| KUALA LUMPUR, 13 Mei: PAS, PKR dan DAP walaupun pemimpin dan ahlinya berbeza agama dan bangsa sepakat membantah keras judi bola sepak Piala Dunia 2010 yang diluluskan oleh Menteri Kewangan kepada Kumpulan Berjaya. Dalam kenyataan berasingan mereka menyifatkan langkah ini satu yang silap dan hanya menghalalkan segala penyakit sosial yang berterusan di negara ini. Semalam, media melaporkan, Menteri Kewangan telah meluluskan lesen judi bola sepak piala Dunia kepada Kumpulan Berjaya dengan alasan untuk mengawal judi secara gelap. Umno undur ke belakang - PAS Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, langkah pihak kerajaan memperkenalkan lesen judi sukan dalam negara pada masa sekarang ini adalah satu tindakan yang jauh menyimpang dari ajaran Islam dan tatacara kehidupan yang diterima dalam masyarakat Malaysia pada waktu ini.Ianya menggambarkan bahawa kerajaan pimpinan Umno-BN yang ada pada waktu sekarang ini telah bankrap idea dan sedang membawa negara mundur ke belakang ke arah yang lebih jauh dari ajaran Islam. Inilah yang dirancang oleh penjajah dan Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan yang ada di waktu ini telah membawa semakin banyak perkara-perkara negatif selepas negara mencapai kemerdekaan, malah lebih banyak dari yang dilaksanakan oleh penjajah itu sendiri, katanya dalam satu kenyataan. Hasilnya, kata beliau, wajah Islam yang cuba dibawa oleh Umno dengan mendirikan masjid, pusat Islam dan aktiviti keagamaan ini menjadi topeng dan tempelan kosmetik sahaja, dan dalam masa yang sama mereka merobek Islam dari belakang. Akibatnya Umno juga telah menunjukkan satu wajah yang sangat salah dengan hakikat tasawwur ajaran Islam yang sebenar, katanya dalam satu kenyataan. Sehubungan itu, beliau mengajak orang Melayu beragama Islam untuk memahami bahawa di sana terdapat perbezaan di antara Islam dengan bangsa. Islam adalah agama untuk seluruh manusia tanpa mengira bangsa dan kaum. |
Judi bola sepak: PAS, PKR, DAP bantah keras
Thursday, May 13, 2010Lulus Lesen Judi Bola, Mufti Perak Bidas Najib
SHAH ALAM 13 MEI: Mufti Perak, Datuk Dr Harussani Zakaria menyifatkan keputusan kerajaan Persekutuan meluluskan lesen judi pertaruhan bola sepak sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia, umpama menentang hukum Syarak
Beliau berduka cita lantaran kerajaan Umno BN menghalalkan perkara yang terang-terang haram dan mengingatkan pemimpin beragama Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi itu, sebagai bersyubahat mengikut peruntukan hukum syarak.
Kenyataan Mufti Perak ini menunjukkan keputusan kerajaan Umno Barisan Nasional itu bukan sahaja tidak disenangi pimpinan Pakatan Rakyat, sebaliknya dari segenap peringkat.
“Saya dukacitalah, kerana kerajaanmeluluskan judi, kerana judi ini haram dalam Islam. Jadi, kita meluluskan judi seolah-olah kita menghalalkan judi sedangkan ia haram di sisi Islam. Perbuatan ini sepatutnya dihindari,” katanya kepada TV Selangor hari ini.

Apabila Najib Menodai Kata-Katanya Sendiri
Oleh : Mso
MUNGKIN masih ramai yang ingat kata-kata dan janji Najib Razak yang dilapazkan sebaik beliau mengambil alih jawatan perdana menteri dari Abdullah Badawi. Najib cuba membawa pendekatan baru dalam politik bagi menunjukkan beliau seorang berintergriti. Antara janjinya ialah beliau tidak akan mengamalkan politik projek segera dalam pilihanraya.
Maksudnya beliau tidak akan menggunakan modal politik segera untuk memenangi hati rakyat. Beliau tidak akan cuba menodai demokrasi semata-mata kerana nak meraih sokongan rakyat dengan melaksanakan projek segera yang diamalkan sebelum ini. Dalam erti kata lain beliau akan berdepan dengan rakyat dan parti lawan dengan wibawa dan idealismenya dan bukan memperalatkan wang kerajaan untuk menang.

