SHAH ALAM, 30 Nov: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yakin rakyat negeri ini bersama kerajaan dalam menuntut hak air. Sehingga kini katanya, kempen ‘Kembalikan Hak Air Selangor’ telah mencecah 50,000 tandatangan rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan. Sehubungan itu katanya, perhimpunan pada Ahad, 5 Disember ini akan diteruskan seperti dirancang. Menurut Khalid, rakyat diseru turun beramai-ramai ke Masjid Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara. Beliau juga turut menyatakan komitmen untuk hadir mengetuai perarakan tersebut. "Saya akan turun bersama-sama rakyat untuk berhimpun di Masjid Negara. “Jika perlu, rakyat akan bergerak ke Istana Negara untuk serah memorandum untuk minta Yang di-Pertuan Agong beritahu Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) supaya penswastaan air dihentikan. "Beri peluang kepada rakyat agar diberi harga yang munasabah," katanya. Himpunan itu merupakan kemuncak siri kempen membantah penswastaan air di Selangor, yang dianjur kerajaan negeri. |
Air: MB Selangor yakin sokongan rakyat
Tuesday, November 30, 2010YB Khalid dakwa Shaziman gagal selia projek sakit
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor gagal melaksanakan tugas dalam mengawal selia projek sakit.
Khalid berkata, kegagalan itu dapat dilihat dalam tiga aspek iaitu tender runding terus yang masih diamalkan, mekanisme menyelamatkan projek sakit serta kualiti sesuatu projek itu.
"Yang pertama budaya rundingan terus yang menyebabkan kontrak diberi kepada orang yang kemungkinan tidak ada kelayakan dan dengan harga yang tinggi.
"Sudah banyak kali isu ini dibangkitkan, tetapi sehingga kini tiada penyelesaian. Saya difahamkan, kontraktor yang dilantik telah dihentikan kerana gagal siap, serta ditender semula projek ini dan tentunya akan meningkatkan lagi kos projek tersebut," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Kata beliau, projek Hospital Shah Alam yang sepatutnya disiapkan November 2010 kini masih terbengkalai hampir satu tahun ekoran kegagalan kontraktor yang dilantik untuk menyiapkan projek tersebut
"Budaya memberi projek kepada OKU (orang kuat Umno), tanpa runding terbuka terus dipertahankan. Seperti yang kita ketahui, cara ini hanya menyebabkan kos semakin tinggi tetapi kualiti rendah seperti yang berlaku pada projek Istana Negara, Hospital Shah Alam dan Institut Kanser Negara," katanya.
Katanya, mekanisme yang diambil kerajaan hanya menamatkan khidmat kontraktor, selain menawarkan tender baru yang boleh meningkatkan kos projek.

MB S'gor: Raja Melayu perlu awasi 'Si Kitol'
Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini memberi peringatan kepada Raja-Raja Melayu supaya berhati-hati dengan "Si Kitoll" yang dikhuatiri akan kembali mempergunakan institusi berkenaan demi kepentingan politik.
Beliau berkata demikian dengan melihat kepada perkembangan sejak tahun lalu yang menyaksikan golongan berkenaan kembali "bermuka-muka" untuk mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu.
Khalid (atas, kiri) memberi alasan, Krisis Perlembagaan 1983 yang berlaku akibat tindakan para pemimpin negara ketika itu "melakukan beberapa tindakan diluar Peruntukan Perlembagaan, dalam lain perkataan membelakangi Raja-Raja."
Insiden itu juga berlarutan pada tahun 1992 dan 1993, kata Khalid lagi.

Senarai hitam tapi belum dibawa ke mahkamah
Monday, November 29, 2010Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 29 Nov: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar terus mempertikai tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyenarai hitam pemilik kenderaan yang tidak membayar saman ekor walaupun mereka belum dibuktikan bersalah oleh mahkamah. Mahfuz sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini berkata, arahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar JPJ menyekat pemilik kenderaan yang mempunyai notis saman ekor daripada memperbaharui cukai jalan adalah bertentangan dengan keputusan mahkamah. "Isunya kenapa pihak KDN khususnya PDRM meminta JPJ untuk menyenarai hitam mana-mana pemilik kenderaan yang mempunyai saman ekor tapi belum dibawa ke mahkamah? "Mereka hanya diberi notis melakukan kesalahan, tidak dibawa ke mahkamah tapi terus dihukum tidak boleh memperbaharui cukai jalan. Perkara inilah yang dipersoalkan ramai orang," katanya yang juga Pengerusi Kempen Anti Saman Ekor (Kase). Beliau turut merujuk kepada kes dua tahun lalu di Kuching iaitu kes Lim Yew Chong melawan JPJ Sarawak di mana Hakim Mahkamah Tinggi Sarawak memberikan hak Lim memperbaharui cukai jalannya berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. |
Pertahan keyakinan rakyat
SHAH ALAM, 29 Nov: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menggesa pemimpin Pakatan Rakyat supaya mempertahankan keyakinan rakyat kepada kerajaan negeri yang diperintah.
Ini, katanya kerana Umno BN sentiasa berusaha untuk memecahkan keyakinan itu dan perpaduan di kalangan komponen Pakatan Rakyat menjelang Pilihan raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.
Beliau berkata, ini kerana Umno BN tahu bahawa kemenangan yang dicapai oleh Pakatan Rakyat pada Pilihan raya ke-12 lalu kerana perpaduan.
Justeru, katanya Umno BN menggunakan media massa untuk meretak dan memecahkan perpaduan tersebut.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Persidangan Menteri Besar Dan Ketua Menteri Negeri-negeri Pakatan Rakyat di sini, pagi ini.
Turut berucap ialah Menteri Besar Kelantan dan Selangor, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Hadir sama ialah Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Datuk Mustafa Ali.
Ustaz Azizan menambah, media massa sering menyiarkan perkara yang salah dan tidak benar mengenai Pakatan Rakyat supaya masyarakat tidak yakin kepada kerajaan Pakatan.
“Mereka (media) timbulkan suasana supaya orang tak yakin dengan kita,” ujarnya.

