KUALA LUMPUR, 15 Okt: Peserta XPDC dakwah membantah konsert artis Gay, Adam Lambert, malam tadi berjaya melepasi halangan pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) untuk berkumpul di hadapan perkarangan Stadium Putra Bukit Jalil.Peserta berkumpul beramai-ramai sambil melaungkan "Tolak Adam Lambert" dan "tolak homoseksual" di samping mengedarkan risalah kesedaran yang mendedahkan kehidupan gay Adam Lambert. Wakil mahasiswa, yang dihantar meninjau di dalam stadium melaporkan bahawa suasana sangat teruk sehingga ada yang pengsan kerana sesak nafas. Peminat-peminat juga berkelakuan sangat teruk umpama diserang histeria. |
Konsert: Peserta XPDC dakwah lepasi halangan FRU
Friday, October 15, 2010BN siap sedia untuk pilihan raya mengejut, kata Anwar
Thursday, October 14, 2010
Tindakan terbaru kerajaan menunda pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah pentanda “utama” bahawa pilihan raya umum ke-13 semakin hampir, kata ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Ada kemungkinan kita akan saksikan pilihan raya umum yang mengejut dan saya jangkakan pembentangan bajet esok adalah bajet pilihan raya,” katanya pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.
Anwar, yang pernah menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan berkata, rang undang-undang GST itu dirangka dengan lemah dan ia bukan hanya akan membebankan rakyat tetapi juga tidak mampu membantu menjana pertumbuhan ekonomi Malaysia.
"Ada kemungkinan kita akan saksikan pilihan raya umum yang mengejut dan saya jangkakan pembentangan bajet esok adalah bajet pilihan raya,” katanya pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.
Anwar, yang pernah menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan berkata, rang undang-undang GST itu dirangka dengan lemah dan ia bukan hanya akan membebankan rakyat tetapi juga tidak mampu membantu menjana pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Galas: PAS lancar gerak kerja 19 Oktober
KUALA LUMPUR, 14 Okt: PAS Kelantan akan melancarkan gerak kerja bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas pada 19 Oktober ini bertempat di bandar Gua Musang. Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, senarai nama calon sudah ada di pengetahuan PAS Pusat dan Kelantan akur dengan keputusan itu.Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi negeri berkata demikian ketika ditemui di Rumah Sri Kelantan, di sini ketika menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, malam tadi. “Bagi kita di dalam PAS, senarai nama yang dihantar tersebut adalah semuanya berkelayakan, namun ia terpaksa dibuat pilihan oleh Majlis Syura dan kita harap semua pihak akan menerima sesiapa sahaja yang akan menjadi calon PAS di Galas nanti,” katanya. Menyentuh jentera parti, Muhammad Fadzli berkata, PAS sudah mempunyai banyak pengalaman dan selepas PRU ke-12 hingga kini sudah memasuki 12 PRK dan kesemuanya PAS melibatkan diri,walaupun sebagai pembantu kepada parti gabungan dalam Pakatan Rakyat. “Kita juga yakin jentera PAS dari seluruh negeri akan turun sebaik mungkin dan ini member kekuatan semangat kepada PAS Kelantan dalam PRK Galas ini,” ujarnya lagi. |
Guru meradang maklumat peribadi didedah
![]() |
Setiausaha Agungnya Lok Yim Pheng memberitahu Bernama beliau berharap Kementerian Pendidikan akan menghentikan tindakan itu secepat mungkin.
Beliau menjelaskan masalah itu timbul selepas Pejabat Pendidikan Negeri Selangor mengedarkan pekeliling pada 25 Mei, mengarahkan semua sekolah mengutip yuran dari guru untuk Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP).
Surat ingatan kedua dikeluarkan pada 21 Julai, kata Lok.
Beliau berkata apa yang menjengkelkan guru tersebut apabila salah sebuah daerah di Selangor, Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana telah bertindak keterlaluan apabila mengumpulkan senarai guru yang mempunyai tunggakan.
Senarai itu mengandungi nama, kad pengenalan, gaji, nombor telefon dan tunggakan bagi setiap guru, telah disebar secara meluas di semua sekolah.