Liwat II: Hakim tolak tangguh prosiding, kes semakin mengelirukan
Menurut hakim, Datuk Mohamad Zaibidin Mohd Diah, tidak ada sebab yang kukuh bagi menangguhkan prosing sambil berkata keputusannya semalam adalah sesuatu yang mengikut procedure.
Katanya, perbicaraan mesti disambung.
![]() |
"Prosiding sepatutnya ditangguhkan sehingga rayuan didengar di Mahkamah Rayuan,” kata Karpal.
Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan peguam Karpal bagi mendapatkan kenyataan beramaran daripada pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan yang diberikannya kepada polis.
Karpal memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan memerlukan keterangan itu kerana terdapat percanggahan antara keterangannya kepada polis dan pertuduhan liwat yang dikenakan terhadap Anwar.
Karpal berkata Saiful, dalam keterangannya kepada polis dan keterangannya di mahkamah, menyatakan dakwaan liwat itu dilakukan tanpa kerelaannya manakala pertuduhan yang dikenakan terhadap Anwar mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan adalah persetubuhan yang dipersetujui.
Mohamad Zabidin, bagaiamanpun menolaknya dengan alasan tidak ada percanggahan dalam keterangan Saiful kepada polis dan keterangannya di mahkamah, dan terpulang kepada peguam negara untuk menetapkan pertuduhan terhadap seseorang itu.

Semua terbongkar - Anwar
Wednesday, May 12, 2010| Harakahdaily |
| KUALA LUMPUR, 12 Mei: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya sedang mengumpul nama mereka yang terlibat dengan perancangan berhubung kes liwat yang melibatkannya. Bercakap kepada media selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhenti rehat sebentar tadi, beliau memberitahu nama-nama terbabit seperti Datuk Seri Najib, Khairul Anas, Mumtaz, Ezam Mohd Noor. "Semua terbongkar," ujarnya sambil menyatakan perbicaraan bersambung jam 2.30 petang ini.Sementara itu, mahkamah pagi tadi menolak permohonan peguam Karpal Singh untuk mendapatkan kenyataan beramaran Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada polis. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, yang membuat keputusan itu sebelum rehat jam 10 pagi berkata, walaupun terdapat percanggahan dalam laporan polis dan pengakuan saksi tetapi kenyataan saksi tidak konflik dengan kejadian. Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar hadir sama mengikuti perbicaraan kes liwat ll Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini. (gambar) Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam keterangannya hari ini mendedahkan dia menemui Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas pemimpin PKR Senator Ezam Mohd. Noor sebelum membuat laporan polis akhir Jun 2008. |
Melayu Bangkit: Pengerusi sedih, kesal IIM terlibat
| Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 12 Mei: Pengerusi Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr Mohd Tap Salleh melahirkan rasa sedih dan kesal sekiranya IIM Terengganu terlibat dengan program perhimpunan ‘Melayu Bangkit’ di Kuala Terengganu, esok. "Kalau betul program ini akan diadakan dan IIM terlibat, kami sedihlah," katanya selepas menerima memorandum bantahan Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) berhubung penglibatan IIM Terengganu dengan program itu di pejabatnya di Menara Integriti Jalan Duta, di sini, pagi ini.Memorandum itu diserahkan oleh Setiausaha DPPP, Kamaruzaman Mohamad. Beliau juga mengakui baru mengetahui kewujudan Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) dan penganjuran program itu apabila dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. Beliau sendiri telah mendapat undangan untuk mendengar pembentangan kertas kerja yang dijadualkan akan dibentangkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tetapi tidak dapat hadir kerana ada urusan lain. Mohd Tap hanya mengetahui mengenai pembentangan kertas kerja itu dan penglibatan IIM Terengganu dalam program itu tidak termasuk dalam agenda program setahun yang telah ditetapkan oleh IIM. |
'BERJAYA perolehi lesen judi bolasepak'
| |
Menurut akhbar ha
![]() |
Sehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.
BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.
Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.
Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Kumpulan BERJAYA akan digunakan untuk tujuan yang sama.
