Umno didesak buktikan penerima kembalikan wang

Thursday, September 30, 2010
GEORGETOWN, 30 Sept: Kerajaan Negeri Pulau Pinang mendesak Umno negeri supaya membuktikan dakwaan mereka bahawa seramai 40 orang warga emas yang menerima wang dalam program sumbangan warga emas sebanyak RM100 seorang sebelum ini telah memulangkan wang tersebut.
Mereka dikatakan memulangkan wang tersebut dalam satu majlis yang diadakan oleh Adun Penaga, Datuk Azhar Ibrahim di Pusat Khidmat Dun itu kerana tidak berpuas hati setelah didakwa wang tersebut adalah hasil dari sumber judi Kelab Lumba Kuda.
Exco Kerajaan Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim dalam sidang media pagi tadi menafikan dakwaan Azhar itu.
Beliau menyifatkan Azhar dan Umno Pulau Pinang cuba menjadi hipokrit dengan memperalatkan warga emas bagi mendapat simpati yang telah hilang terhadap mereka selama ini.
"Telah kita nyatakan bahawa hasil dari penjimatan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri, maka wang sebanyak RM88 juta pada tahun 2008 dan RM77 juta pada 2009 telah dapat dijimatkan. Ini adalah lebihan hasil dari amalan ketelusan yang kita lakukan.
"Kita juga mengalami kerugian apabila terpaksa membayar sebanyak RM15 juta dalam isu skandal tanah yang melibatkan Tang Hak Jo semasa pemerintahan Umno dan Barisan Nasional sebelum ini,” katanya.
Katanya, kerajaan negeri sebelum ini telah menafikan bahawa tiada unsur sumber judi yang melibatkan pemberian sumbangan wang kepada warga emas dan program penghargaan waris warga emas.

Lim: Pendedahan RM5 juta beli ADUN betul

Dua tahun sudah berlalu dan ADUN Kulim dari PKR, Lim Soo Nee masih menunggu tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung laporan yang dibuatnya mendakwa ditawarkan RM5 juta untuk berpaling tadah kepada BN.

Bagaimanapun, Lim berkata beliau tidak akan 'mengejar' SPRM supaya bertindak kerana adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk menghubungi beliau atau bertindak apabila siasatan mereka selesai.

"Saya telah berikan segala butiran dan menyerahkan semua bukti kepada pegawai Suruhanjaya, jadi terpulang untuk mereka bertindak sekarang,” katanya.

Lim berkata beliau telah berjumpa beberapa pegawai Suruhanjaya itu, daripada pengarah kepada pegawai penyiasat, tetapi sehingga sekarang belum mendapat sebarang khabar.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pegawai yang beliau berhubungan tetapi mendakwa sesetengah daripada mereka telah dipindahkan ke cawangan lain selepas beliau membuat laporan.

Malaysiakini masih belum mendapat pengesahan berhubung perkara itu daripada SPRM.

Karpal: Dengar 'nasihat' Branson, hentikan liwat II

Peguam kanan Karpal Singh menggesa Peguam Negara mengunakan nolle prosequi (hentikan pendakwaan) ke atas kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, berikutan percabangan antarabangsa seperti yang dinyatakan oleh usahawan Britain, Sir Richard Branson.

Karpal yang juga adalah peguambela yang mengetuai pihak pembelaan berkata menarik balik dakwaan adalah cara terbaik untuk menarik 'duri dalam daging' yang disebut oleh Branson.

"Menyiksa Anwar dilihat tidak produktif terhadap pendirian kerajaan, khususnya selepas pilihan raya umum 8 Mac, 2008 yang menunjukkan BN tidak menikmati mandat padu daripada rakyat.

"Di latar antarabangsa, kerajaan terus dibidas dalam isu ini. Saya seru kerajaan agar pragmatik dan realistik. Mendakwa Anwar addalah bercanggahan dengan kepentingan nasional kerana tumpuan antarabangsa adalah ke atas perbicaraan itu,” kata Karpal dalam satu kenyataaan media hari ini.

