Mohon maaf dan lantik penasihat syariah, kata Asri

Saturday, October 23, 2010
Mereka yang terlibat dengan penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu perlu membuat permohonan maaf kepada umat Islam kerana tindakan mereka itu adalah satu penghinaan kepada Islam, kata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

“Sama sekali ia tidak Islamik. Penganjur amat salah jika menyangka Islamic design dan Islamic fashion hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan yang berunsur Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum-hakam syarak,” katanya dalam satu kenyataan.

Meskipun tidak menamakan sesiapa, namun kenyataan Dr Asri itu merujuk kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, parti politik dan juga orang perseorangan yang membidas tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor selaku penaung yang Festival Busana Muslim itu.

“IFF boleh memberikan gambaran salah yang serius mengenai pakaian dalam Islam. Ia juga melambang kecelaruan fikiran mereka yang terlibat.

“Islam tidak menghalang fesyen untuk wanita, tetapi mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri. Penganjuran fesyen pakaian itu tidak salah, tetapi konsep dan pengisiannya IFF itu salah disebabkan tidak memahami prinsip dan etika dalam hal ini,” katanya.

Festival busana: NGO, pelajar Islam kecam Rosmah

Friday, October 22, 2010
Semakin ramai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, parti politik dan juga orang perseorangan tampil membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW pada penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu.

Antaranya, bahagian hal ehwal wanita, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang berpandangan bahawa isu penjagaan aurat dan hijab adalah vital jika masyarakat mahu membicarakan tentang fesyen Islam.

“Justeru, HELWA ABIM merasa sangat kecewa dan terkilan dengan interpretasi fesyen Islam yang gagal dihayati dan difahami secara keseluruhannya, khususnya menyentuh isu penjagaan aurat yang menjadi elemen terpenting dalam penghayatan Islam secara keseluruhannya.

Dr Zulkefli calon PAS di Galas

Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Dun Galas.
Pengumuman itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis pengisytiharan calon di Dataran Ilmu, di sini sekitar jam 11.54 malam ini.
“Inilah pemimpin yang PAS pilih sebagai ‘Calon Kita’ bagi Pilihan Raya Kecil N.45 Dun Galas. Beliau adalah Dr Zulkefli Mohamad,” umumnya yang juga Menteri Besar Kelantan.
Menurut Tuan Guru Nik Aziz, Zulkefli dipilih kerana diyakini mampu meneruskan kerja cemerlang yang telah diusahakan wakil rakyat sebelum ini, Allahyarham Chek Hashim Sulaima.

Resolusi Ahli Parlimen Seluruh Dunia Tuntut Gugurkan Kes Anwar

Thursday, October 21, 2010
Image Hosted by ImageShack.usThe IPU is the international organization of Parliaments. It was established in 1889.The IPU is the focal point for world-wide parliamentary dialogue and works for peace and co-operation among peoples and for the firm establishment of representative democracy.

Image Hosted by ImageShack.us
Sumber asal : IPU Resolution on Anwar Ibrahim

Festival busana: PAS berhimpun bantah Rosmah

Dewan pemuda PAS pusat akan berhimpun secara aman bagi membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW pada penganjuran Festival Busana Muslim di Kuala Lumpur, baru-baru ini, lapor Harakahdaily.

"DPPP mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah Mansor yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad SAW apabila salah satu fesyen mereka menulis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.

"Kita desak Rosmah bertaubat dan minta maaf kepada umat Islam secara terbuka," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Katanya, bantahan berkenaan akan diadakan di masjid negeri seluruh Malaysia selepas solat Jumaat, 22 Oktober ini.

Pada festival itu, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik didakwa diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.
Wednesday, October 20, 2010

Media Baru Pemuda PAS

1. Memanafaatkan keperluan IT dan mendepani cabaran era globalisasi , Dewan Pemuda PAS Malaysia kini memiliki " Media Baru "nya yang tersendiri apabila mengambil satu ruang di tengah - tengah persaingan laman sosial facebook yang semakin popular mutaakhir ini .

2. [ Harakah Muda ] yang menjadi salah satu media rasmi Dewan Pemuda PAS Malaysia insyaallah akan dilancarkan secara rasmi sedikit masa kelak .

3. Media ini akan dimanafaatkan sepenuhnya untuk menyampaikan maklumat , berita mengenai gerakkerja DPP di semua peringkat , artikel politik , bicara agama , nota tarbiyyah serta peraturan dan arahan  tindakan semasa .