KURSUS ASAS PHOTOSHOP
Tuesday, May 11, 2010
Lajnah Dakwah Dan Penerangan DPPSA akan menganjurkan Kursus Asas menggunakan Perisian Photoshop di Dewan Bestari pada 5 Jun 2010 bermula 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM 20 merangkumi nota dan Makan tengahari. Kursus yang dikendalikan oleh Unit IT Infodppsa ini menyasarkan sesiapa yang berminat untuk menggunakan perisian Photoshop dalam menghasilkan artwork tetapi langsung tidak mempunyai sebarang pendedahan menggunakan perisian tersebut sebelum ini.
Tenggiri kita berenang ke Brunei
husam musa
Terima kasih atas pelbagai respon positif untuk menentukan tindakan penggandaian 10,000 km persegi wilayah ekslusif economic zone Malaysia kepada Brunei adalah terbatal dan tidak sah.
Sokongan YB Kit saya sanjung tinggi. Begitu juga sokongan beberapa rakan dari Sabah dan penyokong biasa yang telah mendaftar di alamat gadailautmalaysia@gmail.com.
"The freedom from threats to national interest in, on, over and concerning the sea"
Demikian tertera kata pegangan Laman Keselamatan Maritim, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri! Hebat sekali!
Benar! Kita diancam dari 'laut'. Sekelip mata 10,000 km persegi wilayah kita melayang!
Dalam laman tersebut dipaparkan Peta Baru Malaysia 1979 dan Peta Sempadan Maritim Malaysia. Dengan jelasnya Blok L dan M mengikut peta rasmi Malaysia itu, ditandakan sebagai berada dalam sempadan negara.
Blok L dan M: Tuan Ibrahim mahu saman awam diteruskan
| Harakahdaily |
TEMERLOH, 11 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mahu saman awam yang dicadangkan oleh Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa diteruskan untuk mengembalikan semula dua blok minyak yang terlepas ke tangan asing."Kita perlu lakukan sesuatu. Saman awam perlu diteruskan, di samping tuntutan agar satu usul tergempar perlu dibawa agar Parlimen mengadakan sidang khas bagi membincangkan isu ini. Rakyat perlu tahu dan perlu diberitahu apa sebenarnya telah terjadi," tulis beliau dalam blognya. Bagi beliau, penyerahan Blok L dan M kepada Brunei merupakan malapetaka paling serius dalam sejarah pemerintahan BN. Tragedi ini lebih buruk bilamana pihak kerajaan cuba merahsiakan isu sebenar di sebalik penyerahan kedua-dua blok yang mempunyai hasil lebih dari RM320 billion. Apa yang mendukacitakan penyerahan kedua-dua blok ini hanya diumum sepintas lalu, seolah-olah ianya bukanlah perkara besar yang perlu diketahui oleh rakyat, kata beliau. Sikap baik sangka rakyat terhadap kenyataan PM pada waktu itu, bahawa pertukaran surat dibuat bagi menyelesaikan tuntutan bertindih antara kedua-dua negara, dan lebih meyakinkan bilamana ia dianggap jalan baik “win-win situation” bagi menyelesaikan isu tuntutan Limbang oleh Kerajaan Brunei. |
Setelah kalah hujjah, BN didakwa guna polis di Sibu
| Harakahdaily |
| SIBU, 11 Mei: Selepas terasa sukar untuk berlawan hujjah dengan Pakatan Rakyat dan DAP dalam isu penggunaan nama Allah, hari ke empat kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sibu menyaksikan polis masuk campur dan menghalang isu nama Allah disentuh dalam kempen. Ketua Polis Sarawak SAC II Huzir Mohamed mengeluarkan kenyataan melarang penggunaan isu “Allah” sepanjang kempen atau akan berdepan tindakan ISA atau Akta Hasutan. “Kami telah mengawasi ceramah yang dibuat dan mendapati sesetengah parti menggunakan isu kalimah Allah," kata Huzir dalam sidang media hariannya. “Ini adalah isu sensitif. Kami nasihatkan semua parti berhentikan menggunakan isu ini secara menyeluruh. “Jika ada mana-mana pihak berkeras menggunakannya, kami akan ambil tindakan di bawah Akta Hasutan atau ISA. Kepada semua parti, jalan bawa masalah yang tidak perlu," katanya dalam sidang media itu. Timbalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud ketika mengulas perkara itu berkata, tindakan tersebut membuktikan Umno BN kini semakin terdesak.Mengulas lanjut, Siti Mariah berkata, larangan tersebut dibuat mungkin setelah melihat isu tersebut yang dibawa DAP mampu mempengaruhi pengundi berbanding isu negara Islam yang dibawa BN melalui SUPP. "Setiap kali Umno BN hadapi masalah yang mereka tidak boleh tangani dengan hujah, mereka akan guna undang-undang dan polis. "Kenapa Umno BN harus takut,” ujarnya kepada Harakahdaily. BN sepanjang empat hari kempen mereka, menggunakan isu negara Islam bagi menanam kebencian 52 peratus masyarakat Kristian di parlimen itu kepada DAP. |
PAS bidas konsert 12 jam tanpa henti
PAS membidas Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) kerana 'mengelak' membuat penjelasan berhubung konsert panjang 12 jam tanpa henti yang disertai artis R&B popular Pitbull.
Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa mendakwa konsert daripada jam 7 petang sehingga 7 pagi yang dijadualkan pada 15 Mei ini "telah melanggar garis panduan durasi persembahan sesebuah konsert".
"Seperti yang sedia termaktub, sesebuah persembahan konsert di tempat awam tidak boleh melebihi jam 12 malam dan jika mempunyai sebab-sebab tertentu mungkin dibenarkan sehingga 1 pagi.
"Juga bagi sesebuah kelab hiburan dan disko, ianya dibenarkan untuk beroperasi sehingga pukul 1 pagi ataupun 2 pagi," tulis Nasharuddin dalam kolumnya di akhbar web PAS Harakahdaily.
Pada 6 Mei lalu, Nasharuddin yang juga ahli parlimen Bachok dilaporkan mendesak kerajaan menjelaskan sebab konsert panjang melibatkan kumpulan daripada Barat tersebut diberikan diluluskan.
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) pula dalam kenyataan balasnya kepada Harakahdaily menjelaskan bahawa kerajaan memandang berat kemasukan artis luar supaya mematuhi nilai-nilai budaya dan tatasusila rakyat Malaysia.
Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa mendakwa konsert daripada jam 7 petang sehingga 7 pagi yang dijadualkan pada 15 Mei ini "telah melanggar garis panduan durasi persembahan sesebuah konsert".
![]() |
"Juga bagi sesebuah kelab hiburan dan disko, ianya dibenarkan untuk beroperasi sehingga pukul 1 pagi ataupun 2 pagi," tulis Nasharuddin dalam kolumnya di akhbar web PAS Harakahdaily.
Pada 6 Mei lalu, Nasharuddin yang juga ahli parlimen Bachok dilaporkan mendesak kerajaan menjelaskan sebab konsert panjang melibatkan kumpulan daripada Barat tersebut diberikan diluluskan.
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) pula dalam kenyataan balasnya kepada Harakahdaily menjelaskan bahawa kerajaan memandang berat kemasukan artis luar supaya mematuhi nilai-nilai budaya dan tatasusila rakyat Malaysia.
Presiden PAS ke mahkamah beri sokongan moral untuk Anwar
Oleh Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 11 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberikan sokongan moral kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dibicarakan atas tuduhan liwat.
Beliau dilihat tiba di mahkamah pada jam 9 pagi bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan. Namun mereka tidak berada lama di mahkamah kerana ia ditangguhkan sejurus selepas itu.
Turut mengiringi Anwar adalah isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ibrahim
Ustaz Hadi kemudiannya menaiki kenderaan dan menuju rumah Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman di rumahnya dekat Ampang. Lutfi baru selesai menjalani pembedahan pintasan jantung minggu lalu dan kini sedang bercuti rehat. Anwar, 63, didakwa meliwat Mohd Saiful, 25, di sebuah pangsapuri di Bukit Damansara di Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008. Jika sabit kesalahan, Anwar boleh dihukum 20 tahun penjara.
Ketika mengulas lawatannya hari ini, Abdul Hadi berkata berharap perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berjalan tanpa gangguan politik.
"Di dalam Islam ada pemisahan, di mana politik tidak boleh ganggu sistem kehakiman dan perjalannya.
"Kerana kes ini sedang berjalan, kita lihat apa keputusannya nanti.
