MP seru lebih ramai saksi kes Aminulrasyid tampil

Friday, April 30, 2010
Ahli parlimen Shah Alam menyeru lebih ramai saksi kes seorang pelajar sekolah - Aminulrasyid Amzah - yang kena tembakan pihak berkuasa dapat tambil memberikan maklumat berhubung kejadian pada awal pagi Isnin itu.

Khalid berkata, tindakan tersebut dapat membantu pihak polis mendapat gambaran menyeluruh berhubung kes tersebut, sekali gus menyelesaikan siasatan mereka dengan segera.

Katanya, mungkin ramai lagi saksi dalam kes tersebut, seperti pelanggan di restoren berdekatan tempat kejadian tidak tampil kerana merasakan maklumat mereka tidak relevan.

"Saya menyeru dan berharap lebih ramai saksi (pada malam kejadian) dapat tampil menceritakan apa yang berlaku.

"Jangan anggap maklumat yang ada pada mereka, walaupun sedikit, tidak relevan kepada kes tersebut," katanya ketika mengulas laporan polis terbaru berhubung kes tersebut yang dibuat jiran arwah malam tadi.

Kira-kira jam 10.00 malam tadi, jiran Arwah - Zafrullah Ahmad Zainal Abidin - yang mengaku berada di tempat kejadian selepas insiden berlaku, membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam di Seksyen 11.

Beliau ditemani peguamnya Fadiah Nadwa Fikri dan empat lagi peguam daripada pertubuhan peguam Lawyers for Liberty. Khalid turut hadir mengiringinya Zafrullah Ahmad bagi tujuan itu malam tadi.

Dalam aduannya itu, Zafrullah Ahmad mendakwa melihat keadaan mangsa dan kereta arwah sejurus selepas kereta yang dipandunya terbabas dalam parit di Jalan Makyong, berdekatan dengan rumahnya di Jalan Silat Gayong.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Khalid turut menolak gesaan sesetengah pihak supaya ahli politik tidak dalam kontroversiti tersebut.

"Saya rasa apa yang dimakudkannya itu ialah (supaya ia) tidak dipolitikkan. Sebagai ahli parlimen, kejadian menimpa penduduk dalam kawasan saya, mestilah saya turut terlibat," katanya pemimpin pusat PAS itu yang kini sedang digantung jawatan.

Khalid petang ini akan mengadakan sidang media sebagai respons kepada tindakan Zafrullah Ahmad pada jam 3.15 petang ini.

Sementara itu, Fadiah Nadwa memberitahu, anak guamnya tampil membuat laporan tersebut bertujuan membantu siasatan pihak pilis dalam kes tersebut.

"Sebelum ini beliau agak sibuk sedikit, masih belajar. Lagi pun beliau menunggu peguam untuk hadir bersama-sama (membuat laporan polis)," katanya kepada Malaysiakini.

Dalam perkembangan berkaitan, polis hari ini dilaporkan telah menghantar kertas siasatan berhubung kes tersebut kepada timbalan pendakwa raya (DPP) bagi tindakan selanjutnya.

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]