Nik Aziz: Cheng Ho tak kaut harta, dia hanya berniaga
Friday, November 26, 2010
Misi Pelayaran Laksamana Cheng Ho, bukan sahaja untuk berdagang tetapi pada masa yang sama kesempatan itu diguna untuk menyebar risalah Islam, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Akhbar rasmi PAS, Harakahdaily melaporkan Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan, berkata Cheng Ho, yang diberi tugas oleh Maharaja China, juga berjaya membuktikan bahawa Islam bukan sahaja milik Melayu, tapi semua bangsa di dunia.
"Kelantan dengan dasar 'Membangun Bersama Islam', melangkah ke hadapan, melangkaui sempadan bangsa, yang ditiup pihak tertentu, berjaya menganjurkan Ekspo Cheng Ho yang julung kali diadakan di rantau ini.

Bijak pilih pemimpin
"Alhamdulillah, di tengah seruan perkauman yang hebat, ditiup politik bangsa yang melampau, kita bangkit menerobos sempadan dengan mengenengahkan Islam sebgai dasar berpolitik," katanya.
"Alhamdulillah, di tengah seruan perkauman yang hebat, ditiup politik bangsa yang melampau, kita bangkit menerobos sempadan dengan mengenengahkan Islam sebgai dasar berpolitik," katanya.
Rakyat dijemput iringi MB serah memo ke Agong
Penduduk di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya dijemput mengiringi Menteri Besar Selangor dan pimpinan Pakatan Rakyat untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membantah kenaikan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) pada 5 Disember ini, lapor TVSelangor.
Exco Selangor, Dr Halimah Ali dalam satu sesi dialog berkenaan isu air bersama guru-guru besar di seluruh Selangor hari ini menyeru rakyat Selangor untuk bangkit berjuang bersama-sama pimpinan kerajaan negeri demi mempertahankan hak mereka.
"Maka kerajaan negeri Selangor menjemput rakyat, menyuarakan hak rakyat ini kepada mereka yang tidak faham-faham.
"Jadi kita semua dijemput bersama-sama dengan Menteri Besar (Tan Sri Khalid Ibrahim) pada jam 12 tengahari di Masjid Negara, kita jalan ramai-ramai, kita selawat," katanya.
Kira-kira 25 ribu penduduk Seksyen 24, Shah Alam dijangka menandatangani memorandum yang bakal diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membantah kenaikan tarif air sebanyak 37 peratus oleh SYABAS yang dianggap membebankan rakyat di negeri ini.

Penswastaan air yang gagal, rakyat selangor bakal menanggung beban
Thursday, November 25, 2010Pada July 2006, Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA), 2006 dan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) 2006 telah diperkenalkan dan diluluskan oleh Parlimen bertujuan menstruktur semula pengurusan air dan menguatkuasakan pengurusaan industri air bagi seluruh Malaysia dengan diletakkan sepenuhnya di bawah Kerajaan Persekutuan. Dengan kata lain berlaku pemilikan semula industri air sekaligus pengakuan bahawa penswastaan air telah gagal dan keajaan akan membuat ‘bailout mega’ kepada konsesi air.
SPAN sebagai badan mengawal-atur, memantau dan mengawalselia perkhidmatan air, bertanggungjawab menguatkuasa undang-undang berhubungan dengan perkhidmatan air dan pembentungan. Peranan utama SPAN adalah untuk mengeluarkan lesen dan menasihat Menteri dalam urusan penetapan tarif dan mekanisme berkesan untuk perlaksanaan tarif.
WSIA melalui sebuah syarikat pengurusan airnya Perkhidmatan Aset Air Berhad, PAAB akan memiliki kembali seluruh (membeli) aset-aset pihak swasta and negeri (pembentungan, loji rawatan dll) dan kemudian menyewakannya atau memajaknya kembali kepada pihak negeri atau syarikat swasta dan diberi lesen untuk mengendali seluruh pengurusan industri air termasuk pengagihan pembekalan air di negeri-negeri.
Kesemua asset-aset air di Semenanjung Malaysia akan dipindah-milik kepada PAAB sebelum hujung tahun 2009 dengan anggaran pembelian semula oleh kerajaan dengan harga RM15bn. Aset-aset air dipajak atau disewa (lease) kepada syarikat swasta dan kerajaan negeri yang akan diberikan lesen untuk beroperasi. PAAB juga bertangungjawab untuk membantu mendapatkan dana kepada pihak yang mengoperasikan industri air khususnya bagi membiayai perbelanjaan capital (capex).
Sehingga dewasa ini, PAAB telah mencapai dua pengambilalihan asset dan melesen dua kerajaan negeri iaitu Melaka dan Negeri Sembilan dengan jumlah pembelian RM2.1bn.
Dengan dua negeri (2) yang telah ditawan, PAAB punya sembilan (9) lagi yang perlu dilakukan perundingan dan pengambilalihan.
Namun berdepan dengan situasi di Selangor, ia jelasnya tidak semudah dengan 2 negeri di bawah BN. Apakah kerana Selangor di bawah Pakatan Rakyat (PR) ataukah banyak lagi perkara yang rakyat dan umum tidak tahu atau lebih tepat lagi tidak mahu diberitahu? Penulisan ini bertujuan untuk mendedahkan kepada rakyat banyak perkara yang tidak dilaporkan oleh media kawalan BN.
Penswastaan air Selangor bermula pada tahun 1996 di bawah Pemerintahan Tun Mahathir. Konsesi yang cukup mewah (profitable) dianugerahkan kepada pihak yang punya hubungan rapat dengan kuasa Eksekutif (di baca kroni) tetapi tidak punya kepakaran jauh lagi mempunyai trak rekod yang baik tentang pengendalain industri.
Akibatnya 1.5 juta rakyat di Selangor, Lembah Klang dan Putrajaya menghadapi pelbagai masalah termasuk kualiti air, kelewatan mendapat perkhidmatan yang, denda penyambungan yang tinggi (RM50 selepas berbanding RM10 sebelum penswastaan) serta tariff yang tinggi. Pemilik konsesi air turut mendapat pinjaman dan geran dari kerajaan.

