Kronologi perlantikan SUK Selangor

Saturday, January 8, 2011
26 Oktober 2010

PSM memberi Nota Amalan kepada Dato’ Menteri Besar tentang prosedur  pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Nota ini menyatakan bahawa:

i) Suruhunjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menghantar senarai calon yang difikirkan layak ( Gred 54 ke atas ) kepada Menteri Besar.

ii) Menteri Besar kemudiannya memilih calon atau calon-calon yang sesuai dan menyerahkan senarai pendek kepada DYMM Sultan Selangor.

iii) Setelah Tuanku berkenan memilih nama yang dicadangkan MB akan menyerahkan semula nama tersebut kepada SPA untuk tujuan penyediaan dokumentasi lantikan.

26 Oktober 2010

Pusat Sumber Manusia memberi nota amalan kepada Pejabat Dato’ Menteri Besar tentang prosedur pelantikan Setiausaha Kerajaan yang baharu dan menyenaraikan 8 nama  yang dicalonkan untuk pelantikan.

Khalid: Bekas SUK 'dalang' perlantikan Khusrin

Friday, January 7, 2011
Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud didakwa mengemukakan nama Datuk Mohammed Khusrin Munawi kepada Istana Selangor sebagai calon untuk menggantikan beliau walaupun mengetahui bekas pengarah Jabatan Agama Islam itu bukan dalam senarai pilihan kerajaan negeri bagi mengisi jawatan tersebut.

NONEAhli parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata Ramli berbuat demikian pada 3 Disember lalu tanpa pengetahuan menteri besar dan seminggu kemudian Sultan Selangor memperkenankan Khusrin sebagai SUK baru.

Keputusan itu juga tidak dimaklumkan oleh Ramli kepada menteri besar dan exco kerajaan negeri yang bermesyuarat pada 16 Disember, kata Khalid. 

Menurutnya, Datuk Ramli telah menjayakan satu permainan politik licik untuk meletakkan seorang calon yang tidak dikehendaki oleh kerajaan negeri sebagai Setiusaha Kerajaan Negeri.

"Apa yang terhasil sekarang ini ialah untuk memperlihatkan pertelagahan antara kerajaan negeri dan Istana yang didalangi kerajaan pusat BN. Ini adalah pemainan politik jahat dengan tujuan meletakan calon yang tidak dihendaki oleh kerajaan negeri," kata Khalid.

Thursday, January 6, 2011

MB: Hadir tak bermakna rela

Kehadiran menteri besar dan seluruh exco kerajaan Selangor ke majlis angkat sumpah Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) yang baru tidak bermakna tindakan itu direlakan, kata Tan Sri Khalid Ibrahim.

NONE"Memandangkan hari ini juga ditetapkan untuk majlis angkat sumpah Datuk Khusrin, kami ingin menegaskab kehadiran kami tidak bermakna kami rela dengan tindakan arbitrasi SPA(Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) terhadap pentadbiran kami.

"Kami tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan SUK belum muktamad dan perlu penyelesaian bijaksana," katanya dalam kenyataan bertulis kepada media yang diedarkan di Istana Bukit Kayangan Shah Alam.

MB: Angkat sumpah Khusrin selepas sidang DUN

Majlis angkat sumpah simpan rahsia Datuk Mohd Khusrin Munawi selaku Setiausaha Kerajaan Negeri hanya akan diadakan selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor selesai.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata surat memohon sidang itu diadakan telah dihantar kepada Speaker DUN Teng Chang Khim hari ini.

NONE"Sidang itu bertujuan meminda undang-undang tubuh untuk mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif negeri, iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang, kepada Sultan dan Menteri Besar.

"Kita dapati enakmen yang ada sekarang tidak memberikan kuasa jelas kepada Tuanku Sultan dan seterusnya Menteri Besar dalam atur cara pemilihan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan juga Penasihat Undang-undang," katanya pada sidang media, di Shah Alam hari ini.

Pelantikan Mohd Khusrin diumum Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan pada 27 Disember lepas dan berkuatkuasa pada 1 Jan lalu. Beliau dijadual mengangkat sumpah taat setiap kepada Sultan Selangor esok.

