Kita sebentar tadi , ternyata semangat kental anak - anak muda untuk bersama dengan perjuangan Islam ini tidak luntur bahkan himpunan mereka hari ini mencecahkan 2000 orang .

3. Kini PAS amnya dan Dewan Pemuda PAS khasnya tidak sekali - kali boleh ditohmah bahawa ia hanya parti milik tok lebai , parti orang kampung , parti primitif dan sebangainya . Justeru kini PAS mula diterima oleh semua terutama anak - anak muda yang mula menjadikan PAS sebagai wadah atau pangkalan mereka untuk berjuang menuntut sebuah perubahan di dalam negara kita hari ini.

LAWATAN KONVOI ORANG MUDA GENG KITA KAPAR KE SHAH ALAM

Oleh : Saharudin (lajnah Kebajikan DPPSA)

Dewan Pemuda PAS Shah Alam telah menerima kunjungan dari Kapar yang menjalankan program Orang Muda Geng Kita pada 20 mac 2010.Seramai 70 orang bermotosikal,berkonvoi dari Kapar ke Shah Alam dengan melaksanakan program seperti Membersih Kubur, bersolat di Masjid Negeri dan terus ke pejabat perhubungan Pas Negeri di Worldwide Business Centre di Shah Alam.Kehadiran konvoi disambut penuh meriah oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor , Ketua Pemuda Pas Shah Alam, SU Dewan pemuda Pas Shah Alam, Ketua Lujnah Kebajikan dan beberapa sahabat yang lain..

Ketua Pemuda PAS Shah Alam menyampaikan sumbangan kepada kepada Timbalan Ketua Pemuda Pas Negeri untuk disampaikan Kepada Ketua Pegarah Progam Konvoi.sebagai kenangan bersama kujungan Pemuda Geng kita ..

Alhamdullilah semua berjalan dengan baik insyallah semoga program tersebut dapat diteruskan ..

Begambar dengan Pemuda geng kita..

Agen Israel Dalam Sistem Komunikasi PDRM

Saturday, March 20, 2010

Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H).


Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. Yang berpengkalan di Singapura. Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta.

Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah ‘individu’ yang bertanggungjawab membina sistem itu. Individu tersebut dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel.

Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan?

Bayar kepada kerajaan negeri: Kenyataan Tun Musa disambut baik

Muhammad Yusri Amin  

KOTA BHARU, 20 Mac: Kenyataan bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam yang menegaskan, pembayaran wang royalti atau wang ehsan dari Petronas perlu dibuat kepada kerajaan negeri bukannya pihak-pihak yang lain terus menekan Umno dan kerajaan negeri Kelantan menyambut baik kenyataan itu.

“Memang hak kerajaan negeri.  Menurut Tun Musa, bahawa perjanjian mengenai royalti minyak Kelantan itu adalah jelas.

Bukan Islam perhati buruknya perangai pemimpin politik Melayu

Friday, March 19, 2010
KOTA BHARU, 19 Mac: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, masyarakat bukan Islam memerhatikan bagaimana buruknya perangai pemimpin politik Melayu.

Ini kerana pemimpin politik Melayu begitu buruk sekali perangai mereka apabila bertelagah sesama sendiri sehingga sanggup mendedahkan perkara yang tidak sepatutnya.

Kata beliau, sepatutnya apabila seseorang ahli parti yang tidak suka kepada pemimpinnya, dia menggunakan saluran parti untuk mengemukakan pandangan.

“Ia boleh diselesaikan di peringkat dalaman mengikut prosedur sebagai sebuah pertubuhan sama ada melalui mesyuarat agung atau program lain.

"Namun dengan mendedahkan keburukan bekas pemimpin kepada orang lain di khalayak umum, perbuatan itu jelas tidak berakhlak dan tidak bertamadun," katanya selepas menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu, di sini, hari ini.

Khalid Cadang Tabung Baiki Masalah Lalu Lintas

SUBANG : Satu tabung amanah akan ditubuhkan di peringkat pihak berkuasa tempatan di Selangor bagi membaiki dan mengatasi masalah aliran pengangkutan.

Ampang Jaya dan Petaling Jaya menjadi projek perintis penubuhan tabung berkenaan yang diurus PBT daerah masing-masing dan kini dalam proses perbincangan.

Itu antara cadangan Menter Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibragim bagi membantu mengatasi masalah kemudahan jalan raya dan kesesakan lalu lintas di Lembah Klang.

Siapa untung di sebalik penyahsenaraian AAAN, Astro

Dzulfikar Mashoor  

KUALA LUMPUR, 19 Mac: Usaha menjadikan Astro All Asia Network Plc (AAAN), pengendali tunggal penyiaran televisyen langganan Malaysia sebagai sebuah syarikat persendirian dengan tawaran harga RM4.30 sesaham atau atau RM 8.5 bilion bagi keseluruhan kepentingan dipersoalkan.

