Saran s'jaya bebas siasat kes Norizan, Aminulrasyid

Wednesday, April 28, 2010
PAS mencadangkan agar diwujud suruhanjaya bebas tetap bagi menyiasat kes Norizan Salleh dan kematian Aminulrasyid Amzah bagi memastikan mangsa dan keluarganya mendapatkan pembelaan yang sewajarnya.

Ketua penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, suruhanjaya itu juga perlu bagi menangani pelbagai pertikaian rakyat yang melibatkan perkhidmatan polis di masa akan datang.

Januari lalu, Norizan, 30, dilaporkan mendakwa ditembak lima kali di bahagian dada dan tangan di sebuah lebuh raya ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Segambut.

Dilaporkan akibat serangan tersebut, Norizan mendakwa beliau cedera parah dan terlantar di hospital lebih dua minggu bawah pengawasan polis.

Beliau juga dilaporkan mendakwa terpaksa menanggung kos rawatan perubatan berjumlah hampir RM20,000.

Mengulas lanjut, Idris berkata, selepas lebih enam bulan trauma, Norizan masih belum mendapat pembelaan yang dikehendakinya.

Katanya, kes Norizan belum berjawab, kini timbul pula kes remaja 15 tahun, Aminulrasyid yang mati ditembak Polis Isnin lalu.

"Kedua-dua kes ini menarik perhatian rakyat terutama kematian Aminulrasyid yang dijangka bakal mengambil peperiksaan PMR hujung tahun ini," kata Idris dalam satu kenyataan.

"Kita boleh bersetuju supaya rakyat memberi ruang kepada pihak berkuasa menyiasat kes ini, tapi adakah kita perlu menunggu enam bulan lagi seperti kes Norizan barulah Polis mahu menyiasat," tambahnya.

Berikutan itu, Idris berkata, adalah lebih telus dan adil jika pihak ketiga iaitu suruhanjaya bebas mengambil alih tugas siasatan ini bagi memastikan mangsa dan keluarganya mendapatkan pembelaan yang sewajarnya.

"Kita tidak nafikan sumbangan polis yang banyak membanteras jenayah serta membantu rakyat. PAS amat berterima kasih di atas apa yang telah dilakukan oleh anggota polis yang begitu komited dan berdedikasi dalam tugas mereka.

'Namun Polis juga umpama setandan kelapa, pasti ada juga yang busuk, maka mereka harus tegas bagi memastikan imej anggota lain dan pasukan Polis keseluruhannya tidak terjejas," tambah Idris.

Malah, tambahnya, dalam kes seperti Norizan dan Aminulrasyid juga, pihak polis berhak untuk membela anggotanya.

"Tetapi biarlah pembelaan itu dibuat melalui suruhanjaya bebas, bukan melalui siasatan pihak polis sendiri yang dipertikaikan ketelusannya," tegasnya lagi.

Sehubungan itu, PAS berharap agar kedua-dua kes tersebut dapat diselesaikan secara baik.

'Rakyat berhak untuk terus menilai prestasi polis dari semasa ke semasa dan polis bertanggungjawab untuk terus menjaga imej serta kredibiliti perkhidmatan mereka," tegas Idris lagi.

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]