YB Khalid dakwa Shaziman gagal selia projek sakit
Tuesday, November 30, 2010
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor gagal melaksanakan tugas dalam mengawal selia projek sakit.
Khalid berkata, kegagalan itu dapat dilihat dalam tiga aspek iaitu tender runding terus yang masih diamalkan, mekanisme menyelamatkan projek sakit serta kualiti sesuatu projek itu.
"Yang pertama budaya rundingan terus yang menyebabkan kontrak diberi kepada orang yang kemungkinan tidak ada kelayakan dan dengan harga yang tinggi.
"Sudah banyak kali isu ini dibangkitkan, tetapi sehingga kini tiada penyelesaian. Saya difahamkan, kontraktor yang dilantik telah dihentikan kerana gagal siap, serta ditender semula projek ini dan tentunya akan meningkatkan lagi kos projek tersebut," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Kata beliau, projek Hospital Shah Alam yang sepatutnya disiapkan November 2010 kini masih terbengkalai hampir satu tahun ekoran kegagalan kontraktor yang dilantik untuk menyiapkan projek tersebut
"Budaya memberi projek kepada OKU (orang kuat Umno), tanpa runding terbuka terus dipertahankan. Seperti yang kita ketahui, cara ini hanya menyebabkan kos semakin tinggi tetapi kualiti rendah seperti yang berlaku pada projek Istana Negara, Hospital Shah Alam dan Institut Kanser Negara," katanya.
Katanya, mekanisme yang diambil kerajaan hanya menamatkan khidmat kontraktor, selain menawarkan tender baru yang boleh meningkatkan kos projek.
Malah, tambah Khalid menteri turut berbangga dengan mekanisme yang diambil hingga melupakan matlamat untuk menyiapkan projek seperti yang dijadualkan.
Dalam pada itu, Khalid mendakwa menteri turut membuktikan dirinya gagal apabila isu kualiti sesebuah projek itu tidak dapat diselia dan dipantau sebaik-baiknya.
"Isu kualiti merupakan satu lagi kegagalan menteri. Isu kualiti ini bukan soal 'design' tidak betul, tetapi apabila dibina tidak mengikut 'design'. Inilah kelemahan yang perlu dibaiki menteri," tegas beliau.
Sebelum itu, Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee menolak usul Khalid agar gaji menteri dipotong RM10 atas kegagalan yang didakwanya itu.

Melalui
INFO DPPSA
|
pada
9:55 AM
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
▼
2010
(1112)
-
▼
November
(41)
- Air: MB Selangor yakin sokongan rakyat
- YB Khalid dakwa Shaziman gagal selia projek sakit
- MB S'gor: Raja Melayu perlu awasi 'Si Kitol'
- Senarai hitam tapi belum dibawa ke mahkamah
- Pertahan keyakinan rakyat
- Nik Aziz: Cheng Ho tak kaut harta, dia hanya berniaga
- Rakyat dijemput iringi MB serah memo ke Agong
- Penswastaan air yang gagal, rakyat selangor bakal ...
- Najib bimbang, siasatan Scorpène semakin meluas
- Henti program Tabung Budi atau hilang lesen air
- kes liwat DSAI : mahkamah kecoh
- PELANCARAN DANA BANGUNAN DPPSA
- Hadi: Memali berdarah kerana takut berhujah
- No title
- Pegawai kanan Yayasan Selangor diarah bercuti bagi...
- MISI BANTUAN BANJIR KEDAH PAS SHAH ALAM kali ke 2
- Nafi sumbangan negeri, Sultan Kedah dukacita
- PAS anjur seminar 'sedia ganti Umno'
- Skandal PKNS: Khalid arah siasat, PAS nafi sabotaj...
- Apa rosak RM65 juta ubahsuai Seri Perdana
- Loke: Belanja perjalanan menteri bercanggah
- MISI BANTUAN BANJIR KEDAH PAS SHAH ALAM
- Angkara Penipuan BN Semasa Banjir 2005, Peniaga Se...
- rEHAT mINDA
- Banjir: Selangor sumbang RM100 ribu pada Kedah
- Banjir: BN berlakon, tuduh melulu, kata PAS
- Banjir: Shahrizat jangan bermain politik
- ADUN Sekinchan dakwa dipukul ahli Umno
- Pengundi jumpa kertas undi tanpa lambang
- Penilaian 'tangan syaitan' Mohd Nor tak normal
- Banjir semakin buruk, jumlah mangsa lebih 41 ribu
- Pejabat Agung PAS terbakar
- Banjir Di Utara : Unit Amal Shah Alam Turun Ke Kedah
- Nik Aziz beri wang zakat tapi dituduh merasuah
- Expo Cheng Ho bakal julang Kelantan
- Melaka Maju: Ali Rustam didakwa tipu rakyat?
- Harga Petrol Ron 97 naik 5 sen
- Tiga negeri dilanda banjir
- mudah-mudahan jadi contoh....
- Rosmah pemangku PM ???
- UMNO CUBA MENIPU DI GUA MUSANG
-
▼
November
(41)
ADUAN MASALAH
HANTAR ARTIKEL
DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM
Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
0 Komen:
Post a Comment