Penyokong Nizar, Zambry mula berkumpul

Tuesday, February 9, 2010
Nazri Abdullah   
PUTRAJAYA, 9 Feb: Para penyokong Menteri Besar Pakatan Rakyat (PR) Perak, Datuk Seri Ir Mohammah Nizar Jamaluddin dan BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mula berkumpul di pekarangan Mahkamah Persekutuan di sini, kira-kira kam 7.00 pagi tadi bagi mengikuti keputusan siapakah menteri besar yang sah. Penyokong PR yang diketuai Kelab Penyokong PR Perak, Drs Khalil Idham Lim tidak dibenarkan memasuki mahkamah.
Begitu juga dengan penyokong Zambry yang memakai baju kuning bertulis Daulat Tuanku dan 1Malaysia serta Belia 4B dan Pewaris sambil melaungkan Daulat Tuanku dan 1Malaysia.
Hanya seorang wakil daripada setiap media dibenarkan masuk ke bangunan mahkamah manakala yang lain berkumpul di luar.
Sehingga jam 8.30 pagi, lebih 500 penyokong kedua-dua belah pihak memenuhi pekarangan mahkamah.
Empat buah bas yang membawa penyokong Nizar dari Perak juga sudah tiba.

Lintas langsung dari Mahkamah Persekutuan Putrajaya

http://idhamlim.blogspot.com
Saya akan berada di mahkamah Persekutuan Putrajaya pagi ini bersama-sama dengan DS. Nizar serta ADUN yang lain. Selain itu saya jangkakan ramai kepimpinan PAS yang akan hadir. Bagi Negeri Perak antara yang memberi pengesahan ialah Pesuruhjaya PAS Negeri, Ust. Abu Bakar Hussain.

Selain itu sejak kelmarin Bas yang disediakan oleh PAS Perak sebanyak 4 buah telah penuh disisi dan disamping itu terdapat lagi beberapa buah bas yang dikendalikan oleh PAS kawasan.

Komponen lain dalam Pakatan Rakyat Perak iaitu PKR dan DAP dimaklumkan juga menyediakan bas percuma untuk ahlinya. Jumlahnya tidak dapat disahkan.

Gelombang penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat dan para pemerhati untuk hadir di Putrajaya pada hari ini saya yakin memberangsangkan. Berdasarkan SMS dan talifon yang saya terima, saya jangka jumlah kehadiran pada hari ini adalah jumlah yang teramai dalam perbicaraan kes Perak yang mencuti banyak perhatian banyak pihak.

Semuga pakatan Rakyat Perak sekali lagi diberi peluang untuk menerahui kerajaan negeri dengan keputusan yang akan diumumkan pada jam 9.30 pagi ini.

Jumpa di sana.

Muflis 2012: PAS mohon Sultan Johor campurtangan

Monday, February 8, 2010
Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 8 Feb: PAS mahu Sultan Johor ,Tunku Ibrahim Ismail campurtangan ekoran kedudukan kewangan kerajaan negeri itu yang didakwa sangat lemah sehingga dijangka membawa kepada muflis pada tahun 2012.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Zulkifli Ahmad mendedahkan, bagi tempoh tiga tahun berturut-turut negeri itu mengalami defesit sebanyak RM2.04 juta (bajet 2008), RM2.746 juta (bajet 2009) dan RM1.5 juta (bajet 2010).

Dalam masa yang sama katanya, hutang kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan meningkat 20.6 peratus daripada RM841.13 juta pada 2007 kepada RM1,010 juta atau RM1.01 bilion pada 2008.

"Menurut laporan Ketua Audit Negara 2008, kecairan tunai (Liquidity Ratio) kerajaan Johor adalah rendah kerana jumlah aset semasa hanyalah berjumlah RM201.53 juta (Tunai RM36.37 juta dan pelaburan RM165.16 juta) berbanding tanggungan semasa yang  berjumlah RM943.54 juta.

24 kerusi panas jadi rebutan di Perak

Dua puluh empat kerusi dianggap panas di Perak dan dikatakan bakal menentukan samada Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional akan berkuasa jika pilihan raya negeri diadakan dalam masa terdekat ini.

NONEKemelut politik di Perak dijangka bertambah kusut apabila mahkamah persekutuan membuat keputusan esok berhubung siapa yang sepatutnya menduduki kerusi menteri besar Perak.

Majoriti 24 daripada kerusi panas itu terletak di luar bandar dan juga pinggir bandar dan kebanyakan pengundi mereka terdiri daripada masyarakat Melayu.