Tenang: PAS umum calon 16 Jan

Wednesday, January 5, 2011

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, menegaskan parti itu tetap akan ‘bertarung’ menentang calon Umno pada pilihan raya kecil Dun Tenang.
Menurutnya, walaupun ianya kubu kuat Umno, namun demokrasi dapat merubah segala-galanya.
“Dalam Islam tidak ada yang kekal melainkan Allah dan kita diajar berhubung perkara itu, jadi kita tidak perlu takut dan akan meneruskan perjuangan ini,” ujarnya.
Pada masa yang sama Tuan Guru turut mengesahkan, calon yang bakal bertanding pada pilihan raya kecil Dun Tenang akan diumumkan pada 16 Januari ini.

Kenyataan Media Menteri Besar Kelantan Merangkap al-Mursyidul Am PAS

Tuesday, January 4, 2011
Kenyataan Media


Tuan Guru Dato Bentara Setia Menteri Besar Kelantan



Merangkap al-Mursyidul Am PAS


Ekoran beberapa kenyataan yang mengelirukan berkaitan pertemuan saya dengan KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan baru-baru ini, saya suka menjelaskan seperti mana berikut :



Sewaktu saya berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, saya telah dikunjungi oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap baginda bersama-sama beberapa orang pemimpin termasuk Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, yakni istana baginda di Kuala Lumpur. Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut.



Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap.



Oleh itu, saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.



Terima kasih. Wassalam.



“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”

Khusrin: 'Hadiah istimewa' buat Sidek Hassan


Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan hari ini diserahkan senaskhah buku Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor sebagai 'hadiah istimewa' kepada beliau.
Hadiah itu diserahkan Pemuda Pakatan Rakyat Selangor beserta memo sebagai membantah perlantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor yang didakwa mereka dibuat dengan proses yang mencabul kuasa kerajaan negeri.
Mereka diiringi hampir 100 penyokong, berarak dari perkarangan Masjid Putrajaya menuju ke pajabat KSN di Kompleks Jabatan Perdana Menteri kira-kira jam 10.30 pagi dengan dikawal oleh lebih 50 anggota polis.
Hanya tiga dibenar pihak polis masuk membuat penyerahan tersebut iaitu Ketua Pemuda PAS Selangor, Hasbullah Mohd Ridwan, Ketua AMK Selangor, Khairul Anwar Ahmad Zainudin dan Adun DAP Teratai, Janice Lee Ying Ha yang juga ketua DAPSY Selangor.

Kelantan hadiah rumah untuk Khairul Fahmi

Monday, January 3, 2011

Penjaga gol skuad Harimau Malaya yang berjaya membantu negara menjuarai Piala AFF Suzuki, Khairul Fahmi Che Mat dihadiahkan sebuah rumah oleh kerajaan negeri Kelantan hari ini.

Pengumuman mengenainya dibuat sendiri oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika meraikan kepulangan beliau ke Kelantan di Chabang 4, Cherang dekat sini hari ini.

Bagaimanapun tidak dinyatakan apakah nilai rumah berkenaan. Pengumuman itu dibuat di majlis yang dianjurkan oleh pejabat Anggota Parlimen Kota Bharu dan juga kerajaan negeri Kelantan.
Tuan Guru ketika berucap pada majlis menyambut kepulangan Wira Negara itu berkata beliau yang turut menyaksikan perlawanan akhir kedua di Indonesia mengakui aksi Fahmi memang hebat.

"Saya memang kagum, saya tengok dia beraksi begitu hebat bergetah sungguh tangan budak ni," ujarnya sambil disambut laungan takbir oleh orang ramai.

DUN tergempar bagi kembalikan kuasa Sultan

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengadakan sidang dewan undangan negeri tergempar bagi meminda perlembagaan negeri bagi membolehkan mereka melantik setiausaha kerajaan negeri, penasihat kewangan dan penasihat undang-undang.

NONEKeputusan itu diambil setelah perjumpaan Khalid dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika, Shah Alam, hari ini di mana baginda bertitah beliau tidak mempunyai kuasa untuk menerima ataupun menolak perlantikkan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

"Ini kerana kuasa telah dirampas pada 1993 semasa krisis perlembagaan, di mana Perlembagaan Selangor dipinda untuk memberi kuasa kepada kerajaan pusat,” kata Khalid pada sidang media yang penuh sesak dengan kehadiran wartawan.

Menurut Khalid, Baginda mencadangkan kepada kerajaaan negeri bagi membincangkan perkara berkenaan dengan SPA untuk mencari “jalan penyelesaian yang terbaik”.

