Keputusan Undi Pos Melampau

Tuesday, May 18, 2010
Oleh: suhaizan

Mari kita semak keputusan ini PRK Sibu 2010  bagi melihat kewajaran undi pos
Undi Awam :
DAP : 18,775 (50%)
BN : 16,124 (42.5%)
Mejoriti : 2,651
Undi Pos :
BN : 2, 323 (82.17%)
DAP :7 0 (2.47%)

Mejoriti : 2,253 (33 kali ganda)


Cuba kita bandingkan undi awam dengan undi pos. BN hanya mendapat 42.5% sokongan rakyat tetapi mereka mendapat sokongan 82.17% undi pos. Maksudnya rakyat menolak BN hanya tentera, polis dan petugas SPR sahaja sokong BN secara melampau. Sokongan undi pos kepada BN adalah 33 kali ganda daripada undi yang diperolehi PR.

Kelantan Mendahului Lagi

 Nampaknya kepimpinan Tok Guru begitu serius membuktikan bahawa antara mahu ataupun tidak untuk melaksankan kebaikan dalam negeri atau negara. Ketika pimpinan UMNO begitu galak memperkenalkan judi kepada rakyat Malaysia, Tok Guru Nik Aziz dan pentadbiran Kelantan maju setapak lagi membuktikan kata-kata bahawa PAS mahukan sebuah masyarakat yang lebih sihat kehidupan sosialnya. Berikut adalah petikan berita BERNAMA :


KOTA BAHARU, May 17 (Bernama) -- Kelantan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat on Monday launched the "Internet Thoyyibah", which prohibits access to "approved" sites.

The service is held in collaboration between the state government and Jaring Communications (Jaring).

According to Jaring chief executive officer, Dr Mohamed Awang Lah, the service prevent access to "black-listed" sites and only allow access to "white-listed" Internet pages.

"The service will allow parents and heads of departments to monitor Internet access and ensure healthy online practices among children and government employees," he added.

Meanwhile, Nik Abdul Aziz, when launching the Internet service at Balai Islam here, hoped the service would bridge the digital divide among the people in the state.

He said currently, about 10 per cent of the 1.5 million population in Kelantan were Internet users, which was the lowest among other states.

"With Internet Thoyyibah, the digital divide between Kelantan and other states can be reduced," he added.

Majlis Sambutan Hari Guru PASTI Kawasan Shah Alam

Majlis Sambutan Hari Guru PASTI Kawasan Shah Alam akan diadakan pada 22-05-2010 (Sabtu), 8.00-11.30 malam di Carlton Holiday Hotel, Seksyen 13. Program bagi meraikan jasa dan pengorbanan guru-guru PASTI merupakan agenda tahunan Jabatan PASTI Dewan Pemuda PAS Shah Alam. Semoga segala jasa dan pengorbanan guru-guru PASTI mendapat ganjaran setimpal daripada Allah SWT.

PAS anjur protes lesen judi ke Istana Negara


PAS akan sekali lagi menganjurkan perhimpuanan bagi membantah tindakan kerajaan mengeluarkan lesen judi pertaruhan bolasepak Piala Dunia yang bakal berlangsung Jun ini.

Perhimpunan kali ini akan dianjurkan oleh dewan pemuda PAS pusat dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta beberapa pertubuhan Islam yang lain.

“Perhimpunan kali ini akan berarak ke Istana dan semua rakan ahli Pakatan Rakyat serta NGO akan turut dijemput hadir ke sana,” kata ketua pemuda PAS, Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen.

Menurutnya, perbincangan awal telah dijalankan dengan ketua pemuda PAS pusat, Nasaruddin Tantawi bagi mengadakan perhimpun lebih besar dan bersepadu.

'Umno jadikan Malaysia serambi Las Vegas'

Monday, May 17, 2010
Ustaz Idris Ahmad


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan tindakan pemimpin Umno melalui Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein yang mahu menimbangkan sekali lagi cadangan meluluskan lesen judi bolapsepak piala dunia 2010.