Kerusi-kerusi itu juga dimenangi dengan hanya kelebihan kurang 10 peratus undi pada pilihan raya umum lalu. Justeru, perubahaan 5 peratus sokongan akan menyaksikan pertukaran kerusi di antara kedua-dua parti berkenaan.

MANA NAK LETAK MUKA : MAHKAMAH ARAH RODA EYE ON MALAYSIA DIBUKA

Ketua Menteri Melaka pasti tidak lena tidur apabila Mahkamah Tinggi Dagang di sini, hari ini membenarkan permohonan syarikat dari Belgium, Fitraco NV untuk memindah keluar roda gergasi 'Eye of Malaysia' dan boleh memasuki tanah milik syarikat "Eye On Malaysia Sdn Bhd.

Mahkamah juga memerintahkan tanah itu dibaikpulih seperti sedia kala selepas roda itu dibuka.

Hakim juga perintahkn defendan pertama, MST Ad Suria Sdn Bhd, membayar kos RM35,000 dan defendan kedua, Eye On Malaysia Sdn Bhd membayar RM10,000 kepada plaintif.

PERUTUSAN YB NIZAR MENJELANG KEPUTUSAN

24 Safar 1431H.
http://kamparinn.blogspot.com

Asalamualaikum dan salam sejahtera

Kepada semua rakyat dan warga Perak, diharap mari kita sama sama berdoa agar Allah SWT menjadikan 5 orang hakim di Mahkamah Persekutauan esok berani dan berlaku adil serta berlaku benar dalam memutuskan kedudukan MB sah bagi negeri Perak. Doakan agar kemenangan di pihak Pakatan Rakyat kerana inilah kerajaan sah yang dipilih rakyat mengikut lunas demokrasi pilihanraya. Tetapi telah dirampas dengan kejam dan tidak bertamaddun oleh UMNO BN yg di ketuai oleh Dato Najib Tun Razak pada 5 Februari 2009, setahun yang lalu.

UMNO peralatkan kakitangan Kerajaan

IPOH, Setiausaha Perhubungan PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki menyatakan bahawa Zambry dan UMNO BN semakin terdesak dalam menanti keputusan Mahkamah Persekutuan yang dijadualkan 9 Februari ini. Menurut beliau Zambry dilihat dalam keadaan gelisah dengan penghakiman yang akan dibuat oleh para hakim dalam menentukan siapa Menteri Besar yang sah di Perak. Perkara ini terbukti apabila mereka cuba mengaburkan rakyat dengan menganjurkan solat hajat yang pastinya bertujuan mempertahankan kuasa haramnya itu.

Beliau menjelaskan, PAS sejak dahulu lagi menggunakan pendekatan sedemikian bagi memohon pertolongan dari Allah SWT dalam berdepan dengan kezaliman yang dilakukan oleh UMNO/BN disamping melalui proses undang-undang dan politik.

Perbicaraan kes liwat ditangguh

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 8 Feb: Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang masuk hari keempat hari ini ditangguhkan ke pagi esok ekoran permohonan peguamnya, Karpal Singh supaya Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md Diah yang mendengar kes itu dilucutkan. Ini kerana pihak peguam tidak berpuas hati dengan cara hakim mengendalikan permohonan mereka terhadap bantahan berhubung liputan Utusan Malaysia supaya diambil tindakan menghina mahkamah.
Pada 4 Februari lalu, Anwar mengecam laporan akhbar berkenaan pada hari itu yang disifatkan sebagai kotor, biadab dan jijik.
Menurutnya, laporan Utusan muka depan hari ini bertajuk "Tak rela diliwat lagi" sebagai memetik kenyataan Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah cubaan fitnah kerana tiada dalam rekod mahkamah sepanjang perbicaraan semalam.
Karpal pula memohon mahkamah mengenakan perintah menghina mahkamah terhadap akhbar tersebut.
Katanya, laporan itu dibuat dengan niat jahat kerana apa yang tiada dalam prosiding perbicaraan kes liwat itu dilaporkan dalam artikel berkenaan.

Keputusan Jawatankuasa Disiplin Perlu Di Taati

Oleh: admin_ann

"Berikut adalah temuramah ringkas pihak ANN bersama YB Ust Nasharudin Mat Isa  di KLIA sejurus sebelum beliau berangkat ke Doha, Qatar.