Najib bimbang, siasatan Scorpène semakin meluas
Wednesday, November 24, 2010KUALA LUMPUR, 24 Nov: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepatutnya mula bimbang sekarang ekoran siasatan yang lebih meluaskan terhadap skandal rasuah dalam pembelian kapal selam buatan Perancis, Scorpène. Selain Najib, turut mula bimbang adalah pemimpin dari India, China dan Brazil serta pemimpin Perancis termasuklah bekas Presiden, Jacques Chirac, bekas Menteri, Dominique de Villipin dan Edouard Balladur di samping Presiden Perancis sekarang, Nicholas Sarkozy. |
Henti program Tabung Budi atau hilang lesen air
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) diberi tempoh 14 hari untuk menghentikan kutipan bagi Program Tabung Budi ataupun menghadapi kemungkinan kehilangan lesennya bagi membekalkan air.
Notis bertarikh hari ini dikeluarkan oleh pengarah kawal selia air Selangor, Nor Azmi Diron di bawah Subseksyen 12(2) Akta Pembekalan Air 1997 kerana Syabas dikatakan telah melanggar syarat perjanjian konsesi air .
“Selain menghentikan program tersebut dalam masa 14 hari, Syabas juga dikehedaki memaklumkan kepada Kerajaan Selangor berkenaan pembatalan Tabung Budi. Pembatalan tersebut juga perlu diiklankan di dalam akhbar-akhbar utama di Malaysia,” kata kenyataan dari Sekretariat Akhbar, pejabat Menteri Besar Selangor.
Mengikut notis itu, lesen pembekalan air yang diberikan kepada Syabas mengikut Sub-seksyen 12 (3) Akta Pembekalan Air 1997 akan dibatalkan jika Syabas gagal mematuhi arahan pembatalan program itu.
“Notis tersebut juga telah mengingatkan Syabas bahawa selaku pemegang lesen, syarikat itu hanya boleh mengutip dan menyimpan caj yang masih berhutang (caj tertunggak) oleh pengguna dalam kawasan pembekalan air.
“Syabas tidak boleh mengutip sumbangan daripada orang ramai bagi tujuan membayar caj bekalan air tertunggak seperti yang dilakukannya melalui Tabung Budi,” petik kenyataan itu.

kes liwat DSAI : mahkamah kecoh
Tuesday, November 23, 2010
Ketegangan tercetus di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin bertikam lidah dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa individu di galeri awam.
Semuanya gara-gara peguam utama pembela, Karpal Singh yang gagal dalam usahanya cuba mengasak saksi hari ini, Dr Siew Sheue Feng supaya merujuk kepada nota perubatan asal.
"Saksi-saksi ini sudah diprogram sebagai robot,” bidas Karpal.
Anwar juga dilihat hilang sabarnya hari ini kerana telah berulang-kali dinafikan hak mendapatkan nota perubataan asal yang dibuat oleh doktor-doktor di Hospital Kuala Lumpur.
"Ini sudah melampau kerana awak semua (pendakwa) cuba menyaring semua bukti,” kata Anwar.
Yusof menjawab: "Kau tidak tahu mengenai undang-undang."
Ia kemudian mencetuskan pertikaman lidah pula antara Yusof dengan beberapa individu di galeri awam.
Anggota polis yang berjumlah empat hingga lima orang, termasuk seorang yang berpangkat ASP kemudiannya dikerah bagi mengawal keadaan.

Anwar keluar dari mahkamah masuk beberapa kemudian sambil memberi petunjuk kepasda polis bahawa beliau akan bertenang.
PELANCARAN DANA BANGUNAN DPPSA
Monday, November 22, 2010
Pada 20 November 2010 yang lepas satu pelancaran dana bangunan DPPSA telah disempurnakan oleh YB Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam). Dana ini merupakan perancangan jangka panjang Dewan Pemuda PAS Shah Alam kearah memiliki bangunan sendiri kearah kemantapan perjalanan dewan ini. Sesiapa yang berminat untuk menghulurkan sumbangan boleh memasukkan duit ke BANK ISLAM 12038010001753 (DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SHAH ALAM). Sila berhubung terus dengan bendahari DPPSA saudara Yaszid (0133696937)
Hadi: Memali berdarah kerana takut berhujah
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan peristiwa berdarah Memali yang berlaku 25 tahun lalu menggambarkan kemuncak 'ketakutan' Umno untuk berhujah dengan PAS.
Katanya, semuanya bermula apabila PAS pada waktu itu dituduh mengkafirkan Umno, seterusnya membawa kepada cadangan perdebatan antara kedua-dua wakil parti, lapor Harakahdaily.
"PAS setuju berdebat. Umno bagi pelbagai syarat yang dijangka PAS akan tolak, tetapi PAS berani menerima. Antaranya Umno yang menetapkan tajuk debat dan Umno yang menjadi pengerusi debat.
"Apabila tiba masa dijanjikan, PAS bersiap untuk ke RTM, tiba-tiba Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu isytihar debat dibatalkan," katanya yang juga ahli parlimen Marang ketika merasmikan sambutan ulang tahun memperingati peristiwa Memali di Baling, malam tadi.