Branson pada 27 September lalu berkata perbicaran liwat membabitkan ketua pembangkang itu yang sedang berlangsung memberi kesan ke atas Malaysia dan mematahkan semangat pelabur untuk menanam modal di negara ini.

jadul ijtima' Tarbawi DPP Pusat

Jentera p'raya pemuda dilancar di Ijtima' Tarbawi

Wednesday, September 29, 2010
KUALA LUMPUR, 29 Sept: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan melancarkan jentera pilihan raya pemuda peringkat kebangsaan di Ijtima' Tarbawi hujung minggu ini bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas dan pilihan raya Negeri Sarawak.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, kesempatan itu diambil untuk pemuda menyatakan kesediaan mereka untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mengekalkan kemenangan PAS di Dun Galas dan membantu kemenangan Pakatan Rakyat di Sarawak.

"Bersempena dengan ijtima' yang menghimpunkan pemuda di semua peringkat, kita akan adakan pelancaran gerak kerja.

"Kita akan adakan ikrar untuk pejuang untuk seluruh pemuda turun bagi mengekalkan kemenangan PAS di Galas dan membantu Pakatan Rakyat untuk menang di Sarawak," kata Nasrudin ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Umno jangan takutkan orang kampung, kata Dr Asri

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru Umno supaya tidak menakut-nakutkan warga Pulau Pinang dengan dakwaan kerajaan negeri menipu berhubung sumber kewangannya bagi membiayai program membantu golongan miskin termasuk untuk masyarakat Islam.

"Umno sepatutnya lebih ke hadapan dalam isu ini, bukannya bersikap jumud dan terkebelakang," katanya pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

"Sudahlah mereka miskin, kita persalahkan mereka. Saya nak sebut kepada rayat Pulau Pinang tak payah susah hati. (Umno) janganlah nak takutkan orang kampung, jangan kata doa tak makbul atau (fikiran) sudah benak sebab makan dari sumber haram.

Arwah Chek Hashim disegani ramai di Gua Musang

Tuesday, September 28, 2010
GUA MUSANG, 27 Sept: Rakyat Gua Musang menerima dengan tabah kematian wakil rakyat mereka, Chek Hashim Sulaima, 47, selepas menderita penyakit barah paru-paru sejak lebih dua tahun lalu.
Mereka menganggap Adun Galas terbabit seorang pemimpin yang berjiwa rakyat kerana mudah mendekati masyarakat tanpa mengira fahaman politik.
Beliau dikenali ramai sejak dilantik sebagai Penyelia Dun Galas pada 2004. Pada pilihan raya umum tersebut, beliau tewas kepada Mohd Saupi Deraman dari BN.
Setiausaha PAS Gua Musang, Azman Ahmad berkata, arwah disukai ramai kerana mudah mesra dan sentiasa bermurah hati membantu penduduk tanpa mengira masa.
Malah katanya, pemimpin Umno juga menyenangi kerana kewibawaannya sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.
“Arwah mudah dilihat di mana sahaja termasuk kedai-kedai kopi bersama rakyat. Orang tidak segan datang ke rumahnya termasuk pada waktu malam.
”Penduduk di sini menyenanginya sejak sebelum menjadi wakil rakyat lagi. Maka tidak hairanlah biar pun Gua Musang terkenal sebagai kubu kuat Umno namun PAS boleh bertapak pada pilihan raya umum lalu,” katanya di sini.

3,000 solat jenazah Chek Hashim

GUA MUSANG, 28 Sept: Pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Chek Hashim Sulaima,47, ke rahmatullah bagaikan hilangnya sebutir mutiara pejuang PAS di Gua Musang.
Allahyarham yang lebih dikenali sebagai seorang yang istiqamah dalam perjuangan parti telah kembali menemui Allah pada petang semalam di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Ketibaan jenazah beliau dari Kuala Lumpur telah disambut dengan laungan takbir oleh rakyat Gua Musang di perkarangan Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra pada jam 12.20 pagi ini.
Solat jenazah telah diimamkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan bersama kira-kira 3,000 orang.

Dr Asri: Bantuan k'jaan Pulau Pinang tidak haram

Monday, September 27, 2010
Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata wang yang diterima daripada bantuan kewangan kerajaan yang hasilnya diperolehi dari sumber perjudian adalah tidak haram.

NONE“Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram. Sebabnya mereka bukan berjudi, mereka mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi,” katanya dalam pesanan SMS kepada Malaysiakini dari Beijing, China.

Menurut Dr Asri, kesalahan ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi.

