Ini, katanya kerana Umno BN sentiasa berusaha untuk memecahkan keyakinan itu dan perpaduan di kalangan komponen Pakatan Rakyat menjelang Pilihan raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.
Beliau berkata, ini kerana Umno BN tahu bahawa kemenangan yang dicapai oleh Pakatan Rakyat pada Pilihan raya ke-12 lalu kerana perpaduan.
Justeru, katanya Umno BN menggunakan media massa untuk meretak dan memecahkan perpaduan tersebut.

Turut berucap ialah Menteri Besar Kelantan dan Selangor, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Hadir sama ialah Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Datuk Mustafa Ali.
Ustaz Azizan menambah, media massa sering menyiarkan perkara yang salah dan tidak benar mengenai Pakatan Rakyat supaya masyarakat tidak yakin kepada kerajaan Pakatan.
“Mereka (media) timbulkan suasana supaya orang tak yakin dengan kita,” ujarnya.
Sehubungan itu, katanya semua pemimpin Pakatan Rakyat mesti menjaga dan mempertahankan keyakinan rakyat terhadap kerajaan di negeri-negeri yang dikuasai.
Ini, katanya kerana suasana yang berlaku pada hari ini membuktikan bahawa rakyat merasa selesa di bawah kerajaan Pakatan Rakyat berbanding dengan era pemerintahan Umno.
Dalam mempertahankan keyakinan itu, katanya ia memerlukan kepada pengorbanan.
Mengenai Kedah, beliau berkata, usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri berjaya menyatukan rakyat sekalipun tidak mendapat publisiti daripada media massa.
Jelasnya, dengan pendekatan tersebut, rakyat Kedah merasa selesa dengan Kerajaan Pakatan rakyat negeri sekarang berbanding sebelum ini.
“Yang kata tak selesa, orang luar Kedah,” tegasnya.
Beliau juga menyarankan supaya kerajaan di negeri-negeri Pakatan Rakyat supaya membuat kajian dari semasa ke semasa apa yang disukai dan tidak disukai oleh kumpulan sasar.
2 Komen:
Bagus ucapan MB tu tetapi saya rakyat kedah nak tanya MB ni macam mana nak pertahankan negeri jika masalah rakyat tak ambik tau.Dulu MB kata rakyat kedah boleh meneroka dan mengusaha tanah dan boleh memohon hak milik tetapi kami rakyat yg serba kekurangan ni dah habis duit meneroka dan mengusaha tanah tetapi permohonan kami di pejabat tanah dah hampir setahun lebih tidak ada apax tindakan.Duit proses dah bayar tetapi kenapa pejabat tanah memerap saja permohonan kami adakah perlu ada suapan baru laju permohonan tsbt diproses.Kami cuba hendak berjumpa MB tetapi tidak berjaya dan berbagaix alasan diberi.lihatxlah masalah rakyat.
Turun padang jumpa rakyat tanya masalah, jangan masa nak pilihanraya baru nak turun padang baru nak nampak batang hidung.Bila rakyat nak jumpa sibuk tak ada masa tapi dok pi ceramah tu ada masa, apa cerita.
Post a Comment