Hubungan Dengan Kerajaan Selangor Perlu Untuk Bela Rakyat Hulu Selangor

Sunday, April 18, 2010
HULU SELANGOR 17 APR: Calon Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim yakin pengalamannya sebagai Ahli Parlimen, menteri kabinet dan hubungan akrabnya dengan kepimpinan kerajaan Selangor mampu memajukan hulu selangor.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pula menyifatkan Zaid adalah pemimpin idaman yang secocok dengan keperluan rakyat Hulu Selangor.

Kerajaan Malaysia jadi 'pak turut' Washington

KUALA LUMPUR, 17 April: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) berkata, amat malanglah bagi rakyat dan umat Islam di negara ini kerana mempunyai kerajaan yang menjadi pak turut Washington dengan menzalimi keseluruhan rakyat Iran yang tidak berdosa.

Ini kerana AFP melaporkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah mengarahkan syarikat petroleum negara, Petronas untuk memberhentikan penjualan minyak kepada Republik Islam Iran.

Nama 1Malaysia: TPM ditempelak

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini berkata wabak 'penyakit mulut' Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus menular apabila dia mendakwa nama calon Barisan Nasional, untuk kerusi pilihan raya kecil Hulu Selangor, P Kamalanathan mencerminkan konsep 1Malaysia.

Muhyiddin semalam dilaporkan berkata nama ketua penerangan MIC itu merangkumi nama “Kamal” mewakili Melayu, “Alan” - nama Cina dan “Nathan” pula nama India.

“Muhyiddin menghina kebijaksanaan 65,000 pengundi Hulu Selangor dengan 'sampah' sedemikian.

Pakatan Rakyat Terus Mara Walau Ditimpa Ketidakadilan

HULU SELANGOR 17 APR: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR),  Saifuddin Nasution optimis Pakatan Rakyat mampu mengekalkan kerusi Parlimen Hulu Selangor walaupun banyak ketidakadilan ditimpakan kepada gagasan ini

Baik isu kekerasan polis mahupun sikap berat sebelah suruhanjaya pilihan raya (SPR), beliau menyatakan pimpinan Pakatan rakyat sudah lali dengan suasana sedemikian tetapi tetap mencapai kemenangan. 

Pengundi India protes bantah Umno kawal MIC


TEMERLOH, 17 April: Para pengundi India di kawasan Parlimen Hulu Selangor dijangka akan melakukan undi protes kerana bosan dengan cara pemimpin Umno mengawal parti MIC sehingga menyebabkan pemimpinnya hilang kredibiliti.

Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Pahang, N Balasubramaniam berkata, beliau telah dua hari  meninjau kawasan pilihan raya kecil itu dan mendapati masyarakat keturunan India tidak berpuas hati dengan cara pemimpin Umno menolak Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel sebagai calon BN.

Dr M tak akan berkempen di Hulu S'gor

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan berkempen pada pilihan raya Hulu Selangor meskipun namanya ditimbulkan beberapa kali menjelang penamaan calon, esok.

Mahathir berkata beliau tidak mempunyai kepentingan bagi membabitkan dirinya dalam pilihan raya itu yang bakal melihat pertandingan Datuk Zaid Ibrahim yang sering-kali dikritiknya berdepan dengan P Kamalanathan yang mewakili Barisan Nasional.

Rasuah Penjualan Kapal Selam : Pihak Berkuasa Perancis Ambil Tindakan

Pejabat Pendakwaraya Perancis telah diminta memulakan siasatan ke atas unsur  rasuah dalam penjualan kapal selam kepada Malaysia  semasa Perdana Menteri Najib Tun Razak menjadi menteri pertahanan.

Siasatan itu turut membabitkan penjualan kapal selam oleh syarikat DCN dan anak syarikatnya Amaris kepada beberapa Negara lain termasuk India dan Pakistan.