“Sama dengan mereka yang mendapat gaji dari kerajaan atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi. Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi berniaga makanan.”

Beliau mengulas laporan akhbar yang mendakwa kerajaan Pulau Pinang menggunakan wang sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda negeri itu untuk disalurkan ke program membasmi kemiskinannya.

Kes Rosmah 'bini puaka': Semua tertuduh dibebaskan

Friday, September 24, 2010
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan tiada prima facie dalam kes Rosmah 'bini puaka' terhadap lima mahasiswa Universiti Malaya (UM).

Sehubungan itu, Hakim Rozana Ali Yusoff mengarahkan mereka - yang berdepan dengan tuduhan cubaan melakukan khianat dengan menggunakan api dan melakukan pencerobohan jenayah - dibebaskan.

Rozana membuat keputusan tersebut di Mahkamah Sesyen 2, di Kompleks Jalan Duta Kuala Lumpur.

Lima mahasiswa berkenaan - Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani,Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahriuldeen Ahmad Rosli dari Universiti Malaya - dituduh melakukan jenayah dibawah Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.

Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani - yang bakal dilalui isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor - dan menconteng di sebuah dewan akademi pengajian itu kira-kira jam 4 pagi.

Manakala bagi Seksyen 436, kelima-lima mahasiswa itu dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama.
C4, bini puaka, pembunuh Altantuya

Unit Amal Shah Alam Anjur Kuliah & tahlil

Thursday, September 23, 2010
Unit Amal Shah Alam bakal menganjurkan kuliah maghrib dan tahlil pada malam ini (23 September 2010) bertempat di Markas PAS Seksyen 18. Majlis ini diadakan untuk arwah ayahanda sahabat unit amal (sdr zamani) yang meninggal dunia dalam kemalangan sehari sebelum hari raya Aidilfitri baru-baru ini. Majlis akan bermula dengan solat Maghrib berjemaah. Seluruh anggota masyarakat terdekat dijemput hadir...

Betulkan lokaliti mengundi, pindah pengundi? SPR Ada agenda sulit?

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 23 Sept — Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan menyifatkan langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan pembetulan lokaliti mengundi dan disusuli dengan pemindahan pengundi terbabit sebagai proses yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

SPR melaksanakan proses ini secara meluas ekoran penggunaan sistem maklumat geografi elektronik (EGIS) sejak 2004 di seluruh negara iaitu dua tahun selepas urusan persempadanan bahagian pilihan raya terakhir dilaksanakan.

Proses itu membawa kepada pertambahan kerusi Parlimen kepada 222.

Menurut SPR, ia menjalankan proses ini selaras dengan peruntukan Subseksyen 7(2) dan 7(4) Akta Pilihan Raya 1958 dan Subseksyen 25(3) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

Ambiga berpendapat bahawa walaupun SPR mengesan kewujudan kesilapan dalam sempadan bahagian pilihan raya sama ada DUN ataupun Parlimen, ia tidak harus mengganggu sempadan sedia ada.

“Walaupun SPR mengesan ada kesilapan lokaliti mengundi, SPR tidak boleh melakukan pembetulan sehingga urusan persempadanan baru dilakukan iaitu dalam keadaan semasa (dijangka) akan dijalankan selepas Mac 2011,” kata Ambiga ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Ambiga berkata jika proses itu dilaksanakan, ia boleh dianggap sebagai satu urusan persempadanan ‘kecil’ antara proses persempadanan terdahulu dan yang akan datang.

Beliau dikemukakan persoalan mengenai proses ini ekoran dakwaan beberapa pihak dalam blog dab ruangan Twitter baru-baru ini bahawa tindakan SPR itu tidak sah kerana seolah-olah SPR mengadakan urusan persempadanan ‘mini’.

Perkara itu turut diakui oleh Naib Pengerusi DAP M. Kulasegaran yang menyifatkannya sebagai “urusan persempadanan semula kecil”, yang tidak sewajarnya dilakukan.

Ahli Parlimen Ipoh Barat ini juga mengakui pernah mengalami tindakan seumpama di bahagian Parlimen Ipoh Barat tiga tahun lalu melibatkan pemindahan kira-kira 2,000 pengundi.