"Ini jelas telah melanggar etika profesion perguruan dan kita menuntut Kementerian Pendidikan menjalankan siasatan berhubung tindakan tersebut," tambahnya.
PAS putus calon malam ini
Wednesday, October 13, 2010KUALA LUMPUR, 13 Okt: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, calon PAS yang akan bertanding di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas nanti diputuskan pada malam ini. Presiden PAS itu memberitahu, senarai calon telah diserahkan oleh Jawatankuasa PAS Pusat kepada Dewan Harian PAS yang akan bermesyuarat malam ini."Malam ini parti akan putuskan siapa calon PAS yang akan bertanding, dan kita akan umum pada 22 Oktober nanti. "Calon yang kita akan pilih bukan sahaja mempunyai ketokohan, malah juga sesuai dengan keperluan lapangan," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang ketika ditemui di Dewan Rakyat hari ini. Mengenai PRK Dun Galas itu, beliau berkata PAS mahu turun sebagai underdog berdepan Umno BN. Beliau berkata, biarpun post mortem Pilihan Raya Umum ke-12 lalu menunjukkan PAS mempunyai kelebihan di Dun itu, namun jentera diharap tidak terlalu yakin. "Post mortem yang kita buat, undi parlimen bagi Dun Galas kita menang, walaupun Tengku Razaleigh yang bertanding. "Tapi saya minta PAS jangan over confident, kita mesti meletakkan keyakinan di bawah 50 peratus dan mesti membina sokongan lebih dari 50 peratus," katanya. Selain itu, beliau juga berharap Umno menghadapi PRK Galas pada 4 November nanti secara demokratik dan profesional. |
'Mayat Aminulrasyid dalam kedudukan aneh'
![]() |
Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini, Sahid berkata beliau memerika Aminulrasyid dan mendapati mangsa tidak bernyawa lagi.
Menjawab soalan DPP Dusuki Mohd Mokhtar, Sahid berkata beliau dapat memeriksa bahagian belakang Aminulrasyid dan tidak menemukan sebarang kecederaan.
Tetapi ketika cuba untuk memeriksa dahi mangsa, beliau dihentikan oleh polis.
Selepas ini, saksi itu berkata, beliau cuba mendapat maklumat dari anggota polis di situ mengenai apa yang telah berlaku dan sama ada mayat itu telah dialih.
Pemuda PAS desak batal konsert Adam Lambert
KUALA LUMPUR, 13 Okt: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mengulangi desakan agar kerajaan membatalkan konsert Adam Lambert yang akan berlangsung di Bukit Jalil, malam esok.Ketuanya, Nasrudin Hassan (gambar) menegaskan pihaknya bukanlah anti hiburan dan penganjuran konsert para artis tetapi biarlah hiburan itu tidak bertentangan dengan syariat Islam dan juga norma-norma mulia orang Timur. “Bagi pihak DPPP dan seluruh umat Islam yang prihatin, insya Allah DPPP akan cuba sedaya mungkin untuk mendesak dan memujuk kerajaan agar membatalkan konsert liar ini dan merencana kegiatan untuk mendidik masyarakat khasnya anak-anak muda,” ujarnya. |
Konsert artis 'gay': K'jaan terus dibidas
Bagi Persatuan Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), konsert anjuran Marctensia Entertainment dan syarikat rakaman Sony Music itu harus dibatalkan kerana ia didakwa melanggarkan perlembagaan dan Rukun Negara.
Presiden PPMM, Zainul Rijal Abu Bakar (kiri) berkata, tafsiran undang-undang dalam kes Meor Atiqullah, hakim memutuskan segala dasar yang dilaksanakan hendaklah berdasarkan kaedah hukum Islam."Tetapi apa yang berlaku ini jelas bercanggah dengan Islam dan meruntuhkan akhlak," kata Zainul Rijal kepada Malaysiakini hari ini.
Menurutnya lagi, dalam rukun negara juga digariskan soal kesopanan dan kesusilaan dan bukannya "terkinja-kinja" dalam konsert.
Walaupun dibantah kuat, terutamanya oleh PAS, konsert sulung 'Adam Lambert Glam Nation Tour Live in Malaysia 2010' dilaporkan boleh diteruskan dengan syarat ia menepati garis panduan, antaranya tidak melibatkan kelakuan melampau ketika persembahan.
