Kebangkitan Anak Muda 30K di Kedah

Wednesday, February 16, 2011
1. Hanya tinggal  beberapa hari sahaja lagi masa untuk Pemuda PAS dari seluruh negara berkumpul di Negeri Kedah Darul Aman dalam kekuatan 30 ribu tenaga sebagai persiapan dan pecutan akhir menggalas agenda Kebangkitan Anak Muda Negara menuju perubahan. Tema himpunan 30K Pemuda PAS ini ialah " Masa Untuk Berubah : PAS Sedia Ganti UMNO " .

2. Ironisnya, himpunan ini akan berlangsung seminggu selepas dunia menyaksikan kejayaan kebangkitan generasi muda di bumi Mesir yang membawa kejatuhan Regim Hosni Mubarak yang telah memerintah sejak 30 tahun yang lalu. Pastinya semangat anak - anak muda di negara utara Afrika itu telah menular ke seluruh dunia untuk membangkitkan kesedaran serta keinsafan rakyat menolak regim yang zalim . Saya percaya, semangat dan kesedaran yang sama juga telah sampai ke negara kita dan kini anak - anak muda pula bersedia untuk bangkit menggantikan pemerintahan UMNO dan BN yang telah memerintah negara sejak 50 tahun yang lalu dengan memberi mandat kepada PAS dan PRsebagai pemerintah, pentadbir dan pengurus negara yang baru menjelang PRU yang akan datang.

3. Pemuda PAS akan diberi suntikan semangat pada himpunan tersebut oleh tokoh - tokoh pimpinan PAS dan sebahagiannya adalah mantan ketua - ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia. Insyaallah, himpunan 30K Pemuda PAS ini akan mendengar ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia [ sessi 2009-2011 ] sebagai "amanah perjuangan" serta "peraturan dan arahan" khas menghadapi gelombang kebangkitan anak muda ke arah memenangi Pilihanraya Umum ke 13 akan datang.

4. Tokoh - tokoh pimpinan yang akan turun memberi suntikan semangat perjuangan fi sabilillah kepada pemuda - pemuda PAS kelak ialah :

Al Fadhil Ustaz Yb Nasharudin bin Mat Isa [ Timbalan Presiden PAS ]
Al Faadhil Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man [ Naib Presiden PAS ]
Al Faadhil al Akh Yb Tuan Hj Salahudin Ayub [ Naib Presiden PAS merangkap mantan Ketua DPP Malaysia ]
Al Faadhil Ustaz Dato' Seri Azizan bin Abdul Razak [ AJK PAS Pusat merangkap MB Kedah ]
Al Faadhil Ustaz Dato' Abu Bakar Chik [ AJK PAS Pusat merangkap mantan Ketua DPP Malaysia ]
Al Fadhil al Akh Tuan Hj Mohamad bin Sabu [ AJK PAS Pusat merangkap mantan Pemangku Ketua DPPM ]
Al Faadhil Ustaz Hj Hasrudin bin Hassan [ Ketua DPP Malaysia - Ucaptama ]

5. Sebelah petangnya pula Peserta himpunan akan direhatkan seketika dengan selingan persembahan artis - artis terkenal seperti Radhi dari Malissa dan Pak Long yang akan mengiringi seorang tokoh seleberiti terkenal tanahair yang akan menyerahkan borang untuk menyertai PAS pada hari itu. Himpunan ini akan ditutup dengan taklimat khas dan arahan gerakkerja pilihanraya oleh Pengarah Jabatan Piliharaya dan Strategi DPP Malaysia Yb Firdaus Jaafar.

6. Himpunan 30K ini akan disempurnakan dengan penuh gemilang pada jam 8.30 malam denganMajlis Solat Hajat Perdana di tapak himpunan memohon petunjuk dan pertolongan Allah swt bagi mempertahankan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan pidato Perdana sempena semarak Kebangkitan Anak Muda  menuntut perubahan memburu keadilan dengan tema Masa Untuk Berubah : PAS Sedia ganti UMNO oleh :

Sohibus Samahah Fadhilatus Syeikh al Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat
Sohibus Samahah Fadhilatus Syeikh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Al Fadhil Ustaz Dato' Seri Azizan bin Abdul Razak
Al Fadhil Ustaz Hj Nasrudin bin Hassan
Al Akh [ Seleberiti Terkenal Tanahair yang akan menyerahkan borang menyertai PAS ] - nantikan kemunculannya.

7. Pastikan anda sebagai Pemuda PAS hadhir ke himpunan ini bagi menyemarakkan gelombang kebangkitan Anak Muda dari seluruh dunia. Dari Tunisia, Yemen, Mesir, Jordan, Bangladesh dan kini Malaysia . Jumpa anda semua pada 19 February 2011 [ sabtu ] bersamaan 16 Rabiul Awal 1432H.

8. Ayuh Pemudaku ... tunaikan amanah perjuanganmu dan capai inspirasimu menuntut sebuah perubahan. kalian adalah Rijaaluttaghyir [ Agen Perubah ]

0 Komen:

Post a Comment

ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]