Pembetulan lokaliti mengundi membabitkan pengundi-pengundi itu dipindahkan dari Ipoh Barat ke kawasan Parlimen Batu Gajah.

Kelantan senarai hitam l’DA World

Wednesday, September 22, 2010
Rizal Tahir   
KOTA BHARU, 22 Sept: Kerajaan Kelantan akan menyenaraihitamkan sebuah syarikat yang didakwa mempunyai niat tertentu terhadap negeri itu berikutan pengumuman sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan.
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata kerajaan negeri atau parti juga tidak pernah melantik Nik Din Nik Mat, yang juga adiknya mewakili beliau menerima replica cek berjumlah RM4 bilion pada majlis makan malam baru-baru ini.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco, di sini sebentar tadi.
Menurutnya lagi, Syarikat I’DA World Group Sdn Bhd (l’DA World) tidak mempunyai sebarang projek di negeri ini dan kerajaan negeri juga tidak mempunyai sebarang hubungan dengannya.
“Saya tak hantar langsung wakil saya untuk menerima cek, malah media yang mendakwa penerima itu adalah wakil saya, karut belaka,” ujarnya.

Ijtimak Tarbawi

1. Setelah sekian lama menanti , kini saat dan detik yang ditunggu - tunggu semakin hampir tiba. Hanya 8 hari sahaja lagi . Para pencinta Amal Tarbawi tentunya tidak sabar menanti saat tersebut [ Ijtimak Tarbawi ] yang telah dijadualkan berlangsung pada 1, 2 dan 3 Oktober 2010 di Perkarangan Masjid Rusila.

2. Insyaallah , seluruh EXCO DPP Pusat , Negeri dan Kawasan termasuk Jawatan Kuasa Pemuda Cawangan telah bersedia untuk hadhir memberikan komitmen yang tinggi . Bukan sahaja untuk menjayakan Ijtimak tersebut tetapi untuk menimba segala khazanah Amal Tarbawi yang akan disediakan sepanjang Ijtimak Tarbawi ini.

3. Tidak perlu saya ulangi objektif ijtimak dan apakah keperluan mendesak [ kerana asasnya telah saya nyatakan dalam posting yang terdahulu - posted 1 dan posted 2 ] yang mewajarkan seluruh anggota atau organ Dewan Pemuda PAS hadhir kerana saya sangat yakin , semua telah menyedari dan menginsafi keperluan Amal tarbawi dalam perjuangan kita yang semakin mencabar mendepani halangan dan rintangan semasa.

Pas terima ‘hadiah’ RM4 bilion mengarut – Exco

Pihak yang tampil menerima replika cek berjumlah RM4 bilion daripada syarikat I’DA World Group Sdn Bhd di sini malam kelmarin menjelaskan kehadiran di majlis itu tidak mewakili Menteri Besar seperti dilaporkan.
Nik Din Nik Mat adik kepada Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu kehadiran di majlis berkenaan di atas kapasiti peribadinya sendiri setelah menerima jemputan.
“Saya tidak mewakili Menteri Besar di majlis berkenaan. Malah saya juga terkejut tiba-tiba dipanggil untuk menerima replika cek terbabit.

Majlis Hi-tea Pemuda bersama Mursyidul Am 25 Sept


Harakahdaily   
PETALING JAYA, 21 Sept: Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat dengan kerjasama Anak Perantau Perak, Kelantan, Melaka, Kedah dan Terengganu akan menganjurkan majlis hi-tea bersama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Majlis itu juga akan digandingi bersama Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Saleh dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.
Majlis ini yang akan diadakan di Dewan Utama di D’Kelana, Kompleks Sukan Jalan Stadium Bolasepak, SS7/15, bersebelahan Pusat Latihan MAS Kelana Jaya pada 25 September (Sabtu) bermula jam 3.00 petang.
“Majlis ini adalah salah satu usaha lajnah antarabangsa untuk memberikan sedikit kesedaran akan kepentingan isu semasa antarabangsa di samping isu-isu tempatan itu sendiri. Majlis ini juga akan membariskan wakil-wakil dari kumpulan antarabangsa,” kata pengerusi lajnah berkenaan, Dr Raja Ahmad Al-Hiss.
Katanya, Mursyidul Am dijangka akan memberikan ulasan terhadap isu terkini dunia dan Kelantan di samping peranan pemuda dalam menangani isu antarabangsa oleh Nasrudin.
Makluman lanjut program boleh didapati dari pengarah program, Pakurazi di talian 0192316539 atau boleh menghubungi Pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat di talian 03-26925000.
“Kupon-kupon derma untuk majlis ini ada dijual di pintu utama dewan dengan harga RM15 sahaja,” ujarnya.