ANN : Selepas Jawatankuasa Disiplin PAS membuat keputusan dengan memberi amaran kepada Pesuruhjaya Pas Selangor, YB Dato  Dr. Hasan Ali dan menggantung jawatan parti selama 6 bulan kepada Yang DiPertua PAS Shah Alam, YB Khalid Samad, kedengaran suara-suara dikalangan blogger, ahli dan pimpinan PAS sendiri yang tidak berpuashati terhadap hukuman tersebut,lebih-lebih lagi dikalangan pengikut dan rakan-rakan YB Khalid Samad. Bagaimana YB melihat perkembangan tersebut?

YB Nasharudin : Selepas keputusan keluar masih terdapat respon-respon yang seolah-olah mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Disiplin tersebut. Saya ingin memberikan nasihat dan pandangan di sini. Pertamanya, keputusan jawatankuasa disiplin itu adalah keputusan yang dibuat secara kolektif oleh jawatankuasa bukan oleh individu, bukannya oleh pengerusi jawatankuasa disiplin dan sudah tentulah selepas menerima bahan-bahan bukti yang sewajarnya dan selepas mengadakan perbincangan dan juga selepas mengadakan soal jawab bersama mereka yang terlibat, keputusan tersebut telah dibuat.
Isunya saya lihat ada beberapa kenyataan termasuk kenyataan yang keluar daripada pimpinan Dewan Pemuda yang merupakan salah seorang ahli jawatankuasa pemuda yang mempertikaikan keputusan tersebut.
Ini adalah sebuah jamaah Islam, sebuah gerakan Islam, sebuah parti Islam yang mempunyai disiplinnya sendiri. Disiplin itu adalah disiplin untuk kita mentaati keputusan parti. Memang parti tidak pernah menyekat seseorang untuk memberikan pandangan, pendapat dan sebagainya, tetapi pandangan dan pendapat itu mestilah dalam kerangka jamaah itu sendiri, dalam kerangka Islam,dalam kerangka adab dan akhlak Islam.
Saya melihat mempertikaikan kenyataan/keputusan jawatankuasa disiplin ini adalah sedikit keterlaluan kerana saya sebutkan tadi keputusan itu dibuat secara kolektif dan bagi saya keputusan ini bukan sekadar perlu dihormati tetapi perlu ditaati keputusan tersebut kerana itu mewakili parti dan ianya telah dibuat dengan penilitian dengan bahan bukti dengan temubual dengan mereka yang berkenaan dan bukan sesuatu yang dihasilkan oleh individu-individu tertentu di dalam jawatankuasa tersebut.

Bubar Dun Perak - Nizar


SHAH ALAM, 8 Feb: Perkara pertama akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Perak adalah membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) jika keputusan Mahkamah Persekutuan esok memihak kepada PR, kata Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin. Menteri Besar PR Perak itu berkata, itulah komitmen PR sejak berlaku krisis politik Perak setahun lalu dengan memulangkan hak kepada rakyat Negeri Perak untuk memilih semula kerajaan mana-mana kerajaan yang mereka yakini dalam pilihan raya yang diadakan semula selepas pembubaran itu.
"Sebaik PR diumumkan menang dalam perbicaraan dahulu, sebaik memasuki pejabat Menteri Besar Perak, kita terus menulis surat kepada Kebawah Tuanku Sultan Perak agar berkenan untuk membubarkan Dun Perak bagi membolehkan rakyat menggunakan hak mereka memilih kerajaan melalui pilihan raya semula.
"Namun tidak berjaya kerana Umno BN telah melakukan sesuatu untuk menghalang proses demokrasi berjalan lancar dalam negara ini," tegasnya lagi.

Royalti: Pemuda minta SPRM siasat Mustapa Mohamed

Sunday, February 7, 2010
Salmah Mat Husain   
KOTA BHARU, 7 Feb: Dewan Pemuda PAS Kelantan hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Pengerusi Perhubungannya Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed kerana didakwa bertindak di luar bidang kuasa berhubung Wang Ehsan negeri itu.

Laporan berkenaan dibuat anggota jawatankuasa Dewan Pemuda PAS negeri, Mohammad Abdul Rashid Yah yang juga seorang peguam.

Mustapa sebelum ini dilaporkan menyebut Perhubungan Umno Kelantan akan berjumpa dengan Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan projek hasil wang ehsan.