Bagi Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar (gambar), AAAN perlu menjelaskan motif di sebalik transisi tersebut.

“Sekian lama disenaraikan dalam Bursa Saham Malaysia, mengapakah baru sekarang Datuk Badri Masri (Pengerusi dan Pengarah Bukan Eksekutif AAAN) mahu melakukan transisi penyahsenaraian ini,” soal beliau.

“Adakah (transisi penyahsenaraian) ini dibuat setelah AAAN puas mengaut keuntungan ketika menjadi syarikat penyiaran yang diberi lesen tunggal oleh kerajaan (iaitu) setelah diberi monopoli oleh kerajaan Barisan Nasional.”

Ilmuwan digesa tidak 'menikus'

Persatuan Sains Sosial Malaysia (PSSM) dibidas oleh bekas presidennya Syed Husin Ali kerana bersikap menikus dalam menyatakan pandangan mereka kerana bimbang 'melukakan (perasaan) kerajaan.'

Syed Husin yang juga timbalan presiden PKR berkata beliau berasa "hilang ghairah" dengan ilmuwan yang kurang berhubung dengan masyarakat dan menahan diri daripada memberikan analisis kritikal.

"Ini sikap yang sangat salah, ia mencerminkan ketakutan psikologi. Sekarang terlalu banyak ketakutan dan kawalan; (oleh) polis, media, mahkamah, pelajar, pekerja dan juga ahli akademik," katanya ketika menutup Persidangan Pengajian Malaysia (MSC) ketujuh di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

PM must clarify link between 1Malaysia and 1Israel

Wong Choon Mei  

KUALA LUMPUR, March 19: Pakatan Rakyat leaders have poured scorn on a bid by Umno lawmakers to suspend Opposition Leader Anwar Ibrahim over a statement linking Prime Minister Najib Razak’s prized 1Malaysia slogan with Ehud Barak’s 1Israel electoral alliance.

They said no matter how much his minders tried to cover up, Najib needed to explain why he as a leader of a predominantly Muslim nation had chosen a platform that mimicked the one created by the Zionist politician a decade ago.

“It is clear that Umno-BN has embarked on an all-out war to stop Anwar including this latest attempt to keep him out of Parliament ,” PAS vice president Tuan Ibrahim Tuan Man told Harakahdaily.

“But no matter what they do, they cannot hide the fact that 1Malaysia is a failed project. The parties in Umno-BN are hardly united and even right now are fighting within themselves. How can they unite to form an effective 'one' government?”

Ku Li: Wang Ehsan Punca Rasuah Salah Guna Kuasa


KUALA TERENGGANU, 19 MAC — Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah terus menegakkan pendiriannya dalam isu royalti minyak dengan malam tadi menegaskan, pemberian wang ihsan sebenarnya menjadi punca kepada amalan rasuah dan salah guna kuasa.

Dalam penjelasan kepada rakyat Terengganu malam tadi — lokasi terbaru beliau selepas Kota Baru dua bulan lalu — bekas pengerusi dan pengasas Petronas ini tidak menafikan banyak salah guna kuasa wujud ekoran penyaluran wang ihsan.

“Saya dengar khabar kerajaan Terengganu sekarang (pimpinan Umno-BN) tidak mahu menerima (baki wang ihsan) sebab tidak mahu menerima akaun macam mana duit (penyaluran wang ihsan) telah dibelanjakan tempoh hari, sepanjang lima tahun lalu.

Selangor mahu bersemuka dengan SPR

Selepas mengutus surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kerajan Selangor hari ini sedia bertemu sendiri dengan pengerusi suruhanjaya itu bagi membincangkan hasrat mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan di negeri itu.

“Kerajaan Selangor juga menyatakan kesediaan untuk mengadakan perjumpaan dengan (Tan Sri) Abdul Aziz (Mohd Yusof) dan SPR bagi membincangkan perkara itu,” kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Dalam satu kenyataan hari ini, Abdul Khalid berkata, dalam suratnya kepada SPR yang dihantar pada 11 Mac, SPR diminta memberikan pandangannya berhubung peruntukan perlembagaan dan kuasa kerajaan negeri yang sedia ada bagi menghidupkan semula pilihan raya itu.

Qazaf: Apa pendirian kerajaan fatwa munafik, fasik

Hazayani Zakaria  

KUALA LUMPUR, 19 Mac: Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf menggesa kerajaan menyatakan pendirian mengenai fatwa Pengerusi Persatuan Ulama Sedunia, Dr. Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi terhadap kes qazaf melibatkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Yusmadi dalam satu sidang media di lobi Parlimen petang semalam berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom bertanggungjawab menjawab isu itu kerana mengikut fatwa yang dikeluarkan Yusuf, sesiapa yang merancang dalam fitnah tersebut, sama ada secara langsung atau tidak langsung, maka hukumnya adalah munafik manakala sesiapa yang membantu menyebarkan berita fitnah tersebut maka jatuh hukumnya sebagai fasik.