Pusat beku 118 projek pembangunan di Kelantan

Tuesday, September 21, 2010
Harakahdaily   
KOTA BHARU, 21 Sept: Sejak Rancangan Malaysia ke-6 diperkenalkan pada tahun 1991, sejumlah 118 projek pembangunan telah dibekukan kerajaan pusat di negeri Kelantan.

Jumlah itu meliputi 1,086.278 hektar atau melebihi 2500 ekar tanah dari sepuluh jajahan di negeri ini.

Pendedahan itu dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias pada sidang media selepas menghadiri perasmian Forum Model Baru Ekonomi Kelantan di Dewan Teratai Kota Darulnaim, pagi ini.

Menurutnya lagi, tindakan tersebut telah membantutkan pembangunan negeri dan dipandang serong oleh rakyat yang terlibat dengan pengambilan tanah tersebut.

“Kita berharaplah kerajaan pusat dapat menyegerakan penggunaan tanah yang diambil ini dalam sambungan RMK 9 dan ke10 nanti.

“Maklumlah tanah tersebut adalah kebanyakannya milik rakyat dan rakyat melihat ia masih belum dibangunkan dan mungkin ada kekangan dalam hal ini, tetapi ia seharusnya tanah ini tidak dibiarkan lama untuk dibangunkan,” katanya seperti lapor web gegarkelantan.net.

Menurut Aiseri lagi, pengambilan tanah tersebut melibatkan 16 kementerian dan perkara tersebut akan dimaklumkan segera kepada Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri untuk diambil tindakan.

Ditanya kerjasama antara kerajaan negeri dengan pusat berhubung pengambilan tanah di negeri ini, beliau memberitahu kerajaan negeri memberi kerjasama sebaiknya.

Anwar Persoal Akaun 1 Malaysia Development Fund Berhad

Monday, September 20, 2010
 


Seperti yang diumumkan, 1Malaysia Development Fund Bhd (1MDB) diperuntukkan RM5 bilion pada tahun 2009 melalui penerbitan bon jaminan kerajaan. Baru-baru ini, 1MDB juga bercadang mendapatkan pinjaman tambahan sebanyak RM5 bilion. Pinjaman RM5 bilion baru ini tidak akan dijamin oleh kerajaan Malaysia secara langsung, malah akan diselesaikan melalui penerbitan beberapa bon sejumlah RM10 bilion yang disokong oleh kerajaan (state-backed bonds).

Ini bermaksud 1MDB akan menanggung liabiliti jangka panjang sebanyak RM15 bilion menjelang tahun 2013. Jumlah itu 4 kali ganda besar jumlahnya berbanding dengan nilai bon yang dikeluarkan untuk projek Port Klang Free Zone (PKFZ), iaitu bernilai sekitar RM3.685 bilion.

Kini bertiup kencang berita bahawa audit akaun untuk tahun fiskal yang sepatutnya berakhir pada Mac 2010 belum dapat dimuktamadkan. Terdapat spekulasi bahawa juruaudit enggan menandatangani akaun tersebut kerana terdapat banyak percanggahan. Lazimnya, juruaudit enggan menandatangani akaun yang diauditnya apabila wujud masalah serius dalam akaun tersebut.

Oleh kerana jumlah yang membabitkan dana awam sebegitu besar, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjelaskan kepada khalayak samada berita mempunyai kebenaran atau tidak.

Difahamkan berdasarkan kunci kira-kira (balance sheet), kenapakah 1Malaysia Development Fund Bhd (1MDB) boleh mengaut keuntungan yang tidak diasingkan (unappropriated profit) sebanyak RM121.79 juta.