Hal ini sudah jelas mendapat tentangan rakyat sejak cadangan pertamanya tahun lepas. Namun kali ini ia berbangkit lagi dengan alasan bahawa kerajaan gagal membanteras aktiviti sindiket perjudian haram.

Alasan ini dengan sendirinya membuktikan kelemahan sistem pentadbiran dan penguatkuasaan kerajaan. Bila sudah gagal mereka keluarkan lesen untuk menghalalkan pula.

Kempen memerangi dadah masih diteruskan walaupun belum berjaya menghapuskan aktiviti pengedaran dan penagihan dadah. Dadah diistihar sebagai musuh negara. Kenapa selepas bertahun-tahun gagal membasmi dadah hingga ke akar umbi Kerajaan tidak mengeluarkan lesen pengedaran dadah pula.

Kerajaan kata dadah itu merosakan rakyat dan menjadi ancaman kepada negara kerana menyebabkan ketagihan serta dorongan melakukan jenayah.

AKADEMI TARBIYYAH PEMUDA SHAH ALAM

Lajnah Tarbiyyah DPPSA akan menganjurkan Akademi Tarbiyyah bermula pada malam ini (17 Mei 2010) pada pukul 9.30 Malam bertempat di Dewan Bestari Seksyen 9 Shah Alam. Program Akademi Tarbiyyah yang akan dilaksanakan ini merupakan hasil kerjasama dengan Lajnah tarbiyyah PAS Kawasan Shah Alam yang dikendalikan oleh Ustaz Nik Bakri Nik Mat. Program tarbiyyah secara tersusun silibusnya ini merupakan salah satu dari kaedah tarbiyyah yang diamalkan oleh gerakan Islam. Matlamatnya dalah melahirkan kader-kader dakwah yang tahan diuji dan mampu berdepan dengan cabaran dan dugaan dalam menempuh kehidupan sebagai seorang pejuang.
Menurut ketua lajnah, Sdr Khusairi program kali ini diharap dapat mengukuhkan penguasaan pemuda dalam bidang haraki yang sedang mereka tempuhi ini kerana titik tolak kejayaan sesebuah gerakan Islam adalah ahli yang mendapat tarbiyyah yang sewajarnya.

Ustaz Nik Bakri yang ditemui sebelum ini berharap, akademi yang mula diperkenalkan di Shah Alam ini dapat memenuhi kehendak Tarbiyyah di kawasan Shah Alam yang ternyata masih kekurangan rijal yang dapat membimbing usrah secara berkesan. Program ini merupakan penambahbaikan bagi sistem yang telah sedia ada dan penyertaan ahli yang sedar tentang kepentingannya dapat mengukuhkan lagi program yang telah dirangka ini.

Pemangku Ketua Pemuda yang ditemui mengharapkan pada malam ini pemuda yang mengikrarkan dirinya untuk membantu agama Allah ini agar hadir dan menunjukkan komitmen untuk terus bersama dalam program tarbiyyah yang telah begitu lama dirancangkan ini.
MESYUARAT DACS SHAH ALAM

TARIKH : 21.05.2010 (JUMAAT)
MASA : 9.30 MALAM
TEMPAT : TAMAN BUKIT SUBANG

AGENDA UTAMA :
1) KEJOHANAN TAKRAW
2) BALING 500
3) ISU SEMASA DACS

KEPADA SEMUA AJK DACS SHAH ALAM DIJEMPUT HADIR

Ceramah malam terakhir kempen, lonjak undi untuk calon DAP.

Gambar oleh Topeng Perak.

Lautan manusia yang hadir di perkarangan Bank Rakyat Sibu di Kg. Dato yang membariskan penceramah terdiri dari Calon DAP Wong Ho Leng, Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang,Dato Seri Anwar Ibrahin, Karpal Singkh, Nga Kor Ming, dan beberapa orang yang lain dikatakan merupakan program kempen terakhir Pakatan Rakyat yang telah melonjakkan undi untuk calonnya. Kehadiran sekitar 10,000 orang itu dikatakan sejarah baru di Sibu yang tidak pernah berlaku sebelum dari itu.