Ketua Penolong Setiausaha Puspal Mohd Dian Nais dilaporkan berkata penganjurnya telah diberikan penerangan mengenai peraturan lain yang perlu dipatuhi termasuk jarak 7.5 meter antara pentas dan penonton.
Projek pangkalan udara Sg Besi dimeterai tanpa LOI
![]() |
Bagaimanapun, tidak ada surat tawaran atau letter of intent (LOI) dikeluarkan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam jawapan bertulisnya kepada Tian Chua (PKR-Batu).
Chua berkata malah, 1MDB juga telah memeterai perjanjian dengan Mubadala Development yang beribu-pejabat di Abu Dhabi bagi membangunkan semula pangkalan udara seluas 458 ekar itu.
Sultan Kelantan lucutkan gelaran 'Datuk' Ibrahim Ali
Selain Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, gelaran Datuk bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud juga ditarik balik.
![]() |
Pingat itu dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu, Sultan Ismail Petra.
“Saya tidak tahu sebab-sebabnya tetapi pada 7 Oktober lalu, saya ada menziarahi Sultan Ismail di Istana Mahkota. Sejak Sultan Ismail gering dan pulang ke Kelantan, inilah pertama kali saya melawat kerana hubungan peribadi saya amat rapat dengan Sultan Ismail.
Menteri puji PAS jumpa pembangkang Indonesia
Tuesday, October 12, 2010KUALA LUMPUR, 12 Okt: Usaha ahli Parlimen PAS bertemu dengan pihak pembangkang Indonesia pada September lalu mendapat pujian daripada Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman di Dewan Rakyat hari ini. Anifah yang juga ahli Parlimen Kimanis merakamkan ucapan itu ketika sesi soal jawab lisan hari ini sebagai respons kepada ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa yang memberitahu bahawa pertemuan awal September lalu sebagai usaha menjernihkan hubungan Malaysia-Indonesia (gambar)."Saya berterima kasih dengan inisiatif yang telah pun dijalankan oleh Yang Berhormat. Dalam jawapan saya tadi, saya mengatakan bahawa setiap lapisan masyarakat termasuk pemimpin politik harus mengambil satu langkah yang boleh memantapkan lagi hubungan dua hala di antara Malaysia dan Indonesia dan saya tidak pernah katakan bahawa hanya ahli Parlimen daripada Barisan Nasional ataupun kerajaan sahaja yangboleh memainkan peranan,” ujarnya. Beliau juga berharap usaha yang dilakukan PAS itu turut dilakukan oleh ahli Parlimen dan pihak-pihak lain. "Oleh itu saya mengucapkan ribuan terima kasih atas usaha yang dilakukan oleh Yang Berhormat. Usaha seumpama itu saya menyanjung tinggi dan mudah-mudahan usaha seperti yang dilakukan oleh Yang Berhormat dan rakan-rakan yang lain akan diteruskan kerana ini bagi kepentingan bukan sahaja ahli-ahli Parlimen tetapi juga masyarakat kedua-dua negara," katanya. |
PAS, Pakatan mesyuarat esok tentukan umum calon
KUALA LUMPUR, 12 Okt: PAS akan bermesyuarat dengan pimpinan Pakatan Rakyat malam esok bagi menetapkan tarikh pengumuman calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas nanti. Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, setakat ini PAS mempunyai dua pilihan tarikh untuk mengumumkan calon iaitu pada 22 atau 24 Oktober bagi memastikan semua pemimpin utama Pakatan Rakyat dapat hadir ke majlis pengumuman tersebut."Kita nak pastikan Tuan Guru Datuk Nik (Abdul) Aziz, (Datuk Seri) Tuan Guru Abdul Hadi, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang ada pada masa pengumuman tersebut. Kita ambil kira kehadiran mereka, jadi kita kena bincang dahulu dengan mereka malam esok," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini. Beliau juga memberitahu, Dewan Harian PAS dijangka bermesyuarat Rabu depan untuk membincangkan senarai pendek calon yang telah diserahkan kepada Majlis Syura. |
PAS umum calon Galas 24 Oktober
PAS akan mengumumkan nama calonnya untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Galas pada 24 Oktober, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun.