Pegawai kanan Yayasan Selangor diarah bercuti bagi memastikan siasatan kos pembelajaran RM300,000
Pegawai kanan Yayasan Selangor diarahkan bercuti bergaji selama sebulan berkuatkuasa serta merta sehingga siasatan terhadap perbelanjaan mewah bagi majlis sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu disiasat.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, tindakan terhadap Timbalan Pengurus Besar Mohd Sharifuldin Sulaiman itu bagi memastikan siasatan dilakukan dengan cepat dan bebas.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, tindakan terhadap Timbalan Pengurus Besar Mohd Sharifuldin Sulaiman itu bagi memastikan siasatan dilakukan dengan cepat dan bebas.
"Laporan awal yang diterima menunjukkan penglibatan pejabat timbalan pengurus besar yayasan itu," katanya.
Kelmarin, Sultan Selangor membatalkan keberangkatan ke majlis jamuan tengahari anjuran yayasan itu yang dijadual esok kerana dukacita dengan kosnya yang terlalu tinggi.
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud dilaporkan berkata, pada pendapat Baginda kos makan tengah hari lebih daripada RM300,000 adalah amat tinggi dan membazir.
Menurut Ramli, Baginda berpendapat lebih berfaedah jika wang itu digunakan untuk belanja pembelajaran dan kebajikan atau membiayai lebih ramai pelajar yang kurang berkemampuan.

MISI BANTUAN BANJIR KEDAH PAS SHAH ALAM kali ke 2
Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan misi kali ke 2 bantuan mangsa banjir kedah.
Nafi sumbangan negeri, Sultan Kedah dukacita
Mohd Shubihi Muhamad Zain |
ALOR SETAR, 14 Nov: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kecewa dengan pihak-pihak yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan negeri membantu mangsa banjir besar baru-baru ini. "Namun, beta dukacita kerana ada suara sumbang yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan beta serta semua pihak yang terlibat di dalam membantu mangsa banjir," titah baginda. Baginda bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, Penggal Ketiga, dekat sini, pagi tadi. Gambar: Pemeriksaan perbarisan PDRM oleh Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ketika perasmian Sidang Dun Kedah. Sementara itu, baginda juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menyumbang dana, saling membantu dan bekerjasama memberi bantuan tanpa mengira sempadan agama, bangsa dan fahaman politik semasa negeri menghadapi bencana banjir terburuk itu. |
PAS anjur seminar 'sedia ganti Umno'
Friday, November 12, 2010 KUALA LUMPUR, 12 Nov: Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat akan mengadakan satu seminar esok bagi membincangkan persediaan PAS untuk menggantikan Umno dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU 13). Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad, seminar "PAS sedia ganti Umno" itu terbuka kepada ahli merangkumi pimpinan pusat, dewan harian, pimpinan negeri, kawasan dan cawangan termasuk ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari parti itu. "Kita sudah menghantar jemputan kepada semua pimpinan pusat, ahli Parlimen, Adun, dewan harian, negeri, kawasan dan cawangan untuk menghadiri seminar esok," kata Idris kepada Harakahdaily. Seminar yang akan berlangsung sehari di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor itu bertujuan menanamkan keyakinan kepada ahli bahawa PAS sudah bersiap sedia menggantikan Umno pada PRU 13 selain membentangkan agenda bertindak parti bagi mencapai matlamat itu. |
Skandal PKNS: Khalid arah siasat, PAS nafi sabotaj Pakatan
Thursday, November 11, 2010Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini menubuhkan jawatankuasa audit profesional untuk menyiasat pendedahan Adun Hulu Klang Saari Sungib bahawa wujud salah guna kuasa dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) termasuk menaja jamuan majlis perkahwinan angkasawan negara bulan lalu.
“PKNS sudah ada perjanjian integriti, jadi kita sudah tubuhkan satu jawatankuasa audit profesional di MBI (Perbadanan Menteri Besar Selangor),” kata Menteri Besar Selangor pada sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Apa rosak RM65 juta ubahsuai Seri Perdana
Wednesday, November 10, 2010
KUALA LUMPUR, 10 Nov: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar terus mempersoal tindakan kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM65 juta untuk pengubahsuaian kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana di Putrajaya.
Mahfuz sewaktu berbahas di Dewan Rakyat petang semalam berkata, peruntukan yang begitu tinggi itu amat tidak wajar hanya untuk mengubah suai kediaman Perdana Menteri yang masih dalam keadaan baik.
"Kenapa peruntukan yang begitu tinggi ini diberikan kepada hal yang tidak sepatutnya? Setiap kali belanjawan, ada peruntukan untuk ubah suai kediaman Perdana Menteri.