Penjualan kapal selam membabitkan dakwaan sebuah syarikat yang dikaitkan kepada sekutu Najib di bayar komisyen lebih RM 500 juta ringgit telah lama membelenggui Perdana Menteri.

Lebih 70% pengundi Cina sokong Pakatan - Hassan Ali



HULU SELANGOR, 16 April: Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali yakin 70 - 75 peratus pengundi Cina di Hulu Selangor akan memberikan sokongan kepada calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim dalam pilihan raya kecil 25 April ini.

Beliau juga yakin, lebih 60 peratus pengundi India juga akan memberikan sokongan kepada calon Pakatan walaupun calon BN adalah P Kalamathan dari MIC.

Di Hulu Selangor, pengundi Melayu adalah seramai 32,020  atau 52.7%, Cina seramai 16,964 atau 26.3%, India 12453 (19.3%) dan lain-lain 3,063 (1.7%).


PAS beri Amaran-Jangan benarkan Tony Blair jejak kaki di Malaysia

Friday, April 16, 2010
Oleh Ustaz Idris Ahmad


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memberikan amaran kepada Kerajaan BN agar tidak membenarkan penjenayah perang-Tony Blair menjejakkan kaki ke Malaysia jika tidak mahu berhadapan dengan bantahan terbuka rakyat.
Tony Blair yang juga mantan Perdana Menteri Britain adalah orang yang bertanggungjawab bersama Presiden Amerika, George W. Bush membawa bencana perang ke atas bumi umat Islam di Aghanistan (2001) dan Iraq (2003).



Sehingga ke hari ini beliau gagal membuktikan tuduhan beliau dan rakan sekutunya itu bahawa bangunan World Trade Centre diserang oleh pengganas Islam dan tuduhan bahawa Iraq mempunyai Senjata Nuklear-Pemusnah Besar-besaran (WMD) juga masih belum dapat dibuktikan. Walaupun masih tiada bukti, tetapi dengan sewenang-wenangnya mereka mencetuskan perang hingga meragut jutaan nyawa dikedua-dua negara itu. Hingga ke hari ini negara Afghanistan dan Iraq tidak pernah tenang, dan rakyatnya jadi pelarian dinegara sendiri.

DPPSA : 3 PROGRAM 1 MALAM

Thursday, April 15, 2010
Malam esok menyaksikan jentera pemuda PAS Shah Alam bekerja keras menjayakan 3 program besar secara berterusan bermula 9.30 Malam. Di mulai dengan acara pembentangan dan perbincangan Perlembagaan PAS di dewan Bestari dan diikuti dengan program Penerangan Turun Ke Padang bersama warga muda Shah Alam bertempat di Dataran Shah Alam dalam lingkungan jam 11.00 Malam dan diikuti pula dengan konvoi ke penamaan calon PRK Hulu Selangor. Tidak cukup dengan itu pada petang sabtu akan berlangsung satu lagi program pemuda di Restoran Sup Utara Seksyen 18 Shah Alam bersama YB Ahli Parlimen Shah Alam. Semua pemuda Shah Alam dijemput menjayakan keseluruhan program secara bersama bagi membuktikan ikatan Ukhuwwah yang terjalin sepanjang jalan perjuangan ini. Takbir...
Maklumat lanjut boleh berhubung dengan lajnah penerangan di 019-3623152 (Bro Hilmi).

Demo bantah APCO esok


Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 15 April: Dewan pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan mengadakan himpunan aman esok bagi membantah pembabitan firma rundingan APCO Worldwide dalam mempromosikan 1Malaysia.
Ketuanya, Kamaruzzaman Mohamad berkata, himpunan tersebut akan diadakan di Masjid Jamek, Kampung Baru sejurus selesai solat Jumaat.
"Kita menyeru kepada semua umat Islam dan warga prihatin untuk membantah penglibatan syarikat Israel (APCO Worldwide) dalam komunikasi negara.
"Penglibatan mereka akan mendedahkan maklumat penting negara," katanya yang juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat.