Najib mungkin terus tunduk pada Singapura

KUALA LUMPUR, 20 Sept: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar tidak menolak kemungkinan bahawa Singapura akan mendapat lebih banyak manfaat dalam rundingan dengan Malaysia.
Beliau membuat andaian demikian ekoran melihat tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Mei lalu menyerahkan tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar pada republik itu yang baginya merugikan negara.
"Apakah kemungkinan Lee Hsien Loong (Perdana Menteri Singapura) mempunyai gambar pembunuh sebenar Altantuya menyebabkan Najib akan kalah dalam rundingan kedua hari ini," ujarnya pagi tadi pada Harakahdaily.
Beliau mengulas lawatan Najib hari ini ke Singapura hari ini bagi meneruskan siri perbincangan seterusnya berhubung beberapa perkara yang menjadi pertikaian kedua-dua negara.
Najib sebelum ini dikaitkan dengan wanita Mongolia itu biarpun beliau beberapa kali menafikannya.
Altantuya dibunuh menggunakan bahan peledak C4 di Bukit Raja, Shah Alam pada 19 Oktober empat tahun lalu.

Pendokong 1 Malaysia Mula Menyesatkan

Tuesday, September 7, 2010
Iklan raya TV3 pada tahun ini telah mencetuskan kontroversi apabila pemaparan unsur Kristian dan Buddha digarapkan dalam perayaan umat Islam. Dewan Pemuda PAS Shah Alam amat kesal dengan sikap yang ditunjukkan oleh pihak penerbitan iklan yang jelas terlalu ingin menmpilkan konsep 1 Malaysia dalam tema iklan tersebut sehingga menyinggung sensitiviti umat Islam dan memuji langkah bijak umat Islam membantah secara serius melalui facebook dan blog. Iklan yang berjaya disiarkan sebanyak 5 kali itu bagaimanapun telah ditarik balik dan permohonan maaf oleh pihak TV3 telah pun dibuat. Namun sebagai warga yang prihatin, sikap tidak memandang serius tentang sentimen beragama di negara ini semakin ketara semenjak kewujudan 1 Malaysia. Tidak mungkin iklan korporat TV3 itu tidak ditayangkan dahulu kepada pihak pengurusan tertingginya (yang beragama Islam) untuk diluluskan? Apakah kerja yang dilakukan oleh kementerian penerangan sehingga iklan seperti ini mampu tersiar sebanyak 5 kali dan hanya disedari apabila dibangkitkan oleh blogger(sibuk memantau blogger sampai lupa tanggungjawab lain?)? Walaubagaimanapun, kita memohon agar kesilapan yang sebegini tidak lagi berlaku di negara ini.
 

Rozali Tak Datang Mesyuarat. Lepas tu Tuduh Kerajaan Negeri Tindas Kontraktor Melayu

Thursday, September 2, 2010


Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Selangor, Tan Sri Rozali Ismail baru-baru ini membuat kenyataan kononnya kontraktor Melayu ketinggalan dalam projek-projek pembangunan di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.

Sebelum ini Malaysiawaves telah pun mendedahkan betapa Tan Sri Rozali Ismail ini men dapat gaji yang lebih tinggi dari CEO Bank of China kerana beliau adalah CEO SYABAS. Soalan saya kepada Tan Sri Rozali adalah duit siapakah yang membayar gaji beliau RM5.1 juta setahun? Bukankah itu duit dari Kerajaan Negeri Selangor? Bagaimanakah beliau boleh kata beliau dipinggir?
(Nota: Bank of China adalah Bank yang ketiga terbesar DI DUNIA. Namun, gaji CEO mereka JAUHHHHH lebih rendah dari gaji Tan Sri Rozali Ismail di SYABAS)


Pendedahan terbaru YB Teresa Kok menunjukkan Tan Sri Rozali TIDAK HADZIR dalam kesemua mesyuarat yang dianjurkan kerajaan negeri bersama DPMMS. Soalan saya seterusnya, bagaimanakah kebajikan dan suara para kontraktor Melayu hendak didengari oleh kerajaan Negeri Selangor sekiranya Tan Sri Rozali ponteng semua mesyuarat dengan Kerajaan Negeri Selangor?

SKIM MIKRO UNTUK RAKYAT SELANGOR


SHAH ALAM 2 Sept - Skim Mikrokredit Selangor (Skimsel) yang dilancarkan oleh Menteri Besar hari ini akan memberi manfaat kepada kumpulan pertama seramai 50 penerima pinjaman yang akan menerima pembiayaan modal perniagaan sebanyak RM3,000 dengan tempoh bayaran maksima selama 12 bulan.

