Laporan audit: YBK gadai tanah lebih RM100 juta

Wednesday, April 14, 2010
Kerajaan Selangor hari ini mengedarkan kertas putih mengenai Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) kepada DUN Selangor, antara lain mendapati penggadaian 16 lot tanah bernilai lebih 100 juta kepada beberapa pihak.

Menurut laporan setebal kira-kira 60 mukasurat - termasuk lampiran - itu, kerajaan negeri menganugerahkan tanah seluas 1,977.428 ekar di beberapa daerah di Selangor tetapi tidak menerima bayaran dan sebarang laporan selama 13 tahun.

Membacakan ringkasan eksekutif laporan tersebut, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim juga mendedahkan, salah satu subsidiari yayasan tersebut - Permodalan YBK Sdn Bhd (PYBK) - terlibat dengan gadaiaan berjumlah RM102 juta.

"Gadaian ini boleh menyebabkan tanah yang dianugerahkan untuk tujuan membasmi kemiskinan jatuh ke tangan pihak ketiga," kata Khalid dalam sidang media di pejabat menteri besar di DUN Selangor.

prk hulu selangor : UMNO & MIC Bertelagah

Penamaan calon kerusi parlimen Hulu Selangor akan berlangsung pada Sabtu ini.

Pakatan Rakyat malam tadi mengumumkan Datuk Zaid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat sebagai calon mereka manakala Barisan Nasional pula berjanji akan membuat pengumuman dalam tempoh dua hari lagi.

Bendahari Umno Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Sakom ketika dihubungi berkata calon BN itu akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 April ini, jam 4 petang bertempat di markas BN, Bukit Sentosa di Bukit Beruntung.

Lazimnya, BN seringkali mendahului pembangkang dalam menamakan calonnya tetapi kali ini menjelang tempoh kurang 48 jam seperti yang dijanjikan, siapa yang bakal mewakili mereka terus menjadi tanda tanya.

Sumber tertinggi dari MIC, petang tadi, mengesahkan bahawa Muhyiddin akan menamakan Timbalan Ketua Pemuda MIC, V Mugilan sebagai calon di kerusi Hulu Selangor.
Kurang senang
Namun keputusan itu dikatakan kurang disenangi oleh kebanyakan pemimpin atasan MIC.

Kontrak Apco bernilai RM77 juta setahun

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa kontrak yang dimeterai antara kerajaan dengan firma perunding perhubungan Apco Worldwide bernilai hampir RM77 juta.

Zaid tokoh yang telah teruji

Nazri Abdullah   
HULU SELANGOR, 13 April: Datuk Zaid Ibrahim (gambar) yang dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi mewakili Pakatan Rakyat adalah tokoh yang telah teruji, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Mana ada menteri Umno yang sanggup letak jawatan untuk pertahankan hak rakyat,” ujarnya yang mengumumkan Zaid sebagai calon PR dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.
Pengumuman itu dibuat pada jam 11.00 malam ini di hadapan kira-kira 5,000 orang yang memenuhi Dewan Komuniti Serendah dan pekarangannya.
Zaid yang berucap selepas diberikan laluan oleh Anwar berkata, beliau menyedari dan menginsafi amanah yang dipikul itu sangat berat.

PRK HULU SELANGOR : PENDAFTARAN PETUGAS

Makluman kepada Pemuda PAS Shah Alam yang begitu tidak sabar untuk menyumbang tenaga dalam PRK Hulu Selangor. Sahabat sekalian boleh mendaftar dengan Dewan Pemuda PAS Shah Alam sebagai petugas rasmi dalam PRK kali ini. Ustaz Husni Zaim telah dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya peringkat DPPSA dalam PRK kali ini. Sekiranya sahabat sekalian ingin mendaftrakan diri berkhidmat secara rasmi di Kg Gesir tengah sila berhubung dengan Ustaz Husni Zaim.

Mengejutkan : Perisik Israel sudah ada semenjak 2007 dalam PDRM

Tuesday, April 13, 2010
Dewan Rakyat dikejutkan dengan pendedahan Timbalan Menteri Dalam Negeri petang ini bahawa mereka sudah menyedari kehadiran Israel dalam sistem PDRM semenjak 2007 dan hanya bertindak menghentikan khidmat AsiaSoft pada 2008. YB Saifuddin Nasution yang mempertikaikan perkara tersebut terkejut dengan pengakuan Timbalan Menteri tersebut, Bagaimanapun apabila YB Parlimen Shah Alam ingin mencelah ia dihalang oleh Timbalan Menteri dan Speaker.