Mat Sabu, 9 lain dilepaskan

Mahkamah majistret Jawi hari ini membebaskan ahli jawatankuasa pusat PAS, Mohammed Sabu (bawah, kiri) daripada tuduhan menghalang ketenteraman awam.

NONEMajistret Mohd Izaham Ali melepaskan Mohammed dan sembilan yang lain daripada tuduhan yang didakwa dilakukan pada 9 Disember 2007 di susur keluar Bukit Tambun di Lebuhraya Utara Selatan.

Mereka juga didakwa menolak anggota polis dan enggan membuka pintu kereta apabila diminta berbuat demikian.

Menurut majistret, terdapat percanggahan antara kenyataan polis dan juga saksi.

Jika didapati bersalah, semua sepuluh mereka boleh dipenjarakan sehingga dua tahun dan didenda sehingga RM10,000.

Khusrin: Jangan hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong

Thursday, December 30, 2010

Menteri Rogol Amah....Memalukan...

Wednesday, December 29, 2010
 

Oleh: Pria Malaya 

Berikut adalah laporan lengkap kes pemerkosaan seorang menteri Malaysia terhadap pembantu rumahnya (amah) warga Indonesia tahun 2007 yang lalu.. 

Tenang: Pemuda PR lancar jentera 1 Jan

Tuesday, December 28, 2010

 Pemuda Pakatan Rakyat akan melancarkan jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang pada 1 Januari 2011 akan datang sebagai memulakan gerak kerja pilihan raya secara rasmi.

Majlis pelancaran tersebut akan disempurnakan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub pada jam 5 petang di Perkarangan Markjaz Operasi Pemuda PAS jalan Segamat, pekan Tenang.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan memberitahu, pemuda Pakatan telah diletakkan dalam keadaan siap siaga dan sedia berjuang bagi merampas kerusi Dun Tenang biarpun menyedari laluan sukar terpaksa dihadapi.

"Insyaallah, Pemuda Pakatan Rakyat akan menurunkan sekurang-kurangnya 1500 orang jentera utama di majlis pelancaran jentera pilihanraya Pemuda Pakatan Rakyat.

Perlantikan Isa Samad : Tambah Kroni Kaut Wang Felda

Sumber : http://www.msomelayu.blogspot.com/
AKHIRNYA Mohd Isa Samad dilantik menjadi pengerusi Felda. Bekas MB Negeri Sembilan itu sudah lama berhajat dengan jawatan berkenaan. Sejak setahun lalu lagi beliau melobi untuk menjabat jawatan itu. Semasa menghadiri majlis bekas pelajar TAR Kolej yang berlangsung di sebuah hotel di Puchong, beliau ada menyebut hal berkenaan.

Tampaknya angan-angan Mat Isa itu menjadi kenyataan. Perlantikan beliau itu akan berkuat kuasa pada 1 Januari . Perlantikan itu bukan sangat atas kebolehannya mengurus Felda tetapi kerana politik.

Bagi diri Mat Isa perlantikan menggembirakannya. Manakala kepada peneroka pula perlantikan itu tidak akan membawa apa-apa perubahan. Bukan hendak merendahkan keupayaan Mat Isa, tetapitrack record nya sebagai MB Negeri Sembilan sudah ketahui ramai. Selama 22 tahun beliau menjadi MB Negeri Sembilan, tahap kemajuan negeri itu boleh dilihat sejauh mana kehebatannya.

Kepada peneroka perlantikan Mat Isa itu tentu berbaur dengan kebimbangan dan cemas. Penglibatan beliau dalam kes rasuah sebelum ini akan menghantui peneroka. Felda adalah agensi kerajaan yang bergfungsi membantu rakyat yang mempunyai aset yang cukup besar.

Para peneroka pula terus dimanipulasikan oleh agensi itu di mana titik peluh mereka dicurah tidak setimpal dengan pengorbanan mereka. Sebaiknya orang yang menguruskan agensi itu lebih kaya dan mewah berbanding dengan para peneroka.

Kerana jemput Ustaz Hadi, Khusrin beri amaran


Kerana menjemput Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberikan tazkirah di suraunya, pengerusi Surau Al Ehsan, Taman Samudera dekat sini diberikan surat tunjuk sebab oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohamad Khusrin Munawi.
Amaran itu diberikan Khusrin melalui satu surat yang ditandatangani beliau bertarikh 17 Disember lalu.