Nik Aziz kesal lakaran blog cuba mengaibnya

Salmah Mat Husain & Muhammad Yusri Amin   
KOTA BHARU, 7 Feb: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa kesal terhadap seorang penulis blog membuat lakaran begitu mengaibkan membabitkan dirinya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya beliau tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis mengenai perlakuan tersebut sekiranya tiada orang berbuat demikian.
(Gambar: Mejar (B) Mohamad Ibrahim (kanan) dan Hisyam Fauzi menunjukkan salinan laporan polis)

Namun beliau amat berterima kasih kepada pihak yang telah terlebih dahulu membuat laporan polis berhubung fitnah tersebut.

LANTIK AHLI MAJLIS KERAJAAN TEMPATAN: UMNO TERDESAK

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) terkejut dengan perlantikan semua Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang belum tamat tempoh di segerakan perlantikan semula oleh UMNO / Barisan Nasional (BN) Negeri Perak.

Usaha ini di lihat terdesak, berikutan pengumuman keputusan Mahkamah Persekutuan berkaitan Menteri Besar Perak yang sah pada 9 Februari ini. DPPN Pk melihat tindakkan tersebut menunjukkan bahawa mereka mahu terus menguasai PBT walaupun berlakunya perubahan pentadbiran Kerajaan Negeri.

Tindakkan mereka adalah untuk memastikan PBT yang di kuasai mereka lumpuh jika berlaku perubahan kepimpinan Kerajaan Negeri. Ini yang telah berlaku selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 12 tahun 2008 yang lalu.

nizar paling layak jadi MB perak

http://ajijoi.blogspot.com/


JELAPANG 6 FEB Ketibaan rombongan kami di pekan Jelapang pada jam 8.35 pagi disambut meriah oleh jawatankuasa sambutan pimpinan DAP tempatan.Rombongan terdiri dari 22 orang itu diketui oleh YAB. Menteri Besar Rakyat Perak,DS. Muhammad Nizar Jamaludin dan Isteri. Ikut sama ialah YB. Drs. Khalil Idham Lim, YB. Tai Sing Eng, YB. Hussain Din, YB. Ramli Tusin, YB. Ab. Yunus jamhari, YB. Mohd. Zainuddin dan YB. Chan Ming Kai.

Selain Itu ikut Serta Timbalan PesuruhJaya PAS Perak, Dr. Khairuddin, Wakil-wakil dari Sekretariat Wanita PR Perak dan para blogger.

Penduduk pekan Jelapang yang sedang menikmati cuti hari Sabtu mereka bagaikan tidak percaya apabila tiba-tiba disapa oleh Dato Seri Nizar yang datang bertandang menjenguk sebentar kehidupan harian mereka disana.

Chua dakwa Umno guna isu Allah pecahkan Pakatan


Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Seri Chua Jui Meng berkata penggunaan kalimah Allah sehingga tercetusnya insiden pembakaran gereja dan rumah ibadat adalah "isu politik bukannya isu agama".

Beliau mendakwa Umno cuba menggunakan isu ini untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun katanya, apa yang diharapkan oleh Umno berlaku sebaliknya apabila PAS dan Pakatan Rakyat membuat keputusan untuk mempertahankan penggunaan kalimah ini.

"Selepas kejadian pembakaran gereja tersebut, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pergi melawat kawasan tersebut menyebabkan Umno terkejut dengan tindakan PAS.

"Ditambah pula selepas pembakaran tersebut, penganut agama Kristian mengampuni orang membakar gereja mereka," katanya dalam satu forum kalimah Allah di ibu negara malam tadi.

Selain Chua, forum anjuran Lajnah Penerangan Pemuda PAS, berlangsung di Hotel Antarabangsa Kuala Lumpur, turut dihadiri oleh dua lagi ahli panel iaitu mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin dan Ketua Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hasan Tantawi.

2 enjin jet TUDM dijumpai di Uruguay


Kerajaan Uruguay telah menghantar notis kepada kerajaan Malaysia bahawa ia telah menemui dua enjin jet F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang, kata Peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini.

Katanya kerajaan menangani perkara itu dengan penuh kesungguhan dan sedang mengambil langkah perlu bagi mendapatkan kembali dua enjin berkenaan setelah menerima makluman daripada kerajaan Uruguay tentang penemuannya.

"Kejayaan yang dicapai setakat ini, hingga membawa kepada penemuan dua enjin jet milik TUDM itu, adalah hasil usaha dan kerjasama rapat antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Uruguay," katanya dalam satu kenyataan.