Zaid Ibrahim calon Pakatan Rakyat di Hulu S'gor

Malaysiakini 
Datuk Zaid Ibrahim hari ini dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Menurut
sumber, pemilihan Zaid itu dibuat oleh biro politik PKR yang bermesyuarat di rumah ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini.

“Keputusan memilih Zaid buat sebulat suara,” kata sumber itu lagi kepada wartawan Malaysiakini di luar rumah ketua pembangkang di Segambut, Kuala Lumpur.
Sumber itu berkata PKR menamakan Zaid kerana beliau dilihat sebagai calon berwibawa yang mampu mempertahankan kerusi Hulu Selangor itu.
Zaid adalah bekas menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal perundangan ketika dalam barisan kabinet bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum berpaling tadah ke PKR.

APCO: Laporan polis serentak seluruh negara esok


Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 13 April: Pemuda Pakatan Rakyat akan membuat laporan polis serentak jam 3 petang esok di semua ibu pejabat kontinjen Polis seluruh negara berhubung isu APCO.

Mereka daripada Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP), Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) akan meminta siasatan dijalankan terhadap firma perunding APCO Worldwide dan pembabitannya dengan kerajaan Malaysia kerana bimbangkan pembocoran maklumat negara kepada pihak asing.

"Penglibatan APCO bagi kita memberi ancaman kepada kedaulatan negara.

"Kita akan minta pihak polis siasat dan mengambil tindakan segera agar keselamatan dan kedaulatan negara terjamin," kata ketua DPP, Nasruddin Hassan (gambar) ketika dihubungi Harakahdaily.

Selain itu, satu himpunan aman akan diadakan di masjid-masjid negeri di seluruh negara pada hari jumaat ini bagi menyatakan bantahan terhadap penglibatan firma perunding yang didakwa ada kaitan langsung dengan Zionis Israel itu.

PAS mahu SPRM siasat Palanivel lulus projek RM354,000


Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 13 April: PAS mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pengakuan Ketua Kampung Sungai Buaya di Hulu Selangor, Mustafa Talib bahawa Datuk G Palanivel telah meluluskan tiga projek bernilai RM354,000 di kampung itu.
Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad (gambar) tidak mempersoalkan keperluan perbelanjaan itu dikeluarkan oleh pihak kerajaan, tetapi mempersoalkan kelayakan dan kredibiliti Palanivel yang tidak mempunyai jawatan dan kuasa dalam kerajaan masih boleh memberi kelulusan projek.
“PAS mahu SPRM menyiasat perkara ini kerana beliau bukanlah anggota kabinet atau penjawat awam yang mempunyai kuasa bagi menentukan perbelanjaan wang negara,” katanya kepada Harakahdaily.
Beliau berkata, adalah tidak releven seorang bekas wakil rakyat yang kini dilantik sebagai penyelaras sebuah parti politik boleh mengeluarkan duit kerajaan sesuka hati untuk projek yang ada kepentingan dengan Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

USRAH UMUM DPPSA : Sambutan Luar Biasa

Alhamdulillah hampir 50 pemuda hadir dalam sessi pertama usrah umum Dewan Pemuda PAS Shah Alam yang berlangsung malam tadi. Usrah Umum yang pertama berjaya membuka ruang perbincangan kalangan ahli tentang peri penting berada dalam sistem Usrah yang mantap kearah melahirkan jentera pemuda yang mantap. Mengikut perancangan asal, Usrah umum DPPSA dibimbing oleh Ustaz Nik Bakri Nik Mat, namun memandangkan masalah kesihatan yang melanda Al Fadhil Ustaz Nik Bakri maka tempat beliau telah diganti oleh Ustaz Zawawi. Komitmen yang ditunjukka oleh Ust Zawawi amat dihargai oleh Dewan Pemuda PAS Shah Alam. Walau dalam kesibukan dan dimaklumkan pada saat-saat akhir, beliau tetap mengambil tanggungjawab seorang murabbi untuk memastikan anggota pemuda sentiasa berada dalam program tarbiyyah yang telah diatur.