Beliau berkata semua senarai calon parti itu untuk pilihan raya tersebut telah diserahkan kepada Majlis Syura untuk diperhalusi sebelum diputuskan secara muktamad.
"Kita (PAS) bercadang membuat pengumuman nama calon 24 Oktober ini serentak dengan hari pengumuman yang akan dibuat oleh parti lawan BN, ini dikirakan sesuai dan adil bagi semua pihak," katanya kepada Bernama di Pasir Mas hari ini.
Beliau berkata semua senarai calon parti itu untuk pilihan raya tersebut telah diserahkan kepada Majlis Syura untuk diperhalusi sebelum diputuskan secara muktamad.
"Kita (PAS) bercadang membuat pengumuman nama calon 24 Oktober ini serentak dengan hari pengumuman yang akan dibuat oleh parti lawan BN, ini dikirakan sesuai dan adil bagi semua pihak," katanya kepada Bernama di Pasir Mas hari ini.
Tanam semula: Ahmad guris perasaan peneroka
Monday, October 11, 2010 KUALA LUMPUR, 11 Okt: Datuk Ahmad Maslan diminta menghentikan segera pembohongan dan dolak dalik berhubung isu Felda khususnya wang tanam semula kepada peneroka persendirian. Gesaan itu dibuat Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman merujuk kepada beberapa kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang dianggap bukan sahaja cuba memperbodoh peneroka malah tidak wajar keluar dari mulut seorang menteri.Antaranya kenyataan Ahmad yang mendakwa kebun peneroka tanam sendiri menjadi hutan, penuh dengan babi, ular sawa, tikus dan kumbang. Beliau juga mendakwa wang tanam semula RM17,000 diguna peneroka membeli motor, kereta dan membaiki rumah. "Saya gesa beliau menarik balik kenyataan yang mengguris perasaan lebih 14,00 peneroka sawit yang mengurus kebun mereka secara persendirian dengan kadar segera. "Jika tidak, laporan polis besar-besaran akan di buat di seluruh negara," kata Mazlan pada sidang media di parlimen hari ini. |
Ku Li setuju jadi pengarah pilihan raya BN di Galas
Saturday, October 9, 2010
Ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mengesahkan menerima pelantikan sebagai pengarah pilihan raya BN bagi dewan undangan negeri Galas.
Beliau berkata demikian setibanya daripada bercuti di luar negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, pagi ini.
Beliau berkata demikian setibanya daripada bercuti di luar negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, pagi ini. Menurut Razaleigh beliau menerima tanggungjawab itu sebagai anggota Umno dan Ketua Umno Bahagian Gua Musang selama hampir 50 tahun, selain anggota Parlimen kawasan berkenaan.
Bagaimanapun pemimpin veteran Umno itu berkata, keputusan sama ada menerima tawaran sebagai calon BN pada pilihan raya kecil itu hanya akan diputuskan Isnin ini apabila mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun pemimpin veteran Umno itu berkata, keputusan sama ada menerima tawaran sebagai calon BN pada pilihan raya kecil itu hanya akan diputuskan Isnin ini apabila mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Kita belum mengadakan mesyuaratpun. Kita bincang tadi, mungkin saya akan jumpa Perdana Menteri pada hari Isnin depan.
MP Batu Sapi terbunuh dalam kemalangan
Ahli parlimen Batu Sapi Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, hari ini.
Menurut the Star Online, Chong dipercayai menunggang motosikal Kawasaki 750 di jalanSembulan-Tanjung Aru apabila bertembung dengan sebuah kereta Mercedez dari arah bertentangan pada sekitar jam 11.40 pagi ini.
Mayatnya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu.
Chong dilahirkan pada 9 April 1956 di Sandakan. Beliau berkhawin dengan Linda Tsen Thau Lindan mempunyai empat orang anak.
Mendiang berusia 54 tahun.
![]() |
Mayatnya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu.
Chong dilahirkan pada 9 April 1956 di Sandakan. Beliau berkhawin dengan Linda Tsen Thau Lindan mempunyai empat orang anak.