Loke: Belanja perjalanan menteri bercanggah
Jawapan bertulis terbaru Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berhubung butiran perjalanannya adalah RM300,000 kurang daripada jawapan yang hampir sama diberikan dua minggu sebelum ini.
Ahli parlimen Rasah, Anthony Loke berkata percanggahan jawapan Ng semalam berhubung butiran perbelanjaan perjalanannya bagi Januari sehingga Oktober adalah RM1.28 juta tetapi jawapannya kepada MP Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat pada 28 Oktober lalu hanya mencatatkan jumlah RM1.58 juta.
"Terdapat perbezaan RM300,000... Adakah kerana menteri terlalu letih dengan penerbangan sehingga dia baca angka yang salah?” perlinya.
Ng sebelum ini sering-kali menjadi bidasan ahli parlimen pembangkang di Dewan Rakyat yang menuntut jawapan berhubung lawatan luar negara yang didakwanya bagi mempromosi Malaysia.
Beberapa ahli parlimen menuntut menteri pelancongan itu memberikan butiran terperinci perbelanjaannya, khususnya ketika ke New Zealand dan Australia yang menelan belanja RM245,000.

MISI BANTUAN BANJIR KEDAH PAS SHAH ALAM
Monday, November 8, 2010
Misi Bantuan Banjir ke Kedah Oleh PAS Kawasan Shah Alam mengalami saat sukar apabila terpaksa menolak lori 3 tan yang sarat dengan barangan bantuan sejauh 100 meter. Saat mencabar tersebut bagaimanapun tidak mematahkan semangat sukarelawan PAS Shah Alam untuk menyampaikan bantuan di Changlun dan Padang Terap. Misi kedua akan digerakkan secepat mungkin setelah jumlah bantuan telah mencukupi untuk memenuhi satu misi.
Angkara Penipuan BN Semasa Banjir 2005, Peniaga Serik Mohon Bantuan
JITRA: Peniaga di Pekan Jitra 2 di sini, serik untuk mendaftarkan diri dalam senarai mangsa-mangsa terbabit banjir kerana pernah tertipu apabila mengalami pengalaman mengecewakan selepas banjir besar pada 2005.
Low Poh Wan, 47, berkata selepas terbabit banjir besar lima tahun lalu, peniaga-peniaga diminta membuat laporan serta mendaftarkan nama mereka bagi membolehkan bantuan kewangan disalurkan untuk meringankan bebanannya.
"Tunggu punya tunggu apa pun tak dapat, sekarang saya sudah malas lagi mahu mendaftar, tak guna daftar kalau kena tipu macam tu, tak dapat apa-apa pun," katanya ketika ditemui di premisnya di pekan Jitra 2, di sini hari ini.

Banjir: Selangor sumbang RM100 ribu pada Kedah
SHAH ALAM, 6 Nov: Kerajaan Negeri Selangor meluluskan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada Kerajaan Negeri Kedah bagi membantu mangsa banjir di negeri itu. Bantuan itu diluluskan dalam mesyuarat Exco baru-baru ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali (gambar) kepada Harakahdaily. "Saya sendiri akan menyerahkan RM40,000 di pejabat SUK Kedah tengah hari esok sebagai pendahuluan," katanya. Sementara itu, PAS menganggap kenyataan Tan Sri Muhyidin Yasin satu fitnah apabila mengatakan kerajaan Kedah tidak buat apa-apa terhadap mangsa banjir di negeri itu. Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, tinjauan beliau di kawasan mangsa banjir di mana petugas PAS dan kerajaan negeri bertungkus lumus membantu tanpa mengira ideologi parti dan agama. |
Banjir: BN berlakon, tuduh melulu, kata PAS
Kerajaan negeri Kedah telah memperuntukkan hampir RM1 juta untuk membantu mangsa banjir di samping RM500,000 daripada wang zakat yang diumumkan Sultan Kedah semalam.
Exco kerajaan negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, soal kerajaan negeri tidak membantu mangsa banjir tidak berbangkit langsung di negeri ini.
"Yang menjadi masalah adalah media yang tidak membuat liputan untuk kerajaan negeri," kata beliau.
Kerajaan negeri, katanya, telah menubuhkan Bilik Gerakan Banjir peringkat negeri dan daerah.
Di peringkat negeri ia diketuai oleh Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri manakala di daerah di ketuai Pegawai Daerah.
"Memandangkan SUK di Mekah, Timbalan SUK, Datuk Haji Ahmad Mat Isa yang ketuai operasi ini," kata Phahrolrazi kepada Harakahdaily.
Selain jentera kerajaan, NGO dan parti politik khasnya PAS dan Pakatan Rakyat juga terlibat.
"Dakwaan Shahrizat Jabatan Kebajikan Masyarakat agensi pusat tak betul. Pengarahnya staff kerajaan negeri. Ia agensi bersama," katanya.
Exco kerajaan negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, soal kerajaan negeri tidak membantu mangsa banjir tidak berbangkit langsung di negeri ini.
Kerajaan negeri, katanya, telah menubuhkan Bilik Gerakan Banjir peringkat negeri dan daerah.
Di peringkat negeri ia diketuai oleh Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri manakala di daerah di ketuai Pegawai Daerah.
"Memandangkan SUK di Mekah, Timbalan SUK, Datuk Haji Ahmad Mat Isa yang ketuai operasi ini," kata Phahrolrazi kepada Harakahdaily.
Selain jentera kerajaan, NGO dan parti politik khasnya PAS dan Pakatan Rakyat juga terlibat.
"Dakwaan Shahrizat Jabatan Kebajikan Masyarakat agensi pusat tak betul. Pengarahnya staff kerajaan negeri. Ia agensi bersama," katanya.
Banjir: Shahrizat jangan bermain politik
Saturday, November 6, 2010
ALOR SETAR, 6 Nov: Tatkala lebih 40,000 mangsa banjir perlu meninggalkan tempat tinggal mereka akibat krisis banjir yang paling teruk dalam sejarah negeri Kedah, ada juga pemimpin daripada Barisan Nasional yang cuba mengambil kesempatan untuk bermain politik.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyatakan rasa kesal terhadap sikap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang cuba mempolitikkan krisis banjir di Kedah dengan menyalahkan kerajaan PAS Kedah lembap dalam membantu mangsa banjir.
“Saya kesal dengan kenyataan Datuk Shahrizat, yang blame (mempersalahkan) kerajaan negeri (Kedah) tidak membuat apa-apa dan kerajaan negeri lembap – itu satu kenyataan yang sangat melampau,” ujar Mahfuz ketika dihubungi Harakahdaily.

