'Mengapa ada dwi standard, Rais?'
Wednesday, January 12, 2011
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim mempunyai tanggunjawab untuk menjelaskan mengapa terdapat dwi-standard apabila laporan berita negatif yang membabitkannya ditapis manakala berita buruk membabitkan yang lain disiarkan, kata ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada sidang akhbarnya di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Anwar (kiri, berdiri) berkata terdapat dua set undang-undang di negara ini, khususnya jika ia membabitkan seorang menteri atau perdana menteri.
Anwar merujuk kepada cara maklumat disekat. Beliau mengambil contoh, bagaimana pendedahan kontroversial laman sesawang Wikileaks berhubung Datuk Seri Najib Razak ditapis.
"Wikileaks juga merujuk kepada pembunuhan Altantuya dan usaha oleh perdana menteri bagi melindungi dirinya daripada didakwa.
"Terdapat dakwaan atau kenyataan dari Wikileaks, - pertama kepimpinan negara (Malaysia) tidak kompeten, kedua; Najib adalah oportunistik dan ketiga, beliau akan melakukan apa yang terdaya bagi mengelakkan dirinya daripada didakwa berhubung kes pembunuhan Altantuya.
"Mengapa ini disekat? Mengapa apabila ada rujukan ke atas Anwar, awak menghebahkannya?
Siapa kata Rais bersalah?
Anwar, yang juga ketua umum PKR juga menafikan beliau atau mana-mana pemimpin PKR membuat kenyataan mempersoalkan pembabitan Rais dalam dakwaan terpalit dengan kes perogolan amah Indonesia pada 2007.
Amah berkenaan juga telah menafikan dakwaan berkenaan dan disebarkan secara meluas di internet.
Gerakan baru-baru ini mengeluarkan kenyataan media memberi amaran kepada PKR supaya berhenti mempersoalkan Rais berhubung kejadian itu.
"Kita tidak pernah membuat keputusan dan saya tidak ada mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu. Tetapi ada dakwaan, ada penafian, ia siasatan terbuka. Saya tidak pernah mengandaikan Rais itu bersalah.
"Adakan siasatan bebas yang berkecuali. Pendirian kita adalah jelas, kita belum mengeluarkan kenytataan dan jika dapati ada ahli yang membuat tuduhan liar, kita akan menasihatkan mereka. Kita mesti hormati undang-undang,” katanya.

Melalui
INFO DPPSA
|
pada
8:12 AM
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
▼
2011
(97)
-
▼
January
(39)
- Banjir Di Tenang
- Bahagian F.L.O.M.di web JPM dikeluarkan
- No title
- Kawal media Internet: Lebih ramai bantah
- PRK TENANG:(GAMBAR) Kedatangan TG Nik Aziz buat BN...
- Bohong: PAS desak calon BN tarik diri
- Kerana bilik gerakan bn terlindung, gerai jadi mangsa
- warna warni calon tenang
- Umno derhaka: Dulu, kini dan selamanya
- Kembalikan perlembagaan kepada yang asal
- Ceramah Umum Seksyen 16 Shah Alam
- No title
- Adun Merlimau meninggal dunia
- Kerajaan negeri ucap terima kasih pada Sultan
- Speaker isytihar kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong
- Pemuda PAS Selangor sokong saranan Nik Aziz
- Rosmah sewa hotel RM100, 000 satu malam di Dubai
- Normala Sudirman calon PAS di Tenang
- Selangor bantu orang Islam henti kerja di premis arak
- Pakatan yakin komitmen PAS
- Janji 100 Hari Untuk Rakyat, Bukan Untuk Kroni Najib
- 'Mengapa ada dwi standard, Rais?'
- Isu SUK: Pakatan nafi naik kain rentang
- SUK: Sidang khas Dun Selangor 24 Jan
- Tindakan Dr Mohd Puad Zarkashi Memalukan
- Ribuan rakyat hadiri solat hajat di Shah Alam
- Pengarah Pelajaran Johor Arah Kempen Untuk BN!!!
- Solat Hajat penuh sesak di Stadium Malawati
- Kronologi perlantikan SUK Selangor
- Khalid: Bekas SUK 'dalang' perlantikan Khusrin
- No title
- MB: Hadir tak bermakna rela
- MB: Angkat sumpah Khusrin selepas sidang DUN
- Tenang: PAS umum calon 16 Jan
- Kenyataan Media Menteri Besar Kelantan Merangkap a...
- Khusrin: 'Hadiah istimewa' buat Sidek Hassan
- Kelantan hadiah rumah untuk Khairul Fahmi
- DUN tergempar bagi kembalikan kuasa Sultan
- Mat Sabu, 9 lain dilepaskan
-
▼
January
(39)
ADUAN MASALAH
HANTAR ARTIKEL
DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM
Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
0 Komen:
Post a Comment