Chong, seorang perunding kejuruteraan adalah bendahari PBS dan pengerusi cawangan Elopura parti itu.
Mendiang menduduki kerusi Batu Sapi sejak pilihan raya umum 2004.
Mendiang menduduki kerusi Batu Sapi sejak pilihan raya umum 2004.
Sultan Kelantan Sembelih Lembu..Allahuakbar...

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V, berkenan untuk mengagihkan daging sembelihan 99 ekor lembu kepada orang miskin di seluruh negeri ini, sempena Hari Keputeraan baginda ke-41 pada 6 Oktober lalu.
Biarlah gambar-gambar ini berbicara sendiri:
dari : Topeng Perak
Cerita Rahimi menurut versi peguam
Masih banyak yang belum diketahui tentang akuan bersumpah Rahimi Osman yang 'penting' itu, antaranya ia didakwa hanya setebal dua hingga tiga halaman sahaja.
Setelah bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tampil mendakwa dipaksa menandatanganinya oleh dua peguam - Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli – kelmarin, lebih banyak persoalan berbanding jawapan yang timbul.
Dalam wawancara dengan Malaysiakini semalam, Latheefa yang juga ketua penerangan PKR menceritakan semula apa yang beliau tahu tentang proses merangka akuan tersebut daripada mula hingga akhir.
Berikut apa yang terjadi bermula pada 28 Jun 2008, seperti yang diceritakan semula oleh Lahteefa:
Pada 28 Jun 2008, PKR mengadakan seminar kepimpinan di Hotel Quality Shah Alam, melibatkan hampir semua pemimpin dan wakil rakyatnya.
Setelah bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tampil mendakwa dipaksa menandatanganinya oleh dua peguam - Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli – kelmarin, lebih banyak persoalan berbanding jawapan yang timbul.
Berikut apa yang terjadi bermula pada 28 Jun 2008, seperti yang diceritakan semula oleh Lahteefa:
Pada 28 Jun 2008, PKR mengadakan seminar kepimpinan di Hotel Quality Shah Alam, melibatkan hampir semua pemimpin dan wakil rakyatnya.
Laporan polis Saiful Bukhari
Pulang wang 'judi', k'jaan P Pinang belum terima sesen
Friday, October 8, 2010
“Kerajaan negeri berharap mereka agar jangan terpedaya dengan Umno kerana yang rugi hanyalah warga emas yang hilang peluang mendapat RM100 setiap tahun dan RM1,000 sekali untuk waris mereka,” kata ketua menterinya, Lim Guan Eng.Isu itu tercetus apabila pada satu majlis anjuran Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim pada 30 September lalu, lebih 40 warga emas memulangkan semula wang ehsan yang selepas berasa curiga dengan sumber wang berkenaan.
Dua hari kemudian, 70 lagi warga emas dari Bayan Baru pula menjejaki tindakan rakan mereka itu dengan mengembalikan wang RM100 ringgit yang diterima mereka kepada Ketua Umno Bahagian Bayan Baru Datuk Abdul Rahim Saibu.
Program diteruskan
Pada 5 Oktober lalu, Ketua Pemuda Umno negeri Norman Zahalan dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata 1,000 lagi warga emas di Pulau Pinang dijangka memulangkan semula wang ehsan yang diterima dari kerajaan negeri selepas curiga dengan sumber wang yang mungkin datang dari kegiatan perjudian.
Budaya 'gay', PAS mahu konsert Lambert dibatal
Sehubungan itu, Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad mengajak rakyat membantah rancangan terbaru kerajaan mengizinkan Konsert Adam Lambert yang dijadualkan pada 14 Oktober depan."Saya yakin rakyat sependapat dengan PAS, iaitu hiburan adalah tuntutan naluri manusia dengan ada tatasusila ketimurannya dan tidak menyimpang dari norma-norma agama di Malaysia,” katanya.
Menurut Dr Dzulkefly jika “budaya mencium pemain keyboard lelaki, beraksi lucah antara penari lelaki yang lain yang digayakan oleh penyanyi gay itu” yang mahu dibawa ke negara ini, rakyat diyakini akan menolaknya.
Katanya, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Artis Luar Negara (Puspal) sepatutnya tidak semberono bersetuju membawa artis gay itu ke negara ini.