Tidak beriman: Khalid minta Harussani nafi, tarik balik


Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 15 April: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria menarik balik atau menafikan kenyataan yang disiarkan dalam akhbar Selangor Kita di bawah tajuk ‘Khalid Samad tidak beriman - Mufti’.
Bercakap dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini, Khalid berkata, beliau memberikan tempoh selama tujuh hari kepada Harussani untuk membuat penjelasan berhubung kenyataan itu sebelum tindakan undang-undang diambil terhadapnya.
"Sekiranya kenyataan ini bukan dari dia dan tidak tepat, maka saya minta dia untuk menafikan. Sekiranya dia tidak nafi, saya minta dia tarik balik.
“Kalau dia tidak tarik balik, maka dalam tempoh tujuh hari saya akan mulakan tindakan undang-undang terhadap dia kerana ini merupakan satu kenyataan yang cukup tidak bertanggungjawab dan tidak layaklah seorang mufti untuk mengeluarkan kenyataan yang seperti ini dengan sewenang-wenangnya," katanya.

SERUAN DERMA JIHAD PRK HULU SELANGOR

DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM MEMOHON KEPADA TUAN/PUAN YANG INGIN MENGINFAKKAN KEWANGAN DALAM MEMBANTU GERAK KERJA JENTERA PILIHANRAYA PEMUDA DI PRK HULU SELANGOR, BOLEHLAH MENGHULURKAN SUMBANGAN TERUS KEPADA BENDAHARI DEWAN PEMUDA PAS SDR YASZID (013-3696937) ATAU BANK IN KE AKAUN BANK ISLAM 12038010001753 (DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SHAH ALAM).

PAS mahu kerajaan beri penjelasan berhubung JK Antara Agama

http://idrisahmad.wordpress.com   
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu kerajaan memberikan penjelasan terperinci berhubung penubuhan Jawatankuasa Kerja Perhubungan Antara Agama yang kini menimbulkan banyak tanda tanya dikalangan rakyat negara ini.

PAS melihat bahawa wujudnya keperluan untuk kerajaan memberikan penerangan berhubung kewajaran penubuhan jawatankuasa ini dan juga membuka ruang kepada rakyat untuk memberikan pandangan.

Dalam hal, ini menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk menjelaskan kedudukan sebenar jawatankuasa ini termasuklah garis panduan, bidang tugas dan kuasanya, kekerapan mereka perlu bermesyuarat, serta kepada siapa mereka bertanggungjawab memberikan laporan atau menyampaikan pandangan.

Pendatang haram India jadi ahli Umno di Sabah

Wednesday, April 14, 2010
Mutalibmd.blogspot.com   
ISU Pendatang asing tanpa izin di Sabah semakin menular berikutan pendedahan seorang warganegara Malaysia, Kamaruddin Omar bahawa ramai warga asing India menetap di Sabah setelah memalsukan keterangan diri untuk mendapatkan kad pengenalan projek atau palsu.

Pada mulanya, penulis hanya berjaya menjejak kes pemalsuan dokumen seorang belia India di Sabah iaitu Velutha Mannil Yousaf Abotty yang dilahirkan pada 10 Jun 1971 di Quilandy Kerala, India. Velutha telah memohon visa daripada Kedutaan Malaysia di Madras pada 13 Ogos 1990 dan diluluskan visa bernombor 18282/90 untuk tempoh selama dua bulan.

Yousaf tiba di Singapura pada 7 Ogos 1990 dan berada di sana sehingga 21 Ogos 1990 dengan menggunakan pas lawatan bernombor 2573/B2.

Yousaf ke Kuala Lumpur pada 22 Ogos 1990 dengan menggunakan pasport India S 690334 yang dikeluarkan pada 5 April 1990 di Kozhikode, India.

