KONVOI BERMOTOR SHAH ALAM - PENANG 313

Wednesday, December 15, 2010
24,25 & 26 Disember 2010
anjuran Belia JKK Kg.Kuantan (Klang),Dacs Shah Alam,U.S 250 & SAMM
nk join call : 019-2632518 / 012-2397664 / 012-3884377 / 016-3904585 /
pendaftaran : RM30.00
...
p/s : sesapa nk hilangkan pening & semak kepala otak dgn mcm2 hal yg semuanya serba naik skg ni..jom r sama2 kita turun tekanan darah sikit join event ni..

PENGENALAN :
Program Konvoi Penang 313 dirancang adalah sebagai aktiviti riadah sihat bagi golongan muda yang sering menggunakan motorsikal sebagai kegunaan harian,kerja dan aktiviti riadah.
Oleh yang demikian Belia JKKK Kg.Kuantan (Klang) bersama DACS Shah Alam,United Shark 250 & Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengambil inisiatif untuk melaksanakan program ini dengan penekanan kepada keagamaan, pemanduan berhemah dan menguji kecergasan mental serta fizikal melalui aktiviti konvoi bermotorsikal.
Pihak kami juga bercadang untuk membawa beberapa kumpulan belia bermotor yang ingin bersama-sama menyertai program ini dan berinteraksi didalam majlis perjumpaan yang telah diatur bersama oleh rakan-rakan belia di Pulau Pinang.

OBJEKTIF :
Inisetif diusahakan bersama sebagai satu wadah bersama kumpulan bermotor anak muda ini melakukan konvoi yang melibatkan penyertaan lebih 300 buah motorsikal ke arah matlamat :
1. Permotoran sihat dan lebih beretika di jalanraya.

2. Meraikan dan menarik minat hobi permotoran yang positif.

3. Ruang alternatif bereksperimen dengan motosikal melalui cara yang positif dan
tidak menyalahi Undang-Undang.

4.Mendidik kaedah bermotor ke arah nilai kemasyarakatan di jalanraya.

5.Pendedahan positif konsep ukhwah di kalangan kumpulan bermotor dan penganjur.

6.Medan ukhwah sesama insan mealui penganjuran aktiviti kemasyarakatan di lokasi yang bakal di lawati.

7.Menekankan satu matlamat utama iatu menjadi satu aktiviti bermotor yang bersih dan bebas dari gejala-gejala tidak sihat seperti jenayah,lumba haram dan zina.

8.Pembinaan jatidiri melalui praktikal aspek keagamaan bagi peserta beragama Islam.

TENTATIF PROGRAM :

23/12/2010 Khamis

9.00 malam
Kehadiran peserta program dan para jemputan di kawasan parking Tugu Keris,Klang.
Pemeriksaan akhir motorsikal dan kelengkapan.

10.00 malam
Kata-kata aluan.ucapan dan daripada :

Encik Mustafa Bin Yaakob
(Ketua Belia JKKK Kg.Kuantan)

Ustaz Nasharuddin Bin Hashim
(Pemangku KP DPPSA)

Encik Mahammad Jamil Bin Haron.
(Ketua Kg.Kuantan)

YB.Rodziah Binti Ismail
(Adun Batu Tiga)

YB.Yaakop Bin Safari
(Adun Kota Anggerik)

YB Hj.Khalid Bin Abdul Samad
(Ahli Parlimen Shah Alam)

Sessi ramah mesra peserta bersama para jemputan khas .

11.00 malam
Taklimat akhir kawalan lalulintas sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini oleh Ketua Marshal.

11.20 malam
Bacaan doa selamat kepada semua yang hadir oleh
Ustaz Nasharuddin Bin Hashim
(Pemangku KP DPPSA)

11.30 malam
Pelepasan konvoi bermotosikal.
Pelepasan diiringi dengan marshal daripada ARC /18B / U.S 250

12.30 pagi
Berhenti di R&R Sg.Buloh dan bergabong dengan konvoi United Shark 250 dari Negeri Sembilan

3.00 pagi
Berhenti di R&R Tapah

5.00 pagi
Dijangka tiba di Permatang Pauh & check-in di Yayasan Aman

24/12/2010 Jumaat

10.00 pagi
Sarapan pagi

11.00 pagi
Program Derma Darah antara ahli konvoi dan masyarakat setempat

12.30 tengahari
Persiapan untuk menunaikan Solat Jumaat di Masjid yang berdekatan

2.30 petang
Makan tengahari
Ramah mesra bersama anak muda Permatang Pauh / Derma Darah

5.00 petang
Santai & lepak2 bersama bekas Juara Cup Prix Malaysia, Saudara Yasir Said

9.00 malam
Makan malam, santai anak muda dan barbekiu

25/12/2010 Sabtu
9.00 pagi
Sarapan pagi

10.00 pagi
Program gotong-royong bersama masyarakat setempat

2.00 petang
Makan tengahari
Program suai kenal antara peserta dan anak muda yang terlibat

3.00 petang
Program sukaneka

9.00 malam
Majlis Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng,pimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang & pimpinan masyarakat setempat.

