Tidak beriman: Khalid minta Harussani nafi, tarik balik

Thursday, April 15, 2010

Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 15 April: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria menarik balik atau menafikan kenyataan yang disiarkan dalam akhbar Selangor Kita di bawah tajuk ‘Khalid Samad tidak beriman - Mufti’.
Bercakap dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini, Khalid berkata, beliau memberikan tempoh selama tujuh hari kepada Harussani untuk membuat penjelasan berhubung kenyataan itu sebelum tindakan undang-undang diambil terhadapnya.
"Sekiranya kenyataan ini bukan dari dia dan tidak tepat, maka saya minta dia untuk menafikan. Sekiranya dia tidak nafi, saya minta dia tarik balik.
“Kalau dia tidak tarik balik, maka dalam tempoh tujuh hari saya akan mulakan tindakan undang-undang terhadap dia kerana ini merupakan satu kenyataan yang cukup tidak bertanggungjawab dan tidak layaklah seorang mufti untuk mengeluarkan kenyataan yang seperti ini dengan sewenang-wenangnya," katanya.

Khalid turut menegaskan, jika benar Harussani membuat kenyataan itu, beliau seharusnya mendapatkan penjelasan daripadanya terlebih dahulu.
"Lebih-lebih lagi dia tidak ada menghubungi saya untuk mendapat apa-apa penjelasan, nampak seolah-olah mufti membuat fatwa berdasarkan kepada laporan surat khabar dan khabar angin.
"Kalau nak buat satu pandangan seharusnya dia bertanya pada saya apakah sikap dan pendirian saya, tapi tidak menghairankan, dia mengeluarkan kenyataan seperti ini kerana berhubung jawatankuasa antara agama pun dia terus membuat fatwa tanpa mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian itu sendiri. Ini satu budaya yang perlu dicegah kerana ia menimbulkan imej buruk kepada Islam itu sendiri," tegasnya.
Menurut Khalid, Harussani membuat kenyataan itu berdasarkan pandangan Khalid mengenai Enakmen Undang-Undang Islam Negeri Selangor.
Beliau menyatakan pandangan bahawa undang-undang itu boleh dipinda kerana ia satu pentadbiran dan peraturan berhubung matlamat-matlamat tertentu dan cara mencapainya menurut Islam.
"Isu yang ditimbulkan ialah berhubung dengan isu enakmen undang-undang Islam Negeri Selangor. Undang-undang Islam Negeri Selangor ini ialah undang-undang pentadbiran. Ianya bukan hukum qat'ie. Ianya merupakan pentadbiran, peraturan yang berhubung matlamat-matlamat tertentu, cara nak capai matlamat itu seperti mana yang ditentukan oleh Islam. Caranya itu ada kaedah yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Selangor. Ia bukan satu peraturan yang ditetapkan oleh Al-Quran. Sebab itu saya cakap ia boleh ditegur dan dipinda," jelasnya.
Mengulas lanjut mengenai akhbar Selangor Kita, Khalid memberitahu, ianya diedarkan di kafetaria ahli Parlimen untuk bacaan umum.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan akhbar berkenaan akan diedarkan di Hulu Selangor untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat sempena pilihan raya kecil.
Akhbar berkenaan mula disedari kewujudannya apabila diedarkan sewaktu Sambutan Majlis Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor, Februari lalu.
"Ada satu lagi surat khabar yang dikeluarkan, kita rasa yakin ia dikeluarkan oleh Umno Barisan Nasional khususnya Umno Selangor dan diberi nama Selangor Kita. Tapi pihak Umno menafikan ianya dikeluarkan oleh mereka tapi kita yakin ianya dikeluarkan mereka sebab tidak ada orang lainlah yang nak lawan kita macam ini kecuali mereka. Tapi biasalah, baling batu sembunyi tangan ini memang dasar Umno.
"Akhbar ini diedarkan di kafetaria ahli Parlimen untuk dibaca oleh MP. Tidak mustahil ia juga akan diedarkan di Hulu Selangor.
"Kita tidak tahu akhbar ini daripada siapa sebab tidak ada sebarang maklumat yang dipamerkan kecuali syarikat yang mencetaknya iaitu Penerbitan Darul Ehsan," katanya.
Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis berhubung perkara itu, beliau berkata tidak akan melakukan demikian.
"Ini isu politik, tak payah report polislah. Polis pun sudah banyak kerja. Ini isu poliik, jadi kita lawan cara politik," katanya.
Turut bersama beliau pada sidang media itu ialah Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah, Muhammad Husain (Pasir Puteh), Mohd Nasir Zakaria (Padang Terap) dan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai).

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]