Yousaf telah mengisi Departure Card bernombor AT 438263 di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang dan diberi kebenaran untuk berada di dalam negara ini selama dua bulan sehingga 21 Oktober 1990 atas lawatan sosial.

Prasarana sekolah di Shah Alam macam luar bandar

Dzulfikar Mahsoor   
KUALA LUMPUR, 14 April: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) berkata, prasarana asas sekolah di luar bandar bukan sahaja gagal disediakan oleh kerajaan, malah di ibu negeri Selangor masih bermasalah seperti di kawasan luar bandar.
Justeru, beliau menyuarakan rasa skeptitisme dengan jawapan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Mohd Fuad Zarkashi kerana terlalu lama masalah kepadatan pelajar di beberapa sekolah di Shah Alam gagal diselesaikan.
"Saya terima jawapan (Mohd Fuad), tetapi saya mempunyai sedikit skeptitisme," jelas beliau dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pagi ini.
Menurut beliau, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) seharusnya mempercepat pembinaan sekolah di Seksyen 10, Shah Alam kerana beberapa sekolah yang sedia ada tidak mampu menampung lambakan pelajar, ekoran kepesatan penduduk.
"Sejak tahun 2002, suatu tapak telahpun diluluskan tetapi disebabkan projek tidak siap, beberapa sekolah terpaksa tampung (lambakan) pelajar."
"Di Bukit Beruntung umpamanya, bagi satu darjah, tujuh hingga lapan kelas," jelasnya.
Disebabkan beberapa masalah yang dianggap malas segar di Shah Alam, beliau mempertikai kemampuan KPM dalam mereputasi sistem pendidikan nasional.

Nuklear: PAS mahu negara tidak double standard

Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 14 April: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) meminta Malaysia berpendirian seperti Turki yang konsisten dalam isu penggunaan tenaga nuklear.
"Saya harap Malaysia mengambil sikap yang sama dengan Turki iaitu sikap yang konsisten dan tidak double standard, berani dan tegas supaya hak diberi kepada Iran seperti yang diberi kepada negara lain," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.
Beliau berkata, Amerika Syarikat bersikap double standard terhadap Iran apabila memohon sokongan Malaysia bagi memainkan peranan dalam pelucutan senjata nuklear yang ingin dimajukan negara itu.
Abdul Hadi dalam perbahasan di Dewan Rakyat hari ini kesal dengan tekanan yang dibuat terhadap Iran meskipun negara itu telah membuat kenyataan terbuka bahawa mereka hanya ingin memajukan teknologi nuklear sebagai tenaga alternatif daripada sumber yang lain.
Sedangkan ujarnya, Israel yang telah mempunyai teknologi nuklear sejak sekian lama tidak dikenakan apa-apa tindakan sebaliknya bebas melakukan apa sahaja.
"Di sana berlakunya double standard dalam polisi yang dilakukan Amerika Syarikat. Ada negara yang boleh melakukan apa sahaja seperti Israel yang tidak menandatangani perjanjian mengharamkan senjata nuklear dan Israel telah mempunyai teknologi ini sejak tahun 60-an lagi.

Meng"kualiti"kan anggota PAS

http://episodeperjuangan.blogspot.com/

1. Anggota PAS terdiri dari ahli serta pemimpin dan ianya mempunyai peringkat atau marhalah yang berbeza dan pelbagai .

2. Sesuai sebagai anggota kepada sebuah Gerakan Islam , ahli dan pemimpinnya wajar memiliki :

* aqidah perjuangan yang mantap,
* fikrah Islamiyyah yang jelas
* syakhsiyyah [ akhlak ] yang soleh .

Inilah tahap kualiti yang paling minima mesti dimiliki oleh seluruh anggota PAS .

Malaysia Tanggung Risiko Keselamatan Walaupun Khidmat Asiasoft Tamat


HULU SELANGOR 13 APR: Malaysia masih menanggung risiko berikutan golongan Zionis mempunyai akses kepada maklumat keselamatan milik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) walaupun kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) mendakwa sudah menghentikan khidmat syarikat berpangkalan di Israel itu.