ADUN Sekinchan dakwa dipukul ahli Umno
Thursday, November 4, 2010ADUN Sekinchan Ng Suee Lim hari ini membuat laporan polis, mendakwa beliau diserang dan dipukul oleh sekumpulan orang yang disyakinya ahli Umno Tanjong Karang. Menceritakan insiden tersebut, Ng mendakwa beliau bertemu dengan petani di kunci air Sawah Sempadan di Tanjong Karang kira-kira jam 11.35 pagi "untuk mendengar rintihan harga jualan padi yang rendah dan potongan basah yang terlalu tinggi". "Maka petani menjemput saya turun ke kawasan tersebut untuk mengenal pasti keadaaan sebenar. "Apabila saya sampai dan turun dari kereta dan sempat bersalaman dengan tiga orang petani, saya telah dikepong oleh sekumpulan yang (di)syaki ahli Umno bahagian Tanjong Karang menghalang dan menghalau saya balik dan mereka berkata ini bukan kawasan YB. "Oleh kerana keadaan tidak terkawal dan beredar ketika itu, saya diserang dan dipukul, kepala ditumbuk, perut ditendang dan tangan dipukul," laporan polis itu dipetik. Ng mendakwa semasa kejadian tersebut, ketua kampung Ampangan dari PAS Hamidon Salim turut bersamanya. Dalam laporan itu Ng turut mendakwa dua pembantunya turut dipukul dan kereta milik pengiringnya kemik di pintu belakang. |
Pengundi jumpa kertas undi tanpa lambang
Harakahdaily |
GUA MUSANG, 4 Nov: Agak mengejutkan proses pembuangan undi di Dun Galas hari ini dikejutkan apabila ada kertas undi tanpa logo parti dikenalpasti di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, Kampung Baru. Perkara itu didedahkan isteri calon PAS, Zainab Jalar apabila kertas undinya tidak tercetak lambang parti. "Ketika membuang undi, saya mendapati kertas undi yang diberikan kepada saya tidak mempunyai simbol parti politik yang bertanding. "Sebaliknya ia hanya mempunyai nama calon sahaja," katanya ketika ditemui di sini. Ekoran insiden tersebut beliau segera menghubungi jentera pilihan raya PAS memaklumkan perkara itu bagi membolehkan tindakan lanjut diambil. Beliau berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada pasukan peguam PAS yang berada di unit peti undi Kampung Baru. Seorang peguam, Hisyam Fauzi berkata, perkara ianya masih berada pada peringkat siasatan dan laporan kepada urusetia Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dibuat bagi mengelakkan masalah itu tidak berulang di pusat pengundian lain. "Setakat ini tiada sebarang jaminan yang diberikan oleh pihak SPR," katanya. Menurut beliau setakat ini pihaknya menerima dua aduan mengenai masalah terbabit dan salah satu daripadanya telah dilaporkan kepada pihak polis. Ia terdiri daripada satu kertas undi di unit peti undi Sungai Terah serta UPU Kampung Baru. |
Penilaian 'tangan syaitan' Mohd Nor tak normal
Merujuk kenyataan bekas calon BN, Ustaz Mohd Nor Idris mengenai YAB Menteri Besar Kelantan, Dato Nik Aziz Nik Mat:
"Apabila dia hulur tangan itu, solah-olah saya nampak tangan itu tangan syaitan...dengan kasyaf saya, tangan dia itu macam tangan syaitan yang dihulurkan kepada saya. Jadi saya tidak sambut tangan dia, saya tidak mahu jamah (pegang) tangan syaitan". (Malaysiakini)
Saya melihat perlu perkara ini diulas, agar tidak menjadi ikutan atau pegangan sesetengah pihak. Walaupun itu merupakan kenyataan peribadi, tetapi apabila disiarkan dalam media, saya rasa terpanggil untuk memberikan pandangan.

