Kes remaja mati ditembak polis ke Dewan Negara

Thursday, April 29, 2010


SHAH ALAM, 29 April: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berjanji membawa kes remaja mati ditembak polis ke Dewan Negara yang sedang berlangsung ketika ini melalui Senator daripada PAS.
Menurutnya, satu usul tergempar akan dikemukakan kepada Yang Dipertua Dewan Negara dalam masa terdekat.
Dalam pada itu, keluarga kepada pelajar berumur 15 tahun, Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis Isnin lalu, melahirkan rasa kesal dan kecewa terhadap Ketua Polis Negeri Selangor Datuk Khalid Abu Bakar yang seolah-olah menuduh anak mereka sorang penjenayah.
Kekesalan itu dizahirkan ibu mangsa, Norsiah Mohamad kepada Salahuddin sewaktu lawatan ke kediaman mereka di Shah Alam petang semalam. (gambar)
"Keluarganya kesal dengan kenyataan KPN dalam waktu yang singkat telah menuduh anaknya seorang penjenayah sedangkan siasatan belum lagi selesai," katanya ketika ditemui selepas itu.
Menurut Salahuddin, keluarga mangsa juga menganggap kenyataan  itu sebagai penghinaan dan telah mencemarkan nama baik mereka sekeluarga.
Mereka kini, jelas Salahuddin merasa tertekan dengan tuduhan yang dibuat oleh Khalid itu.
Mengulas kejadian menimpa arwah Aminulrasyid Isnin lalu itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian mendakwa insiden polis menembak mangsa seperti trigger happy.
Beliau merujuk beberapa kes sebelum ini termasuk yang pernah dibawa ke parlimen tetapi belum juga selelsai dan terus berulang.
"Saya minta polis lebih berhemah menggunakan senjata api, jangan jadikan ianya sebagai license to kill,” katanya.
Isnin lalu, Aminulrasyid meninggal dunia akibat terkena tembakan polis pada kepalanya ketika memandu kereta keluarganya.
- Harakah Daily

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]