IBU AMINUL RASHID RAYU ALLAHYARHAM TIDAK DIKAITKAN PENJENAYAH

Thursday, April 29, 2010

Ibu kepada Aminul Rashid, Puan Norsiah Mohammad, ibu pelajar sekolah yang ditembak Polis awal pagi Isnin lepas merayu agar Allahyarham tidak dikaitkan dengan dengan kegiatan samun, apatah lagi menggelar anaknya sebagai penjenayah. Beliau yang amat rapat dengan anak bongsunya itu amat mengenali hati budi Allahyarham. Aminul Rashid, menurut beliau, juga dikenali oleh rakan sebaya sebagai seorang yang baik hati dan selalu mendahulukan kawan. Beliau kesal dan tidak dapat menerima laporan akhbar yang tersiar keseluruh negara, tidak henti-henti mengaitkan Aminul dengan kegiatan jenayah samun.

Beliau juga yakin bahawa Allahyarham yang memandu tanpa lesen amat ketakutan ketika bertembung dengan kereta Polis Peronda menyebabkan beliau memandu terlalu laju sehingga menimbulkan syak anggota. Namun beliau kesal dengan tindakan menembak dari belakang yang dilakukan terhadap Aminul Rashid kerana pihak polis sememangnya mempunyai keupayaan yang banyak untuk menahan kereta yang dinaiki anaknya.

Demikian rintihan Puan Norsiah ketika menerima kunjungan Ahli Jawatan Kuasa dan aktivis PAS Shah Alam diketuai Pemangku Yang DiPertua, Hj Azli Yusof pada pagi Rabu 20 April 2010. Kunjungan ini dibuat PAS Shah Alam sebagai menzahirkan rasa simpati di atas musibah yang menimpa keluarga Allahyarham Aminul Rashid, seterusnya memberikan sokongan agar tabah menghadapi ujian tersebut.

Beliau terharu dengan keperihatinan PAS Shah Alam dan berterimakasih di atas kunjungan dan ziarah yang di lakukan.

Sehubungan dengan itu, PAS Shah Alam telah menghantar satu memorandum kepada kepada Ketua Polis Selangor di Ibu Pejabat Kontingen di Seksyen 9, Shah Alam bagi mendesak pembelaan sewajarnya kepada Allahyarham Aminul Rashid dan keluarga. Memorandum itu juga mendesak agar pihak Polis yang masih melakukan siasatan terhadap kes ini agar tidak mengalih perhatian masyarakat terhadap kemungkinan berlakunya kecuaian, seterusnya mendesak agar membersihkan nama baik Allahyarham yang masih muda remaja dari terlibat dengan kegiatan jenayah samun.

Dato Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Selangor, yang menerima sendiri memorandum itu mengulangi jaminan beliau sebelum ini bahawa kes itu akan ditangani dengan telus dan adil sehingga terserlah kebenaran.

PAS Shah Alam berharap jaminan ini akan dapat dilaksanakan sehingga pembelaan sewajarnya dapat diberikan kepada keluarga Allahyarham dan keyakinan orang ramai terhadap institusi Polis yang menjaga keamanan dan keselamatan awam dapat dipulihkan.

Turut sama menghantar memorandum adalah Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) yang diwakili oleh Us Hasbullah Ridzuan and AJK Pas Shah Alam, Hj Sofian Shariff.

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]