Isu JK Disiplin : Sebenarnya Orang Masih Sayangkan PAS

Oleh: Dr. Hamzah Jaafar (TPJ PAS Negeri Pahang)

Dunia PAS mutaakhir ini sering bergelora. Ombaknya beralun dek kemenangan yang tidak diduga pada PRU12 Mac 2008. Kira-kiranya dah agak tenang selepas gelora UG tapi ramai yang meramalkan akan bergelora kembali selepas keputusan JK Disiplin PAS diumumkan. Ternyata ramalan tersebut menjadi kenyataan.

Ramai juga yang bertanya saya mengenai keputusan JK Disiplin tapi saya berdiam diri. Cuma.. bertambah ramai yang bertanya pandangan apabila mereka membaca luahan Abdullah Karim dalam blog. Orang bertanya saya mungkin atas dasar Pengerusi JK Disiplin adalah PJ Pahang dan Abdullah Karim juga Ahli Badan Perhubungan PAS Pahang merangkap Penasihat/Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS Pahang(meletak jawatan pada 30.1.2010 kerana menemani isterinya di Scotland). Dan kebetulan saya pula diamanahkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang.

Saya hanya mampu berkata "hormatilah dan akurlah dengan keputusan JK Disiplin pimpinan Dato' Tuan Ibrahim (DATI) dan hormatilah jua pandangan Abdullah Karim, seorang anak muda yang mungkin suatu hari nanti amat berguna mewarisi kepimpinan parti".

Saya telah membaca luahan DATI dalam blognya. Ya.. DATI adalah seorang yang baik dan jiwanya lembut. Kalau beliau menyatakan bahawa pada awalnya beliau menolak amanah sebagai Pengerusi JK Disiplin maka sesungguhnya penolakannya itu saya yakin kerana jawatan itu tidak sesuai dengan jiwanya. Beliau memang seorang yang mudah mesra dengan semua orang hatta dengan kanak-kanak. Bagi saya menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada DATI boleh dianggap satu yang tak wajar. Meletakkan sesuatu, tak kena pada tempatnya adalah zalim namanya. Tapi akhirnya amanah itu terpaksa dipikulnya jua mungkin atas kapasitinya sebagai Naib Presiden.

Petronas Should Do The Right Thing - Tengku Razaleigh

KUALA LUMPUR: Former Petronas chairman Tengku Razaleigh Hamzah wants Petronas to do the right thing and honour its agreements with state governments.

He thinks that Petronas has made a serious mistake by paying out wang ehsan or "compassionante grants" instead of cash payments or oil royalties.

"[That's] because there is no provision in the law or in the agreements for Petronas to pay out compassionate grants. Some people say this could be illegal payment. I am not a lawyer to determine this," said Razaleigh.

He also said the payments were made to the wrong party instead of the parties named under Section 4 of the Petroleum Development Act 1974.

XPDC Jelajah Daerah sempena Setahun Kudeta: Bertolak dari pokok demokrasi

IPOH 6 FEB Sempena genap setahun rampasan kuasa yang dilakukan BN di negeri Perak ini, Pakatan Rakyat Perak telah mengadakan ekspedisi menjelajah ke setiap daerah di negeri Perak untuk bertemu dengan rakyat. Bermula daripada pokok demokrasi di Ipoh dan akan berakhir di Parit Buntar (xpdc utara) dan Teluk Intan (xpdc selatan).

Berbanding dengan Zambry yang menyambut setahun berkuasa secara haram dinegeri Perak ini dengan mengadakan Solat Hajat dikediamannya dengan mengeluarkan arahan supaya setiap masjid dinegeri ini menghantar 5 orang imam mereka kerumah Zambry. Ini amat berlawanan dengan usaha yang dilakuakan oleh Dato Seri Nizar dengan beliau sendiri yang turun padang untuk bertemu dengan rakyat dinegeri Perak ini.

Nik Aziz offered discussion on religion, not unity govt

Wong Choon Mei   
KOTA BHARU, Feb 6: PAS Spiritual Adviser Nik Aziz Nik Mat invited Umno to discuss religion and religious issues, with special focus on finding a way forward in the Allah row, and not on politics or forming a unity government as Prime Minister Najib Razak and his cohorts are trying to imply, PAS leaders said.

“I am sure Umno knows what Tuan Guru Nik Aziz meant but as usual they must twist and turn everything into polemics that are for their own benefit and not for the community or the country,” Kota Bharu MP Wan Rahim Wan Abdullah told Harakahdaily.

TNC UM pula didesak letak jawatan

Friday, February 5, 2010
Sekumpulan 50 mahasiswa dihalang daripada memasuki Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya (UM) bagi mendesak timbalan naib canseor bahagian Hal Ehwal Pelajar UM, Dr Azarae Idris meletakkan jawatan, susulan daripada keputusan pilihan raya kampus minggu lalu.

