Dasar Pakatan Rakyat Formula 'Buta Warna'

Friday, April 23, 2010
Sepanjang tempoh kempen P94, Menteri Besar Selangor menumpukan usaha kepada menyampai dan memajukan nasib rakyat Hulu Selangor.

Namun kali ini Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersuara menyanggah cabaran Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menteri Besar Selangor membidas keupayaan Kerajaan Persekutuan melaksanakan reformasi tulen yang memanfaatkan masyarakat majmuk negara ini.

Tan Sri Khalid berkata Barisan Nasional mengagungkan Model Ekonomi Baru walhal terpinggirnya masyarakat India hari ini membuktikan rumusan BN tidak berkesan.


"Apakah BN  mempunyai agenda untuk masyarakat India sejak 50 tahun lalu? Jika tidak tidak perlu kita debatkan perkara ini lagi. Tan Sri Muhyiddin seharusnya persoalkan apa yang telah BN lakukan dan bukan selidik apa yang rumusan Pakatan Rakyat,"

"Keadaan masyarakat India yang melarat adalah bukti jelas bahawa modul ekonomi BN tidak terpakai dan tidak berkesan,"

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Hari Bumi di Batang Kali hari ini.

Khalid berkata demikian menjawab cabaran Muhyiddin Yassin yang menuntut Kerajaan Negeri Selangor memperincinkan bantuan yang diberikan kepada masyarakat India.

Muhyiddin menjaja program pinjaman RM35 juta ringgit yang diwujudkan dibawah Tekun Nasional untuk usahawan India.
Khalid bagaimana berkata apa sahaja bentuk bantuan atau program sepatutnya bersifat buta-warna dan memberi penekanan kepada mengangkat taraf hidup semua golongan miskin.

"Bila kita berkhidmat kepada yang miskin, kita harus bersifat buta warna dan tidak memisahkan mereka ikut kaum atau warna kulit. Beliau sebagai pemimpin mahu memperkenalkan dasar ekonomi baru tetapi dalam pada masa yang sama ada pula agenda untuk masyarakat India. Ini satu konflik pendirian. Bagi PR, rumusan harus untuk semua, saksama dan adil,"

Rumusan yang dibuat mengikut acuan kaum akrhinya menyumbang kepada syak-wasangka yang kemudian merungkai keharmonian masyarakat seluruhnya.

Menginsafi kesilapan BN ini, Pakatan Rakyat memperkenalkan projek-projek kemajuan yang memanfaat semua termasuk penyokong tegar BN seperti skim air percuma, skim masa depan anak selangor dan skim mesra usia emas.

"Kita harus persoalkan mengapa BN tidak melayan sekolah Tamil sama sepertimana sekolah-sekolah lain? Kita di Selangor bantu sama-rata,"

"Begitu juga dalam soal skim usia emas. Kita beri kepada semua. Kita tidak pernah menjanjikan air percuma. Kita buat dulu, baru kita hebahkan,"

- TV Selangor

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]