Skimsel yang dikendalikan oleh Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor telah disempurnakan penubuhannya pada 8 Julai lalu.

Antara lain skim ini bertujuan untuk membantu golongan miskin memperolehi dana bagi menjalankan perniagaan sebagai salah satu usaha membebaskan mereka dari kitaran kemiskinan.

Kerajaan negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM70 juta untuk tujuan membiayai skim ini. RM50 juta adalah untuk masyarakat luar bandar dan baki RM20 juta untuk masyarakat bandar.

Konvoi amal Dppsa Sempena ramadhan

Sempena Ramadhan Al Mubarak tahun ini, Dewan Pemuda PAS Shah Alam akan mengadakan Konvoi amal ke rumah orang-orang dhaif sekitar shah Alam pada hari sabtu (5 September 2010) bermula jam 9 pagi. Program yang dirangka oleh Lajnah Kebajikan DPPSA ini bakal menyaksikan konsep mengunjungi rumah orang-orang yang tidak berkemampuan dan sekaligus menyampaikan sumbangan yang mungkin dapat meringankan serba sedikit beban golongan menjelang syawal yang bakal menjelang.

Beberapa rumah sekitar Shah Alam yang dikenalpasti penghuninya mengalami kesempitan hidup yang agak hebat bakal dikunjungi oleh pimpinan DPPSA dan PAS Kawasan Shah Alam. Objektif kunjungan adalah untuk menyemai rasa tanggungjawab dan belas ihsan dalam diri setiap pemuda bahawa dalam menempuh era yang semakin mencabar ini, terdapat keluarga-keluarga yang terpaksa bersusah payah dalam kehidupan mereka demi mencari sesuap rezeki.
Kepada semua pemuda PAS Kawasan Shah Alam yang berkelapangan pada hari tersebut diharap dapat berkumpul di Dewan Jihad dengan berpakaian rasmi DPPSA atau Unit Amal. Maklumat Lanjut dan sumbangan sila berhubung dengan 0133600080 (Kamarul) atau 0196942752 (Shaharudin).

Khalid Samad: Nazir tolak majlis 'politik' PM

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohamad Khusrin Munawi didakwa "bersikap talam dua muka" apabila cuba menggunakan sebuah masjid di Petaling Jaya untuk satu program politik.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata tindakan itu dikesan melalui satu permohonan yang dihantar kepada nazir masjid berkenaan dia Kampung Medan.

Katanya lagi, nazir Masjid Nurul Ehsan itu bagaimanapun enggan meluluskan penganjuran majlis berbuka puasa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.
Salah-guna kuasa
Permohonan untuk menganjurkan majlis itu, dijadualkan pada 17 Ogos lalu, dihantar oleh setiausaha kerja badan perhubungan Umno negeri.

Bercakap pada satu sidang media di pejabatnya hari ini, Khalid berkata permohonan itu juga dibuat menggunakan kepala surat Umno Selangor.

Umno makin takut selepas Kelantan saman Petronas

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 2 Sept: PAS dapat merasai ketakutan pemimpin Umno BN selepas Kerajaan Kelantan nekad menyaman Petronas berhubung isu royalti minyak yang tidak dibayar kepada negeri itu.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, ketakutan itu terserlah dalam kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mengatakan keputusan menukar wang royalti kepada wang ehsan itu adalah atas khidmat nasihat Peguam Negara.
Katanya, nampak sangat BN tidak mahu bertanggungjawab, sedangkan yang membuat keputusan adalah Kabinet BN sementara nasihat Peguam Negara itu kini sedang dicabar di mahkamah.
“Atas dasar apakah Peguam Negara tidak memberikan nasihat yang sama bagi pemberian royalti untuk negeri Sabah dan Sarawak?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily .
Di samping itu, soalnya lagi, apa pula indikator nasihat yang diberikan oleh Peguam Negara untuk Kerajaan BN memulangkan wang royalti Terengganu selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.
“Kenapa ada nasihat yang 'double standard' dalam agenda pentadbiran Peguam Negara. Apakah perundangan yang ditafsir oleh Peguam Negara sekarang dan dulu tidak sama?”
“Adakah mereka membaca dokumen perjanjian Petroleum Kelantan dengan Petronas dan akta berkenaan dengan cara yang berbeza?” tanya beliau lagi.