Semangat waja mereka tidak mudah luntur dengan mereka terus mengikuti program yang dimulai dari jam 8.30 malam sehingga 12.00 malam walaupun sekali-sekala hujan turun renyai-renyai.

1Malaysia tidak boleh selesai masalah manusia

Rizal Tahir   
KOTA BHARU, 16 Mei: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hanya fahaman Islam sahaja yang diiktiraf oleh Allah SWT dan bukannya fahaman-fahaman lain termasuk ‘1Malaysia’.
Katanya, fahaman ‘1Malaysia’ tidak boleh dibawa ke akhirat serta tidak boleh menyelesaikan permasalahan manusia.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian ‘mengetam’ padi di Taman Organik, sawah padi Tunjung, dekat sini pagi tadi.
Hadir sama pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa, Exco kerajaan negeri, Che Abdullah Mat Nawi, serta kakitangan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Menurut Tuan Guru lagi, hanya aqidah Islam yang diiktiraf oleh Allah serta mampu menyelesaikan urusan hidup sama ada politik, ekonomi, bidang pertanian dan sebagainya.
“Kita seharusnya menggunakan kaedah Islam yang dibawa oleh Rasulullah dalam dalam semua urusan hidup termasuk mentadbir negara dan bukannya hanya 1Malaysia,”ujarnya lagi.

Kerjasama erat PAS-PKR-DAP menangkan Pakatan di Sibu

Nazri Abdullah   
SIBU, 17 Mei: Kerjasama erat antara PAS, PKR dan DAP tidak boleh dinafikan antara faktor penyumbang kemenangan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu semalam.
Timbalan Pengarah III Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmod (gambar) berkata seluruh peringkat bermula dari pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti hingga ke peringkat jentera, mempamerkan semangat berpasukan yang tinggi sepanjang kempen di sini.
"Kita sangat berpuas hati dengan keputusan yang kita dapat.
"Pilihan raya ini kita dapat lihat kerjasama cukup padu dan jitu dalam Pakatan Rakyat," katanya.
Usaha kuat ketiga-tiga jentera parti dalam Pakatan Rakyat ini juga jelasnya turut dirasai calon DAP yang telah menang, Wong Ho Leng dan diakui oleh Setiausaha DAP, Lim Guan Eng sendiri.
Dengan keadaan masyarakat Sibu yang kurang terdedah dengan maklumat dan hanya mendengar sebelah pihak, kemenangan kali ini dianggap berbaloi dengan usaha yang telah dilakukan jentera Pakatan Rakyat.
Ianya juga membuktikan, strategi kempen rumah ke rumah sangat berkesan menangkis tohmahan BN yang meggunakan seluruh saluran yang mereka ada.
"Kalau melihat kepada bendera di rumah-rumah, kita rasa memang kita kalah.
"Rupa-rupanya mereka tidak mahu dilihat bersama dengan Pakatan Rakyat, tetapi mereka sebenarnya mengundi kita," katanya.

Judi Bola: Najib masih membisu

Saturday, May 15, 2010
Dzulfikar Mashoor   
KUALA LUMPUR, 14 Mei: Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan sebab meluluskan lesen judi bola sepak sempena piala dunia Jun ini dilihat sebagai takut berdepan Masyarakat Islam di negara ini.

Bekas Pengarah Jabatan Kesenian dan Sukan Dewan Pemuda PAS, Mohd Firdaus Jaafar berkata, mustahil Najib tidak tahu berhubung kelulusan kerajaan itu dan hanya mahu berrselindung di belakang Timbalan Menteri Kewangan II Datuk Dr. Awang Adek Hussein.

"Takkan itu semua dibuat secara peribadi oleh Dr. Awang Adek saja yang Najib sendiri tidak tahu.

"Takkan dia bersembunyi dalam baju Dr. Awang Adek, takut untuk berdepan dengan orang-orang Melayu yang beragama Islam," katanya.

Kerajaan awal minggu ini meluluskan permohonan lesen judi sempena Bolasepak Piala Dunia yang dipohon oleh Kumpulan Berjaya Corp. Bhd. yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun.