"Tetapi saya suka mengingatkan supaya proses keadilan khususnya kepada orang Islam dilaksanakan dengan sikap takwa, iaitu takut kepada Allah dan bukan takut kepada manusia," katanya kepada Harakahdaily.
KUALA LUMPUR, 11 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberikan sokongan moral kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dibicarakan atas tuduhan liwat.Beliau dilihat tiba di mahkamah pada jam 9 pagi bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan. Namun mereka tidak berada lama di mahkamah kerana ia ditangguhkan sejurus selepas itu.
Turut mengiringi Anwar adalah isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ibrahim
Ustaz Hadi kemudiannya menaiki kenderaan dan menuju rumah Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman di rumahnya dekat Ampang. Lutfi baru selesai menjalani pembedahan pintasan jantung minggu lalu dan kini sedang bercuti rehat. Anwar, 63, didakwa meliwat Mohd Saiful, 25, di sebuah pangsapuri di Bukit Damansara di Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008. Jika sabit kesalahan, Anwar boleh dihukum 20 tahun penjara.
Ketika mengulas lawatannya hari ini, Abdul Hadi berkata berharap perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berjalan tanpa gangguan politik.
"Di dalam Islam ada pemisahan, di mana politik tidak boleh ganggu sistem kehakiman dan perjalannya.
"Kerana kes ini sedang berjalan, kita lihat apa keputusannya nanti.
"Tetapi saya suka mengingatkan supaya proses keadilan khususnya kepada orang Islam dilaksanakan dengan sikap takwa, iaitu takut kepada Allah dan bukan takut kepada manusia," katanya kepada Harakahdaily.
Skrip perbicaraan Kes Fitnah Liwat DSAI
Perbicaraan tersebut didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.
(10.37 pagi - Saiful Bukhari Azlan mengangkat sumpah semula dalam Bahasa Melayu)
Karpal Singh (KS): Tadi ada bersumpah? Bersumpah untuk apa?
Saiful Bukhari (SB): Untuk berkata apa yang benar.
KS: Itu tidak benar, bukan?
SB: Tidak.
KS: Benar sahaja tidak mencukupi dalam bagi keterangan? Do you speak English? (Awak boleh berbahasa Inggeris?)
Yang Arif (HAKIM): Jawab dalam Bahasa Melayu sebab saksi angkat sumpah dalam Bahasa Melayu.
KS: Baca sekali lagi sumpah itu.
SB: (Saksi membaca semula sumpah)
KS: Yang terakhir, melainkan yang benar?

Lesen Judi Piala Dunia Menyanggahi Fikiran Bertamadun
Monday, May 10, 2010
Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein bahawa pihak Kerajaan Pusat mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia 2010 demi mengelakkan berleluasa kegiatan judi haram adalah satu kenyataan yang memalukan dan amat menyalahi cara fikir yang lurus. Saya ingin tegaskan hal ini berasaskan perkara berikut;1. Dari segi Islam adalah menjadi asas bahawa ‘tindakan pemerintah terikat dengan maslahah’. Maslahah dalam konteks ini adalah kepentingan atau kebaikan rakyat dan negara itu sendiri. Ini seperti juga yang disebut oleh al-Imam al-Syafi’i r.h:
“Kedudukan pemerintah di sisi rakyat bagaikan kedudukan penjaga anak yatim” (lihat: Al-Sayuti, al-Asybah wa al-Nazair).
Apakah memberikan lesen judi itu memberikan kebaikan atau mempunyai kepentingan umum rakyat? Atau ia hanya kepentingan segelintir taukeh dan kaki judi semata?! Jika ia tidak memulangkan kepentingan umum atau kebaikan kepada rakyat maka itu bukan tindakan pemerintah yang bertanggungjawab.
