“Saya lihat tidak ada sebab untuk tergesa-gesa menggantung saya. Ini adalah pencabulan kuasa secara terang-terangan. Saya rasa mereka tidak sabar lagi untuk menjawab isu yang ditimbulkan,” katanya.

"Saya ulangi 12 tahun lalu sampai sekarang saya dituduh agen Yahudi. Umno guna kempen ini di kampung-kampung. Tapi saya buktikan mereka guna bukan sahaja syarikat Yahudi, tapi juga syarikat yang berpangkalan di Israel.
"Saya buktikan dalam jawapan kepada mereka, Apco Worldwide ditubuh sebelum Najib jadi Perdana Menteri (PM), maka soal 1Malaysia One Israel tidak berbangkit,” katanya dengan nada marah.
Menurut Anwar, ahli parlimen Gombak, Azmin Ali pula dihukum semata-mata kerana menyentuh mengenai surat Apco.

"Mengapa Apco terlibat dalam politik negara? Apco jangan bersekongkol dengan Umno. Mereka harus jawab, harus bertanggungjawab, kerana sebab merekalah empat ahli parlimen digantung tanpa proses yang wajar," katanya.
Dewan Rakyat semalam meluluskan usul menggantung Anwar daripada menghadiri persidangan selama enam bulan kerana membuat kenyataan mengaitkan konsep 1Malaysia dengan kempen One Israel.
Turut digantung Karpal Singh, R Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) di atas beberapa kesalahan.

Azmin, pula, melalui pemberitahu bersurat bertarikh 6 Dis 2010 di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) didakwa telah menyentuh tentang keterangan dan surat yang dikemukakan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada 3 Dis 2010.
0 Komen:
Post a Comment