Harakahdaily |
KOTA BHARU, 21 Sept: Sejak Rancangan Malaysia ke-6 diperkenalkan pada tahun 1991, sejumlah 118 projek pembangunan telah dibekukan kerajaan pusat di negeri Kelantan. Jumlah itu meliputi 1,086.278 hektar atau melebihi 2500 ekar tanah dari sepuluh jajahan di negeri ini. Pendedahan itu dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias pada sidang media selepas menghadiri perasmian Forum Model Baru Ekonomi Kelantan di Dewan Teratai Kota Darulnaim, pagi ini. Menurutnya lagi, tindakan tersebut telah membantutkan pembangunan negeri dan dipandang serong oleh rakyat yang terlibat dengan pengambilan tanah tersebut. “Kita berharaplah kerajaan pusat dapat menyegerakan penggunaan tanah yang diambil ini dalam sambungan RMK 9 dan ke10 nanti. “Maklumlah tanah tersebut adalah kebanyakannya milik rakyat dan rakyat melihat ia masih belum dibangunkan dan mungkin ada kekangan dalam hal ini, tetapi ia seharusnya tanah ini tidak dibiarkan lama untuk dibangunkan,” katanya seperti lapor web gegarkelantan.net. Menurut Aiseri lagi, pengambilan tanah tersebut melibatkan 16 kementerian dan perkara tersebut akan dimaklumkan segera kepada Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri untuk diambil tindakan. Ditanya kerjasama antara kerajaan negeri dengan pusat berhubung pengambilan tanah di negeri ini, beliau memberitahu kerajaan negeri memberi kerjasama sebaiknya. “Kerjasama yang kita berikan kepada Pusat dalam hal ini amat memberangsangkan dan amat mudah dan ia tidak timbul soal kelewatan kelulusan tanah untuk pembangunan di negeri ini," katanya lagi. Beliau juga berkata sehingga kini tidak ada sebarang permohonan dari kerajaan pusat untuk mengambil tanah bagi pembangunan negeri ini dihalang. Tambahnya bermula dengan RMK9, sebarang kelulusan tidak perlu lagi dibuat dalam Mesyuarat Exco negeri kerana Pejabat Tanah dan Galian hanya perlu berurusan dengan Timbalan Menteri Besar untuk disegerakannya. PAS mula megambil alih pemerintahan negeri itu selepas Pilihan Raya Umum 1990 setelah mendapat majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun). Sejak mentadbir negeri itu, PAS mendakwa Kelantan sering dianaktiri oleh kerajaan pusat khususnya dalam meyalurkan peruntukan. Manakala terbaru, Kelantan sedang berdepan kerajaan pusat dalam usaha mendapatkan hak royalti rakyat negeri itu. |
Pusat beku 118 projek pembangunan di Kelantan
Tuesday, September 21, 2010
Melalui
INFO DPPSA
|
pada
5:09 PM
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
▼
2010
(1112)
-
▼
September
(28)
- Umno didesak buktikan penerima kembalikan wang
- Lim: Pendedahan RM5 juta beli ADUN betul
- Karpal: Dengar 'nasihat' Branson, hentikan liwat II
- jadul ijtima' Tarbawi DPP Pusat
- Jentera p'raya pemuda dilancar di Ijtima' Tarbawi
- Umno jangan takutkan orang kampung, kata Dr Asri
- Arwah Chek Hashim disegani ramai di Gua Musang
- 3,000 solat jenazah Chek Hashim
- Dr Asri: Bantuan k'jaan Pulau Pinang tidak haram
- Kes Rosmah 'bini puaka': Semua tertuduh dibebaskan
- Unit Amal Shah Alam Anjur Kuliah & tahlil
- Betulkan lokaliti mengundi, pindah pengundi? SPR A...
- No title
- Kelantan senarai hitam l’DA World
- Ijtimak Tarbawi
- Pas terima ‘hadiah’ RM4 bilion mengarut – Exco
- Majlis Hi-tea Pemuda bersama Mursyidul Am 25 Sept
- Pusat beku 118 projek pembangunan di Kelantan
- Anwar Persoal Akaun 1 Malaysia Development Fund Be...
- Najib mungkin terus tunduk pada Singapura
- Pendokong 1 Malaysia Mula Menyesatkan
- Rozali Tak Datang Mesyuarat. Lepas tu Tuduh Keraja...
- SKIM MIKRO UNTUK RAKYAT SELANGOR
- Konvoi amal Dppsa Sempena ramadhan
- Khalid Samad: Nazir tolak majlis 'politik' PM
- Umno makin takut selepas Kelantan saman Petronas
- Talibarut Umno dalam Mais, Jais mesti letak jawatan
- Berikan kepercayaan penuh kepada PAS - Abdul Hadi
-
▼
September
(28)
ADUAN MASALAH
HANTAR ARTIKEL
DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM
Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
0 Komen:
Post a Comment