4. Dewan Pemuda PAS Malaysia mensasarkan 100 ribu pengunjung tetap menjelang 30 December ini. Insyaallah , tidak mustahil Harakah Muda akan menerima kunjungan dan pembaca tetap lebih dari sejuta dalam tempoh setahun ini . Ia bergantung kepada keupayaan admin dan krew Harakah Muda untuk memastikan Harakah Muda menjadi satu lagi Media Alternatif untuk menyebarkan maklumat dan fikrah Islami yang tulen ke tengah  - tengah masyarakat .

Jana ekonomi tidak perlu menara 100 tingkat

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa menyifatkan Bajet 2011 sebagai kosong dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi rakyat terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah dan orang kampung. Katanya, Bajet 2011 tersasar daripada temanya kerana tidak menunjukkan transformasi ekonomi untuk lonjakan pendapatan rakyat sebagaimana dijanji Menteri Kewangan I.
“Bajet ini adalah gula-gula untuk orang kampung. Bagi masyarakat pelabur yang lebih sofistikated, bajet ini kosong.
 “Saya baca begitu, orang lain saya tak tahu, tidak ada kaitan dengan transformasi yang nak dibawa, pengurangan cukai bagi seluar dalam, rambut merah, itu tiada kena mengena sangat kepada rakyat jelata, itu lebih fokus kepada pelancong,” katanya pada sidang media, di sini.
Mengulas pembinaan menara 100 tingkat, Husam tidak nampak rasionalnya bagaimana ia mampu menjana ekonomi.
“Beberapa negara mengalami kemerosotan ekonomi selepas bina menara-menara kerana resources ditumpu kepada projek yang tidak produktif kepada ekonomi secara makro, dalam kes KLCC Tun M (Tun Dr Mahathir) guna petronas untuk biayai pembiayaian menara.
“Tapi dalam kes menara 100 tingkat ini, kalau tidak berfungsi kelak program ini akan jadi satu pembaziran. Dan saya tak nampak negara kita perlu menara baru, malah ekonomi negara tak semestinya dijana dengan membina menara,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan seolah-olah kekeringan idea apabila hendak menjana ekonomi mesti melalui projek mega.

Bangunan Umno kini milik Pemuda PAS Kelantan

PAS Kelantan mencatat satu lagi sejarah sempena genap usia 20 tahun pemerintahan apabila berjaya memiliki bangunan empat tingkat yang pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu. Tentunya maruah Umno Kelantan sekali lagi tergadai kerana bangunan yang pernah dimiliki Umno Kota Bharu kini menjadi milik Dewan Pemuda PAS Kelantan.
Bangunan tersebut yang pernah terbengkalai dalam tempoh begitu lama berjaya disiapkan bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim.
Bagaimanapun selepas Zaid digugurkan daripada jawatannya atas dakwaan terbabit dengan rasuah politik ketika pemilihan di peringkat bahagian tersebut, bangunan itu menjadi lengang semula.
Ketika jawatan Zaid digantung, Umno Kota Bharu di bawah Datuk Fatmi Che Salleh gagal memasuki bangunan berkenaan.
Bangunan tersebut yang difahamkan dimiliki sepenuhnya Zaid selepas berjaya menyiapkan bangunan yang lama terbengkalai.

Tian: Kos perjalanan rasmi PM naik kerana Rosmah

Tuesday, October 19, 2010
Urusan perjalanan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin naik mendadak sehingga melebihi 75.2 peratus daripada perangkaan 2008.

Dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata jumlah kos 1,102 pegawai yang mengiringi Najib dan Muhyiddin sejak 2008 berjumlah RM21.45 juta.

Soalan berkenaan dikemukakan oleh ahli parlimen Batu, Tian Chua, yang ingin tahu jumlah pegawai yang mengiringi kedua-dua pemimpin berkenaan apabila mereka membuat lawatan rasmi.

“Pada 2008, kos lawatan perdana menteri (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dan timbalannya ketika itu (Najib) adalah RM5,597,583.20,” kata Chua.

Menurut beliau, apabila Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada 2009 kos lawatan perdana menteri dan timbalannya terus meningkat kepada RM6,041,934.35 dan jumlah itu melambung kepada RM9,807,310.63 bagi tahun ini.

