'Utusan cuba lagakan saya'

Friday, August 12, 2011

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) kesal dengan manipulasi akhbar Umno, Utusan Malaysia yang disifatkan "membuat kesimpulan ikut suka dia" berhubung tulisan beliau bertajuk 'Pemuda PAS konsisten pertahan aqidah' yang disiar di blognya baru-baru ini.
Tulisan tersebut adalah pendirian Dewan Pemuda PAS Pusat berhubung pemeriksaan oleh Jabatan Agama Islam Selangor Jais terhadap satu majlis yang berlangsung di Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU).
Utusan dalam laporan muka hadapannya hari ini menyimpulkan, Nasrudin dikecam hebat oleh pimpinan PAS ekoran tulisannya itu yang turut menyebut akan mempertahankan aqidah umat Islam daripada dirosakkan sekalipun dengan nyawa dan darah.
Akhbar Umno itu juga cuba membayangkan wujud percanggahan antara pendiriannya dengan keputusan PAS Pusat yang mahu mendengar penjelasan dari kedua-dua pihak iaitu Jais dan pihak gereja.
Menjelaskan dakwaan itu kepada Harakahdaily, Nasrudin berkata tindakan Utusan itu sengaja untuk melaga-lagakan pemimpim dalam PAS dan Pakatan Rakyat.
"Saya tidak bertanggungjawab dengan ulasan Utusan tersebut. Saya tidak pernah membuat kenyataan kepada Utusan, ini sengaja untuk melaga-lagakan.

"Cuba lihat kepala tulisan saya itu, saya nyatakan dengan jelas bersetuju dengan langkah PAS Pusat," katanya.
Perenggan pertama tulisannya beliau menyebut: "Setuju benar saya dengan pendekatan yang diambil oleh PAS Pusat untuk bertemu dengan JAIS dan pihak Gereja sebelum membuat keputusan muktamad dalam menangani isu sensitif seperti ini. Sewajarnya PAS melangkah dengan penuh waspada sebelum mengambil apa jua pendirian setelah dilihat isu ini cuba dimanipulasi oleh pihak tertentu bagi menangguk political millage dalam kekeruhan situasi yang dialami."
Menjelaskan maksud keseluruhan tulisannya yang juga disiar pada ruangan Kolum di Harakahdaily, beliau memberitahu pemuda PAS mahu menyatakan kepada rakyat bahawa mereka tegas untuk mempertahankan aqidah Umat Islam dari dirosakkan mana-mana pihak.
Pada masa yang sama jelasnya, mereka tetap menjaga hak-hak orang bukan Islam untuk mengamalkan ajaran agama mereka.
Tulisan itu juga menurutnya mahu memberi peringatan kepada semua pihak termasuk Umno BN agar tidak melakukan sebarang aktiviti yang boleh merosakkan aqidah umat Islam.
Mengenai sokongan kepada tindakan Jais pula, beliau berkata ianya dibuat atas dasar Jais sebagai badan penguatkuasa agama.
Bagaimanapun dari sudut prosedur, Jais wajar ditegur jika ianya salah.
"Kita sokong Jais sebagai badan penguatkuasa agama. Saya pernah dihalang oleh Jais mengajar agama di Selangor dahulu tapi soal prosedur masalah lain.
"Macam polis juga, saya pernah beberapa dikasari oleh polis ketika adakan himpunan aman. Tetapi tanggungjawab polis mencegah jenayah kita kena sokong," katanya.

0 Komen:

Post a Comment

ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]