Budaya liar
Ini kerana, kata ahli parlimen Kuala Selangor itu, Lambert sebenarnya dikecam hebat oleh dunia apabila melakukan beberapa adegan kontroversi di pentas Anugerah Award Amerika sebelum ini.
Ini kerana, kata ahli parlimen Kuala Selangor itu, Lambert sebenarnya dikecam hebat oleh dunia apabila melakukan beberapa adegan kontroversi di pentas Anugerah Award Amerika sebelum ini.
Campur tangan politik punca PDRM terjejas
| Mohd Nor Yahya |
| KOTA BHARU, 7 Okt: Pakar undang-undang perlembagaan menyifatkan campur tangan keterlaluan kerajaan (politik) dalam institusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyebabkan kredibiliti jabatan itu tercemar dan boleh menghakis kepercayaan rakyat. Prof Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam antarabangsa (UIAM) berkata, jabatan polis sekarang dilihat dipergunakan parti pemerintah bagi mempertahankan hegemoni politik. ”Maka tidak hairanlah apabila polis terlalu banyak bidang kuasa sehingga kebebasan rakyat untuk bersuara pun terhalang. |
Wacana Isu Felda Dan Himpunan Anak Peneroka Felda Lembah Klang
Thursday, October 7, 2010
Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) dengan kerjasama pejabat Ahli Parlimen Shah Alam akan mengadakan satu wacana isu Felda dan himpunan anak-anak peneroka Felda di perantauan pada ahad ini 10 oktober 2010. Program tersebut akan diadakan di Auditorium MBSA, Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam bermula pukul 8 malam hingga 11 malam.
Antara ahli panel dan pemidato pada malam tersebut ialah Tuan Haji Mohd Sabu (AJK Pas Pusat), Mazlan Aliman (Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan), YB Khalid Samad (MP Shah Alam) dan Ustaz Azman Shafawi (Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas).
Program tersebut akan diisi dengan pidato isu-isu Felda, persembahan nyanyian kumpulan 'Man John', pelancaran ANAK Lembah Klang dan jamuan raya. Orang ramai yang berada sekitar Shah Alam dan Lembah Klang dijemput hadir untuk mengetahui perkembangan terkini isu 'besar' negara tersebut.
Bagi anak peneroka dan keluarga, dipelawa untuk mendaftar menjadi ahli ANAK dan kaunter keahlian akan dibuka pada majlis tersebut.
Antara ahli panel dan pemidato pada malam tersebut ialah Tuan Haji Mohd Sabu (AJK Pas Pusat), Mazlan Aliman (Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan), YB Khalid Samad (MP Shah Alam) dan Ustaz Azman Shafawi (Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas).
Program tersebut akan diisi dengan pidato isu-isu Felda, persembahan nyanyian kumpulan 'Man John', pelancaran ANAK Lembah Klang dan jamuan raya. Orang ramai yang berada sekitar Shah Alam dan Lembah Klang dijemput hadir untuk mengetahui perkembangan terkini isu 'besar' negara tersebut.
Bagi anak peneroka dan keluarga, dipelawa untuk mendaftar menjadi ahli ANAK dan kaunter keahlian akan dibuka pada majlis tersebut.
Semua petugas PAS, Pakatan dikerah ke Galas
Wednesday, October 6, 2010KUALA LUMPUR, 6 Sept: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru semua ahli dan petugas PAS, serta seluruh petugas Pakatan Rakyat dengan kepakaran yang berbagai supaya dapat turun ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas, Kelantan. Ini, kata Presiden PAS itu, untuk sama-sama bertugas bagi mempertahankan kemenangan kerusi PAS di Dun Galas yang diperolehi menerusi Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu.Katanya, berikutan kekosongan kerusi N.45 Galas, PAS telah pun menggerakkan seluruh jentera pilihan raya PAS di peringkat pusat, negeri, kawasan dan Dun untuk berhadapan dengan pilihanraya kecil berkenaan yang akan diadakan pada 4 November ini. Dalam Pilihan Raya Kecil itu nanti, tambahnya PAS akan meletakkan calon yang berwibawa dan selayaknya untuk memikul amanah rakyat di Dun Galas, sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Almarhum Chek Hashim sepanjang tempoh beliau berdampingan dengan rakyat di Dun berkenaan. “Bertugaslah dengan penuh semangat dan dedikasi dengan menggunakan segala bentuk ilmu kemahiran berpilihan raya, dan janganlah kita terperangkap dengan provokasi dan segala bentuk taktik buruk serta tidak bermoral yang akan dilakukan oleh lawan kita nanti |
Album Ijtimak Tarbawi
Sohibus Samahah Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang [ Presiden PAS ]
Merasmikan Ijtimak Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan kali Pertama
di Masjid Rusila Marang Terengganu Darul Iman .