Membanding jumlah lawatan, Chua berkata antara 2008 hingga 2009, kos perbelanjaan perjalanan adalah 7.94 peratus manakala daripada 2009 hingga 2010 ia naik kepada 62.32 peratus.

Konvoi Ehsan Ummah : Menyelusuri Air Mata Rakyat

Monday, October 18, 2010
Ketika semua sedang bergembira dengan pengumuman bajet, ada yang dapat RM 111juta secara percuma. Ada yang bercerita tentang bangunan 100 tingkat yang tidak diketahui dihuni oleh siapa, Dewan Pemuda PAS Shah Alam menyelusuri rumah-rumah penduduk sekitar Shah Alam bertanya khabar dan menghulur sekadar kemampuan sumbangan kepada mereka. Terima Kasih YB Khalid Samad, walaupun last minit minta supaya bersama dengan program tersebut komitmen belaiu terus padu untuk berjumpa masyarakat yang diwakili beliau.

RoadShow Gelombang Selamatkan Selangor (DARI UMNO!!!)

Datuk Satim Diman
Lokman Adam
Mohd Ezam
Ketua Wira Perkasa.
Datok Mat Bushro


Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

TG HJ Hadi kritik PERMATA Rosmah

Peruntukan besar sebanyak RM111 juta kepada Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) yang dinaungi Rosmah Mansor disifatkan PAS sebagai tidak masuk akal kerana ia didakwa hanya melibatkan segelintir pihak.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, fokus kerajaan telah tersasar memandangkan pusat itu juga masih di peringkat percubaan.

Anggota parlimen Marang itu juga membandingkan peruntukan kepada PERMATA berbanding usaha bagi meningkatkan taraf Orang Asli dan pribumi yang diberikan RM100 juta, manakala sekolah agama rakyat pula diberikan hanya RM95 juta.

Promo Khas >> Ceramah "Antara Galas & Bajet Seluar Dalam" Rabu, 27 Okt 2010 -- 9.30 mlm di Markas Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar.


PAS Kawasan Batu akan menganjurkan Ceramah "Antara Galas & Bajet Seluar Dalam" pada Rabu, 27 Okt 2010 jam 9.30 malam di perkarangan Markas Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar. Figur jemputan khas pada malam itu bekas Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu; Ahli Parlimen (DAP) Serdang, Teo Hin Ching dan deklamasi puisi tajam akan ditampilkan oleh penyajak tersohor tanahair Sdra PYANHABIB Abdul Rahman.

Air: Umno takut penyelewengan terbongkar

PERMATANG PAUH, 18 Okt: Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah membidas Umno negeri yang cuba menjadi juara dalam memburukkan kerajaan negeri setelah penyelewengan dalam isu air didedahkan.
Katanya, kenaikan tarif air di negeri Kedah adalah suatu pelarasan yang telah dilakukan setelah 17 tahun lalu bagi menampung kos yang semakin meningkat dalam pengurusan air tersebut.
Pada akhir September yang lalu Syarikat Bekalan Air Darul Aman (Sada) telah mengumumkan kenaikan tarif air di negeri Kedah setelah mendapat kelulusan dari Kerajaan Pusat.

Islamic Fashion ??? Ala 1 Malaysia....



Rosmah rasmi festival pakaian Islam?..Rosmah Mansor sokong cara pemakaian Islam? Rosmah Mansor berbicara mengenai pakaian wanita Islam?...

Maka tidak peliklah, festival pemakaian islamic yang diadakan Kuala Lumpur April lalu menampilkan cara/fesyen pemakaian muslimah versi 1Malaysia Umnoapco (yahudi)..sungguh terhina lagi memalukan!

Salah satu agenda terbaru dajjal bagi membogelkan pakaian MUSLIMAH Malaysia dan Indonesia yang diterajuai oleh kerajaan 1MALAYSIA, Rosmah Mansor!!..

ROSMAH PUN DAPAT PERUNTUKAN

Pembentangan bajet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Razak Najib terganggu seketika dengan nama isterinya ditimbulkan oleh pihak pembangkang ketika beliau mengumumkan langkah menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di rantau Asia.

Ia bermula apabila Najib mencadangkan supaya duti import ke atas kira-kira 300 barangan pelancongan dan rakyat tempatan dimansuhkan.

“Barangan ini merangkumi kegunaan harian seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut...” kata Najib sambil kedengaran gelak ketawa dari ahli parlimen.

