Pemuda PAS Selangor sokong saranan Nik Aziz

Tuesday, January 18, 2011
Dewan Pemuda PAS Selangor (DPPS) menyokong penuh cadangan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya diadakan satu pertemuan antara tokoh-tokoh pelbagai agama di negara ini bagi membuat rumusan mengenai judi, arak, zina dan juga pergaulan bebas.
Pertemuan seperti itu amat penting bagi membolehkan semua pihak memahami hak masing-masing dalam melaksanakan ajaran agama mereka, terutama hak umat Islam dalam mengamalkan ajaran Islam.
Ketua DPPS, Ustaz Hasbullah Mohd Redzwan (gambar) menegaskan, dengan pertemuan seperti itu, umat Islam akan lebih berpeluang menjelaskan kepada mereka yang bukan Islam tentang hak umat Islam yang wajib mengelakkan diri dari sebarang maksiat.
Menurut beliau, antara yang perlu dijelaskan kepada yang bukan Islam termasuk kewajipan umat Islam untuk tidak melibatkan diri dengan sebarang perkara yang melibatkan judi, arak, zina dan pergaulan bebas seperti yang disebutkan oleh Tun Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Cadangan dan pandangan Tuan Guru Nik Aziz itu sememang cadangan dan pandangan yang baik. Jadi, kita sokong sepenuhnya cadangan dan pandangan Tuan Guru Nik Aziz itu bagi membolehkan semua pihak faham tentang kewajipan umat Islam untuk membebaskan diri dari perkara-perkara mungkar," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurut beliau, pertemuan seperti itu merupakan sesuatu yang penting bagi membolehkan semua pihak memberikan pandang bersama ke arah menghormati pengamalan agama masing-masing.
"Dengan pertemuan seperti itu, semua perkara yang kusut dapat diselesaikan dengan baik dan dalam suasana aman, bagi membolehkan semua pihak dapat mengamalkan agama masing-masing dengan baik dalam suasana kehidupan yang harmoni," jelasnya.
Dalam masa yang sama, beliau berharap agar semua pihak tidak mengeruhkan suasana yang timbul dengan membuat kenyataan-kenyataan mengikut perasaan, sedangkan semua perkara boleh diselesaikan dengan baik jika disusuli dengan tindakan yang betul.
Tuan Guru Nik Aziz hari ini mencadangkan agar diadakan satu pertemuan antara tokoh-tokoh pelbagai agama di negara ini bagi membuat rumusan mengenai judi, arak, zina dan juga pergaulan bebas seperti yang dilaporkan Harakahdaily.
Cadangan tersebut dibuat ekoran perbezaan pendapat tentang kedudukan pekerja Islam bekerja di premis-premis arak di Selangor.      
Sebelum ini, Exco Kerajaan Tempatan Selangor, Ronnie Liu membantah keputusan melarang umat Islam bekerja di premis-premis menjual alkohol sebagaimana yang diputuskan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).
Ekoran itu, beliau mengarahkan agar MPSJ menarik balik larangan tersebut yang dikuatkuasakan baru-baru ini, bagi mengelakkan umat Islam kehilangan mata pencarian.
Tindakan beliau ternyata bertentangan dengan Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang melarang umat Islam bekerja di premis berkenaan.

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]