Selcat sah ikut undang-undang
Tuesday, March 22, 2011Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat) yang diwujudkan dua tahun lalu diisytharkan sah mengikut undang-undang negara.
Speaker Dewan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, pengesahan itu didapati menerusi satu keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang dibuat semalam.
Mahkamah menolak saman pemula dari tiga Adun BN dari Raja Ideris Raja Ahmad (Teluk Ayer Tawar), Hasiman Sidom (Morib) dan Wong Koon Mun (Kuala Kubu Bharu) untuk mendapat deklarasi membatalkan apa-apa sahaja tentang Selcat yang disifatkan mereka sebagai tidak sah.
Dalam hal ini, menurut Teng, Mahkamah Tinggi telah memutuskan keputusan yang dibuat secara sah dalam sidang dewan tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah.
Teng selaku Pengerusi Selcat berkata dalam sidang akhbar pagi tadi, Mahkamah bersetuju bahawa keputusan yang dibuat oleh Dun dilindungi oleh Perkara 72 dan Perkara 77 Perlembagaan Persekutuan.
"Dengan keputusan mahkamah semalam, saya berharap Selcat menjadi model untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di negara ini untuk pertingkatkan perjalanan dewan," ujarnya.
Turut serta dalam sidang media itu adalah Timbalan Speaker, Haniza Mohamed Talha dan dua ahli lain; Saari Sungib dan Edward Lee Poh Lin.
Mengulas lebih lanjut, Teng berkata, Selcat merupakan satu badan sah yang diwujudkan mengikut peruntukan dewan sedia ada dalam usaha pertingkatkan wibawa dewan seperti di negara-negara Komanwel lain.
Dengan pengesahan ini, Selangor telah mencipta sejarah pertama negara dalam usaha menubuhkan Selcat bagi mewujudkan satu suasana lebih bersih dan kebertanggungjawaban lebih mantap, tegas Teng.
Mengenai isu isteri bekas Menteri Besar, Dr Khir Toyo selaku saksi awam yang tidak hadir dalam sesi pendengaran terbuka pertama sebelum ini, Teng berharap pihak Peguam Negara akan segera melakukan pendakwaan kerana keingkaran beliau.
"Dengan kedudukan Selcat yang telah disahkan ini, harap Peguam Negara dapat segerakan dakwaan itu selepas dua tahun lapuran polis dibuat terhadap beliau. Harap mereka segera bertindak, tidak teragak-agak dan mencari hal lain," tegasnya.
Melalui
INFO DPPSA
|
pada
4:47 PM
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
▼
2011
(97)
-
▼
March
(20)
- Harussani: Saya tak membisu, pernah kecam video se...
- Adun DAP gesa sedia peruntukan besar untuk SAR
- 80,000 rakyat Selangor dapat geran tanah
- Anwar seru buat perubahan politik secara aman
- No title
- Dalang Video Seks Dikenalpasti
- P'raya Sarawak: Undi 16 April, penamaan 6 April
- Selcat sah ikut undang-undang
- Apa kaitan akhbar The Star dengan video?
- Pita seks: Anwar buat laporan polis
- PAS minta polis siasat video lucah fitnah Anwar
- Dun Sarawak bubar, bermulalah pesta temberang BN
- Baginda pula jelajah 'bongkar' Ummi Hafilda
- KONSPIRASI JAHAT TERHADAP DSAI
- Bekas OCPD diarah bayar RM200 ribu
- Demonstrasi DNA bukti kes liwat bermotif politik
- Wanita Pertama: Nazri putar belit fakta Perlemba...
- PENJELASAN SAMAN EKOR : KITA PATUT TAHU
- CAP dakwa harga makanan lonjak hingga 167 peratus
- Saman ekor umpama ISA..zalim
-
▼
March
(20)
ADUAN MASALAH
HANTAR ARTIKEL
DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM
Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
0 Komen:
Post a Comment