Kit Siang Kemuka Notis Bahas Penyusupan Ejen Israel di Bukit Aman


KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang memberi notis mengikut Peraturan Mesyuarat 18 (2) bagi mengusulkan dewan menangguhkan mesyuarat esok bagi membincangkan isu penyusupan ejen perisikan Israel ke Bukit Aman.Beliau dalam sidang media di lobi parlimen hari ini berkata, kemasukan dua ejen perisik Israel di Bukit Aman adalah perkara yang berkepentingan umum dan perlu disegerakan.

Minggu lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien mengumumkan empat langkah akan diambil untuk menyiasat dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kehadiran dua agen risikan Israel yang berada di tingkat tiga dan empat Bukit Aman.

Kit Siang berkata, pendedahan yang dibuat oleh Anwar adalah perkara serius dan perlu disiasat tetapi bukan melalui empat badan yang pernah dipertikai integritinya sebelum ini.

Beliau mencadangkan supaya Suruhanjaya Diraja Bebas ditubuhkan menggantikan empat badan yang diarahkan oleh Hishamuddin bagi membuktikan ketelusan kerajaan memandangkan hilangnya kepercayaan rakyat kepada beberapa institusi kerajaan.

TAMRIN UMUM DPPSA : SAMBUTAN SANGAT MEMUASKAN

Monday, April 12, 2010

Tamrin Umum Dewan Pemuda PAS Shah Alam kali ini berjaya menampilkan kelainan apabila menggabungkan aspek pengisian rohani dan pratikal dalam modul-modul yang penuh santai. Rata-rata peserta yang hadir melahirkan rasa puas hati dengan program tamrin kali ini memandangkan program-program tamrin biasanya disinonimkan dengan program mendengar ceramah dan pengisian yang tegas. Alhamdulillah, tamrin kali ini berjaya membentuk peserta memahami aspek ukhuwwah Islamiyyah melalui program-program yang diatur.

MB Cadang Dr Porntip Beri Keterangan Melalui Sidang Video

Sunday, April 11, 2010

KLANG 11 APR: Sekalipun Dr Pornthip Rojanasunand tidak hadir memberi keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock, membolehkan pakar patologi terkemuka boleh berbuat demikian jika cadangan kerajaan Selangor untuk mengadakan persidangan video diterima inkues berkenaan.

Cadangan itu datangnya dari Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai  penyelesaian terbaik semua pihak , sekali gus membolehkan Dr Porntip tetap memberi keterangan pada inkues menyiasat kematian Teoh Beng Hock tanpa menggadaikan aspek keselamatannya.

APCO punya agenda tersembunyi- Pemuda PAS

KUALA LUMPUR, 10 April: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan tidak menolak kemungkinan penglibatan firma perunding APCO Worldwide mempromosikan 1Malaysia mempunyai agenda tersembunyi khususnya mengekang kebangkitan umat Islam.

Dalam satu sidang media di Pejabat Agung PAS siang tadi beliau berkata, insiden sama sudah berlaku di Mesir, apabila kerajaan negara Arab itu memberi ruang kepada Mosad terlibat dalam menentukan dasar kerajaan secara tidak langsung.

SARAPAN PAGI SEORANG MENTERI BESAR

Friday, April 9, 2010
dipetik dari Alhusseyn
From: Wan Rusma Deris

Sewaktu kami sekeluarga berkunjung ke Kota Bharu Kelantan pada cuti sekolah bulan lepas, kami sekeluarga sarapan pagi di gerai berhampiran hotel penginapan..

Kami sekeluarga terkejut dan rasa terharu bila kami dapati MB Kelantan tengah sarapan pagi di gerai tersebut berseorangan tanpa pengawal peribadi dan pegawai kerajaan Kelantan..

Malah beliau terlebih dahulu menegur dan menberi salam kepada kami sekeluarga serta mengajak kami sekeluarga makan bersama-sama dimeja beliau sambil berborak menayakan dari mana, bagaimana perasaan kami bila berada di Kelantan dan banyak lagi..

Ketika berborak, beliau tiada sedikit pun menyentuh soal politik atau cerita perkembangan terkini di Negeri kami (Negeri 9).. Malah beliau berterima kasih kepada kami kerana sudi datang dan lihat sendiri keadaan di Kelantan daripada membaca di akhbar atau melihat di TV.. Malah kami sekeluarga rasa lebih terharu bila beliau bayar kami sekeluarga makan pada pagi itu..

* MB Negeri saya sendiri pun susah nak jumpa.. kecuali ada majlis rasmi yang ada publisiti sahaja.Mana nak cari MB macam ni?

