Bawa pulang, jangan pindah warga di Mesir
Tuesday, February 1, 2011PAS hari ini tampil mendesak kerajaan supaya segera membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di Mesir dan bukannya memindahkan mereka ke negara-negara jiran di rantau berkenaan.
Naib presidennya Nasharuddin Mat Isa berkata protes yang dijalankan warga Mesir kini sudah menjadi tidak terkawal dan telahpun menular ke negara-negara di rantau itu.
"Saya minta supaya pihak Kementerian Luar Negeri menyediakan beberapa buah kapal terbang dan segera mengambil semua rakyat Malaysia yang dilaporkan berada dalam keadaan tidak selamat di Mesir.
"Saya berpendapat tindakan kerajaan mahu menghantar pelajar-pelajar Malaysia yang berada di sana ke negara jiran seperti Jordan, Libya dan Arab Saudi adalah kurang tepat memandangkan protes kebangkitan rakyat telah menjalar ke beberapa buah lagi negara di Timur Tengah termasuk di Jordan sendiri," katanya.
Katanya lagi, warga Malaysia di negara kawasan Alexandria di Mesir kini tertekan kerana berada bawah perintah berkurung dan amat sukar untuk mendapatkan makanan.Tambahnya, kes jenayah juga dibimbangi akan berlaku memandangkan "sejumlah besar banduan telah berjaya meloloskan diri daripada penjara."
"Selain itu, kawasan Tir'ah pula berada dalam keadaan yang tidak selamat. Kawasan Mansurah pula telah dilabelkan kod jingga sebagai tanda amaran akan berlakunya rusuhan secara besar-besaran," katanya lagi dalam satu kenyataan hari ini.
Melalui
INFO DPPSA
|
pada
12:48 PM
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
▼
2011
(97)
-
▼
February
(18)
- Himpunan Bersih sekali lagi
- Yuhaizad di Merlimau, Hassanuddin di Kerdau
- Mari Kenali Calon Pakatan Rakyat N27 Merlimau..!!
- Ikhwan tubuh Parti Kebebasan dan Keadilan
- BOB LOKMAN & PAS : alhamdulillah
- Siswa berang: Kemenangan pro-M dibatalkan
- Liwat II: Ahli kimia akui tidak patuhi piawaian
- Pelajar UM Diculik
- No title
- No title
- Kebangkitan Anak Muda 30K di Kedah
- Ikhwan cadang tubuh parti
- S'gor perluas kempen anti zina, banteras gejala so...
- TAHNIAH RAKYAT MESIR...
- Rakyat sengsara, hutang isi rumah RM577 bilion
- No title
- PAS WAKIL PAKATAN DI MERLIMAU
- Bawa pulang, jangan pindah warga di Mesir
-
▼
February
(18)
ADUAN MASALAH
HANTAR ARTIKEL
DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM
Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
0 Komen:
Post a Comment