Melalui surat itu, Khusrin memberikan amaran kepada pengerusi surau itu kerana menjemput penceramah tanpa tauliah iaitu Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk berceramah di masjid itu pada 22 November 2010 yang lepas.
Hari ini Bernama melaporkan Khusrin telah dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru iaitu ketua pentadbir kepada kerajaan negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat itu.
(Gambar: Surat yang ditandatangani Khusrin yang ditujukan kepada Pengerusi Surau Al Ehsan)
Namun begitu, pejabat Menteri Besar Selangor dalam kenyataannya menjelaskan perlantikan itu belum muktamad  kerana cadangan perlantikan  Khusrin  oleh Ketua Setiausaha Negara tidak pernah dimaklumkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Pelabur kurang: Najib hanya sibuk pertahan kuasa

Ketika para pelabur diingatkan supaya mengurangkan pelaburan ke negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula sibuk dengan kepentingan sendiri untuk mempertahan kuasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Syarikat pengurusan dan penasihat kewangan tersohor, Bank of America Merrill Lynch baru-baru ini mengingatkan supaya dikurangkan pelaburan ke negara ini, suatu tanda yang jelas bahawa Najib tidak diyakini sebagai pengurus ekonomi yang boleh diharapkan yang sekaligus menjadi ancaman kepada ekonomi negara.
"Tetapi, tidak ada sebarang tanda yang menunjukkan kerajaan Najib berusaha menangani perkara itu sebaliknya beliau hanya sibuk untuk mempropagandakan konsep 1Malaysia yang dilihat sebagai peniruan konsep One Israel termasuk membawa pemain import ke ke Jabatan Perdana Menteri, antaranya (ketua stesen televisyen Media Prima Berhad milik Umno, Datuk Seri Ahmad) Farid Ridzuan," kata beliau.
Najib, kata Mahfuz, ternyata lebih berminat mempertahankan kuasanya dengan memberi tumpuan kepada mempropagandakan apa yang dilihat sebagai One Israel tiruan itu setelah konsep itu gagal menarik perhatian rakyat.
Monday, December 27, 2010

Dirompak polis: Peniaga timbang tindakan lanjut

Ahli perniagaan Chia Buang Hing sedang menimbangkan untuk mengambil tindakan lanjut terhadap anggota polis yang dikatakan menyerang dan merompak wang tunai RM13,000 daripadanya awal bulan ini.
NONESatu siasatan polis telah dimulakan, dengan Chia mengenal pasti beberapa anggota polis dalam kawat cam semalam.

Chia (kiri) dipanggil ke balai polis daerah Petaling Jaya pagi semalam untuk mengecam mereka yang menyerangnya dan untuk dirakam kenyataannya.

Ahli perniagaan berusia 34 tahun itu mengecam empat anggota polis yang merupakan antara orang yang menyerangnya.

Ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng - yang mengiringi Chia ketika dia membuat laporan polis - ketika dihubungi Malaysiakini berkata ahli perniagaan itu akan memaklumkan tindakan lanjutnya dalam satu sidang akhbar esok.

penang 313 preview

Kos sidang wanita pertama RM4.5 juta

Wednesday, December 22, 2010
Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang diilhamkan dan dinaungi isteri perdana menteri Rosmah Mansor mencatatkan perbelanjaan kerajaan hampir RM4.5 juta.

NONEDalam jawapan bertulis di Dewan Negara, Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil mendedahkan perbelanjaan untuk program tiga hari itu sebanyak RM4,498,949.99.

Program melibatkan 15 wanita pertama dariapda seluruh dunia - kebanyakan yang hadir daripada negara-negara Africa - berlangsung di Kuala Lumpur pada Oktober.

Ekoran penjelasan itu, senator Syed Husin Ali daripada PKR membangkitkan persoalan kewajaran Rosmah dianjurkan oleh isteri perdana menteri sedangkan menurutnya dalam negara ini wanita pertama adalah Permaisuri Agong.