MP Sibu meninggal dunia

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau (gambar)yang juga anggota parlimen bandar Sibu meninggal dunia di Hospital Selayang, hari ini akibat barah.

Lau, 68, dari SUPP memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3,235 undi. Beliau menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.

Kematiannya akan membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil - yang kesebelas selepas pilihan raya umum 2008.

Ia juga merupakan pilihan raya kecil kedua di Sarawak selepas DUN Batang Ai.

Pilihan raya kecil tersebut perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh berlaku kekosongan.

ISU APCO ; MENGAPA KERAJAAN TIDAK MENJAWAB?

Sekali lagi kerajaan UMNO/BN gagal untuk menjelaskan kepada rakyat fungsi sebenar pengambilan syarikat APCO dalam urusan pentadbiran negara. Najib masih membisu seribu bahasa. Apakah sekarang ini segala mulut dan percakapan pemimpin negara ini sudah diatur oleh pihak APCO demi meraih populariti sebelum PRU yang akan datang. Adalah malang jika negara ini mula ditadbir oleh burung kakak tua yang hanya mengikut rentak percakpan tuannya si APCO agen Israel.

Sehingga kini tiada suatu jawapan konkrit yang diberikan oleh pihak kerajaan untuk meneruskan khidmat APCO walau ia dikecam hebat oleh rakyat negara ini yang amat sensitif kepada nasib umat Islam di Palestin. Sebaliknya yang kedengaran adalah suara-suara membela APCO dari pemimpin-pemimpin UMNO yang jelas telah dirasuk oleh agenda zionis setelah 1 Malaysia mendapat tempat (setelah promosi berjuta-juta ringgit).

Nyatalah bahawa pemimpin UMNO adalah pemimpin yang sanggup merosakkan agama, bangsa dan tanahair sendiri semata-mata untuk memenuhi nafsu buas pemimpin mereka untuk mengekalkan kuasa dalam PRU yang akan datang. Ternyata juga, kekuatan jentera Pakatan Rakyat membingungkan UMNO dan Barisan Nasional sehinggakan mereka tidak lagi mampu berhadapan jika menggunakan jentera mereka yang sedia lemah, mereka terpaksa menggunakan khidmat inteligence dunia untuk mematahkan strategi Pakatan Rakyat.

Kekalutan Apco: Anwar mohon campur tangan Agong

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau telah menulis kepada Yang Di-pertuan Agong untuk memohon Seri Paduka menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya membatalkan kontrak Apco dan juga kontak-kontrak lain yang mempunyai kaitan dengan agen Israel.

"Surat berkenaan dihantar kepada Agong petang ini," katanya di parlimen.

Anwar juga menekankan kepentingan menamatkan kontrak dengan Apco kerana jika tidak ia akan menjejaskan imej negara dan mengancam keselamatan Malaysia.

MB: Umno Tidak Anggap Parti Komponen BN Sebagai Rakan


HULU SELANGOR 8 APR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata rakyat harus mengambil iktibar dari tindakan parti MCA memboikot Konvensyen Barisan Nasional.

Beliau berkata ia membuktikan Umno tidak pernah melihat parti komponen lain sebagai rakan yang layak mendapat penghormatan sewajarnya.

Khalid juga berpandangan insiden ini secara tidak langsung menunjukkan dimana sebenarnya kedudukan masyarakat Cina dalam hirarki Barisan Nasional.

Khalid pertikai Hospital Shah Alam kurang 200 katil

Hazayani Zakaria  

KUALA LUMPUR, 8 April: Khalid Samad (PAS-Shah Alam) mempertikai jawapan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Shirlin Abdul Rashid Shirlin mengenai perancangan asal pembinaan Hospital Shah Alam yang dikatakan untuk kapasiti 300 katil, bukan 500 katil seperti yang didakwa beliau.

Khalid sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini berkata, kontrak pembinaan hospital berkenaan pada mulanya diserahkan kepada syarikat pembinaan Isyoda untuk kapasiti 500 katil dengan nilai kontrak bernilai lebih RM600 juta.

Pua dedah lagi kontrak 'dicurigai'

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua hari ini membuat pendedahan lanjut mengenai kontrak yang "dicurigai" di laman MyProcurement.


Beliau hari ini membangkitkan empat lagi kes seumpama itu, antaranya membabitkan 76 kontrak yang dikeluarkan kementerian pelajaran berjumlah RM123.5 juta.