Firdaus yang juga Ahli Parlimen Jerai berpendapat, tindakan menyepi seribu bahasa Najib itu membuktikan Umno itu sendiri seperti merestui tindakan tersebut.

Perhimpunan bantah lesen judi, konsert kecoh

Kekecohan berlaku apabila pihak polis cuba menghentikan ucapan pemimpin Pemuda Pakatan Rakyat dan NGO yang membantah tindakan kerajaan mengeluarkan lesen judi pertaruhan bolasepak Piala dunia dan penganjuran konsert 12 jam yang membabitkan artis luar negara, Pitbull.

Mereka mengadakan bantahan tersebut sejurus selepas selesai solat Jumaat Masjid Jamek Kampung Baru pada kira-kira jam 2.10 petang.

Ia berlangsung di atas sebuah pentas dalam kawasan masjid tersebut.

Kejadian itu disaksikan oleh kira-kira 500 orang yang berada di situ, termasuk mereka yang sedang beredar selepas selesai solat Jumaat.

Mereka yang hadir di pentas tersebut ialah pemangku ketua PAS Wilayah Persekutuan (WP) Herman Shamsudeen dan setiausaha Pemuda PAS pusat, Kamaruzzaman Mohamad.
Thursday, May 13, 2010

Judi bola sepak: PAS, PKR, DAP bantah keras

KUALA LUMPUR, 13 Mei: PAS, PKR dan DAP walaupun pemimpin dan ahlinya berbeza agama dan bangsa sepakat membantah keras judi bola sepak Piala Dunia 2010 yang diluluskan oleh Menteri Kewangan kepada Kumpulan Berjaya.

Dalam kenyataan berasingan mereka menyifatkan langkah ini satu yang silap dan hanya menghalalkan segala penyakit sosial yang berterusan di negara ini.

Semalam, media melaporkan, Menteri Kewangan telah meluluskan lesen judi bola sepak piala Dunia kepada Kumpulan Berjaya dengan alasan untuk mengawal judi secara gelap.

Umno undur ke belakang - PAS

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, langkah pihak kerajaan memperkenalkan lesen judi sukan dalam negara pada masa sekarang ini adalah satu tindakan yang jauh menyimpang dari ajaran Islam dan tatacara kehidupan yang diterima dalam masyarakat Malaysia pada waktu ini.

Ianya menggambarkan bahawa kerajaan pimpinan Umno-BN yang ada pada waktu sekarang ini telah bankrap idea dan sedang membawa negara mundur ke belakang ke arah yang lebih jauh dari ajaran Islam.

Inilah yang dirancang oleh penjajah dan Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan yang ada di waktu ini telah membawa semakin banyak perkara-perkara negatif selepas negara mencapai kemerdekaan, malah lebih banyak dari yang dilaksanakan oleh penjajah itu sendiri, katanya dalam satu kenyataan.

Hasilnya, kata beliau, wajah Islam yang cuba dibawa oleh Umno dengan mendirikan masjid, pusat Islam dan aktiviti keagamaan ini menjadi topeng dan tempelan kosmetik sahaja, dan dalam masa yang sama mereka merobek Islam dari belakang.

Akibatnya Umno juga telah menunjukkan satu wajah yang sangat salah dengan hakikat tasawwur ajaran Islam yang sebenar, katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, beliau mengajak orang Melayu beragama Islam untuk memahami bahawa di sana terdapat perbezaan di antara Islam dengan bangsa. Islam adalah agama untuk seluruh manusia tanpa mengira bangsa dan kaum.

Lulus Lesen Judi Bola, Mufti Perak Bidas Najib

SHAH ALAM 13 MEI: Mufti Perak, Datuk Dr Harussani Zakaria menyifatkan keputusan kerajaan Persekutuan meluluskan lesen judi pertaruhan bola sepak sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia, umpama menentang hukum Syarak

Beliau berduka cita lantaran kerajaan Umno BN menghalalkan perkara yang terang-terang haram dan mengingatkan pemimpin beragama Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi itu, sebagai bersyubahat mengikut peruntukan hukum syarak.