26/12/2010 Ahad
9.00 pagi
Sarapan pagi
Sesi Bergambar
Persiapan akhir

11.00 pagi
Konvoi Pulang ke Selangor
dan Negeri Sembilan

JAWATANKUASA PENGANJUR

Pengarah Program Konvoi :
• Asmawi bin Askor
Timbalan Pengarah Program:
• Mustafah Bin Yaakob
Setiausaha Program:
•Badrul Hisham Bin Mohamad
Ahli Jawatankuasa :
• Mohammad Shukri bin Sharifuddin
• Adha Bin Mohammad
• Syed Azizi Bin Syed Zin
• Hanafi Bin Mahamad Jamil
• Mohamad Yasir Bin Abdol Rahman
• Hermizi Bin Razali
• Jamaluddin Bin Azhar
• Adha Bin Mohammad
• Mohd Khirul Afandi Ibrahim

Marshal
• ARC
• Pemuda 18B
• U.S 250

Logistik / Pengiring / Bantuan Perubatan
• Unit Amal Shah Alam
• U.S 250
• ARC
• Pemuda 18B


Mekanik
• Azhari Bin Ghanie
• Nur Shahizan Bin Ali
• Shamsul Baharen Bin Usman
• Mazlan Bin Ahmad Tajudin

Syarat – syarat penyertaan:
1. Mempunyai lesen kenderaan dan insuran yang sah dan tidak tamat tempoh
2. Kenderaan hendaklah hak milik sendiri
3. Umur mestilah 18 tahun dan ke atas dan lelaki sahaja
4. Sihat tubuh badan
5. Kenderaan mestilah diselenggara dengan baik
6. Tidak mempunyai rekod jenayah dan tidak berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol
7.Membonceng tidak dibenarkan
8.Kenderaan mestilah berkuasa 110 CC ke atas sama ada 2 lejang atau 4 lejang.
9. Diwajibkan memakai jaket motor, sarung tangan, topi keledar,kasut yang sesuai serta membawa baju hujan.

BORANG PENYERTAAN :

Nama Peserta :
Alamat:



No.IC :
Umur :
Nombor Pendaftaran Motorsikal/
Plate Number:
Jenis Motorsikal:
Telefon:
Nama Waris:
Nombor telefon waris:

PENGAKUAN :-
Saya telah membaca, memahami dan akan patuh dengan syarat-syarat peraturan penganjur. Saya bersetuju untuk mematuhi segala perubahan teknikal yang ditetapkan oleh pihak penganjur dengan penuh semangat ukhwah. Saya juga akan bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan, kehilangan dan kerosakan harta benda saya sepanjang menyertai program konvoi. Bersama ini disertakan Wang Tunai berjumlah RM30.00 sebagai yuran pendaftaran dan pengesahan PENYERTAAN kami.


.................................
Tandatangan PESERTA

Tarikh

Anjuran Belia JKKK Kg.Kuantan (Klang),Dacs Shah Alam,U.S 250 & SAMM.
Info hubungi 019-2632518 / 012-2397664 / 012-3884377 / 016-3904585

2 Komen:

Anonymous said...

Lebih elok konvoi bermotor masuk kampung tengok masalah rakyat setempat tak perlu pergi jauhx yg dekat di mata lebih banyak memerlukan perhatian.Cuba buat konvoi bermotor ke seluruh pelusuk negeri Selangor tengok masalah dan adakan program gotong royong dan khidmat masyarakat.Kenapa nak bergotong royong perlu pergi jauhx yg dekat kan ada lebih berfaedah dari pergi jauhx.

Anonymous said...

btol2 satu pandangan yg baik dan memamng diterima dgn ikhlas hati,.konvoi g penang ni adalah medan ujian daya tahan dan pembinaan ukhwah anak2 muda kita dlm menempoh cabaran perjalalanan..akan kami usahakan konvoi setempat aka selangor..trima ksih kerana teguran..Awie Rockers Dacs S.Alam

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]