PELANCARAN BLOG INFODPPSA

Oleh : Infodppsa
Alhamdulillah setelah melalui tempoh percubaan selama beberapa bulan, blog ini akan mula beroperasi secara rasmi setelah majlis pelancarannya dalam mesyuarat agung pemuda PAS Kawasan Shah Alam pada 27 Mac akan datang.

Kehadiran blog ini adalah bermatlamat sebagai medium rasmi Dewan Pemuda PAS Shah Alam bagi menjawab atau melaporkan secara terus kegiatan dan pandangan Dewan ini kepada umum. Beberapa halangan kecil yang dikenalpasti sepanjang tempoh percubaan ini akan menjadi panduan kepada pengurusan blog ini agar lebih efisyien dan tidak tergendala di pertengahan jalan.

Umum maklum bahawa medium penyebaran maklumat seperti blog dapat menarik lebih perhatian kepada seseorang atau organisasi yang menggunakannya, Jesteru kewujudannya bukan lagi dianggap sebagai kewujudan yang bila berkelapangan maka akan diisi dan jika sibuk maka akan terbiar. Lajnah Penerangan mengambil sikap selama ini untuk melihat sistem pengurusan jangka masa panjang bagi memastikan blog ini benar-benar mampu bersaing di ruang siber sebagi sumber maklumat utama komuniti muda Shah Alam dan tidak terbantut kerencamannya di pertengahan jalan.

Jesteru kami memohon kepada jentera pemuda di peringkat cawangan yang berminat untuk menjadi wartawan rasmi blog ini sila terus menghubungi Timb. Ketua lajnah penerangan Dewan Pemuda PAS Shah Alam, Sdr. Mohd Hilmi Radzuan untuk memperkasakan ruang sebaran Pemuda PAS Shah Alam.

InfoDPPSA : Info Untuk Semua.

Orang Asli bukan bumiputera

Thursday, March 18, 2010
Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim kesal kerana Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz gagal memahami bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak meletakkan Orang Asli sebagai kaum bumiputera.

Katanya, menurut Perkara 153 and 161 Perlembagaan Persekutuan, Orang Asli tidak diberi hak keistimewaan sebagai Bumiputera.
Zaid (kanan) berkata Orang Asli tidak dikategorikan sebagai bumiputera, kerana Perlembagaan Persekutuan hanya memperuntukkan orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak sahaja yang dianggap sebagai bumiputera.

“Hanya 'Malays and the Natives of Sabah and Sarawak' dianggap sebagai Bumiputera. Inilah nasib Orang Asal di negara ini,” katanya.

“Sepatutnya merekalah orang yang paling layak sekali kerana bukan sahaja sebagai Orang Asal dan anak putera bumi bertuah ini tetapi juga kerana mereka paling miskin.
“Menteri sendiri tidak mengetahui status mereka, masakan mereka akan mendapat pertolongan dan pembelaan yang patut dan sewajarnya,” katanya dalam tulisan di blognya.

Kedangkalan pemimpin Umno itu hanya disedari ketika MP Hulu Rajang, Billy Abit Joo pada sidang parlimen semalam bertanyakan sama ada pengiktirafan status bumiputera perlu diperjelaskan dan kriteria Bumiputera diseragamkan.

Nazri dilaporkan terus menjawab “tidak perlu”.

Kerajaan Selangor Rancang Projek Perintis Tangani Gejala Sosial

SHAH ALAM 18 MAC: Kerajaan Selangor mahu melancarkan program besar-besaran bagi membanteras gejala sosial remaja, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.

Halimah berkata, hampir RM2 juta diperuntuk bagi program yang bersifat menyeluruh dan mendapat kerjasama keluarga remaja yang pernah terbabit dengan masalah sosial.

"Kerajaan Selangor memperuntuk RM1.9 juta khusus untuk projek perintis menangani gejala sosial di negeri ini, tidak lama lagi. Fokus kita ialah sekitar Sabak Bernam.

Khalid Dedah Penyelewengan Umno-BN Lagi

Radzi Razak

SHAH ALAM 17 MAC: Kerajaan Selangor hari ini mendedahkan minit mesyuarat majlis kerajaan negeri pada 1987 mengenai status pengasingan tanah di Subang Jaya iaitu Taman Rekreasi Subang Ria.

Maklumat yang diklasifikasi mengikut Akta Rahsia Rasmi itu menunjukkan bagaimana kerajaan  Selangor ketika masih dicengkam pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) menjual tanah terbabit kepada Sime Darby UEP.

Mendedahkan hal itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, bayaran tanah yang dijual kepada Sime Darby pula jauh lebih tinggi dari nilai sebenar.

ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]