Kenyataan Mufti Perak ini menunjukkan keputusan kerajaan Umno Barisan Nasional itu bukan sahaja tidak disenangi pimpinan Pakatan Rakyat, sebaliknya dari segenap peringkat.

“Saya dukacitalah, kerana kerajaanmeluluskan judi, kerana judi ini haram dalam Islam. Jadi, kita meluluskan judi seolah-olah kita menghalalkan judi sedangkan ia haram di sisi Islam. Perbuatan ini sepatutnya dihindari,” katanya kepada TV Selangor hari ini.

Apabila Najib Menodai Kata-Katanya Sendiri

Oleh : Mso
MUNGKIN masih ramai yang ingat kata-kata dan janji Najib Razak yang dilapazkan sebaik beliau mengambil alih jawatan perdana menteri dari Abdullah Badawi. Najib cuba membawa pendekatan baru dalam politik bagi menunjukkan beliau seorang berintergriti. Antara janjinya ialah beliau tidak akan mengamalkan politik projek segera dalam pilihanraya.

Maksudnya beliau tidak akan menggunakan modal politik segera untuk memenangi hati rakyat. Beliau tidak akan cuba menodai demokrasi semata-mata kerana nak meraih sokongan rakyat dengan melaksanakan projek segera yang diamalkan sebelum ini. Dalam erti kata lain beliau akan berdepan dengan rakyat dan parti lawan dengan wibawa dan idealismenya dan bukan memperalatkan wang kerajaan untuk menang.

Liwat II: Hakim tolak tangguh prosiding, kes semakin mengelirukan

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan penangguhan prosiding yang dikemukakan oleh peguambela Karpal Singh.
Menurut hakim, Datuk Mohamad Zaibidin Mohd Diah, tidak ada sebab yang kukuh bagi menangguhkan prosing sambil berkata keputusannya semalam adalah sesuatu yang mengikut procedure.
Katanya, perbicaraan mesti disambung.
Pagi tadi, sebaik sahaja sessi mahkamah bermula, Karpal memohon prosiding perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ditangguhkan.
"Prosiding sepatutnya ditangguhkan sehingga rayuan didengar di Mahkamah Rayuan,” kata Karpal.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan peguam Karpal bagi mendapatkan kenyataan beramaran daripada pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan yang diberikannya kepada polis.

Karpal memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan memerlukan keterangan itu kerana terdapat percanggahan antara keterangannya kepada polis dan pertuduhan liwat yang dikenakan terhadap Anwar.

Karpal berkata Saiful, dalam keterangannya kepada polis dan keterangannya di mahkamah, menyatakan dakwaan liwat itu dilakukan tanpa kerelaannya manakala pertuduhan yang dikenakan terhadap Anwar mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan adalah persetubuhan yang dipersetujui.

Mohamad Zabidin, bagaiamanpun menolaknya dengan alasan tidak ada percanggahan dalam keterangan Saiful kepada polis dan keterangannya di mahkamah, dan terpulang kepada peguam negara untuk menetapkan pertuduhan terhadap seseorang itu.

Semua terbongkar - Anwar

Wednesday, May 12, 2010
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 12 Mei: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya sedang mengumpul nama mereka yang terlibat dengan perancangan berhubung kes liwat yang melibatkannya.
Bercakap kepada media selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhenti rehat sebentar tadi, beliau memberitahu nama-nama terbabit seperti Datuk Seri Najib, Khairul Anas, Mumtaz, Ezam Mohd Noor.
"Semua terbongkar," ujarnya sambil menyatakan perbicaraan bersambung jam 2.30 petang ini.
Sementara itu, mahkamah pagi tadi menolak permohonan peguam Karpal Singh untuk mendapatkan kenyataan beramaran Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada polis.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, yang membuat keputusan itu sebelum rehat jam 10 pagi berkata, walaupun terdapat percanggahan dalam laporan polis dan pengakuan saksi tetapi kenyataan saksi tidak konflik dengan kejadian.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar hadir sama mengikuti perbicaraan kes liwat ll Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini. (gambar)
Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam keterangannya hari ini mendedahkan dia menemui Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas pemimpin PKR Senator Ezam Mohd. Noor sebelum membuat laporan polis akhir Jun 2008.