NONEDiketuai pengerusi Gabungan Mahasiswa Bantah E-undi (Bantah), Mohd Aizat Mohd Salleh, kumpulan tersebut sebelumnya, berarak daripada Akademi Pengajian Islam (API) sambil membawa satu patung sebagai tanda 'mahasiswa ditindas.'

Pihak keselamatan univesiti membuat dua sekatan bagi menghalang kumpulan tersebut daripada terus mara, namun kesemua mereka berjaya meloloskan diri.

Sekatan pertama oleh anggota keselamatan universiti diadakan berhampiran Kolej Kediaman Kelima, manakala satu lagi berdekatan Kolej Kediaman Kedua.

Kes Anwar Disambung Isnin Depan

Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI & AU YEONG HOW
KUALA LUMPUR:
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan perbicaraan Kes Liwat melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Isnin depan, 8 Februari pukul 9.30 pagi.

Penangguhan itu dibuat setelah pihak mahkamah menjalankan prosiding yang masuk hari ketiga hari ini selepas hakim, pihak pendakwaan, dan pihak pembelaan mengunjungi Kondominium Desa Damansara, tempat kesalahan itu didakwa dilakukan ke atas pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim, pihak pendakwa dan pembela kes ini dilihat keluar dari Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara pada pukul 12.5O tengah hari selepas meluangkan masa lebih 45 minit membuat pemeriksaan kali kedua ke Unit 11-5-1 di kondominium didakwa tempat kejadian berlaku setelah berbuat demikian semalam.
Sementara itu, prosiding ketiga hari ini disambung dengan keterangan Mohd Saiful memberitahu mahkamah bahawa dia tidak membuang air besar selama dua hari selepas didakwa diliwat oleh Anwar.
Pada prosiding yang sama, Mohd Saiful turut memberi keterangan terhadapa sampel-sampel yang diambil dari badannya selain baju dan seluar dalamnya turut dijadikan bahan bukti.

Melayu, Islam Pulau Pinang jauh lebih terbela di bawah PR

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 5 Feb: PAS mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang kerana berjaya menunjukkan prestasi yang begitu membanggakan selepas mentadbir negeri pulau mutiara itu sejak dua tahun yang lalu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata walaupun Barisan Nasional (BN) yang kalah dalam Pilihan raya Umum 2008 cuba untuk menaburkan fitnah bahawa PR tidak mampu tadbir negeri itu dengan baik, namun rakyat akhirnya dapat melihat sendiri bagaimana cekapnya pemerintahan di bawah Pakatan.
Pada 2007, katanya, Kerajaan BN mensasarkan Belanjawan 2008 mengalami defisit RM35 juta tetapi sebaik sahaja kerajaan bertukar kepada PR, belanjawan itu mengalami lebihan RM88 juta, iaitu lebihan paling tinggi dalam sejarah Pulau Pinang.

LAMAN web pro pakatan rakyat mula bermasalah

Jika dilihat senario yang berlaku dalam sehari dua ini, akses untuk laman-laman web pro PR semakin menghadapi kesukaran. Adakah ini merupakan hasil lawatan najib ke India baru-baru ini untuk meminta bantuan dengan peruntukan tinggi bagi mengawal laman-laman "perkauman" (mengikut istilah UMNO perkauman adalah sesiapa yang menyokong pembangkang). Nampaknya mereka mula kepanasan dengan serangan hebat bloggers dan laman-laman web terhadap kepincangan kepimpinan BN sehingga terpaksa bermain dengan taktik kotor sekali. Senario ini pernah beberapa kali berlaku terutama apabila menjelang Pilihanraya dan adakah ini bermakna Pilihanraya di Perak akan berlaku dalam masa terdekat sehingga rakyat perlu dipisahkan dari maklumat?

Saiful: Dua hari tak buang air besar

Mohd Saiful Bukhari Azlan memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa dia tidak membuang air besar selama dua hari selepas didakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika menyambung keterangannya pada hari ketiga perbicaraan kes terhadap Anwar yang dituduh meliwatnya, Mohd Saiful berkata seluar panjang yang dipakainya pada hari kejadian adalah hadiah daripada Anwar.

Mohd Saiful, 25, bekas pembantu peribadi Anwar, adalah saksi pertama yang memberi keterangan apabila kes itu bermula pada Rabu di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]