Banjir semakin buruk, jumlah mangsa lebih 41 ribu
Di Kedah, jumlah mangsa meningkat kepada lebih 28,000 orang pagi ini berbanding sekitar 27,000 malam semalam, ekoran keadaan yang semakin buruk di empat daerah.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Perlis berkata angka itu meningkat berbanding lebih 11,000 mangsa yang ditempatkan di lebih 40 pusat pemindahan semalam.
Keadaan banjir di Rantau Panjang, Kelantan setakat 8 pagi ini pula tidak berubah dengan jumlah mangsa yang berada di tiga pusat pemindahan di sini kekal 475 orang.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata, semua mereka yang membabitkan 121 keluarga itu ditempatkan di stesen kereta api lama, Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi dan Sekolah Kebangsaan Tok Deh.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata, semua mereka yang membabitkan 121 keluarga itu ditempatkan di stesen kereta api lama, Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi dan Sekolah Kebangsaan Tok Deh.
Pejabat Agung PAS terbakar
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 4 Nov: Ketika para petugas PAS sibuk menjalankan tugas mereka di Batu Sapi, tingkat 1 Pejabat Agung PAS yang terletak di Jalan Raja Laut terbakar sehingga ke tingkat bawahnya. Bagaimanapun kebakaran itu tidak merebak ke seluruh bangunan dan berjaya dikawal oleh Bomba dan Penyelamat. |
Banjir Di Utara : Unit Amal Shah Alam Turun Ke Kedah
Wednesday, November 3, 2010
Unit Amal Shah Alam akan menurunkan seramai mungkin tenaga untuk membantu kerja-kerja kebajikan di lokasi banjir teruk yang sedang melanda utara negara ini. Negeri yang bakal dibantu kali ini adalah Kedah darul Aman. menurut penyelaras Unit Amal Shah Alam, Sdr Muammar rombongan unit amal Shah alam akan bertolak pada petang sabtu dan dijangka memulakan tugas pada pagi Ahad sehingga tengaharinya dan akan bertolak pulang selepas Zohor. Rombongan ini juga akan membawa bantuan barangan yang mampu dibawa untuk meringankan beban mangsa banjir di Kedah. Jesteru beliau memohon kepada seluruh ahli DPPSA dan masyarakat sekeliling yang ingin menyumbang khidmat tenaga dan kewangan agar turut terlibat sama dalam misi kali ini. Sdr Muamar dapat dihubungi melalui talian 0192729335.
Nik Aziz beri wang zakat tapi dituduh merasuah
Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman hari ini menafikan laporan akhbar Utusan Malaysia yang mendakwa pemberian wang oleh menteri besar kepada sebilangan masyarakat Orang Asli yang diislamkannya sebenarnya adalah wang zakat dan bukannya sebagai rasuah seperti didakwa.
Katanya, beliau telah menyemak dengan setiausaha politik Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mendapatkan penjelasan sebenar berhubung isu itu.
"Saya diberitahu ia adalah wang zakat. Tok Guru mengislamkan tiga Orang Asli ini dan bagi wang zakat.
"Tak kan zakat ini rasuah?" katanya dalam sidang media di markas jentera PAS di Gua Musang hari ini.
Katanya lagi, Suruhanjata Pilihan Raya (SPR) perlu bersikap terbuka dalam isu tersebut.
"Jangan kalau Tok Guru ada beri duit sikit, dianggap rasuah, jangan rakyat tengok SPR ini memihak.
Ini zakat bukan rasuah. Utusan itu suka kelirukan orang, ini memang sikap mereka.
"Tapi saya rasa ia beri kelebihan kepada PAS, kerana bila orang baca mereka akan marah dan anggap ia bohong," katanya.

Expo Cheng Ho bakal julang Kelantan
Ekspo Cheng Ho , 21- 26 November 2010,Kota Bharu, Kelantan
www.chenghoexpo.net
SIAPA sangka suatu hari nanti Kelantan Darul Naim akan lebih dikenali di China daripada negara Malaysia sendiri?
Jangan salah faham, bukan Kelantan hendak bersaing dengan Malaysia sebagai sebuah negara.
Tetapi Kelantan sudah mula meletakkan dirinya sebagai 'leading state' sebagai hab utama pelancongan, perdagangan, produk makanan halal, kesenian, perubatan dan pendidikan yang berasaskan Islam dalam negara.
Bolehkah impian ini direalisasikan? "Sudah tentu, saya berkeyakinan kita akan berjaya menarik kuasa pasaran, peniaga dan pelancong yang ramai sempena Expo Cheng Ho yang akan diadakan pada 21 hingga 26 November depan," kata Dato' Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan.
Melaka Maju: Ali Rustam didakwa tipu rakyat?
Tuesday, November 2, 2010
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam diminta membuat penjelasan tentang kenyataan Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) yang menafikan badan tersebut mengiktiraf Melaka sebagai negeri maju.
Sebelum ini, kerajaan negeri Melaka mendakwa OECD sebagai badan bebas telah memberikan pengiktirafan bahawa Melaka telah mencapai status negeri maju pada 20 Oktober lalu.
Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan PAS negeri, Yusof Wahab berkata perkara itu adalah serius kerana membabitkan imej kerajaan negeri dan maruah rakyat negeri Melaka.
"Mana mungkin kerajaan negeri mengisytiharkan Melaka negeri maju tanpa black and white dari badan bebas itu, ini dah kira masuk bakul angkat sendiri,” katanya.

Harga Petrol Ron 97 naik 5 sen
Harga petrol RON 97 dinaikkan 5 sen lagi mulai esok. Berikutan itu, harganya kini RM2.15 seliter, demikian menurut laporan.
.
Bagaimanapun harga pertrol RON 95 dan diesel tidak berubah.
Ini adalah kenaikan pertama harga minyak selepas kenaikan "5-dalam-1" pada 15 Julai tahun ini, yang bertujuan untuk mengurangkan beban subsidi kerajaan.
Pemotongan subsidi merupakan sebahagian daripada rancangan kerajaan untuk mengurangkan subsidi untuk barangan keperluan seperti yang dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala.