Saf kepimpinan yang diiktiraf sebagai Murabbi kepada anak - anak muda yang menyertai Jamaah Islam ini . [ Tuan Guru Hj Abdul Hadi , Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim , Tuan Guru Hj Yahya Othman dan al Ustaz Abu Bakar Chik.
Ustaz Riduan Mohd Nor [ Orang kuat DPPP ] sedang mempengerusi Majlis Taklimat Ijtimak Tarbawi sebelum tirai Ijtimak dibuka dengan bacaan al Mathurat .
Pilihan raya Galas: 26 Okt penamaan calon, 4 Nov undi
![]() |
Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat, pagi ini.
Menurut Wan Ahmad, seramai 11,553 pengundi yang melibat 11,426 pengundi biasa manakala 127 pengundi pos layak menentukan ADUN di Galas.
SPR juga menamakan Ketua Jajahan Gua Musang, Wan Mustaffa Wan Abdul Halim sebagai pegawai pengurus pilihan raya yang akan dibantu oleh tiga penolong pengurus.
![]() |
Sebanyak 11 buah sekolah, sebuah balai dan dewan akan digunakan sebagai tempat mengundi yang membabit 25 buah saluran.
Wan Ahmad juga berkata seramai 323 petugas pilihan raya telah dilantik oleh SPR bagi melincinkan perjalanan pilihan raya itu.
Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima, 48, akibat barah usus, 27 September lalu.Pada Pilihan Raya Umum 2008, Chek Hashim mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari Barisan Nasional (BN), Mohd Saufi Deraman (3,753 undi) dengan majoriti 646 undi.
Galas terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang bersama DUN Nenggiri dan DUN Paloh
Subscribe to:
Posts (Atom)
ADUAN MASALAH
HANTAR ARTIKEL
DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM
Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.


KUALA LUMPUR, 15 Okt: Peserta XPDC dakwah membantah konsert artis Gay, Adam Lambert, malam tadi berjaya melepasi halangan pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) untuk berkumpul di hadapan perkarangan Stadium Putra Bukit Jalil.
Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, senarai nama calon sudah ada di pengetahuan PAS Pusat dan Kelantan akur dengan keputusan itu.
Presiden PAS itu memberitahu, senarai calon telah diserahkan oleh Jawatankuasa PAS Pusat kepada Dewan Harian PAS yang akan bermesyuarat malam ini.
KUALA LUMPUR, 13 Okt: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mengulangi desakan agar kerajaan membatalkan konsert Adam Lambert yang akan berlangsung di Bukit Jalil, malam esok.

Anifah yang juga ahli Parlimen Kimanis merakamkan ucapan itu ketika sesi soal jawab lisan hari ini sebagai respons kepada ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa yang memberitahu bahawa pertemuan awal September lalu sebagai usaha menjernihkan hubungan Malaysia-Indonesia (gambar).
Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, setakat ini PAS mempunyai dua pilihan tarikh untuk mengumumkan calon iaitu pada 22 atau 24 Oktober bagi memastikan semua pemimpin utama Pakatan Rakyat dapat hadir ke majlis pengumuman tersebut.
Gesaan itu dibuat Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman merujuk kepada beberapa kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang dianggap bukan sahaja cuba memperbodoh peneroka malah tidak wajar keluar dari mulut seorang menteri.





HTTP adalah singkatan dari HyperText Transport Protocol, iaitu salah satu protokol yang mengandungi bahasa yang difahami antara webserver dan klien (web browser di pc).