Ketepikan perbezaan ideologi, konvensyen berjaya fokus agenda bersama

Sepanjang seminggu lalu, rancangan Pakatan Rakyat untuk tidak membincangkan isu negara Islam dalam konvensyen kedua di Kepala Batas, Pulau Pinang dimanipulasi oleh Umno sebagai satu bukti kelemahan PAS dalam Pakatan.
Menurut kenyataan pemimpin-pemimpin Umno dan blog-blog penyokong parti itu, PAS telah mengkhianati perjuangan Islam apabila membiarkan agenda penting parti itu tidak menjadi sebahagian agenda konvensyen Pakatan.
Hal ini jelas satu penyelewengan fakta oleh Umno yang tidak memahami persepakatan dalam Pakatan.
Hakikat bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilapor menyebut perkara itu menambah lagi keseronokan Umno untuk memainkan isu itu.

10 perkara asas 100 hari Pakatan Rakyat


Rakyat negara ini tidak perlu teragak-agak untuk memberikan undi kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang kerana jika peluang itu diberikan, semua pihak boleh melihat sendiri perubahan yang akan dilakukan hanya dalam masa 100 hari pemerintahannya dengan perubahan awalnya tertumpu kepada 10 perkara asas bagi kepentingan semua pihak.
Sebaik sahaja Pakatan Rakyat diberikan peluang memerintah negara, perkara pertama yang akan dilakukan dengan mengheret perasuah-perasuah negara ke muka pengadilan, bagi membersihkan negara dari amalan rasuah yang akan merosakkan masyarakat dalam pelbagai aspek.
Setelah itu, ia akan disusuli dengan langkah kedua iaitu menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang ternyata merupakan akta zalim dan tidak menepati kehendak Islam, manakala langkah ketiganya pula menstrukturkan semula pinjaman PTPTN bagi memudahkan para pelajar meneruskan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar)menegaskan, selain itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan terus menyusun langkah keempat yang melibatkan dasar media dengan memperkenalkan akta kebebasan maklumat iaitu dengan melonggarkan proses permohonan akhbar, majalah atau media yang kini ternyata amat ketat.
Menurut beliau, sekiaranya rakyat negara ini memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah negara, setiap pihak turut berpeluang melihat kemampuan Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah negara dengan lebih baik berbanding Kerajaan BN dalam pelbagai perkara lain termasuk yang melibatkan kebajikan kepada warga emas.
"Kita tidak akan cakap kosong. Sesiapa pun boleh melihatnya. Sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara, langkah kelima yang akan kita lakukan dengan memberikan keutamaan kepada kebajikan kepada warga emas, iaitu dengan menaikkan kadar bantuan kepada golongan warga emas kepada kadar yang boleh melegakan kehidupan mereka berbanding kadar sekarang yang tidak seberapa," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Negara Islam: Nik Aiziz ucap tahniah pada Karpal

Tuesday, December 21, 2010
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada pemimpin veteran DAP, Karpal Singh yang terbuka untuk berbincang isu negara Islam.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan, merakamkan ucapan tahniah itu melalui satu kenyataan di sini hari ini.

“Mudah-mudahan dengan pendirian terbaru itu, YB Tuan Karpal Singh akan mendapat hidayah daripada Allah S.W.T. untuk menerima Islam sebagai satu sistem yang adil untuk semua kaum dan sesuai dipakai dalam politik Malaysia,” katanya.

PAS mahu 100 hari buktikan 'angan-angan'

Monday, December 20, 2010
Susulan konvensyen PKR yang berakhir semalam, Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad berkata Pakatan Rakyat hanya memerlukan 100 hari untuk membuktikan bahawa janji mereka bukanlah palsu atau angan-angan.

pas muktamar 130610 idris ahmad"Selepas ini kita akan dengar jawapan daripada pemimpin BN yang resah dengan cadangan yang dibuat di konvensyen dengan tuduhan ini hanya angan-angan Pakatan.

"PAS mencabar pemimpin BN beri peluang kepada Pakatan dahulu. Beri masa 100 hari kepada kami untuk membuktikan janji Pakatan bukan palsu atau angan-angan," katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Idris (kiri) juga mengucapkan tahniah kepada pimpinan Pakatan kerana konvensyen yang dianjurkan berjaya mencapai matlamat.

"Harapan pemimpin umno BN dan media BN cuba untuk mengadu domba supaya konvensyen ini gagal seperti Konvensyen BN 5 Disember lalu yang bergaduh fasal Ketuanan Melayu antara Umno, MCa dan GERAKAN.

"Alhamdulillah perkara ini tidak berlaku (dalam konvensyen Pakatan)," katanya.

ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]