Tiga negeri dilanda banjir
Monday, November 1, 2010
Kira-kira 1,000 penduduk di tiga buah negeri - Perlis, Kedah dan Terengganu - dipindahkan setelah rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat yang berterusan semalam.
Kira-kira 1,000 penduduk di tiga buah negeri - Perlis, Kedah dan Terengganu - dipindahkan setelah rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat yang berterusan semalam.
Di Kedah, seramai 730 penduduk daripada 195 keluarga di 18 kampung di daerah ini dipindahkan setelah rumah mereka dinaiki air akibat hujan berterusan sejak semalam.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Daerah Padang Terap, Nurul Aziati Ahmad Salmi berkata semua mangsa dipindahkan bermula 7 pagi tadi dengan bantuan anggota bomba dan penyelamat, polis dan Jabatan Pertahan Awam.
Antara kampung yang terlibat ialah Mani A, Mani B, Mani C, Tanjung, Labi, Kuala Janing, Felcra Tualak, Bendang Raja serta Padang Sanai.
Sebanyak 16 pusat pemindahan telah dibuka antaranya di dewan kampung Mani A, surau kampung Mani B dan Mani C, dewan Felcra Tualak, dewan Kampung Padang Sanai, bangunan Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), masjid Kampung Labi, masjid Kampung Tanjung serta masjid Bendang Raja.

Rosmah pemangku PM ???
Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mewakili Perdana Menteri dalam majlis yang tidak boleh disertainya menimbulkan pelbagai persoalan kini apakah beliau adalah pemangku perdana menteri. "Saya keliru. Jika PM tidak sihat, bukankah sepatutnya timbalan perdana menteri yang mewakili beliau dan kerajaan, dan bukan Rosmah? Atau dia (Rosmah) pemangku PM," kata Malik Imtiaz Sharwa seorang peguam terkenal dalam twitternya. Semalam, Rosmah telah berucap mewakili PM di Karnival Deepavali 1Malaysia di Litle India dekat Brickfield. |
UMNO CUBA MENIPU DI GUA MUSANG
PPR : Ahmad Maslan perbetul harga mee segera yang diumum Muhyiddin
23 Zulkaedah 1431H. Projek mee segera yang diumumkan oleh Muhyiddin di Galas beberapa hari sebelum penamaan calon iaitu Projek Perumahan rakyat (PPR) dilihat banyak pepincangan dengan fakta bercanggah antara pimpinan UMNO itu sendiri.
Terkini Ketua penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata kos sebanyak RM180 juta untuk Projek Perumahan Rakyat Gua Musang yang diumumkan pada 24 November lalu hanyalah kos anggaran dan mungkin melibatkan beberapa fasa.
Katanya, projek pembinaan sebanyak 1,500 unit rumah itu juga berharga RM80,000 dan bukannya melebihi RM100,000 seperti yang dipertikaikan exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa.

Subscribe to:
Posts (Atom)
-
▼
2010
(1112)
-
▼
November
(41)
- Air: MB Selangor yakin sokongan rakyat
- YB Khalid dakwa Shaziman gagal selia projek sakit
- MB S'gor: Raja Melayu perlu awasi 'Si Kitol'
- Senarai hitam tapi belum dibawa ke mahkamah
- Pertahan keyakinan rakyat
- Nik Aziz: Cheng Ho tak kaut harta, dia hanya berniaga
- Rakyat dijemput iringi MB serah memo ke Agong
- Penswastaan air yang gagal, rakyat selangor bakal ...
- Najib bimbang, siasatan Scorpène semakin meluas
- Henti program Tabung Budi atau hilang lesen air
- kes liwat DSAI : mahkamah kecoh
- PELANCARAN DANA BANGUNAN DPPSA
- Hadi: Memali berdarah kerana takut berhujah
- No title
- Pegawai kanan Yayasan Selangor diarah bercuti bagi...
- MISI BANTUAN BANJIR KEDAH PAS SHAH ALAM kali ke 2
- Nafi sumbangan negeri, Sultan Kedah dukacita
- PAS anjur seminar 'sedia ganti Umno'
- Skandal PKNS: Khalid arah siasat, PAS nafi sabotaj...
- Apa rosak RM65 juta ubahsuai Seri Perdana
- Loke: Belanja perjalanan menteri bercanggah
- MISI BANTUAN BANJIR KEDAH PAS SHAH ALAM
- Angkara Penipuan BN Semasa Banjir 2005, Peniaga Se...
- rEHAT mINDA
- Banjir: Selangor sumbang RM100 ribu pada Kedah
- Banjir: BN berlakon, tuduh melulu, kata PAS
- Banjir: Shahrizat jangan bermain politik
- ADUN Sekinchan dakwa dipukul ahli Umno
- Pengundi jumpa kertas undi tanpa lambang
- Penilaian 'tangan syaitan' Mohd Nor tak normal
- Banjir semakin buruk, jumlah mangsa lebih 41 ribu
- Pejabat Agung PAS terbakar
- Banjir Di Utara : Unit Amal Shah Alam Turun Ke Kedah
- Nik Aziz beri wang zakat tapi dituduh merasuah
- Expo Cheng Ho bakal julang Kelantan
- Melaka Maju: Ali Rustam didakwa tipu rakyat?
- Harga Petrol Ron 97 naik 5 sen
- Tiga negeri dilanda banjir
- mudah-mudahan jadi contoh....
- Rosmah pemangku PM ???
- UMNO CUBA MENIPU DI GUA MUSANG
-
▼
November
(41)
ADUAN MASALAH
HANTAR ARTIKEL
DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM
Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.