Beberapa ahli parlimen kemudiannya melaungkan “Rosmah!” disambut gelak ketawa rakan-rakan mereka.

Najib senyum sinis dan memperlahankan bacaan teks ucapannya sambil menyambung: “Pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuklah kelambu.”

Dan sekali lagi lebih ramai yang ketawa.

Namun, sindiran paling tajam dilemparkan ketika Najib mengumumkan peruntukan RM111 juta untuk program PERMATA yang dinaungi oleh Rosmah.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dengan kuat menjerit “Rosmah! Rosmah!”, sambil sekali lagi disambut Najib dengan senyuman sinis.
Peruntukan itu meliputi projek pembinaan fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, bagi membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.

Peruntukan itu turut meliputi program Permata yang lain seperti PERTAMA Pintar, Seni, Insan dan Remaja.

Pembangkang, khususnya PAS berang kerana walaupun Rosmah tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi, namum program PERTAMA yang diuruskannya didakwa seakan mendapat bajet 'istImewa'.
Ini berbanding peruntukkan RM95 juta sebagai bantuan per-kapita untuk sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah.

Pembentangan bajet ini juga mendapat sambutan serta bidasan di twitter.
"Pengurangan cukai untuk beg, penyembur rambut, minyak wangi... hadiah Krismas awal Najib untuk Rosmah? Tulis MP Serdang Teo Nie Ching.

"Ini macam Bajet RM (Rosmah Mansor)," jawab MP Bukit Bendera Liew Chin Tong.

UBAH SUAI RUMAH PM RM65,000,000.00 - RAKYAT DIPINGGIRKAN, PEMIMPIN DIUTAMAKAN

Kediaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan diubah suai dengan belanja RM65 juta. Menurut Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong, kerja-kerja pengubah suaian akan bermula tahun depan dan selesai pada tahun berikutnya.
Sri Perdana di Putrajaya mula di bina pada tahun 1997 dengan kos RM24 juta dan siap dua tahun kemudiannya.
Bangunan ini diubah suai buat kali pertama pada tahun 2005 yang menelan belanja hampir RM6 juta. Keperluan untuk sekali lagi melakukan pengubah suaian kepada Sri Perdana dengan kos RM65 juta dipertikaikan, khususnya apabila rakyat dinasihatkan supaya berbelanja secara berhemah. Pengubahsuaian Seri Perdana dengan peruntukan yang begitu tinggi dianggap satu lagi pembaziran dana rakyat.

Upacara apa yang DS Zambry sedang buat ni?...




Membaca doa sebelum memulakan upacara meletakkan ancak ke tiang seri salah sebuah rumah Projek Infra Bina Upaya (IBU)-Kampung Guar, Manong.

Pelajar dizalimi: Anugerah dekan UKM4 digantung

Friday, October 15, 2010
Anugerah Dekan yang dimenangi oleh seorang daripada empat mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dikatakan terbabit dalam kempen Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor April lalu, didakwa telah digantung sehingga perbicaraan mereka ke atas universiti berkenaan selesai.

Menurut mahasiswa tahun kedua, jurusan sains politik, Woon King Chai (bawah, pertama dari kiri), 22, beliau hanya dimaklumkan mengenai keputusan tersebut petang semalam.

"Saya berjumpa dengan penolong pendaftar fakulti saya dan berjumpa dengan seseorang yang dikenali sebagai Puan Norashikin dan katanya, pihak perundangan UKM menasihatkan mereka supaya menahan anugerah berkenaan sehingga perbicaraan selesai,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Woon, keputusan itu dibuat oleh fakulti berkenaan pada Ogos lalu, 'jadi adalah pelik bagi mereka untuk memberitahu saya sekarang. Saya juga tidak diberitahu secara rasmi.”

"Saya kecewa pihak fakulti dikuasai oleh keputusan pentadbiran yang tidak bersandarkan kepada prosedur yang betul...saya juga tidak diberitahu di bawah seksyen mana tindakan disiplin akan diambil,” katanya.

Ku Li tolak jadi calon Galas

Tengku Razaleigh Hamzah menolak cadangan Umno bahagian Gua Musang - yang mengadakan mesyuarat khas petang semalam - supaya bertanding sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil DUN Galas 4 November ini.