Melayu Bangkit: Pengerusi sedih, kesal IIM terlibat

Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 12 Mei: Pengerusi Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr Mohd Tap Salleh melahirkan rasa sedih dan kesal sekiranya IIM Terengganu terlibat dengan program perhimpunan ‘Melayu Bangkit’ di Kuala Terengganu, esok.
"Kalau betul program ini akan diadakan dan IIM terlibat, kami sedihlah," katanya selepas menerima memorandum bantahan Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) berhubung penglibatan IIM Terengganu dengan program itu di pejabatnya di Menara Integriti Jalan Duta, di sini, pagi ini.
Memorandum itu diserahkan oleh Setiausaha DPPP, Kamaruzaman Mohamad.
Beliau juga mengakui baru mengetahui kewujudan Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) dan penganjuran program itu apabila dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Beliau sendiri telah mendapat undangan untuk mendengar pembentangan kertas kerja yang dijadualkan akan dibentangkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tetapi tidak dapat hadir kerana ada urusan lain.
Mohd Tap hanya mengetahui mengenai pembentangan kertas kerja itu dan penglibatan IIM Terengganu dalam program itu tidak termasuk dalam agenda program setahun yang telah ditetapkan oleh IIM.

'BERJAYA perolehi lesen judi bolasepak'

Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan.

Menurut akhbar ha
rian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Sehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.

Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.

Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Kumpulan BERJAYA akan digunakan untuk tujuan yang sama.

KURSUS ASAS PHOTOSHOP

Tuesday, May 11, 2010
Lajnah Dakwah Dan Penerangan DPPSA akan menganjurkan Kursus Asas menggunakan Perisian Photoshop di Dewan Bestari pada 5 Jun 2010 bermula 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM 20 merangkumi nota dan Makan tengahari. Kursus yang dikendalikan oleh Unit IT Infodppsa ini menyasarkan sesiapa yang berminat untuk menggunakan perisian Photoshop dalam menghasilkan artwork tetapi langsung tidak mempunyai sebarang pendedahan menggunakan perisian tersebut sebelum ini.

Tenggiri kita berenang ke Brunei

husam musa


Terima kasih atas pelbagai respon positif untuk menentukan tindakan penggandaian 10,000 km persegi wilayah ekslusif economic zone Malaysia kepada Brunei adalah terbatal dan tidak sah.

Sokongan YB Kit saya sanjung tinggi. Begitu juga sokongan beberapa rakan dari Sabah dan penyokong biasa yang telah mendaftar di alamat gadailautmalaysia@gmail.com.

"The freedom from threats to national interest in, on, over and concerning the sea"

Demikian tertera kata pegangan Laman Keselamatan Maritim, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri! Hebat sekali!

Benar! Kita diancam dari 'laut'. Sekelip mata 10,000 km persegi wilayah kita melayang!

Dalam laman tersebut dipaparkan Peta Baru Malaysia 1979 dan Peta Sempadan Maritim Malaysia. Dengan jelasnya Blok L dan M mengikut peta rasmi Malaysia itu, ditandakan sebagai berada dalam sempadan negara.

Blok L dan M: Tuan Ibrahim mahu saman awam diteruskan


Harakahdaily   
TEMERLOH, 11 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mahu saman awam yang dicadangkan oleh Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa diteruskan untuk mengembalikan semula dua blok minyak yang terlepas ke tangan asing.

"Kita perlu lakukan sesuatu. Saman awam perlu diteruskan, di samping tuntutan agar satu usul tergempar perlu dibawa agar Parlimen mengadakan sidang khas bagi membincangkan isu ini. Rakyat perlu tahu dan perlu diberitahu apa sebenarnya telah terjadi," tulis beliau dalam blognya.

Bagi beliau, penyerahan Blok L dan M kepada Brunei merupakan malapetaka paling serius dalam sejarah pemerintahan BN.

