Pelabur kurang: Najib hanya sibuk pertahan kuasa
Tuesday, December 28, 2010Ketika para pelabur diingatkan supaya mengurangkan pelaburan ke negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula sibuk dengan kepentingan sendiri untuk mempertahan kuasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Syarikat pengurusan dan penasihat kewangan tersohor, Bank of America Merrill Lynch baru-baru ini mengingatkan supaya dikurangkan pelaburan ke negara ini, suatu tanda yang jelas bahawa Najib tidak diyakini sebagai pengurus ekonomi yang boleh diharapkan yang sekaligus menjadi ancaman kepada ekonomi negara.
"Tetapi, tidak ada sebarang tanda yang menunjukkan kerajaan Najib berusaha menangani perkara itu sebaliknya beliau hanya sibuk untuk mempropagandakan konsep 1Malaysia yang dilihat sebagai peniruan konsep One Israel termasuk membawa pemain import ke ke Jabatan Perdana Menteri, antaranya (ketua stesen televisyen Media Prima Berhad milik Umno, Datuk Seri Ahmad) Farid Ridzuan," kata beliau.
Najib, kata Mahfuz, ternyata lebih berminat mempertahankan kuasanya dengan memberi tumpuan kepada mempropagandakan apa yang dilihat sebagai One Israel tiruan itu setelah konsep itu gagal menarik perhatian rakyat.
"Sama seperti pelbagai hingar-bingar dan kebisingan Najib dalam bidang ekonomi seperti Model Ekonomi Baru (MEB) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang gagal menarik minat pakar-pakar ekonomi dan para pelabur dan menyebabkan mereka diingatkan supaya mengurangkan pelaburan, apa yang dilihat sebagai One Israel tiruan itu juga gagal menarik perhatian rakyat.
"Tindakan mengambil pemain import seperti Farid ke JPM amat jelas membuktikan Najib menggelabah dan Apco Worldwide pula gagal menjalankan kerjanya untuk mempromosikan apa yang dilihat sebagai One Israel tiruan itu walaupun lebih dari RM70 juta wang rakyat dibazirkan kepada firma milik Yahudi Zionis itu," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Mahfuz bagaimanapun yakin Ahmad Farid tidak akan mampu mencapai keinginan Najib untuk mempropagandakan apa yang dilihat sebagai One Israel tiruan itu.
Konsep tersebut diharapkan oleh Najib dapat membantu Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum yang akan datang.
"1Malaysia yang dilihat sebagai One Israel tiruan itu bukan TV hiburan yang penuh dengan pelbagai cerita menarik dan persembahan nyanyian yang mudah mengasyikkan orang ramai.
"Berapa banyak program yang sudah basi seperti Jom Heboh yang mahu dibuat oleh Ahmad Farid? Adakah setiap malam menjelang pilihan raya akan diisi dengan program Jom 1Malaysia pula?
"Benda-benda mengasyikkan seperti itu mungkin menarik minat muda mudi Melayu seperti yang berlaku dalam program-program Jom Heboh. Tetapi kaum lain yang semakin kecewa dengan api perkauman Umno tidak berminat pun dengan hiburan-hiburan seperti itu," katanya.
Ketika ditanya tentang desas-desus bahawa pihaknya sedang mempersiapkan pelbagai program untuk menghadapi "kempen cara Ahmad Farid" termasuk menggunakan kepakaran mereka yang pernah berkerja dengan orang kuat TV3 itu, Mahfuz enggan mengulas.
Melalui
INFO DPPSA
|
pada
8:02 AM
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
▼
2010
(1112)
-
▼
December
(39)
- Khusrin: Jangan hidung tak mancung, pipi tersorong...
- Menteri Rogol Amah....Memalukan...
- Tenang: Pemuda PR lancar jentera 1 Jan
- Perlantikan Isa Samad : Tambah Kroni Kaut Wang Felda
- Kerana jemput Ustaz Hadi, Khusrin beri amaran
- Pelabur kurang: Najib hanya sibuk pertahan kuasa
- No title
- Dirompak polis: Peniaga timbang tindakan lanjut
- penang 313 preview
- Kos sidang wanita pertama RM4.5 juta
- Ketepikan perbezaan ideologi, konvensyen berjaya f...
- 10 perkara asas 100 hari Pakatan Rakyat
- Negara Islam: Nik Aiziz ucap tahniah pada Karpal
- PAS mahu 100 hari buktikan 'angan-angan'
- Pemuda Pakatan lancar jentera Tenang pada 1 Jan
- Sesi Sidang Akhbar Konvoi Penang 313
- Calon PAS wakili Pakatan di Tenang
- Pelaburan tertinggi seluruh Malaysia: Terbukti ker...
- Kes Perak buktikan Speaker boleh dicabar
- Pakatan akan buktikan ia lebih baik daripada BN
- Bantah senarai pemilih: SPR terus membisu
- Anwar: Penggantungan MP bukti pencabulan kuasa
- No title
- ADUN Tenang, Sulaiman Taha meninggal dunia
- Perkara 44: 'Gantung' semua MP Pakatan
- DSAI Digantung Dari Parlimen
- No title
- Pakatan bantah keras Speaker gantung 3 MPnya
- Altantuya: Najib perlu perjelas laporan Wikileaks
- KONVOI BERMOTOR SHAH ALAM - PENANG 313
- Barang naik: Siswa berbaju hitam di masjid Putrajaya
- APCO uruskan Najib, Rosmah dan Zahid ke AS
- 'Heret Khir, helah Umno ganti pemimpin'
- Naik lagi...naik lagi....
- Pemuda PAS sertai demo bantah kenaikan air
- Masa Berbulan Madu Sudah Tamat
- Penswastaan air: Mengfaraidkan harta awam
- Isu air: Mahasiswa ikrar iring MB S'gor berdemo
- Presiden PAS luang masa kunjungi Maha 2010
-
▼
December
(39)
ADUAN MASALAH
HANTAR ARTIKEL
DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM
Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
0 Komen:
Post a Comment