Anwar: Saiful sahkan Najib telibat
| Hazayani Zakaria |
| KUALA LUMPUR, 10 April: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau bersyukur ekoran Saiful Bukhari Azlan mengaku bertemu Datuk Seri Najib sebelum membuat laporan polis. "Hari ini saya bersyukur kerana kita dapat sahkan penglibatan Najib yang diakui Saiful bertemu beliau empat hari sebelum laporan polis dibuat," katanya di luar mahkamah hari ini. Dalam Perbicaraan kes liwat ll Anwar hari ini Saiful berkata dia berjumpa Perdana Menteri pada 24 Jun 2008 di kediaman Najib di Jalan Duta untuk mengadu masalahnya.Saiful juga memberitahu dia kemudiannya berjumpa ASP Rodhwan di Hotel Mulia pada malam 24 Jun. "Pegawai kanan polis panggil di satu hotel terkemuka untuk adakan perbincangan sebelum laporan dibuat. "Itu yang Karpal tekankan penglibatan dan konspirasi melibatkan Najib," katanya. |
RM4 juta fitnah, tabung RM20 juta tawan Putrajaya - Husam
Friday, May 7, 2010| Rizal Tahir |
| KOTA BHARU, 7 Mei: Datuk Husam Musa berkata, memandangkan Umno mendakwa beliau menggunakan peruntukan RM4 juta sehingga menyebabkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi tersingkir dan Umno Kelantan semakin tenat, beliau akan meneruskan hasrat tersebut hingga ke Putrajaya. “Memang dakwaan RM4 juta memfitnah Pak Lah dan sebagainya adalah fitnah, tetapi dengan fitnah itu ianya menjadi satu modal buat saya untuk membuka satu tabung untuk menawan Putrajaya dengan kos RM20 juta,” katanya dalam nada menyindir ketika menyampaikan ceramah di Taman Guru di sini, malam tadi. Katanya, semoga dengan fitnah yang dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab itu sehingga memberikannya sebagai satu ilham, diharap tabung RM20 juta berjaya disemarakkan ke Putrajaya. Katanya lagi, beliau berbuat demikian kerana tidak mahu terperangkap dalam perangkap yang dipasang oleh pihak lawan kepada PAS. Sambungnya, ia sebagai taktik pihak kerajaan untuk tidak memberi ruang pada PAS melawan mereka. “Kalau lawan saja mereka mulalah keluar PAS guna RM4 juta untuk musnahkan Pak Lah dan sebagainya, itu tidak betul, lainlah kalau kita guna duit kerajaan, belum apa-apa lagi SPRM akan hambat kita,” ujar Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu lagi. Katanya lagi, pemimpin PAS sejak awal lagi sering diberi sumbangan oleh para dermawan yang ingin melihat syariat Islam tersebar di negara ini. Menurutnya, sebagai contoh beliau sendiri yang hanya mendapat bayaran gaji RM400 sewaktu bekerja di Pejabat PAS, namun boleh keluar berceramah ke mana-mana, kerana ada yang memberi sumbangan. “Ianya berlarutan sewaktu saya menjadi anggota Parlimen, bantuan yang pelbagai turut saya terima dari penyokong di bawah, semuanya kerana perjuangan Islam, begitu juga untuk bantuan zakat saya turut menerima sumbangan untuk diagihkan pada rakyat,” ujarnya lagi. Tambahnya lagi, semangat rakyat untuk melihat pentadbiran kerajaan diterjaui oleh mereka yang beramanah semakin hebat. |
MAKLUMAN
USRAH GABUNGAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SHAH ALAM
BERSAMA USTAZ NIK BAKRI NIK MAT
TARIKH : 10 MEI 2010 (ISNIN)
MASA : 9.30 MALAM
TEMPAT : DEWAN BESTARI, SEKSYEN 9
SEMUA PEMUDA SHAH ALAM DIJEMPUT HADIR
KISAH SKANDAL KAPAL SELAM
Dari Merdeka Review
Pakatan Rakyat memuji Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) kerana memulakan aduan rasuah di Mahkamah Perancis berhubung urus niaga bernilai RM 4.7 bilion di antara Kerajaan Malaysisa dan DCN, konglomerat senjata terbesar Perancis. Urus niaga ini melibatkan Razak Baginda, yang dikenali sebagai penasihat kepada Perdana Menteri Najib Razak sehinggalah berlakunya pembunuhan penterjemah Mongolia, Altantuya Shariibuu di Malaysia.
Sistem keadilan Malaysia, secara khususnya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) gagal mengenal pasti isu-isu rasuah yang kini sedang dibawa SUARAM ke dalam sistem perundangan Perancis. Amat mengaibkan, rakyat Malaysia terpaksa pergi ke Perancis untuk mendapatkan penjelasan dan ketelusan terhadap rasuah yang membazirkan berbilion ringgit duit orang ramai.