Tragedi ini lebih buruk bilamana pihak kerajaan cuba merahsiakan isu sebenar di sebalik penyerahan kedua-dua blok yang mempunyai hasil lebih dari RM320 billion.

Apa yang mendukacitakan penyerahan kedua-dua blok ini hanya diumum sepintas lalu, seolah-olah ianya bukanlah perkara besar yang perlu diketahui oleh rakyat, kata beliau.

Sikap baik sangka rakyat terhadap kenyataan PM pada waktu itu, bahawa pertukaran surat dibuat bagi menyelesaikan tuntutan bertindih antara kedua-dua negara, dan lebih meyakinkan bilamana ia dianggap jalan baik “win-win situation” bagi menyelesaikan isu tuntutan Limbang oleh Kerajaan Brunei.

Setelah kalah hujjah, BN didakwa guna polis di Sibu

Harakahdaily   
SIBU, 11 Mei: Selepas terasa sukar untuk berlawan hujjah dengan Pakatan Rakyat dan DAP dalam isu penggunaan nama Allah, hari ke empat kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sibu menyaksikan polis masuk campur dan menghalang isu nama Allah disentuh dalam kempen.

Ketua Polis Sarawak SAC II Huzir Mohamed mengeluarkan kenyataan melarang penggunaan isu “Allah” sepanjang kempen atau akan berdepan tindakan ISA atau Akta Hasutan.

“Kami telah mengawasi ceramah yang dibuat dan mendapati sesetengah parti menggunakan isu kalimah Allah," kata Huzir dalam sidang media hariannya.

“Ini adalah isu sensitif. Kami nasihatkan semua parti berhentikan menggunakan isu ini secara menyeluruh.

“Jika ada mana-mana pihak berkeras menggunakannya, kami akan ambil tindakan di bawah Akta Hasutan atau ISA. Kepada semua parti, jalan bawa masalah yang tidak perlu," katanya dalam sidang media itu.

Timbalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud ketika  mengulas perkara itu berkata, tindakan tersebut membuktikan Umno BN kini semakin terdesak.

Mengulas lanjut, Siti Mariah berkata, larangan tersebut dibuat mungkin setelah melihat isu tersebut yang dibawa DAP mampu mempengaruhi pengundi berbanding isu negara Islam yang dibawa BN melalui SUPP.

"Setiap kali Umno BN hadapi masalah yang mereka tidak boleh tangani dengan hujah, mereka akan guna undang-undang dan polis.
"Kenapa Umno BN harus takut,” ujarnya kepada Harakahdaily.

BN sepanjang empat hari kempen mereka, menggunakan isu negara Islam bagi menanam kebencian 52 peratus masyarakat Kristian di parlimen itu kepada DAP.

PAS bidas konsert 12 jam tanpa henti

PAS membidas Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) kerana 'mengelak' membuat penjelasan berhubung konsert panjang 12 jam tanpa henti yang disertai artis R&B popular Pitbull.

Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa mendakwa konsert daripada jam 7 petang sehingga 7 pagi yang dijadualkan pada 15 Mei ini "telah melanggar garis panduan durasi persembahan sesebuah konsert".

"Seperti yang sedia termaktub, sesebuah persembahan konsert di tempat awam tidak boleh melebihi jam 12 malam dan jika mempunyai sebab-sebab tertentu mungkin dibenarkan sehingga 1 pagi.

"Juga bagi sesebuah kelab hiburan dan disko, ianya dibenarkan untuk beroperasi sehingga pukul 1 pagi ataupun 2 pagi," tulis Nasharuddin dalam kolumnya di akhbar web PAS Harakahdaily.

Pada 6 Mei lalu, Nasharuddin yang juga ahli parlimen Bachok dilaporkan mendesak kerajaan menjelaskan sebab konsert panjang melibatkan kumpulan daripada Barat tersebut diberikan diluluskan.

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) pula dalam kenyataan balasnya kepada Harakahdaily menjelaskan bahawa kerajaan memandang berat kemasukan artis luar supaya mematuhi nilai-nilai budaya dan tatasusila rakyat Malaysia.

ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]