Umno hilang patriotik mudah beri kerakyatan

Monday, August 15, 2011

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, pemimpin Umno BN sudah hilang patriotik apabila dengan sewenang-wenangnya memberikan kerakyatan kepada warga asing.
Beliau berkata, sikap tidak patriotik tersebut turut berjangkit kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mendaftarkan pemastautin tetap (PR) yang mendapat warganegara  sebagai pemilih.
Justeru tegasnya, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalan pengerusi, Datuk Wan Ahmad Wan Omar harus dipecat dan seluruh organisasi SPR dirombak sebelum pilihan raya umum ke-13.
"Perbuatan memberikan kerakyatan kepada warga asing jelas menunjukkan sikap tidak patriotik pemimpin Umno BN dengan disokong SPR.

Jangan samakan rusuhan dengan perhimpunan aman

Friday, August 12, 2011

Dewan Pemuda PAS pusat menyangkal dakwaan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang mengatakan kecekapan pihak berkuasa semasa Himpunan Bersih 2.0 — berjaya mengelakkan insiden rusuhan sebagaimana disaksikan di Britain awal minggu ini.
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Raja Ahmad Al-Hiss menyifatkan, Khalid seolah-olah tidak dapat membezakan maksud rusuhan dan perhimpunan aman apabila menyamakan perkembangan semasa di Britain dengan perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) bulan lalu.
“Kami ingin menegaskan bahawa beliau perlu jelas dalam membezakan maksud rusuhan dan perhimpunan aman. Amat dikesali seorang yang berpangkat tinggi tetapi sangat dangkal dalam menterjemahkan perbezaan tindakan tertentu.
“Himpunan yang berlaku semasa 9 Julai tempoh hari adalah himpunan aman rakyat Malaysia dalam mempraktikkan Perlembagaan Persekutuan, Artikel 10 yang mana ia adalah himpunan aman dan terkawal,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelas beliau, Himpunan Bersih 2.0 yang disertai ribuan rakyat adalah untuk menuntut reformasi pilihan raya manakala rusuhan di Britain merupakan sesuatu yang tidak boleh dikawal dan tidak mengikut undang-undang.
“Himpunan Bersih 2.0 juga membawa erti pendokongan rakyat terhadap kecintaan kepada negara.

'Utusan cuba lagakan saya'


Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) kesal dengan manipulasi akhbar Umno, Utusan Malaysia yang disifatkan "membuat kesimpulan ikut suka dia" berhubung tulisan beliau bertajuk 'Pemuda PAS konsisten pertahan aqidah' yang disiar di blognya baru-baru ini.
Tulisan tersebut adalah pendirian Dewan Pemuda PAS Pusat berhubung pemeriksaan oleh Jabatan Agama Islam Selangor Jais terhadap satu majlis yang berlangsung di Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU).
Utusan dalam laporan muka hadapannya hari ini menyimpulkan, Nasrudin dikecam hebat oleh pimpinan PAS ekoran tulisannya itu yang turut menyebut akan mempertahankan aqidah umat Islam daripada dirosakkan sekalipun dengan nyawa dan darah.
Akhbar Umno itu juga cuba membayangkan wujud percanggahan antara pendiriannya dengan keputusan PAS Pusat yang mahu mendengar penjelasan dari kedua-dua pihak iaitu Jais dan pihak gereja.
Menjelaskan dakwaan itu kepada Harakahdaily, Nasrudin berkata tindakan Utusan itu sengaja untuk melaga-lagakan pemimpim dalam PAS dan Pakatan Rakyat.
"Saya tidak bertanggungjawab dengan ulasan Utusan tersebut. Saya tidak pernah membuat kenyataan kepada Utusan, ini sengaja untuk melaga-lagakan.

PM ada 11 pegawai media mengejutkan


Pendedahan bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, Datuk Kadir A Jasin (gambar) bahawa Perdana Menteri mempunyai 11 pegawai media mengejutkan banyak pihak walaupun ia sebelum ini bukan menjadi rahsia di kalangan pengamal media.

Bilangan pegawai media ini amat mengejutkan kerana semasa Tun Dr Mahathir, beliau hanya mempunyai tiga pegawai media sahaja.

"Seorang pegawai media Perdana Menteri berkata, PM ada 11 pegawai media yang terdiri daripada bekas pengarang, wartawan kanan dan eksekutif TV. Paling ramai Dr Mahathir ada sepanjang jadi PM adalah tiga," tulis Kadir dalam blognya.

Menurut sumber antara nama besar di kalangan pegawai media Najib adalah Datuk Seri Farid Redzuan (bekas CEO TV3), Datuk Khalid Mohamad (bekas Ketua Pengarang kumpulan Utusan) dan Jalil Abdul Hamid (bekas Timbalan Ketua Biro Reuters Malaysia).

Di samping mereka bertiga ada Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad (Setiausaha Akhbar PM), Datuk Seri Jalaludin Bahaudin (Penasihat Media PM), Datuk Hardev Kaur (bekas Timbalan Ketua Editor Kumpulan NST yang kini menjadi Pegawai Khas PM).

Menurut maklumat yang Harakahdaily terima, Jalil bersama dengan Datuk Khalid kini menyertai Pasukan Komunikasi Kebangsaan (National Communication Team) yang berpejabat di Boulavard, Mid Valley.

Datuk Seri Farid Ridzuan pula dikatakan dipinjamkan ke Pejabat PM untuk tugasan khas berkaitan dengan belia termasuk menguruskan media baru.

Datuk Hardev Kaur adalah penasihat khas Najib selaku Menteri Kewangan.

Menurut sumber, pasukan penasihat yang bertugas bersama APCO sebelum ini masih bertugas dengan pejabat Perdana Menteri.

"Kesemua mereka masih bertugas cuma bukan atas nama APCO lagi sekarang," kata satu sumber kepada Harakahdaily.
(Tiga tokoh media yang kini menjadi pegawai media PM. Dari kiri Datuk Khalid Mohd, Datuk Hardev Kaur dan Datuk Seri Farid Ridzuan) 

Ada juga yang memaklumkan, gaji mereka semuanya amat besar iaitu kira-kira sama dengan gaji yang mereka dapat ketika bertugas dengan jabatan mereka sebelum ini.

ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]