Talibarut Umno dalam Mais, Jais mesti letak jawatan

Wednesday, September 1, 2010
Mohd Rashidi Hassan   

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Dato' Mohamad Adzib Mohd Isa dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Dato' Mohamad Khusrin Munawi seharusnya melepaskan jawatan yang mereka sandang kerana rakyat Selangor meragui kewibawaan mereka.
Kewibawaan mereka tercemar kerana mereka berdua tidak dilihat bertugas untuk menjaga kesucian agama Islam, sebaliknya lebih mirip menjadi agen Umno dalam Kerajaan Negeri Selangor.
Tanpa harus dinafikan, keseluruhan pemimpin, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat tidak menyenangi mereka berdua, kerana cara mereka memimpin Mais dan Jais, bagaikan cawangan Umno.
Di atas kapasiti Kedua-dua mereka adalah memegang jawatan tertinggi dalam institusi agama, di mana Sultan Selangor selaku Ketua Agama Negeri.
Maka mereka mengambil kesempatan untuk membuat pelbagai larangan terhadap institusi agama, khususnya masjid dan surau, kononnya Sultan tidak membenarkan, kononnya Sultan murka dan sebagainya.
Khusrin secara spesifiknya dalam suatu majlis meraikan Tokoh Maal Hijrah, Sheikh Dr Yusof al-Qaradhawi di Masjid Negeri Shah Alam, melarang Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor, Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk berucap.
Walhal, Anwar bukan hendak berceramah agama, beliau hanya dijadualkan berucap untuk menerangkan latar belakang mengenai ketokohan Dr Yusof yang dikenalinya puluhan tahun.
Perangai Khusrin bukannya baru. Beliau menjadi Pengarah Jais sejak sekian lama. Di zaman bekas Menteri Besar, Dato' Seri Mohamad Khir Toyo, beliau adalah dalang Umno.
Ada banyak kes, antarannya perobohan Surau Jubli Perak, Bandar Baru Bangi, Surau al-Rahimah, Shah Alam, Surau Kampung Berembang dan lain-lain.

Berikan kepercayaan penuh kepada PAS - Abdul Hadi

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Seluruh rakyat negara ini diseru memberikan kepercayaan penuh kepada PAS menggantikan Umno untuk memimpin mereka dengan lebih adil.

Menurut Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Umno tidak boleh lagi diberi kepercayaan kerana mereka mengelirukan masyarakat dengan memutar-belit ajaran Islam sebenar dan menggunakan isu perkauman utuk kelangsungan politik mereka.

"Kita menyeru kepada masyarakat Islam untuk memberikan kepercayaan kepada PAS sebagai alternatif yang memimpin mereka dan mengajak masyarakat yang bukan Islam supaya tidak memgambil contoh yang buruk yang ditunjukkan oleh Umno berhubung dengan Islam," kata Presiden PAS itu dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Keadilan PAS jelasnya boleh dilihat sendiri oleh masyarakat bukan Islam semasa pemerintahan mereka di Kelantan, Terengganu dan negeri-negeri Pakatan Rakyat di ketika ini, bahkan terus istiqamah dengan prinsip Islam semasa dalam kerajaan pada tahun 70-an.

Menurutnya lagi, punca kepada kecelaruan yang berlaku hari ini adalah kerana kefahaman salah yang ditunjukkan oleh Umno selama puluhan tahun berkuasa di bumi Malaysia ini.

Sejak sekian lama, Umno katanya tidak pernah puas menjadikan isu agama dan perkauman sebagai senjata ampuh mereka menarik sokongan masyarakat.

Paling teruk apabila tindakan Umno tersebut sering digambarkan kepada masyarakat khususnya Melayu sebagai menepati ajaran Islam yang sebenar.

"Mereka telah mencampur adukkan sentimen perkauman sempit dan mengaitkannya seolah-olah tindakan mereka adalah dari ajaran Islam yang sebenar," jelasnya lagi.

Tindakan Umno itu pula jelasnya disambut dan diangkat oleh media Umno sehingga mereka cuba menggambarkan seolah-olahnya hubungan antara kaum dalam negara kita ini berada dalam tahap yang paling buruk.

ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]