Secara tegas dan lantang, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kehadiran pakar Zionis dari syarikat Asiasoft Ltd untuk merombak sistem komputer di Bukit Aman sepatutnya tidak berlaku sama sekali.

Pornthip setuju ke Malaysia beri keterangan


Pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand berkata beliau sanggup memberi keterangan pada inkues Teoh Beng Hock jika ada jaminan keselamatannya daripada kerajaan Malaysia.

"Saya sanggup datang jika ada jaminan rasmi daripada kerajaan Malaysia dan Pejabat Peguam Negara berhubung keselamatan dan juga kebebasan saya dalam melaksanakan tugas profesional sebagai seorang saksi bebas dalam kes Teoh,” katanya kepadaMalaysiakini, semalam.

Selangor: Lawatan Ke Luar Negara Tidak Digalak, Guna IT Untuk Teroka Pengetahuan

SHAH ALAM 13 APR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menggalakkan pegawai kerajaan di negeri ini untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke luar negara bagi mengelakkan unsur penyelewangan dan pembaziran.

Menjawab pertanyaan lisan pada sesi perbahasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, beliau menegaskan lebih baik melakukan lawatan kerja berbanding lawatan sambil belajar kerana dibimbangi peruntukan kerajaan negeri, disalah guna.

Najib diminta bahas status royalti minyak di Dewan Rakyat

Dzulfikar Mashoor   

KUALA LUMPUR, 13 April: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) meminta Datuk Seri Najib Tun Razak tampil di Dewan Rakyat untuk membahaskan status hak royalti minyak Kelantan, sekiranya Perdana Menteri jujur menghayati semangat federalisme.

"Sebab itu, saya minta Perdana Menteri tampil di Dewan Rakyat dan hormati federalisme (dengan) jelaskan (serta) tunaikan royalti minyak Kelantan," ujarnya.

Beliau turut menyindir Ahli Parlimen Barisan Nasional kerana menafikan hak Kerajaan Negeri Kelantan untuk mendapat royalti minyak.

Mengapa Kementah beli kasut wanita RM27.5j?

Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) terus mendedahkan lebih banyak kesilapan dan kontrak-kontrak yang dipertikaikan di portal MyProcurement yang menyenaraikan projek-projek kerajaan.


Antara yang menjadi fokus kali ini ialah kontrak RM27.5 juta yang diberikan oleh Kementerian Pertahanan kepada Syarikat Visi Footwear Sdn Bhd.

Kontrak berkenaan ialah untuk 'membekal dan menghantar kasut kulit wanita kepada kakitangan awam di Kementerian Pertahanan.



TERKINI: Kertas Putih YBK Mula Diedar Hari ini


SHAH ALAM 13 APR: Kerajaan Selangor hari ini mula mengedar Kertas Putih berhubung isu tanah melibatkan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor untuk  mendedahkan kepada masyarakat umum.

Kertas Putih yang lengkap dengan pelbagai lampiran laporan kewangan dan gambar projek turut diedar kepada media sekitar jam 3 petang.
Kertas Putih bertajuk 'Laporan Terhadap Tanah-Tanah Milik YBK Negeri Selangor' itu disediakan Bahagian Audit Dalam Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor.
- TV Selangor

Israel: Anwar jadi 'beg tinju' ahli parlimen Umno

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 13 April: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim seakan menjadi 'beg tinju' di Dewan Rakyat petang tadi demi mengaburi dewan daripada berbincang tentang pembabitan dua agen perisikan Zionis-Israel di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Demikian rumusan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution (gambar) ketika diminta mengulas tentang tindak-tanduk beberapa Ahli Parlimen Umno yang dilihat enggan menjawab soalan-soalan Ahli Parlimen Pembangkang pada sesi soal jawab berkaitan Kementerian Dalam Negeri (KDN).


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]