Namun demikian, ia bukan hanya tentang kegagalan SPRM.
Pembunuhan Altantuya juga masih belum diselesaikan. Seluruh negara tahu bahawa dua orang anggota polis yang disabitkan kesalahan, Azilah Hadri dan Sirul Azhar hanyalah perkakas yang digunakan untuk membunuh Altantuya. Ibarat telah ada alat sepucuk pistol tetapi siapa yang menarik picu melepaskan peluru? Kesemua lembaga-lembaga negara kita – polis, Jabatan Peguam Negara dan Kehakiman telah gagal, secara sengaja atau akibat kecuaian untuk memberikan jawapan kepada soalan mustahak ini.
Beberapa soalan penting yang masib belum berjawab berkaitan dengan urus niaga kapal selam dan pembunuhan sensasi:

Beza arahan dan pandangan peribadi
Wednesday, May 5, 2010
Oleh : Zaid Ibrahim
Sultan Selangor telah bertitah bahawa masjid tidak boleh digunakan untuk tujuan politik. Titah itu luas sekali skopnya. Saya yakin baginda berniat ikhlas dan jujur tetapi tafsiran titah itu mungkin diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu.

Titah itu perlu diambil kira dalam konteks Perlembagaan Persekutuan dan kuasa-kuasa raja. Contohnya, apakah doa yang disambut oleh semua mukmin supaya “raja kita sanjung dan dipanjangkan umur” itu sebenarnya tidak bersifat politik? Kadang-kadang kita dengar dalam khutbah rasmi solat Jumaat yang memuji-muji kerajaan Barisan Nasional. Apakah itu bukan politik?
Titah itu adalah pendapat peribadi baginda. Ia bukan arahan, perintah atau “decree”. Dalam sistem Raja Berpelembagaan, sultan tidak boleh mengeluarkan arahan atau perintah seperti zaman raja-raja Melaka dahulu. Menurut Perlembagaan, apa-apa kehendak baginda mestilah disalurkan melalui Majlis Agama Negeri yang bermesuayarat dan keputusan mesyuarat itu akan diwartakan atau dijadikan “gazette” tentang apa-apa peraturan yang dikira perlu seperti mengeluarkan fatwa yang sah dan sebagainya. Pendapat sultan hanyalah pandangan peribadi. Sekurang-kurangnya ia boleh dianggap sebagai nasihat yang baik – untuk semua pihak, bukan bagi mana-mana individu atau kumpulan sahaja.
Jadi tak timbul soal Tok Guru Nik Aziz melanggar arahan Sultan Selangor seperti yang didakwa oleh Perdana Menteri Najib Razak. Tok Guru dan ramai lagi orang Islam yang tak sependapat dengan pendirian peribadi Sultan Selangor. Pada zaman sekarang dan mengikut Perlembagaan, tak sependapat hanya bererti berbeza pandangan. Ia bukan satu kesalahan. Ia juga bukan perbuatan menghina.

Nik Aziz: Najib ceroboh sempadan moral saya
Tuesday, May 4, 2010| |
![]() |
Nik Aziz menjelaskan sudah menjadi kelazimannya, apabila hadir di mana-mana masjid atau surau di Kelantan, prinsip yang diamalkannya adalah tidak akan bercakap atau berkhutbah atau menjadi imam selagi tidak diminta oleh pihak masjid atau surau berkenaan.
Katanya lagi, prinsip yang sama dipegang apabila hadir di masjid atau surau di mana-mana negeri termasuk di Selangor.
“Oleh sebab itu, sekali lagi saya nyatakan bahawa tuduhan Datuk Seri Mohd Najib sehingga menyifatkan saya melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor adalah tidak boleh diterima sama sekali. Ia adalah tindakan mala fide bukan sahaja untuk melaga-lagakan saya dengan Sultan Selangor, malah menimbul fitnah besar kepada umat Islam untuk menggambarkan kononnya 'orang beragama' dan pemimpin seperti saya suka mengingkari dan menghina Sultan.