MB Selangor bangkang SPR ketepikan MAFREL di pilihanraya Hulu Selangor

Menteri Besar Selangor tidak bersetuju dengan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenepikan pembabitan pemantau dalam pilihanraya kecil kali ini.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pemantau pilihanraya adalah komponen penting dalam proses pilihanraya bebas dan telus, serta menjadi kebiasaan dalam pilihanraya-pilihanraya demokratik serata dunia.

SPRM gagal perangi rasuah profil tinggi

Dzulfikar Mashoor  

KUALA LUMPUR, 8 April: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata, selagi kuasa pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diletakkan di bawah bidang kuasa Peguam Negara selagi itu usaha memerangi rasuah berprofil tinggi tidak berupaya dilakukan.

Sehubungan itu, beliau yang juga Naib Presiden PAS menggesa tindakan drastik kerajaan meletakkan SPRM di bawah Parlimen.

PRK HULU SELANGOR : PERHATIAN PEMUDA SHAH ALAM

Thursday, April 8, 2010
Konvoi Dewan Pemuda PAS Shah Alam ke hari penamaan calon akan dilakukan pada 16 April 2010 Jam 12 tengah malam. Pihak jawatankuasa konvoi memohon kerjasama pemuda untuk mendaftar bagi memudahkan proses seliaan konvoi. Pihak urusetia juga bercadang membuat t shirt untuk dipakai pada hari penamaan calon dengan harga RM 10 sehelai.... Jika anda berminat untuk menyemarakkan lagi konvoi Dewan Pemuda PAS Shah Alam ke PRK Hulu Selangor sila hubungi Nadzham 014-3316070 atau Awie Rock 019-2632518. Tarikh tutup tempahan baju 12 April 2010.

Bukti APCO Zionis Dan Anti-Islam

Dari Nat

Laman web APCO sendiri menunjukkan siapa sebenarnya yang terlibat dengan syarikat ini yang dibayar RM 23 million duit rakyat oleh Perdana Menteri Najib Razak untuk mengendalikan “strategi komunikasi” dan “membina imej” negara.
Ahli lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel – Shimon Stein (bekas duta kepada Jerman), dan Itamar Rabinovich (bekas duta kepada Amerika Syarikat) – serta Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency, ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet. Jawatan ini adalah bersamaan dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.
Shin Bet bertanggungjawab menjaga keselamatan dalam negeri Israel, termasuk menghadapi intifada Palestin. Semasa intifada al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang dijadikan mangsa pembunuhan oleh serangan udara tentera Israel.
Shin Bet turut terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal-siasat. Seorang wartawan Palestin, Mohammed Omer, mendakwa beliau ditahan oleh Shin Bet pada tahun 2008 dan dibogelkan, dibelasah oleh lapan pegawai Shin Bet yang bersenjata – mengakibatkan beliau terpaksa dirawat seminggu di hospital. Makhamah Tertinggi Israel sendiri memutuskan bahawa kaedah-kaedah soalsiasat Shin Bet berketerlaluan, melanggar hak asasi manusia, dan bersifat menyeksa.
Penglibatan Shin Bet dengan APCO tidak terhad kepada satu individu. ASERO merupakan sebuah syarikat adik-beradik kepada APCO yang berkait rapat secara terbuka dengan APCO dan mempunyai pengkhususan dalam hal-hal keselamatan dalaman negara. Selain Doron Bergerbest-Elion, tiga lagi pemimpin utama ASERO adalah bekas pegawai berpangkat tinggi Shin Bet – David Harel, Oded Raz, dan Gadi Kalai.
Selain itu, Naib Presiden ASERO Carl Truscott, dan penasihat ASERO, Don Riegle Jr, adalah bekas ahli kerajaan Amerika Syarikat yang didapati bersalah menyalahgunakan kuasa mereka semasa berkhidmat.
APCO dan ASERO seumpama satu keluarga, dengan pemimpin-pemimpin yang sama. Doron Bergerbest-Eilon adalah presiden ASERO, manakala Mara Hedgecoth – anak kepada Margery Kraus, Presiden APCO – merupakan Naib Presiden di kedua-dua APCO dan ASERO. Denise Teeling pula, adalah Ketua Kewangan (CFO) bagi kedua-dua APCO dan ASERO juga. Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah direktor APCO Worldwide Sdn Bhd, yang ditubuhkan di Malaysia.

ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]