Cadangan tersebut dikemukakan oleh ADUN Nenggiri, Mat Yusoff Ghani dan disokong oleh ahli jawatankuasa bahagian yang menghadiri mesyuarat khas itu di pejabat Umno bahagian selama kira-kira dua jam mulai 5 petang.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Mat Yusoff mengesahkan beliau membuat cadangan tersebut dan mendapat sokongan para AJK bahagian.

Bagaimanapun, katanya, Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang dan ketua bahagian berkenaan, meminta mereka memilih calon lain daripada beliau dan dua ADUN dalam Parlimen Gua Musang - Nenggiri dan Paloh.

Mat Yusoff berkata, mesyuarat khas itu turut meneliti senarai calon yang dicadangkan oleh kalangan AJK bahagian, yang turut mengandungi nama Tengku Razaleigh.

Katanya, turut dijemput menghadiri mesyuarat khas petang semalam termasuk di kalangan wakil kerajaan, pegawai lantikan politik, penggawa di bahagian berkenaan.

'Rosmah, tiada jawatan rasmi tapi berlagak menteri'

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin membidas cadangan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor supaya pusat bersepadu bagi membantu golongan remaja perempuan yang melahirkan bayi tanpa berkahwin ditubuhkan, lapor Suara Keadilan.

Ini kerana menurut Zuraida (kanan), tindakan Rosmah itu dilihat mahu mengambil alih tanggungjawab serta memperlekehkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dam Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.

"Saya hendak cakap pun tak faham, apakah sebenarnya peranan Rosmah. Beliau menteri atau isteri Perdana Menteri ke, apa jawatan rasmi beliau yang sebenarnya?

"Cadangan beliau menunjukkan beliau ingin campur tangan dalam kementerian dan urusan kerajaan, dia tidak ada apa-apa latar belakang maklumat mengenai masalah tersebut tiba-tiba nak bagi idea yang sebegini. Ini adalah satu perkara yang 'adhoc'.

Konvoi Ehsan Ummah DPPSA

Sekali lagi Dewan Pemuda PAS Shah Alam akan menganjurkan Konvoi Ehsan Ummah mengunjungi masyarakat kurang berkemampuan sekitar Shah Alam. Semua pemuda PAS Kawasan Shah Alam dijemput memeriahkan lagi program ini untuk sama-sama merasai kesusahan dan keperitan hidup masyarakat sekitar. Semua Pemuda PAS diminta berkumpul di Dewan Jihad, Seksyen 7 pada 17 Oktober 2010 (Ahad) jam 8.30 pagi. Jika tiada aral melintang, YB Khalid Samad , Ahli Parlimen Shah Alam akan turut serta dalam program mendekati dan merasai denyut nadi kesusahan masyarakat sekitar Shah Alam.

Plus dijual kepada KWSP, Khazanah - RM23 bilion

Dua dana yang dimiliki oleh kerajaan Malaysia akan membeli pengendali rangkaian lebuh raya utara-selatan, Plis Expressways dengan membabitkan urus niaga RM23 bilion, lapor akhbar perniagaan - Edge hari ini.

Menurut laporan itu, yang dipetik oleh Reuters, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional akan membentuk organ tujuan khas untuk mengambil alih aset dan liabiliti Plus pada harga RM4.60 sesaham.

Sebelum ini, KWSP sudah memiliki 12.3 peratus saham dalam Plus manakala Khazanah pula memegang 55.2 peratus kepentingan syarikat itu.

Pegawai-pegawai dari KWSP, Khazanah dan Plus tidak dapat dihubungi untuk reaksi merteka.

Semalam, urus niaga saham Plus di Bursa Malaysia telah digantung selama dua hari bermula semalam sementara menanti pengumuman daripada pemegang saham.

Felda ‘peralat’ abang Mazlan Aliman hasut peneroka

http://selamatkanpahang.blogspot.com

Sikap pengurusan pejabat Felda mempergunakan apa saja alat bagi membendung kesedaran peneroka amatlah tidak wajar dan jelek sekali.

Ini hanya mempertontonkan kepada umum bahawa agensi tersebut mulai goyah, dihambat keserabutan dan mulai hilang arah apabila peneroka bangkit menuntut hak dan keadilan mereka.

Terbaru, melalui majalah terbitan Felda ICT JELAS Bil: 4/2010 yang dipaksa peneroka membayarnya, dimainkan pelbagai isu yang jelas mendoktrinkan fahaman Umno untuk disumbat ke dalam otak peneroka.

ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]