Saksi nafi Aminulrasyid cuba rempuh polis
Monday, May 3, 2010| |
"Apabila ditem
![]() |
Menceritakan kejadian Isnin lalu, Azamuddin Omar, 15 berkata, kereta berkenaan kemudian berlanggar dengan sebuah tembok dan polis terus menembak.
Azamuddin yang cedera pada bahagian lengan dan belakangnya juga mendakwa lima anggota polis kemudiannya membelasahnya selepas dia keluar dari kereta untuk menyerah diri.
Pelajar tingkatan tiga itu masih ketakutan kini menjalani rawatan untuk trauma.
Bapa saudara kepada mangsa, Kamaruddin Hassan yang berada pada sidang media itu berkata pihaknya tidak mahu inkues berhubung pembunuhan itu seperti yang dicadangkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
"Kami mahu siasatan diraja kerana hanya itu sahaja cara bagi mendapatkan siasatan yang telus dan adil,” katanya.
PDRM : MENDEKATI ATAU MENGASARI REMAJA ??
Program sembang santai bersama Generasi Idaman Selangor malam minggu lepas ternyata membuka dimensi baru dalam hubungan pendakwah dengan generasi muda. Mungkin sebelum ini kita mengambil pendekatan mencerca dan menghina golongan belia kerana sering terjebak dengan program-program yang melalaikan dan merosakkan mereka. Namun hakikatnya, jarang kita mengambil pendekatan untuk bersama mereka dan merasai denyut nadi perjalanan hidup mereka sebagai remaja zaman ini. Lantaran dari kes tersebut maka Dewan Pemuda PAS mencadangkan agar program-program mendekati remaja berbentuk santai diperbanyakkan dan ditumpukan ditempat yang sudah menjadi "port" mereka pada malam minggu. Dewan Pemuda PAS telah mengorak langkah dengan mengadakan beberapa program kecil yang ternyata mendapat sambutan hangat.
Polis serbu program belia S'gor, seorang pelajar cedera
Bercakap dalam sidang akhbar di pejabatnya, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan tindakan polis itu sebagai tidak bertanggungjawab terhadap satu perhimpunan aman.
Beliau mendakwa, mereka datang seolah-olah hendak berperang, dengan tiba-tiba menyerbu tempat tersebut tanpa sebarang amaran.
Mohd Nazrul Anwar Mohamad Adli, 20, yang mengikuti pengajian diploma dalam kejuruteraan elektrik dan elektronik di Kolej PTPL, adalah antara belia yang menyertai program anjuran kerajaan negeri Selangor itu.
Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Azli Yusof yang menganggotai jawatankuasa pengajuran program tersebut berkata beliau terkejut dengan apa yang berlaku malam tadi.
Katanya, program tersebut yang mendapat sambutan menggalakan dari kalangan belia, tamat sekitar waktu tengah malam.
Subscribe to:
Posts (Atom)
ADUAN MASALAH
HANTAR ARTIKEL
DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM
Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, langkah pihak kerajaan memperkenalkan lesen judi sukan dalam negara pada masa sekarang ini adalah satu tindakan yang jauh menyimpang dari ajaran Islam dan tatacara kehidupan yang diterima dalam masyarakat Malaysia pada waktu ini.

"Semua terbongkar," ujarnya sambil menyatakan perbicaraan bersambung jam 2.30 petang ini.
"Kalau betul program ini akan diadakan dan IIM terlibat, kami sedihlah," katanya selepas menerima memorandum bantahan Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) berhubung penglibatan IIM Terengganu dengan program itu di pejabatnya di Menara Integriti Jalan Duta, di sini, pagi ini.

TEMERLOH, 11 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mahu saman awam yang dicadangkan oleh Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa diteruskan untuk mengembalikan semula dua blok minyak yang terlepas ke tangan asing.
Timbalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud ketika mengulas perkara itu berkata, tindakan tersebut membuktikan Umno BN kini semakin terdesak.
Dalam Perbicaraan kes liwat ll Anwar hari ini Saiful berkata dia berjumpa Perdana Menteri pada 24 Jun 2008 di kediaman Najib di Jalan Duta untuk mengadu masalahnya.

HTTP adalah singkatan dari HyperText Transport Protocol, iaitu salah satu protokol yang mengandungi bahasa yang difahami antara webserver dan klien (web browser di pc).